Seronok ke DiA???

"Sorry, hari ni I sibuk sangat sebab today was my LAST DAY kat GM. Ramai yang I nak jumpa, nak hand over kerja, bla.. bla.. bla..." Aku dah tak dengar dah apa yang dia kata sebabnya jauh di sudut hati rasa cam nak meraung. Amboi! lagi up dari menangis. Suka sangat ke nak resign? Best sangat ke nak pergi jauh-jauh.. dan yang paling galak bertanya kat dalam hati ku macam dah tak sabar-sabar jer dia nak tinggalkan Malaysia... nak tinggalkan persahabatan dan sahabat macam aku yang mungkin tak sebaik sahabat-sahabat yang dia ada... Iyerlah aku ni bukannya banyak membantu... Apapun memang aku dah maklum hari ni last day dia, tapi tah kenapa aku rasa cam pilu bila dia seakan keep remain bout that. Seolah nak ingatkan aku yang mulai minggu depan, [sebab esok aku cuti... nak bawak diri uhuuu] dia tak ada lagi kat GM. Tahlah, aku tak tahu apa sebenarnya yang dia rasa, walaupun aku tahu semestinya dia happy bangat dengan keterakhiran harinya di syarikat itu.

"Na, kenapa dengan aku ekk, rasa cam sedih jer... kenapa aku cam susah nak terima satu kepergian?" tanpa sedar keluhan terluah dari bibir bila komunikasi dua hala dengan minah senget ni berlangsung. Sesungguhnya bukan aku tak ada kerja.. ada... worldwide tax summaries berlambak untuk aku update. Kena buat research lagi, tapi tah mood nak buat menjunam. Aku macam dihambat rasa takut. Ah! Kalut seh. Ngapain rasa sebegini kok tega-teganya hadir mengacah emosiku, ngapain aku nggak bisa tenang, ngapain aku mesti sedih.

"Mungkin sebab hang baru nak terima dia semua setelah lama dia membisu@hilang dalam ada, than dia pula decide nak pi berhijrah. Mestilah hang rasa lain, rasa kena tinggai walau hakikatnya memang hang penah pun kena tinggai dek dia. Apapun nasihat aku hang kena kuat... kena redho dengan segala perjalanan yang sudah ditetapkan. Ini satu dugaan untuk hang, allah nak uji sejauhmana kekuatan dan ketabahan hang. Hak dulu tu kira belum luluslah sebab tu allah uji hang lagi." cewah! sejak bila pulak minah bernama Raizana Fateha ni bijak bercakap.

Tapi betul gak kan... kalau aku boleh lalui hidup aku dulu without dia, kenapa pulak sekarang ni aku kalut... either dia ada atau tak, sebenaqnya tak menukar apa-apa pun. Hehehehehe iyer ke??? Persepsi aku tetap sama... pegangan aku tetap tak berubah dan insyaAllah tak akan berubah. 'Tiada kebahagiaan atas tapak derita dan airmata insan lain terutama kaum sejenis.' Jadi, biaqlah dia pi... itu ketentuan dan ketetapan allah, maybe aku akan rasa sunyilah nanti, tak dak kawan nak berbahas, tak ada teman nak berdebat. Ermmmm. Tuhan... berikan aku kekuatan dalam ketabahan untuk mengawal hati menerima dugaan dan ujian-Mu. Redhokan sekeping hati mengiringi sebuah kepergian tapi bukan kehilangan.

Beach Party09

I had such as a very happening evening yesterday. Mana tak happeningnya, berdansa dengan pakaian ala-ala nak pi picnic kat pantai walaupun hakikat dekat office ni memang tak adanya pantai. Apapun dah si penganjur menetapkan pakaian sedemikian, makanya masing-masing pun penuh keterujaanlah. Ada yang santai dengan jeans dan t-shirt tak kurang juga menggayakan pario yang dipadankan dengan baju yang mereka suka. Pendek kata memang happening gilez petang semalam di kelas aerobik. Seronok sangat dan lucu. Cuba bayangkan, berpakaian sedemikian, kemudiannya sehati berdansa... tak ke mengarut... yang mana prepare sport shoes tu kira okeylah, yang aci datang dengan selipar, apa citer... jawabnya menari gaklah dengan berkaki ayamnya. Dahlah kena layan samba, hip-hop, caca, latino dan tah jadah apa lagi nama muziknya. Nak atau tak... erm goyang gaklah. Namun semuanya cukup sporting dalam mengayakan pakaian masing-masing. So colourfull, siap dengan bunga-bunga di leher lagi... ala gadis hawaii tu lah, cuma aku je yang biasa. La! Betul... aku tak tukar baju pun. Wearing what ever aku pakai hari tu, blouse dengan pants. Ada tak ada join kengkawan aku dengan idea berbunga di tangan, itupun Suriya dan Yan bermurah hati nak pi cari. Kenapa aku tak bawak baju... kenapa aku tak dress up macam kengkawan lain... erm sebab apa ekk... sebabnya... sebabnya, erm mood aku sesungguhnya out-station sebenarnya. I just try menceriakan juga wajah dengan gelak bersulam senyum supaya apa yang ada deep in my heart tak terpancar. Keylah, korang layanlah a few picture yang aku rasa cam sesuai untuk dipertontonkan...


Kepergian....

Erm pelik kan... kenapa pulak tiba-tiba ada pulak tersesat gambar mamat yang erm boleh dikategorikan sebagai NOT BAD LOOKING ni kat glass castle aku? Sapa pulak ni... Well, by the way and no highway namanya Raizal. Apa pulak kaitan dia dengan aku?? Dah sah-sah dia ni bukan abang aku. Actually dia salah seorang dari sahabat aku... sahabat yang bukan sekadar kongsi-kongsi cerita dan tawa, bukan juga sekadar dengar sendu dan tangis... Eh! Jap. Rasanya kalau tak silap aku, belum pernah pun dia dengar aku nangis. Dia adalah salah seorang sahabat yang bertanggunajawab dengan apa yang terjadi pada aku sekarang. Orang yang tanpa perasaan mencabar aku untuk buktikan bahawa minat yang sudah sekian lama terpendam ini menjadi satu impian untuk aku gapai dan dari impian itulah lahirnya sebuah realiti. Ha! Jangan tak tahu, aku pernah terlibat dalam acara memburu realiti tau... realiti untuk aku menjadi seorang PENULIS seperti sekarang. Inilah orangnya, orang yang jadi tempat aku buat pengaduan bila kecewa dan rasa putusasa mengacah dalam diri. Dialah salah seorang yang bertanggungjawab hingga aku mampu tersengeh minah senget bila lihat garapan aku dalam bentuk buku berada bersama dengan novel-novel dari novelist yang dah sememangnya gah.

From the begining aku dikhabarkan dengan berita kepergian, aku memang speechless... rasa cam hilang segala perbendaharaan kata yang tersimpan dalam bank otak. Rasa nak nangis pun ada gak.

"I dah tender dari GM Sdn Bhd. Tak sabar rasanya nak ucap bye... bye pada seluruh warga syarikat." Itulah perkhabaran yang disampaikannya penuh perasaan. Aku tahu dia happy, happy justeru mungkin rasa sebahagian atau seluruh permasalahan yang membelenggu dirinya selama ini selesai. Waktu tu aku memang tak reti nak describe perasaan aku yang bercampur gaul dengan segala rasa. Apapun aku tak nafikan, jauh di sudut hati, terdetik juga kepiluan disalut kesedihan. Memang perkenalan kami agak unik, bermula sebagai client, akhirnya mengheret kami pada kancah persahabatan. Aku cukup senang dengan sikapnya, seorang pendengar yang baik dan tidak lokek menghulurkan nasihat berbau motivati pada yang memerlukan. Selama kami kenal, banyak yang dah dilakukannya. Malah aku rasa tanpa sokongan dan cabaran darinya, mungkin aku masih lagi buat khazanah nasional dengan apa yang aku tulis. Masih teringat akan kata-katanya... “Dengan sedikit kekuatan, keyakinan bakal bertandang, menundukkan keraguan dan ketidakyakinan daripada terus menguasai diri.” Kata-kata itulah yang jadi kekuatan dan pegangan untuk terus mengapai impianku selama ini.


Sesungguhnya bukan dekat tempat yang dia nak pergi... berjuta kilometer. Di syarikat inilah nanti dia akan mempertaruhkan kemahiran dan segala kebijaksanaannya. Di sinilah rezeki yang telah ditetapkan oleh allah kepadanya dan di sinilah nanti dia akan memulakan segala-galanya. Membina kembali apa yang pernah dan telah dimilikinya selama berkhidmat di GM Sdn Bhd. Apapun aku yakin, bila yang membuat keputusan itu adalah insan yang diberi nama Raizal, tak ada yang mustahil untuk di gapainya. Keputusannya untuk migrate ke Timur Tengah memang memeranjatkan sekali gus menghumban segala yang aku rasa ke gaung kesedihan, namun demi sebuah kehidupan, demi sebuah perjuangan yang belum tamat, aku cuba redho dalam seribu kepasraan. Aku sekadar mampu untuk terus menitipkan doa moga apa yang dilakukannya mendapat keberkatan dari allah dan dia sentiasa berada dalam limpahan kasih sayang dan rahmat dari-Nya sentiasa. Moga persahabatan kami tidak akan bernoktah dengan satu kepergian..

R - Rahmat allah amat besar, diberikan pada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya
A - andai sesekali terlena, segeralah ingat akan paksi yang telah ditinggalkan Muhammad
I - Illusi sekadar permainan, gapailah realiti berpandukan Quran dan Sunnah
Z - Zaman akhir ini bagaikan hamparan cabaran buat sekelian yang ada untuk melangkah
A - Awas dengan godaan dan dugaan yang mungkin mampu melena dan menghayutkan jiwa
L - Lindungi diri dengan Iman dan Amal agar hidup tetap berteraskan hidayah-Nya.

Versi Pu3

Tekak meminta sesuatu untuk dijadikan santapan petang hari. Awalnya Ngah cadangkan pi aje beli kat tempat selalu, tapi tah camne aku tak mau sebabnya apa yang digunakan sebagai bahan utama memang aku tak suka. Akhirnya aku selongkar dapur. Buka peti sejuk, hampir aje aku nak menjerit lihat bahan utama ada di situ. Apalagi... tanpa bertangguh lama, aku mulakan misi. Basuh sagu mata ikan, than toskan. Pastu tu aku curah santan, gula dan daun pandan. Kemudian aku jerang kan periuk beisi segala bahan tu atas apa. Bila dah menggelegak, aku masukkan sagu mata ikan. Biarkan menggelegak sekali lagi baru aku masukkan bahan utamanya... biarkan kejap aje terus api aku matikan sebab tak mau pisang montel yang jadi bahan utama lembik. Jadi inilah hasilnya....




Aku memang tak suka pisang nangka sebabnya masam, walaupun dapat komen yang memang sakit hati, tapi aku memang selambaland jer... dah aku tak suka, nak buat camne. Itulah sebabnya aku tak mau pi beli kat gerai yang selalu kita orang lepak kalau tetiba rasa keteringinan nak makan bubur, cuma hari ni aje aku proceed sendiri. Pengat pisang versi Pu3....

Kenapa...























Lately ni aku memang suka sangat dengan bunga yang satu ni. Kenapa ekk... entah, aku pun tak tahu, cumanya aku rasa damai dan tenang bila lihat kelopak-lekopaknya yang tka berapa banyak. Tak serabut... tambahan pula dengan warnanya yang berbagai. Aku jadi fanatik pada tulip putih dan purple... dalam anganku rasanya nak aje aku tanam kat rumah, kalau penuh satu laman pun tak apa. Mesti cantik... hari-hari bila aku buka aje tingkap, objek pertama yang menyapa pandangan mataku adalah kelopak tulip. Tapi kat manalah aku nak tanam ekk...

Award lagi

Peh! Lega... baru malam ini aku dapat nak kemaskan my glass castle ni. Berabuk sana sini, kalau tak dibersihkan, sat ni tetamu yang rajin menjengah dok terbersin pulak. Bila dah sakan bersin, tak pasai kena pi jumpa doktor untuk dapatkan kepastian. Iyerlah kan sekaranng ni bersepah-sepah virus di muka bumi dengan penyakit yang bukan sikit punya bahaya. Banyak oooohhh. Isy! Apalah yang aku dok merepek ni... bukan apa, tadi petang aku terlebih makan kerepek ubi perisa lada hitam yang dihulurkan oleh member office sebagai ubat ngantuk katanya...

Erm sesungguhnya aku nak rakamkan ucapan jutaan terima kasih pada Suzry yang sudi menganugerahkan award biarpun untuk mengambilnya perlu menyelesaikan sesuatu terlebih dahulu. Kira anugerah dalam penderaanlah ni yer Sue. Tak apa, mood Pu3 cam okey, so let's see how much I can put it alls in words.



1. Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda

Key. Aku dah lakukan


2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini [5 jer, tak nak lebih ke]

Dia seorang yang baik, Seorang yang rajin dalam apa sahaja yang dilakukannya, Suka membaca novel, Seorang yang penyayang - I assume, Punya perbagai koleksi novel. [agak-agak dia nak tak bagi aku pinjam]


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya. [Gulppp. Umakai... 10, banyaknya... tertelan liur aku dibuatnya]

Mungkin ramai yang tak percaya bahawa pemilik blog ini seorang yang pemalu. Dah termaktub dalam perlembagaan keluarga bahawa dia merupakan puteri bongsu. Tangan tak reti dok diam bila jumpa pena dan kertas. Sanggup melakukan penderaan mata bila dapat novel yang menepati citarasa. Cuba melakarkan ilham yang diberi-Nya dalam garapan gayanya sendiri. Sensitif dan boleh dikatergorikan mudah menangislah juga. [tapi bukan cengeng ekk]. Seorang yang penyayang [Ehem! Boleh test tengok...]. Peminat ribena dan biskut. Pengumpul teddybear. Suka menjahit dan memasak bila punya kesempatan

4. Anda perlu memilih 10 penerima seterusnya dan describe tentang mereka. [Ya ampun, siapa sih yang harus ku pilih]


  • Ebriza sebab dah lama sangat dia ni membisu. Nak amik semula perhatian dia
  • Norafishah - Ni kira balas semula tag award yang diberikannya hari tu.
  • Bib - Jeles sebab dia asyik layan movie. Ha! Sekarang biar dia layan tag award pulak
  • Eny - geram sebabnya dia masih belum amik award hak hari tu
  • Rehal Nurharis - Dia baru balik holiday, tentu idea tengah bersepah
  • Fyda - Pasangan duet Rehal untuk novel Aku, Dia Cinta. Cam ideal couple jer
  • Najwa Aiman - Penulis blog yang macam tak jumpa filter bahasa
  • Kak Eka - rindu kat dia dan for sure aku nak tahu sangat pasal akak aku yang sorang ni
  • AzRIN - yang suka tinggal jejak kat glass castle aku tanpa alamat untuk aku
  • Yang akhir ni buat sesapa sahaja yang sudi untuk menerima dan menyahut cabaran Tag Award ni

Hari ini dan esok…

Hari ni lunch aku macam gak minggu lepas. Yong Tau Foo di KL Sentral. Tu pun atas cadangan member, cuma yang membezakan, hari ni tak ada desert. Bukannya tak mampu nak beli, tapi nafsu untuk menikmatinya tak ada. Erm tahlah. Melihatkan segala bagai isi di dalam mangkuk yang berada di depan mata, dalam hati berdetik. Boleh habis ke... Rasa masa amik tadi sikit jer, camne tiba-tiba boleh jadi banyak. Tak kan benda alah ni semuanya beranak... isy.. isy... isy... seperti yang dijangka, memang tak habis. Yang habis cuma sayur-sayur dan sebahagian dari khazanah yang diambil tadi. Huhuhuhu… membazir betul… nak buat camne… kalau disumbat gak, alamatnya akan terkeluar semulalah nampaknya.

Tubuh tiba-tiba rasa tak berapa sedap. Pagi tadi sebelum keluar ke office, aku dah telah beberapa biji pills yang dibekalkan oleh doktor masa aku tersadai hari tu. Tah kenapa rasa cam sengal-sengal di anggota sendi tu datang semula. Ya Tuhan... hanya kepada engkau aku berlindung dari segala anasir yang boleh memudaratkan diriku. Peliharalah aku ya allah... Sekarang ni pun aku rasa cam letih... nak kata kerja banyak, tak... macam biasa jer. Bukanlah yang jenis over loaded, kenyang sangat ke tadi... erm rasa cam tak juga. Biasa jer. Jadi apa masalahnya… imunisasi kurang… ah ! sudah.

Esok aku kena dan terpaksa kembali ke hospital untuk sesi followup dengan doktor. Erm bukan aku dah sihat ke… bukan tak payah dan tak perlu pergi lagi ke… tapi kalau dah sah-sah tertera di appointment card aku kena datang boleh ke aku mengescapekan diri??? Siap dengan tarikh dan waktunya sekali. Ceh! Hari tu pun misi hospital tu dah macam tak ada kerja jer called untuk tanya keadaan diri aku. Cewah! Baiknya… maklumlah depa pun dah balun beribu gaklah duit aku sepanjang aku admitted kat hospital depa, tentulah buat baikkan… tambahan pulak regular hot & spicy patient macam aku ni… sure depa kena jaga bebaik. Kalau dak, sat ni aku tukaq pi spital lain… ha baru depa nganga… apapun esok aku kenalah mengadap doktor aku tu. Harapnya taklah aku jumpa doktor Sollahuddin ke, doktor Al-Amin ke dan yang paling aku tak nak jumpa sesangat doktor Hj Roslan… kalau jumpalah doktor tu… ya ampun… bisa berantak idup ku… Erm kena amik darah lagi ke esok… Ah! Itulah yang aku tak sanggup…

Perlu ke???

Aku ni bukanlah anti muzik sebab sekarang ni pun aku tengah layan Mentor... tengok anak-anak melayu terlalak-lalak menjaja suara... bergelek-gelek mengalahkan angsa patah tulang... tapi kadangkala aku terfikir sendiri, kenapa perlu banyak sangat ada rancangan reality hiburan ni???? Ada mentorlah... ada one in a millionlah.... akademik fantasialah... dan tah apa-apa... ramai sangat yang nak jadi penyanyi... nak jadi penghibur dan bolah dikata rata-rata semuanya anak MELAYU.... perlu ke semua tu... Akademik Fantasia contohnya, dah sampai musim ke berapa pun aku tak tahu. Begitu juga dengan Mentor, one in a million...

Tapikan, kenapalah penerbit-penerbit yang bersepah di luar sana tak mahu mencuba sesuatu yang lain... yang cukup berkelaianan... kalau beberapa tahun dulu ada dibuat rancangan Akademik Al-quran dan sambutannya cukup menggalakkan, kenapa tak dibuat satu lagi acara mencari bakat-bakat baru anak-anak MELAYU yang beragama ISLAM pastinya. Kenapa tak nak buat acara Akademik Bilal... Ha! Gelaklah... gelak.... woi! bukan senang tau nak jadi bilal. Cuba korang lihat bilal-bilal di segenap masjid. Jarang kita nak jumpa anak-anak muda kan... yang ada semuanya kategori tua... jadi kalaulah generasi ni dah tak ada... siapa nak ambilalih? Budak-budak tahfiz... erm memang boleh, tapi aku tetap rasa kalau dibuat satu program yang sama coraknya dengan segala rancangan reality TV yang berlambak sekarang, pasti ramai yang berminat. Bukan senang tau sebenarnya nak laungkan azan, nak jadi seorang bilal yang baik. Korang tahu tak melody azan Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh tu punya melody yang berbeza? Cuba dengar betul-betul azan yang dilaungkan dari bilal-bilal masjid dari negara Arab. Kenapa kita tak fikirkan sesuatu yang lebih baik untuk generasi MELAYU ISLAM kita di negara ini??? Akademik Bilal... okey pe... fikir-fikirkanlah... mana yang lebih afdah... sesuatu yang melekakan atau sesuatu yang menyeru pada kebaikan...

Selamat Hari Guru

Walaupun rasanya dah terlambat sikit, tapi aku tetap nak wish Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di seluruh dunia amnya dan guru-guru yang pernah mengajar aku khasnya. Tanpa jasa kalian, aku mungkin tak kenal apa itu A, B,C... apa dia 1,2,3 dan mungkin tak kenal erti hidup. Terima kasih cikgu yang rasanya maybe dah bersara dari kerjaya kalian. Aku rasa rindu dengan kenangan bergelar pelajar. Sekolah rendah di kampung cukup seronok. Berhijrah untuk meneruskan pelajaran di bandar bagaikan satu cabaran buatku. Mendedahkan aku pada sebuah kehidupan yang agak mencabar dari apa yang aku hadapi selama ini. Namun dengan bimbingan mereka yang bergelar guru, sedikit demi sedikit aku mampu menyesuaikan diri. Terima kasih cikgu. Jasa kalian tetap akan dikenang hingga akhir hayat.

Malaysia catat sejarah....

Kes pertama selesema babi dikesan di Malaysia
15/05/2009 2:22pm


PUTRAJAYA 15 Mei - Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan kes pertama selesema babi di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, pesakit pertama di Malaysia merupakan seorang pelajar lelaki berumur 21 tahun yang baru pulang dari Amerika Syarikat (AS) pada 13 Mei lalu.

Beliau berkata, pesakit tersebut mengalami demam, sakit tekak, sakit badan pada semalam dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama. "Beliau telah diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil,'' katanya dalam kenyataan di laman web rasmi Kementerian Kesihatan. - Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0515&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm

Ini pulak yang member aku forwardkan dalam bentuk pdf tapi aku dah save dalam bentuk Jpg.









Sebahagiannya menyebut:
KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
SITUASI SEMASA INFLUENZA A(H1N1)
DAN TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
15 Mei 2009

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan POSITIF influenza A(H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan pada 15 Mei 2009.

Ini merupakan kes yang pertama influenza A(H1N1) dikesan di Malaysia. Beliau merupakan seorang pelajar lelaki berumur 21 tahun, yang baru pulang daripada Amerika Syarikat pada 13 Mei 2009, mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan pada 14 Mei 2009, dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama pada jam 6.45 petang. Beliau telahpun diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil.
Kementerian Kesihatan telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan termasuk penyiasatan kontak ke atas kes. Ini termasuklah menghubungi ahli keluarga beliau yang ada sejarah kontak dengan beliau dan penumpang serta anak kapal yang menaiki kapalterbang yang sama. Kementerian Kesihatan juga menasihatkan semua penumpang penerbangan MH 091 dari Newark, USA dan tiba di KLIA pada 13 Mei 2009 jam 7.15 pagi supaya menghubungi talian 03-88810200 / 03-88810300 untuk tindakan susulan. Kementerian Kesihatan juga meminta semua Klinik-Klinik atau Hospital Swasta agar sentiasa berwaspada dan merujuk segera kes-kes yang baru kembali dari negara yang dilanda wabak influenza A(H1N1) dan mengalami gejala-gejala seperti demam dan salah satu daripada gejala berikut - batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak ke hospital-hospital rujukan yang telah ditetapkan. Sehingga jam 12 tengah malam 14 Mei 2009, selain daripada kes di atas, Bilik Crisis Preparedness & Response Centre (CPRC)

Satu penghargaan

Sekadar pengahargaan yang aku rasa teramat kecil yang boleh aku berikan buat insan-insan ini... tanpa sokongan mereka rasanya tak ada sesiapa pun yang kenal garapan Puteri Imaneisya... tak siapapun yang akan baca jauh sekali memiliki hasil nukilannya. Ilham yang diberikan oleh-Nya untuk dianyam dan disempurnakan menjadi sebuah novel. Dari itu aku nak rangkumkan ucapan terima kasih buat sekelian yang ada...

Azmil - Dorongan diberikan tanpa kata... cuma dari perlakuan aku sedar impian dan cita-cita ku ini semakin di restui. Rasanya tanpa dirinya, pergerakkan akan kaku. Haluan dan langkah ku pasti akan membuatkan aku mengutip buah langsat dalam sebuah kesesatan pastinya. Terima kasih atas segala pertolongan dan bantuan dalam merealisasikan tiap yang aku lakukan.

Raizal... seorang sahabat dan teman yang sering bersedia berkongsi apa sahaja. Sentiasa memotivasi dan memberikan semangat agar jangan kenal erti putus asa dalam apa jua yang dilakukan. Padanya gagal yang pertama adalah pengajaran untuk memperbaiki kelemahan untuk jadi yang lebih baik dan terbaik di masa depan. Terima kasih atas segalanya... aku tak mampu membalas kebaikan yang telah diberi dan dihulurkan selama ini. Moga allah limpahkan rahmat dalam kasih sayang-Nya buat dirimu.

Trisya... aku bangga punya sahabat yang sentiasa bersedia berkongsi duka dan suka. Air mata yang pernah hadir tanpa mengira ria atau sendu. Kita kongsi segala cerita, kita kongsi segala peristiwa malah kita kongsi idea untuk hasil yang lebih sempurna. Tanpa kau, rasanya aku tak mampu berdiri dengan teguh, pasti semangat dan sokonganmu memberikan lebih keyakinan untuk aku terus melangkah. Thanks my dear... tiada kata yang dapat menggambarkan betapa aku terlalu bersyukur punya sahabat seperti mu.

RoY - Kita pernah ditakdirkan berkongsi cerita, kita pernah di takdirkan berkongsi tawa malah kita juga ditakdirkan berkongsi duka. Segala yang terpendam tak mungkin menjadi penyelesaian pada sebuah permasalahan. Kita tambah dewasa dengan segala dugaan. Moga dirimu sentiasa sukses dan bahagia dengan cara dan hala tuju yang kau pilih. Thanks once again.

Aku juga sedar tanpa insan ini mana mungkin Sebuah Ungkapan Rahsia Hati mampu dimiliki oleh pembaca yang sudi. Insan yang pertama kalinya membaca manuskrip yang datangnya dari seorang yang kosong dan tak tahu apa-apa seperti aku, malahan format juga tonggang-langgang. Demi merealisasikan sebuah impian, kesabarannya banyak memainkan peranan. Menegur dan mengkritik untuk menyedarkan aku supaya jangan syok sendiri dengan apa yang dihasilkan. Memberi tunjuk ajar dan mencurahkan ilmu yang dimilikinya tanpa rasa kedekut. Biarpun namanya sudah gah di pesada penulisan tanahair, namun dia tetap sudi berkongsi apa yang dia tahu. Sesungguhnya aku tak akan melupakan jasa baik yang telah disalurkannya selama ini hingga aku mampu tersenyum dengan terhasilnya Kasih Ini Milik Kita yang kini sudah berada di pasaran. Orang sudah mengenali tulisan Puteri Imaneisya, and the thousand of thanks goes to...


Begitu juga pada sekelian yang sudi membaca garapan nukilan ku, tanpa kalian, aku bukan sesiapa... tanpa kalian, mana mungkin impian dan cita-citaku gapai malah tanpa kalian aku tetap menjadi seorang yang mencoret di dada lautan terbentang bertintakan hembusan bayu. Terima kasih buat semuanya....

Award of the year...

Ingatkan apalah yang menanti di weblog Bikash dan Fishah, rupanya ini... Terima kasih buat keduanya kerana sudi memberikan award bertuah ni pada saya. Moga tuah yang ada di dalam sebuah keikhlasan daripada mereka berdua akan terus menyinari dan membaluti hidup saya bukan sekadar tahun ini tapi selagi saya masih diizinkan bernafas di bumi sementara ni.

Sekarang giliran saya pulak untuk berkongsi Award 2009 ni dengan sahabat dan kawan-kawan yang saya sayangi. It's goes to Ebriza, John Norafizan, Najwa Aiman, Umairah, Ikhmal, Eny juga mamat yang memang bertuah ni, Raizal dan semualah pengunjung istana maya ku ini. Boleh je kita berkongsi Award bertuah ni sama-sama kan... So let share it togethers...

Isy.. mengidam ke....

AkU: DSana, DSini teringin nak makan nasi lemak... rengek ku bila komunikasi dua hala berlangsung. Entah kenapa aku bagai terasa-rasa di tekak. Pelik betul.

DiA: Erm ni nak makan sungguh ke atau just rasa-rasa? Dia tahu sangat yang selera aku tak ada kerana dah acapkali mendengar aku mengomel.

AkU: Betul... DSini nak makan sangat. Nasi Lemak kukus, kalau dapat bungkus dengan daun pisang lagi best. Macam yang Mak Nab jual di kampung tu.

DiA: DSana... KL ni rata-rata orang dah tak bungkus nasi lemak dengan daun pisang, kalau ada satu dua gerai jer. Kebanyakkannya bungkus dengan kertas plastik ataupun letak terus dalam bekas putih tu.

Aku dah diam. Entah kenapa rasa macam benar-benar terasa. Terdengar dia tertawa kecil. Entah apa yang lucu aku pun tak tahu.

DiA: Ha! Diam tu tak lain merajuklah tu. Bukan DSini tak nak belikan, jangan kata nasi lemak, nasi briyani atau apa saja nasi yang DSana nak makan, insyaAllah DSini sanggup beli, tapi masalahnya waktu macam ni mana nak cari nasi lemak. Kalau pagi atau petang@malam tu adalah.

AkU: Erm kalau dapat makan nasi lemak, rojak buah penang dengan cendol pulut campur jagung dan kacang merah mesti best kan. Aku menyuarakan segala keteringinan yang bertamu. Entah dari mana munculnya, aku sendiri tidak tahu. Masakan pembawakan tekak kut...

DiA: Okey, apa kata... breakfast kita makan nasi lemak Mak Nab, kemudian lunch kita cari nasi kandar line clear dengan rojak buah Penang, than petang kita makan cendol pulut campur jagung dan kacang merah di warung Leman Dawi di Senawang. Cendol di sana memang superb sedap, tapi dengan satu syarat DSana harus sihat sesihatnya. Dia mula membuat tawaran dan tawaran itu macam tak masuk akal jer.

AkU: Amboi! Tiga tempat dalam satu hari... erm sempat ke?

DiA: Apa pulak tak sempatnya. Kalau kita balik kampung hari Jumaat lepas kerja, sure pagi tu kita boleh bersarapan dengan nasi lemak Mak Nab, kemudian kita boleh bertolak untuk cari nasi kandar line clear dan rojak, lepas tu kita terus ke NS untuk menjamu selera dengan cendol. Dia mengatur perjalanan.

AkU: Erm tak payahlah DSana... sudah pasti akhirnya kita sekadar dapat penat jer...

DiA: Macam nilah. Apakata kalau DSini bawa DSana cuba nasi lemak Tanglin yang tak kurang hebatnya juga. Kemudian kita cari rojak Penang. Dengarnya di Carrefour Wangsamaju pun ada jual. Rasanya erm DSini tak tahulah sedap sangat atau tak, tapi bagi DSini, bolehlah. Cendol pulak nanti DSini cuba tanya member DSini kalau-kalau mereka tahu di mana boleh dapat yang best, tapi syaratnya masih sama dan tetap akan sama. DSana perlu sihat sesihatnya dahulu, baru DSini bawa. Boleh...

Erm aku sekadar mengeluh. Betul ke aku benar-benar nak makan semua tu atau sekadar acahan selera orang sakit... Tah lah...




My Lunch....

Aku dah kembali bertugas... banyak yang perlu dibereskan walau keadaan aku masih lagi belum recovered sepenuhnya malah rasa cam tak recover sebenarnya sebab demam aku masih lagi datang dan pergi. Tapi aku tak mau ikutkan sangat dan kentalkan semangat untuk lawan virus yang masih hidup dalam tubuhku. Aduh! Bilalah sekelian virus ni nak mati... tak sampai lagi ke ajalnya. Ubat, awal-awal lagi aku makan... kali ni dah tak skipping-skipping dah sebab aku nak sembuh... nak siapkan banyak benda. Kalau aku tak sihat, macamana aku nak terus mengejar dan memburu impian kan... dari itu aku mesti dan harus dengar segala nasihat doktor. Di office boss beri kelonggaran pada aku. Rehat kalau aku rasa tak sihat... jangan paksa diri... itulah kata boss aku. Memang aku masih lemah sebenarnya...

Tengahari ni aku jalan jauh sikit. Nun Ke KL Sentral dengan Sue dan Siti. Dah terlanjur mereka cadang nak makan di sana, aku pun followlah. Trisya bawak bekal roti... dipelawanya juga aku, tapi aku tak nak. Bukan menolak, tapi seleraku masih belum pulih, jadi tekak ku berkehendakkan something light macam sup. Jadi inilah lunch aku....

Yong tau foo with soup. Siap aku minta sup lebih lagi tu... Dalam perjalanan balik, Sue pulak mengidam nak makan kek... nak gelak gak aku dibuatnya. Cari kat sevenE, tapi tak berkenan. Nak ke SR... malas... macamlah jauh bebeno SR tu. Akhirnya aku, Sue dan Siti singgah kat sini

Sue beli Cranberry kek, siap offer aku ngan Siti lagi. Katanya dia nak belanja. Wah! Alhamdulillah... terima kasih... moga allah murahkan rezeki ko lagi Sue.... Erm aku terpikat dengan Blueberry Cheesecake dan Siti pulak rembat Blueberry Muffin. Jadinya berdesertlah kami tengahari ni... Layan...


my cook...

Selera ku masih belum sembuh... atau dengan kata lain belum balik dari out-station entah ke mana. Payau dan pahit masih menguasai tekak. Terpaksalah aku buat sumthing dulu sebelum menjamah juadah, itu pun kalau aku rasa nak jamahlah. Aku akan sediakan air ribena campur 100plus. Masam dan rasanya pun best. Malam ni aku gagahkan juga untuk memasak. Rasa dah lama juga aku tak masak, jadi inilah juadah untuk makan malam kami sekeluarga... ikan tenggiri masak taucu, sayur goreng, telur masak kicap ni memang kegemaran aku sebabnya aku ni kan fanatik dengan kicap ditambah lagi dengan ikan pekasam goreng campur cili padi dan bawang. Peh! Memang sedap giloz, lebih-lebih lagi dengan ikan pekasam goreng cili padi campur bawang tu... malangnya aku tak makan banyak pun... sebabnya selera aku masih lagi tak stabil...






KIMK di Harian Metro

Kala aku tengah layan lepak santai di bilik, handphone aku berlagu menandakan satu sms kini berada di dalam inbox aku. Bila aku buka tertera nama editor aku bertanyakan khabar dan keadaan diri aku. Jadi aku pun informlah yang aku dah selamat mendischargekan diri dari penjara tawakal dan mungkin esok aku akan ke office memandangkan tugasan yang sudah pasti bertimbun menanti kepulanganku. Apa nak buat kan, dah kerja dengan orang... jadinya kenalah aku lakukan apa yang terdaya dan termampu. Apapun satu berita yang dismskan padaku benar-benar membuatkan birai mata terasa basah.

KIMK masuk Metro hari ni, under segmen mutiara minda dan yang lebih menggembirakan bila mana dua lagi novel keluaran Fajar Pakeer juga tersenarai bersama. Syukur alhamdulillah... terima kasih ya allah, terima kasih atas segala rahmat yang kau berikan ini. Walaupun hanya sekadar sinopsis untuk novel-novel tersebut, tapi setidak-tidaknya ia sebahagian dari cara mempromosikan agar diketahui umum. Sebagai penulis baru seperti aku, tentulah rasa terharu menyelimuti diri dan perasaan. Memang aku tak sangka dan aku cukup berterima kasih dengan apa jua yang dilakukan oleh semua yang bertanggungjawab.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Hati/20090512084345/Article/index_html

TAG 2

Tag dari Hafirda Afiela

1. Apakah perkataan pertama sekali anda ucapkan kepada si dia dan kemudian menjadi suami anda.
Macamanalah nak jawab soalan ni. Relevant ke untuk aku???

2. Sila berikan dua contoh alat-alat atau sumber yang anda gunakan atau lakukan untuk memudahkan kerja anda. Tak kisahlah apa alat atau sumber sekali pun asal boleh diaplikasikan.

a) Membuka pintu rumah atau kereta
i : kalau dah buka pintu rumah, mestilah pakai kunci
ii : nak buka kereta pun kena gunakan kunci jugak

b) Mencucuk plug soket
i : penutup pen
ii : plug tiga pin

c) Simpan air minuman
i : dalam tupperware
ii : kat tepi katil atas meja untuk kegunaan waktu terdesak di tengah malam

d) Ketika blackout
i : dok diam dalam bilik
ii : cari lampu suluh kalau malam

e) Meluahkan rasa hati
i : Pada Allah yang sentiasa ada walau dalam apa jua keadaan
ii : Buku nota

f) Siang ikan
i : biasanya aku suruh je staff kat Giant tu siangkan tuk aku
ii : abang aku

g) Susah hendak buang air besar
i : amalkan minum air suam sebelum tidur dan bangun dari tidur
ii : buah prune atau papaya

h) Di mana anda simpankan dokumen penting
i : dalam kabinet
ii : kat dalam almari baju

i) Katakan ribut melanda dan pakaian anda melayang sama, apa yang patut anda tutup bagi mengelak rasa malu
i : pakaian kat badan pun boleh melayang ke… erm boleh ke jadi canggitu… sambil berfikir-fikir akan rasionalnya

j) Apa yang anda guna untuk potong kuku
i : pengetip kuku
ii : gunting kecil kalau dah terdesak sangat.

k) Melihat waktu
i : jam tangan
ii : jam pada handphone

l) Kalau badan terasa panas
i : mandi
ii : duduk dekat kipas

m) Ternampak pencuri
i : telefon polis
ii : Jeritlah sekuat yang boleh…

n) Kalau terjumpa duit RM50.00 dalam longkang yang dalam, bagaimana anda ingin mengambilnya
i : nak amik ke… dah longkang tu dalam, biarkan ajelah
ii : Lupakan saja sebab tu bukan rezeki saya

o) Soalan akhir masa tidur apa yang anda suka peluk?
i : teddybear
ii: bantal golek

Nak Tag sapa… erm rasanya tak adalah kut. Kesian kat depa….

TAG 1

Tag dari Umairah - Aku dapat tag ni sebelum aku masuk hospital lagi, cuma aku tak ada waktu untuk menjawab sebabnya sibuk sangat. Jadi dalam waktu yang ada mampu aku cilok ni, aku jawablah mana yang boleh.

10 Facts About Me...

1. Sangat-sangat suka memerhati keadaan sekeliling. Sedikit sebanyak menjadi inspirasi untuk aku adaptasikan dalam ilham yang diberi-Nya

2. Suka sangat melihat senja dan fajar di tepi laut terutamanya, tapi kalau di celahan Gunung Jerai pun okey gak. Itu salah satu cara untuk aku menikmati ketenangan

3. Ada sahaja yang akan ditulis jika ada pena dan kertas di tangan. Sekarang bila dah canggih, handphone aku pulak jadi mangsa.

4. Tak reti mengungkap kata hati dan yang ni mungkin ramai yang tak percaya. Aku seorang pemalu dan cukup payah nak berkomunikasi sebenarnya kalau orang yang aku jumpa tu kaku dan tak mahu berinteraksi.

5. Fanatik dengan ribena lebih-lebih lagi kalau ada biskut. Sure layan gilez punya.

6. Suka makan sup dan makanan berasaskan Kicap….

7. Gile membaca tanpa mengira waktu dan secara tak langsung melakukan penderaan terhadap pancainderaku sendiri.

8. Pantang jumpa sesuatu yang berwarna purple. Tak tahu sejak bila aku jadi giler purple.

9. Seorang yang penyayang sebenarnya dan susah nak marah

10. Aku ingin menjadi seorang yang boleh membahagikan orang-orang yang aku kenal, sayang dan bermakna dalam hidupku selagi aku berkesempatan untuk melakukannya…

Lima orang yang aku nak tag.

1. Raizal - Sapa dia ni... sapa ekk....
2. Ebriza - pembaca manuskrip pertama aku sebelum aku berani hantar ke publisher.
3. Dina - bakal penulis dengan kelahiran novel pertama beliau dalam bulan ni.
4. Trisya - yang dah banyak berkongsi segala rasa yang selama ini aku rasa
5. RoY - sholder to cry on. Sedia berkongsi kesedihan di kala aku down giloz....

Kamar Aku....

Nilah tempat aku melepak sewaktu dipenjara di hospital tawakal. Sweet kan... kemaskan... tengoklah siapa pesakitnya. Aku memang tak suka katil aku messy... lagi bertambah sakit rasanya badan aku dan meresap terus ke otak. Masa aku amik gambar ni, tak ada orang yang temankan aku, sebab tulah aku boleh buat kerja ni tanpa ada halangan dan larangan dari sesiapa pun. Masa ni juga che misi yang cantik menawan bawakkan hidangan makan malam. Kalau tak silap aku, juadah waktu ni rendang ayam, nasi putih, acar bodoh, sup cendawan dan buah papaya. Mengancamkan... tak macam menu orang sakit, tapi apalah daya dengan keadaan yang sakit selera untuk makan memang dah out station entah ke mana. Tekak aku pahit jer... memanjang aku tonggang air ribena campur 100 plus. Walaupun di tegah, tapi aku tak amik kisahpun. Amik kisah kejap, pastu bila tak ada orang aku buat balik. Tak pun aku makan asam yang aku minta che misi belikan. Tapi kan satu pengalaman yang rasa cam nak buat aku nyorok bawah katil... satu pagi sedang aku beristirehat menantikan kedatangan si darahkula [tukang amik darah tu] untuk melaksanakan tugasan rasmi, aku terkejut bila ada beberapa orang misi pelatih dok sok sek sok sek kat tepi katil aku sambil dok jeling-jeling takut-takut berani. Terdengarlah perbualan bisik-bisik mereka... 'Akak ni penulis. Aku pernah nampak dia masa pesta buku baru-baru ni. Ha! Ni novel dia, cuba korang tengok, samakan rupa dia.' kata yang memegang buku aku. Waktu itu aku dah tersentak. Biar betul... 'Meh sini aku tengok. Ha'ahlah... betul sebiji sama... erm tak sangka kita boleh jumpa penulis novel ni kat hospital kita ekk. Alamak, nak tegur ke tak... kakak tu nampak cam okey, sempoi giler...' sampuk hak sorang lagi pulak. Apapun yang lebih buat aku terkezut dan terkujat mengalahkan baboon yang sedang ditackle bila adik-adik misi tu minta nak bergambar. Ya Tuhan... gilozzz tu.... dengan muka bertampal bedak baby, tudung, Tshirt dan jeans, memang sah aci muka pasang siap jerlah. Apapun terima kasih yer adik-adik misi yang dah berjaya menghuru harakan sedikit keadaan ward 209 pagi tu. Dari orang tak tahu, terus orang tahu... tapi betullah... sampai bila orang tak tahu kalau dari hari ke hari makin ramai yang akan tahu... Uhuuuuuu nak buat camne kan....

Aku kat sini


Erm ke mana aku menghilang... ada ke yang bertanya dan mungkin tercari kehilangan aku? sebenarnya aku taklah hilang, sebaliknya aku pulang ke 'rumah' ke dua ku... Kampung... eh bukan kampung, tapi di sini....


Dah nak hampir seminggu... tersadai di tempat yang memang cukup tak suka dan aku yakin tak ada sesapa pun yang suka sebenarnya, tapi nak buat macamanakan... kalau dah sakit dan tak boleh nak ditanggung dek badan, inilah tempat yang akan menjadi destinasi. Rasa macam satu keterpenjaraan... Kali ini aku masuk sebab demam panas yang tinggi... tak kebah, kebah walau dah berulang kali aku berulang ke klinik panel. Akhirnya terpaksa juga aku datang ke hospital ini. Iyerlah dengan segala jadah penyakit yang semakin bersepah menular lewat kebelakangan ini, mana mungkin family sanggup ambil risiko untuk berlama-lama membiarkan segala virus terus hidup subur dalam tubuhku. Sampai jer hari tu, perkara pertama yang dilakukan adalah ambil darah. Confirm ada virus... dan aku kena admitt. Bila admitt, inilah cenderahati pertama yang diberikan oleh doktor kepadaku... ceh! sakit siut... masuk air rasanya dah sampai 8 botol... aku pun dah malas sebenarnya nak kira botol-botol yang bertukar silih ganti sebaik sahaja isinya selamat ditransferkan ke dalam tubuhku.

Ni pulak juadah yang disajikan... menunya berubah saban hari... mengikut selera pesakit. Erm, bila sakit ada selerakan untuk berjamu selera... dan hasilnya setiap kali mengadap juadah, pasti inilah hasilnya. Tak pernah habis... bukan tak sedap... memang superb sedap, tapi selera tak ada.
Sebenarnya aku dah tak sabar nak balik... balik ke rumah. Rindu kat teddybear kat rumah... rindu gak untuk mengadap tugasan berlambak di office. Nasib baiklah abang aku kesian kat aku dan bawakkan notebook ni, kalau tak... mahu mati kutu aku dibuatnya. Buku dah berbuah-buah khatam... majalah rasanya aku dah boleh hafal segala isinya. Memang boring tahap tak hingat betul bila terkurung dan terpenjara kat sini... Semalam pun boss aku called tanya keadaan diri aku... Terharu gak aku dan rasa bersalah pun ada walau aku tahu bukannya aku yang mencari sakit... Awalnya aku ingat nak berpindah masuk ke hospital lain. Sebabnya mudah, tak mahu bertembung dengan sebahagian dari doktor yang merawat aku dulu. Tapi itulah... nak pi mana... selama beberapa hari, mampulah aku nyorok, tapi hari ni segalanya terbongkar. Aku jumpa doktor Roslan... terkezut pakcik tu..., geleng kepala lihat aku sengeh bodoh. Berborak sakanlah kami, kemudian doktor Al-Amin dan doktor Sollahuddin pulak join. Dah macam reunion pulak aku dengan doktor-doktor aku tu... sempat doktor Roslan pesan nak jumpa aku sebaik sahaja aku betul-betul sembuh... dan aku sekadar sengeh tanpa kata...

Sebuah ungkapan

Pesta buku sudah lama berlalu. Memang terlalu banyak kenangan yang sudah tercanai... terbentuk dengan acuan kemesraan lantas dibakar di dalam ketuhar hati lantas akan kita simpan di dalam ingatan. Terlalu banyak yang ingin ku kongsikan dengan sekelian yang sudi menziarahi istana kacaku. Dari minggu pertama, aku seperti juga tahun lalu berjanji dengan Abby untuk ke Pesta buku bersama. Dalam tunggu minah cun tu, aku sebenarnya berdebar... kenapa nak berdebar. Bukannya first time aku pergi pesta buku. Betul, tapi rasanya tahun ini ianya lebih proper sebab jadual tugasan novelist di bawah naungan Syarikat Fajar Pakeer disusun dengan rapi. Thanks for them who work hard for that. Bila Abby sampai, kami menuju destinasi. Tercari-cari di mana gerangan booth FP... boleh dikira sesat gaklah. Maklum first day kan, floor plan tak hafal lagi walau beberapa hari sebelumnya angah dah tolong surfkan di mana letaknya booth tu. Maka, sabtu pertama tu jumpalah dengan novelist lain yang sebelum ni kami sekadar bergurau senda di shootbox blog publisher. Hari tu ada Fizah, Wannie, Kak Chempaka yang sanggup turun dari Sarawak, Kak Mahizan... erm sapa lagi ekk... alamak! nilah masalah aku. Malangnya aku tak sempat nak keluarkan camera untuk rakamkan gambar kami. Cuma aku harap sesiapa yang ada boleh postingkan gambar-gambar yang sempat dirakam supaya aku boleh cilok... hehehehehe. Ha! Lupalah pulak, jumpa gak si Najwa Aiman, aku rembat novel yang dihasilkannya. Nak baca garapan orang yang baru aku kenal.

Hari Ahad minggu pertama, aku menyibuk lagi. Alasannya cukup mudah, nak jumpa kawan-kawan sealiran yang bertugas pada hari ni. Jumpa Kak DS, Kak Qaseh, Romi, Eny dan Ellis... kepala semuanya gila-gila, hasilnya booth kecoh dengan gelak tawa dan gurau senda. Ceria betul... Maira si comel lote tu pun sempat gak bertandang dan menambahkan kemeriahan suasana. Aku cukup seronok dalam keterujaan. Tak rasa ada jurang antara kami semua. Alhamdulillah...

Sabtu minggu kedua, aku menyibuk lagi, tapi kali ini aku pergi sebab nak beli buku walaupun minggu sudah memang aku dah start angkut buku bawak balik rumah. Singgah di booth FP, cadangnya nak lepak dan minta signature novelist yang duty. Ada Umairah, Sarnia, Nor Rafishah, Anita, Nass Alina, Siti Rohani dan novelist lelaki FP si Ikhmal yang hadir ditemani si Buah hati yang cukup sporting. Aku pun tersangkut sama dalam sesi kenal-mengenal. Ada pulak Kak Qaseh, bertambah-tambahlah seronoknya.

Ahad, minggu akhir... this my turn duty. Sedih sebabnya aku ngan Ezi jer. Fida sibuk cuma menjengah sekali sekali, Rehal pun sibuk gak, Bib pun sama. Jadi kenalah pandai-pandai bawa diri. Rasanya aku patut berterima kasih pada Fishah dan Anita yang sudi duduk dan berborak. Apapun aku bersyukur bila buah cinta kedua boleh aku katakan diterima oleh pembaca. Buah cinta pertama ku pun terlihat ada yang berminat. Terima kasih ya Allah. Lewat petang Ellis sampai. Kira okeylah. Aku tinggalkan KLIBF bila jam berinjak ke pukul 06.00 petang. Buat Uncle, terima kasih taja lunch sepanjang book fair dan juga cenderahati sekaki payung. Memang berguna sangat and aku pick up as a simbolik. Syarikat umpama PAYUNG yang akan sentiasa melindungi kami semua. Thanks a lot uncle. Begitu juga pada Bib dan Fida. Walaupun mereka sibuk, tapi mereka tetap cuba meluangkan waktu untuk bersama. Tak ketinggalan juga dengan staff FP yang cukup ramah dan mesra. Moga kita akan dipertemukan lagi pada tahun hadapan, insyaAllah. Harap korang sudilah layan gambar-gambar ni ekk....




Ni pulak novel-novel yang aku beli.



Bila tahun nak habis pun aku tak tahu, tapi rasa cam tak makan tahun jer.... sebab sekarang ni pun aku dah khatam lima buah dalam waktu aku tengah beristirehat dari sakit ni....