Sesuci Embun Kasih

Continue Sesuci Embun Kasih@SEK

Sebagaimana lazim pada setiap tahun, usai sahaja pertandingan Inter Accountant Firm Games@IAFG, Teras Chemara Holdings akan mengadakan majlis jamuan makan malam bagi meraikan semua pemain yang telah mengambil bahagian dalam tiap permainan yang dipertandingankan. Tahun ini ianya lebih meriah kerana dibuat serentak dengan jamuan tahunan syarikat. Semua pekerja sudah mula teruja dan mencari kostium yang bersesuaian dengan tema. Pastinya tiap dari mereka ingin kelihatan anggun dan bergaya.

Malam yang dinanti oleh seluruh warga Teras Chemara Holding hadir jua. Setiap orang nampak cukup bergaya dengan penampilan yang bertemakan D’Legend of Memories.

Malam itu Alia Natasya menjadikan dirinya subject utama pada setiap mata yang singgah memandang. Gaya ala Marilyn Monroenya cukup daring dan seksi. Sedikitpun dia tidak berasa malu sebaliknya puas bila dirinya disapa setiapkali bertemu dengan teman-teman sekerja yang lain. Senyumannya sentiasa mekar sambil sesekali manghantar jelingan mengejek buat Maira Atisya yang berada tidak jauh darinya.

“Amboi! Abang ingatkan Mahsuri hidup semula, rupanya Cik Maira Atisya kita. Well, cantik Maira malam ini. Macam perempuan melayu terakhir,” tegur Emil Roziman yang entah dari mana munculnya.

Maira Atisya sekadar tersenyum. “Terima kasih. Abang pun apa kurangnya, tampak segak dengan sepasang baju melayu teluk belanga. Siap bertanjank berkeris bagai. Sekali tengok dah macam Hang Tuah… tapi kalau dua kali pandang gaya orang nak sambut tangan tok kadi aje,” komen Maira Atisya mengusik. Matanya melolot pada penampilan anak muda yang persis pahlawan dahulukala itu.

“Terima kasih kembali. Abang tahu Maira akan cakap abang segak, tapi kalau Maira tak kata pun abang memang sedar yang diri abang ni dah lama tergolong dalam kategori jejaka handsome seMalaya yang sah-sah terhangat di pasaran,” ucap Emil Roziman selamba. Sengaja dia ingin menyakat dan mengusik gadis itu. Rasa tidak puas kalau sehari tidak melihat wajah masam kelat yang entah mengapa agak menawan pada pandangan matanya.

“Perasan…,” cebik Maira Atisya. Mereka sama-sama tertawa.

“Wah... Wah... korang berdua ni, kalau dapat bersembang, orang lain pun dah tak ingat yer,” sapa Ilham. Penampilannya juga sama dengan apa yang digayakan oleh Emil Roziman malahan Fakrul dan Daniel juga begitu. Ketiga anak muda itu merapati kedua orang teman yang masih tertawa. Mata Ilham sempat meyapa ke wajah Maira Atisya. Hati lelakinya entah mengapa tiba-tiba bergetar.

“Eh! Kejap, aku rasa macam ada yang missing atau uncomplete. Korang punya legenda ni tak cukup korumlah. Kalau nak kategorikan dalam Hang, all of you need one more. Where he is? Where is your another hang?” tanya Balqis. Dia menggayakan kostium Cinderella manakala Thania dengan kostium ahli sihir. Siap dibawanya penyapu bersama. Laura dan Nancy memilih untuk menjadi ninja dalam kostium serba hitam.

“Wah! Thania, penyapu siapa yang engkau rembat ni? Dahsyatlah…, Penyapu ni boleh terbang ke?” giat Daniel memandang gadis yang sudah tersengeh.

“Mana Fizz?” tanya Ilham. Matanya tercari-cari kelibat teman yang seorang lagi. Memang betul, kumpulan mereka kelihatan tidak sempurna tanpa anak muda itu.

“Ala! Bukan engkau tak tahu. Mamat tu kan sentimental dalam segala hal. Bukan macam kita yang heavymental tahap underground, cuma feeling management sahaja yang sering fail. Sekejap lagi sampailah tu,” ucap Emil Roziman selamba tanpa bertapis. Maira Atisya sekadar menggeleng-gelengkan kepala melihat sikap anak muda itu. Masih tidak berubah, masih pejal dengan mulut laser yang terkadang langsung tidak dikawal.

“Eh! Itu Fizz Haizal kan. Wallah segaknya dia. Barulah cukup korum korang ni. Lima hang di era baru, tapi sapa pulak awek sebelah dia tu? Tak kan dia bawak Tun Tijah sekali...? Habis, si Melur yang ada dekat sini apa citer pulak? Nanti tak pasal ada yang menyanyi ala-ala seru... 'Ohhhh!!! kesuma jiwaku... Mari ubati.... Rindu hamba...” Balqis membebel sambil sempat mengalunkan serangkap dua lagu dari filem Hang Tuah.

Maira Atisya sudah menjegilkan mata ke arah Balqis. Tidak gemar dirinya dijadikan bahan pada bual bicara mereka. Pantas tangannya menyepit lengan gadis itu membuatkan dia terjerit sambil menyeringai menahan perit. Teman-teman yang lain sudah mengulum senyum.

“Itu yang aku pun ada musykil gak ni. Apakehalnya tiba-tiba dia angkut awek lain pulak. Sejak bila dia register jadi Don Juan? Habis, si Maira ni nak letak dekat mana? Tak kanlah nak dimadukan serentak kut,” Emil Roziman melahirkan kehairanan dalam kebingungan sambil mengusap-ngusap dagu. Lagaknya seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

“Abang, Maira tak ada kaitan yer. Biarlah dia nak bawa sapa pun. Itu kan hak dia, yang kita pulak sibuk pertikaikan kenapa,” sela Maira Atisya tegas. Dia menjeling ke arah Emil Roziman yang terhenjut-henjut menahan tawa.

“Abang…,” Maira Atisya mengetap bibir. Geram dengan tingkah anak muda yang memang tak makan saman itu. Dia mengatur langkah bila terlihat Fizz Haizal mula menapak ke arah mereka. Entah mengapa dia seolah tidak mahu bertetang pandang dengan anak muda itu.

Emil Roziman sudah memuntahkan tawa. Bukan sukar untuknya mengesan perubahan suhu pada tingkah laku gadis itu, namun cuba diabaikannya. Tidak sampai hati untuk terus mengocak perasaan yang sudah mula berkocak. Maira Atisya mencebik sebelum meninggalkan kelompok teman-teman yang turut menyungilkan senyuman mendengar usikan anak muda itu.

“Sorry aku terlewat, dah lama korang sampai?” ucap Fizz Haizal namun matanya menyorot langkah Maira Atisya. Hatinya berdetik sendiri. Mengapa gadis itu bagai sengaja mahu menjauh darinya... Masakan marah atas kelewatannya? Dia menggaru kepala yang tidak gatal.

“Tak habis dengan sorry… Apa, tadi engkau datang naik lori ke? Lama tak lamalah, tapi bolehlah buat orang merajuk ala-ala berjauh hati. Engkau sampai lambat satu hal, boleh pulak masuk berganding gaya pengantin tak jadi pulak dengan awek lain. Mana member tak angkat kaki,” sindir Emil Roziman selamba. Matanya sedari tadi sudah mengikut arah mata teman baiknya itu. Ha! Tahu pun gabra bila awek angkat kaki.

“Dia merajuk ke?” entah pada siapa soalan diajukan.

“Ek eleh! Engkau ni lembab betullah. Dah tu kalau tak merajuk, apa pulak kenanya dengan minah tu? Main sorok-sorok?” sergah Emil Roziman. Matanya sudah meratah wajah blur Fizz Haizal. Kenapalah mamat ni tak peka langsung dengan silent language si Maira tu. Aduh! Kesian aku tengok pasangan arjuna chenta yang tak khatam dalam bab asmaradana ni... keluhnya sendiri.

Teman-teman yang lain sudah terhinjut-hinjut menahan gelak melihat wajah Fizz Haizal yang terkulat-kulat mengulum kata-kata pedas anak muda itu. Memang Emil Roziman main lepas cakap tanpa beralas, tapi yang lebih lucu bila melihat wajah teman yang kena sembur. Wajah kelam hilang punca masih membias di wajah itu. Aduh!!

“Pergilah pujuk, masih belum terlewat lagi. Perempuan Melayu terakhir tu Encik Fizz, bukan sahaja tingkah dan perilakunya lembut, tapi hati dan emosinya juga. Lebih-lebih lagi bila orang yang ditunggu sekian lama tiba dengan orang lain. Hati mana yang tak disapa cemburu dan curiga,” sampuk Balqis dalam madah yang entah dari mana dihafalnya. Teman-teman yang lain sudah tertawa mendengarkan kata-kata gadis itu.

“Fuiyooo… ini kiranya pembelajaran orang bercintalah yer. Wah! Tak sangka aku Fakrul… pandai juga engkau dalam bab madah-madah ni yer. Dasar mat bunga jiwang karat,” sakat Emil Roziman dengan tawa yang masih belum reda.

Keriuhan kumpulan itu berbual dan ketawa mula menggamit pandangan dari teman-teman sekerja yang lain termasuklah Alia Natasya. Dia melemparkan senyuman mengoda bila pandangannya bertemu dengan pandangan Fizz Haizal, namun anak muda itu sekadar buat muka seposen…bolayan….

Sesuci Embun Kasih

Continue Sesuci Embun Kasih@SEK

Kemunculan Fizz Haizal, Emil Roziman, Fakrul, Daniel dan Ilham benar-benar memukau pandangan seluruh pekerja Teras Chemara Holding. Mana taknya, dahlah tadi mereka berlima selamba buat grand entrence ala-ala panglima masuk istana dengan pakaian lagak pendekar lima bersaudara, kini penampilan sudah bertukar corak. Masing-masing sudah memegang senjata berupa gitar, keyboard dan dram. Test cord untuk cari mood sebelum kelima-limanya memulakan gigs.

Persembahan malam itu cukup menghiburkan. Jika tadi Maira Atisya dan teman-temannya memukau dan mengejutkan hadirin dengan tarian lagu Asmaradana, kali ini giliran Fizz Haizal dan teman-temannya pula. Nyata mereka menguasai segenap penjuru pentas itu dengan persembahan yang cukup bertenaga.

Sebaik sahaja bergema intro petikan gitar dari Emil Roziman, anak-anak dara hatta yang dah berstatuskan mak dara Teras Chemara Holding sudah mula tak hingat diri. Mula bersorak dan menjerit. Lebih-lebih lagi Daniel yang bermain keyboard lepak menyapu intro secara solo beriring dengan pukulan maut dram dari Fakrul.

Mohon selembar harapan
Buatku sedang rawang
Biar pun sekadar cuma senyuman
Ikhlas kau pujaan

Rangkap kedua selamba disapu oleh Ilham. Malam itu mereka bagai diperkenalkan dengan Ilham yang tidak pernah mereka kenal. Sempoi giler layan rock dengan gitarnya.

Mohon sesaat berangan
Buatku meleraikan
Apapun hiba dan tangisan
Menawan segala perasaan


Pot korus kelima-limanya tapau bersama.

Aku sedar...
Siapa diriku...
Aku dah tahu...
Siapa aku...
Aku sedar...
Dan merasa malu...
Aku sangatlah mahu...
Berterima kasih...
Sungguh
Langsung tak pernah marah
Walaupun sekali seakan memahami
Langsung tak pernah kasar
Dalam berbahasa menjaga maruahku
Langsung tak pernah jeling
Menunjukkan benci pada diriku ini
Buatku tak pernah akan pernah menyesal
Menagih cintamu biarku membelai rindu..


Gorengan petikan gitar dari Fizz Haizal, Emil Roziman dan Ilham beserta dengan showmanship mereka membuatkan ramai yang terjerit. Bagaikan tidak cukup rencah kalau tidak berserta alunan muzik dari keyboard Daniel dan pukulan maut dram Fakrul. Kala music breach, ruang kosong dihadapan pentas sudah diisi dengan staff yang sporting habis menari mengikut rentak muzik kelima-lima anak muda itu.

Balqis, Thania, Laura dan Nancy juga tidak ketinggalan. Masing-masing bagai tidak hingat dunia. Turut sama menari dengan teman-teman yang lain.

Fizz Haizal selamba turun ke meja Maira Atisya sambil menyambar rangkap seterusnya. Merah wajah Maira Atisya bila teman-teman bersorak.

Mohon secebis kasihan
Janganku dilupakan
Dalam dilipatan kenangan
Bercinta dikau di persimpangan


Tanpa rasa berdosa, tangan gadis itu ditarik anak muda itu untuk naik ke pentas. Mahu tak mahu, terpaksa juga diturutkan oleh gadis itu bila ramai yang sudah bersorak dan bertepuk tangan hatta CEO syarikat beserta VIP yang duduk di meja khas juga cukup sporting dalam keterujaan. Mereka turut berterpuk tangan mengikut alunan muzik yang sedang bergema di dalam ballroom itu. Nyata semuanya terhibur.

Aku sedar...
Siapa diriku...
Aku dah tahu...
Siapa aku...
Aku sedar...
Dan merasa malu...
Aku sangatlah mahu...
Berterima kasih...
Sungguh
Langsung tak pernah marah
Walaupun sekali seakan memahami
Langsung tak pernah kasar
Dalam berbahasa menjaga maruahku
Langsung tak pernah jeling
Menunjukkan benci pada diriku ini
Buatku tak pernah akan pernah menyesal
Menagih cintamu biarku membelai rindu..
la la la la la la la...
la la la la la la la...
Aku rela merindu...
Aku rela merindu...
Aku rela merindu mu....


Mendayu suara Fizz Haizal mengakhiri lagu itu sambil tangannya menghulurkan one red rose, full-bloom with baby’s breath in a bouquet wrap with white organza and pink ribbon pada Maira Atisya.

“Wow! The I-Love-You ensemble” Terdengar jeritan dari hadirin.

“Romantiknya…” Jerit yang lain pula.

Wajah Maira Atisya sudah merah. Panas sejuk silih berganti bagai direndam dalam selori kiub ais. Senyuman yang sudah lama mekar di bibir anak muda itu menambahkan getar yang memukul tangkai hatinya. Aduh! Malu sih… bila bunga kini bertukar tangan.

Ilham dan Fakrul tersenyum manakala Daniel sudah tertawa kecil. Emil Roziman sengeh. Dipetiknya gitar intro lagu Sinaran Cinta yang dipopularkan oleh Jamal Abdillah untuk memberi ruang teman yang sudah sekian lama memendam perasaan itu meluahkan segala yang tersimpan dengan penuh penghayatan.

Di dalam matamu
Aku melihat sinaran bercahaya
Beri padaku sinar cintamu
Akan ku pancar sinarannya di hatiku

Cuba kau lihat
Sinar mataku
Terpancar rindu
Yang kusimpan untukmu

Antara kita
Memendam rasa
Hingga tak daya
Nak melawan resah cinta

Engkau paling ku sayang
Paling ku cinta... sepanjang hayatku
Moga engkau pun tahu
Betapa aku mengharapkan

Betapa aku memerlukan
Agar engkau terus kekal bersamaku
Betapa indah
Bila kau di sisiku
Bahagia kurasa
Di hatiku


No wonder Stevie wonderlah diorang asyik lesap aje hari tu. Rupanya ada udang dalam mee,” bisik Laura pada Maira Atisya yang sedang melayan merdu suara si chenta hati.

“Macamanalah aku boleh lupa. Abang Fakrul ada studio dan aku rasa mereka selalu lepak dan jamming di sana. Sebab itulah kita tak tahu,” terang Balqis pada teman-temannya. Dia pernah mengikut Fakrul ke studio abangnya yang terletak di kawasan Sri Hartamas beberapa kali.

“Mungkin sebab engkau dah tua. Itu sebablah engkau lupa,” usik Laura selamba. Balqis sudah tarik muka 14 setengah. Segera jarinya menjalankan acara sepit ketam ke lengan gadis itu. Bersiut Laura akhirnya sambil mengusap lengannya yang perit.

“Maira, aku rasa che abang tu meluahkan apa yang selama ini dia simpanlah. Buktinya bunga tu. Well, tak kan engkau tak rasa apa-apa?” tanya Thania sambil matanya melolot ke wajah Maira Atisya.

Gadis itu sekadar tersenyum. Tidak ada sebarang pengulasan atau komen akan pertanyaan yang diajukan padanya.

“Aduh! Diorang ni betullah. Dah macam professional aje aku tengok… Kekasih awal dan akhirlah pulak… Ni yang buat aku terawang-awang ni,” Mata Balqis sudah memancarkan sinar gama maha gumbira. Bibirnya mula mengikut bait-bait dalam lagu yang sedang dialunkan oleh Daniel.

“Erm, korang rasa sapa yang akan buat tarik pat korus tu?” tanya Nancy.

“Aku rasa Emil…” teka Thania.

“Eh! Tak… aku rasa Fizz,” teka Laura.

“Bukan... aku yakin mesti buah hati aku si Fakrul sebab lagu ni dia tuju kat akulah,” ucap Balqis tersipu-sipu.

“Ek eleh dia ni! Sejak bila engkau jadi minah perasan tahap tak hingat dunia ha? Tak malu... buah hati konon...” cemuh Thania sambil ketawa.

“Ha! Ilham...!! Biar betul...” Empat suara sudah separuh menjerit. Semua tekaan mereka ternyata salah bila korus lagu itu disambar oleh Ilham dalam tarik goreng suaranya yang nyata cukup power. Bagai dipaku, kelima-lima mata gadis itu terus diserat ke pentas. Penghayatan anak muda itu cukup bersahaja tapi penuh emosi. Lirik matanya memanah ke meja Maira Atisya dan teman-temannya.

Tepukan dan jeritan mula terdengar dari segenap arah. Ramai anak-anak dara hatta yang berstatuskan mak dara sudah tak sedar diri. Masing-masing tidak percaya anak muda sealim Ilham boleh jer masuk line balada jiwang. Maira Atisya sekadar membisu. Tanpa sesiapa menyedari gadis itu sedang berkomunikasi dalam lenggok pandangan mata dengan Fizz Haizal yang berada di pentas.

“Peh! Cayalah Ilham. Tak sangka aku. Tadi layan angan dan sedar, sekarang ni kekasih awal dan akhir pulak. Lepas ni ramailah yang beratur nak masuk line jadi awek dia, tapi kalau lihat dari cara dia layan lagu tu macam tuju kat seseorang jer…” komen Thania sambil tersengeh-sengeh spesis kerang kena rebus.

“Wow… wow… tak kan sorang lagi nak buat pengluahan hati… ni dah kes berat. Well, said something my friend.” Serentak Balqis, Thania, Nancy dan Laura menyerang gadis yang masih betah mengunci bicara itu. Kini keempat-empat pasang mata sudah beralih arah. Memanah ke wajah Maira Atisya yang kelam kabut membuat pengawal agar tetap kekal tidak beriak.

“Maira....” panggil gadis-gadis itu serentak bila melihat teman yang seorang itu masih mengunci bicara.

Belum sempat Maira menjawab gemersik suara Fizz Haizal mengalunkan lagu warisan wanita terakhir seolah penyelamat buat dirinya. Keempat-empat gadis itu sudah mula melayan lagu yang sedang teralun. Maira Atisya menarik nafas lega biarpun dadanya kian sesak diasak gemersik suara Fizz Haizal yang masih dengan lagu yang dinyanyikannya. Entah kenapa Maira Atisya bagai lemas di daratan perasaan.

Satu kejutan yang membuatkan Alia Natsya menghadiahkan berbakul-bakul sumpah seranah pada gadis itu bila dengan selamba Emil Roziman mengumamkan bahawa mereka semua akan berduet menyanyikan lagu Jangan Pisahkan yang pernah dipopularkan oleh Mayangsari dan Deddy Dores dengan Maira Atisya, Balqis, Thania, Laura dan Nancy. Tepukan gemuruh kedengaran dari semua sementara kelima-lima gadis itu benar-benar terkasima dalam terkezut. Terkedu tanpa kata dengan tindakan anak muda yang tidak makan saman dan penuh selamba seperti Emil Roziman itu. Masing-masing berbincang dalam pandangan tanpa kata dan akhirnya nyata mereka tidak punya pilihan bila terdengar suara Fakrul yang memulakan intro lagu tersebut. Rela dalam paksa mereka semua akhirnya sudah berada di pentas.

Selamat Tahun Baru 1430H

Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa Amal.

Assalamualikum dan salam sejahtera.

Tanggal keramat menghampiri kita, esok seluruh umat Islam di dunia dengan izinNYA akan menyambut ketibaan Tahun Baru 1430 Hijriah, pada awal muharram.

Muharam merupakan bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah) yang membawa makna 'diharamkan' dimana Allah swt melarang umat Islam melakukan keganasan dan peperangan serta pertumpahan darah. Menurut Ibnu Abbas r. anhuma, sejak zaman nabi Ibrahim a.s telah diharamkan peperangan dan pertumpahan darah dalam bulan-bulan haram iaitu bulan DzulHijjah, Dzul Qaedah, Rejab dan bagi bulan Muharam pula sebab nya adalah didalam bulan tersebut umat Islam yang mengerjakan ibadat haji akan kembali ketempat masing-masing dan larangan itu bertujuan supaya jemaah haji yang mengerjakan haji akan merasa aman terhadap keselamatan diri masing-masing dari mula mereka meninggalkan rumah sehinggalah mereka kembali semula selepas menunaikan ibadat haji tersebut. Namun demikian larangan tersebut telah ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al-Baqarah: 91).

Rasulullah saw telah menamakan bulan Muharam sebagai bulan ALLAH (shahrullahi), dinamakan bulan ALLAH lantaran kemulian dan kelebihan bulan ini. Daripada Al-Hassan Al-Basry rahimullah "sesungguhnya Allah telah membuka lembaran Tahun baru didalam takwim Islam dengan bulan Muharam. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia didalam takwim Islam disisi Allah selepas bulan Ramadhan melainkan Muharram yang terkhas disebabkan kehormatannya".

Seperti kebiasaannya doa akhir tahun dibaca ketika matahari hampir tenggelam pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Manakala doa awal tahun pula dibaca selepas solat Maghrib, iaitu selepas munculnya anak bulan Muharram.

Dikatakan barangsiapa yang membaca doa akhir tahun sebanyak 3kali maka syaitan akan berkata 'hampalah kami disepanjang tahun ini' dan barangsiapa membaca doa awal tahun pula Insyaallah akan dipelihara oleh Allah dirinya dari gangguan dan godaan syaitan disepanjang tahun tersebut.

AMALAN DI BULAN MUHARRAM

Baca doa akhir tahun - Selepas waktu Asar hari terakhir bulan Zulhijjah (Allah akan ampunkan segala dosa-dosa yang lalu)

Baca doa awal tahun - Apabila masuk waktu Maghrib hari terakhir bulan Zulhijjah (Allah akan mengutuskan dua malaikat agar kita terpelihara dari melakukan maksiat)

1 - 10 Muharram adalah disunatkan berpuasa.

16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram

1. Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram
Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali (Apabila sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu” kita berdoa di dalam hati tentang hajat kita - terutamanya untuk anak-anak. Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum.

2. Puasa sunat pada hari 9 Muharram (Tasua’) dan 10 Muharram (Asyura)
Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah.

3. Menyapu kepala anak yatim.
Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan. Allah akan mengangkat darjat kita.

4. Memberi makan kepada orang yang berpuasa.
Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.

5. Mandi sunat. Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit.

6. Menziarahi rumah orang alim.

7. Menziarahi orang sakit. Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam

8. Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga.

9. Bercelak mata - Boleh menghindarkan dari sakit mata

10. Menziarahi kaum keluarga

11. Mengerat kuku

12. Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali. Allah akan memandang dengan belas kasihan.

13. Sembahyang sunat 4 rakaat - 2 salam (2 rakaat x 2)
(Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala)
Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat. Allah akan mengampunkan dosa 50 tahun yang lalu.

14. Banyakkan bersedekah. Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700.

15. Beri makan/pakaian kepada fakir miskin. Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga.

16. Berzikir (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali

Fadhilat Bulan Muharram

Amalan pada 1 hingga 10 Mun harram

1. Kelebihan & Amalan pada Hari Assyuuraa'

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;

Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa’ yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa’, maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa’, maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa’, maka seoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa’ dari lain-lain hari. Jawab Rasulullah: Benar!.

Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa’ dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa’ dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa’ dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa’ dan menenggelamkan Fir’aun pada hari Assyuuraa’ dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa’ dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa’ dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa’ dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa’ dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa’

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata;

Hari Assyuuraa’ ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir’aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa’.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata
Bahawa siapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa’, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.

Sufyan berkata. Telah kami cuba, maka rasakan kebenarannya.

Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata;

Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa’ maka tanya kepada mereka tentang itu. Jawab mereka “Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s. dari Bani Israil terhadap Fir’aun dan kaumnya. Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini”. Maka sabda Nabi SAW. “Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu”. maka Nabi SAW. menyuruh sahabat supaya berpuasa.

Abul Laits berkata

Dinamakan Assyuuraa’ kerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram. Ada lain pendapat yang mengatakan hari Assyuuraa’ kerana Allah telah memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan;

1. Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s.
2. Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s.
3. Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s.
4. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada hari Assyuuraa’ dan diangkatkan sebagai kholilulLah juga diselamatkan dari api.
5. Allah menerima taubat Nabi Daud a.s.
6. Allah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit
7. Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s.
8. Allah menenggelamkan Fir’aun
9. Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
10. Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Semua ini terjadi pada hari Assyuuraa’. Sebahagian lain berpendapat, dinamakan hari Assyuuraa’ kerana ia kesepuluh dari kemulian-kemulian yang diberikan Allah pada umat ini.

1. Bulan Rejab. Allah menjadikannya sebagai kemuliaan nagi umat ini dan melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan umat-umat ini atas lain-lain umat.

2. Bulan Sya’baan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Nabi Muhammad SAW. atas semua Nabi.

3. Bulan Ramadhan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Allah terhadap semua makhluk.

4. Lailatul qadr yang terlebih baik dari seribu bulan yang lain.

5. Hari Iedul Fitri sebagai hari pembalasan(penerimaan upah)

6. Hari-hari sepuluh (1 hingga 10 Zulhijjah) iaitu hari-hari untuk berzikir kepada Allah.

7. Hari Arafah yang dosanya dapat menebuskan dosa dua tahun.

8. Hari Iedul Adha iaitu hari berqurban.

9. Hari Jumaat yang termulia dari semua hari.

10.Hari Assyuuraa’ yang puasanya dapat menebus satu tahun dosa. Dan masing-masing waktu yang tersebut itu ada kemuliaan dari Allah diberikan kepada umat ini untuk membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka.

2. Amalan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram.

Pada hari terakhir bulan Zulhijjah dan pada 1 Muhharam dibacakan doa-doa yang
berikut;

Doa akhir tahun dan awal Muharram

http://www.darulnuman.com/mhikmah/muharam.html

2. Selepas sholat subuh pada 1 Muharram sayugianya dibacakan Ayatul Kursi sebanyak 360 kali dengan membaca isim Bismillahirrahmaa nirrahim pada setiap kali bacaan. Insya Allah barangsiapa yang mengamalkannya, akan diberikan keselamatan dan pemeliharaan dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki.. Sesudah selesai hendaklah dibacakan doa berikut sebanyak 3 kali.

Semoga Allah melimpahkan rezeki dan limpah kurniaNya untuk kita agar dapat mengamalkan dan memuliakan kedatangan awal Muharram di alaf baru ini dengan cara sambutan yang dilaksanakan oleh para Rasul, Ambiya, Siddiqin, Aulia Allah dan orang-orang Solihin.

Dibawah ini ada beberapa hadith dan nota-nota yang baik yang dapat dikutip buat renungan dan panduan kita bersama. Moga tahun ini akan lebih baik dari tahun yang lepas dalam kontek kita mendekat diri dengan sumber segala kekuatan, keindahan, kasih sayang dan kebahagiaan yaitu Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam”. (Sahih Muslim)

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; “Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yang bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun.” (Riwayat Albazzar)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah. Jawab baginda, “Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang”. Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura. Jawab baginda, “semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu”.(Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya “Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga”. (SahihMuslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, “Hari apa ini ?”. Jawab mereka, “Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musaberpuasa kerananya”. Sabda Nabi, “Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa”. Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura.(Sahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.” - Riwayat Al Baihaqi

1. Berkata para ulama’ salaf, 14 malam yang afdhal dihidupkan:
- Malam Awal Muharram
- Malam 10 Muharram
- Malam Awal Rejab
- Malam 15 Rejab
- Malam 27 Rejab
- Malam 15 Sya’ban
- Malam Arafah
- Malam dua hari raya (Malam 1 Syawal dan Malam 10 Zulhijjah)
- Malam-malam ganjil pada 10 hari akhir Ramadhan (21, 23, 25, 27, 29)

Amalan-amalan yang disunatkan pada malam tersebut:
a) Qiamullail
- Solat Tahajjud
- Solat Hajat
- Solat Sunat Taubat

b) Membaca Al-Quran
c) Zikir

2. Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa.”

“Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada’ (mati syahid), dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah”

“Sesiapa yang melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut.”

“Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram“

3. Bertanya para sahabat : “Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain?”

Jawab Rasulullah dalam Sabdanya :

ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram

ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
Diciptakan lautan pada 10 Muharram
Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
Ditenggelamkan Fir’aun pada 10 Muharram
Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram

Rebutlah peluang yang ada ini memandangkan kita tidak akan tahu apakah kita masih punya peluang yang sama untuk Muharram yang akan datang. Kalau sebelum ini kita punya waktu untuk mengagungkan sambutan tahun baru dengan perbagai pesta, mengapa tahun hijrah ini perlu kita sunyikan sedang allah menjanjikan begitu banyak ganjaran yang tidak terhingga untuk diberikan pada sekelian hamba-Nya.

Salam Maal Hijrah untuk semua....

Renungkan....

Aku mengantuk sesangat... sebab apa tah, aku pun kurang pasti... mungkin sebab tak ada sangat assignment urgent yang perlukan tumpuan dan penyelesaian tahap segera atau mungkin sebab malam semalam aku tak lena diulit mimpi sangat... Erm! entahlah.

Tika aku sedang layan blues mata yang dah mula kuyu... sebuah email masuk ke inbox ku. Aku baca dan amati... Nauzubillah... kes ini juga yang aku dengar angah perbualkan dengan Abang Iq beberapa hari yang lalu... dan aku sendiri tahu kes ini tak pernah padam cumanya macam api dalam sekam. Kalau tidak berjaga-jaga dalam pencegahan yang sesungguhnya, tak mustahil akan memusnahkan segala yang ada... So cuba kita soroti dan renung than fikir guna akal bagaimana untuk kita sama-sama berusaha menyelamatkan iman... Aku tak kisah apa orang nak fikir atau kata dengan apa yang aku paste dan publishkan di sini. Nawaitu aku hanya satu... sesiapa yang baca boleh meluangkan masa untuk berfikir mengenai isu dalam kes ini... Dalam kita menantikan kehadiran tahun baru Hijrah 1430, elok rasanya kita muhasabah diri... Lupakan budaya sambutan yang mungkin atau memang boleh aku kata tak relevant sama sekali pada setiap tahun baru. Dengan konsert yang bercampur gaul lelaki perempuan tanpa sempadan. Lebih banyak mengundang padah dari faedah... Jadi! fikir-fikirkan dan ikutilah kisah di bawah untuk kita renungkan bersama.


'Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal .. Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..

Butir asal permohonan.. ....

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'

Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'..

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.

Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk. Menggelupur dia depan kedai tu.

Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah..Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis.. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun.

2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata, 'Allah hu Ahad'. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu..

Apalah dosa a nak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.

Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan. Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu [buat sesiapa yang menghisap rokok, baik anda fikirkan...]. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao .. Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu.

Macamana benda ni boleh terjadi? Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G [macam iklan simkad telefon pulak kan... erm....]. GOSPEL,GOAL, GLORY. Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus. Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi, justeru itu nanti, dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali, posting dari email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Nilah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.