Tetiba....

Tah kenapalah tengah buat-buat kerja tetiba aku rasa rindu sangat… aku teringat sangat… memang aku tahu dan sedar dah lama aku tak jumpa dia, tak dengar khabar pasal dia… dan tak tahu bagaimana keadaan dia. Bukan aku sengaja malah dah tentulah semua yang berlaku itu diluar kesengajaan aku sebabnya aku sibuk sangat-sangat. Dan hari ini… waktu ini… jam ini.. minit ini… saat ini… mindaku membawa ingatanku terhadap dirinya… Kenapa yer… aku tak punya jawapan tapi menurut beberapa orang yang rapat dengan aku, kalau kita ingatkan seseorang, maknanya orang yang kita ingat tu pun ingat kat kita gak. Ala-ala berkongsi rasa dari kejauhanlah… Aku tak tahu sejauhmana kebenarannya tapi memang aku teringat sangat... Harap orang yang aku ingat tu tak apa-apalah… sejahtera dalam kesibukan yang sama atau mungkin lebih dari aku… sentiasa happy dengan tugasan yang menjadi tanggungjawabnya…

Esok aku tak ada di office sepanjang hari. Pagi aku akan berada di MoF Putrajaya. Seperti lazim bila ada case baru, aku pasti akan menziarahi Special Commissioner officer di sana untuk mendapatkannya. Bermain dengan cases dan akta bagaikan salah satu dari portal tugasan yang memang lama berada di dalam portfolio kerjaku. Malah rasanya aku pun dah mula faham sikit dan adakalanya banyak tentang structur perjalanan sesebuah case sebelum ianya dilanjutkan ke mahkamah tinggi. Prosiding dalam process yang harus malah perlu mereka lalui. Apapun itu merupakan pelajarankan... kalau tidak mana mungkin aku boleh explain pada client mengapa sesetengah cases yang mereka cari masih pending...

Keylah.. aku nak continue buat kerja.... harap hati dan tumpuan dapat aku satukan di satu garisan yang tak lari dari tujuan…

Sarapan

Dari dulu hinggalah ke hari ini, fakta dan kenyataan ini tak pernah silap malah kalau rujuk pada doktor pun, isu yang satu ini sepatutnya harus tetap di titik beratkan dalam sebuah kehidupan. Nak tahu apa dia... tak lain dan tak bukan SARAPAN. Kalau kita renungkan sedalamnya, sejak dulu lagi sebenarnya sarapan ini telah diamalkan hatta Islam juga menggalak dan menyarankan kita agar bersarapan meski pun kalau aku tak silap memang tak ada dalil khusus terhadapnya. [Tolong betulkan aku kiranya aku salah]. Mengapa aku kata Islam menyarankan dan menggalakkan kita bersarapan... sebabnya cuba kita flash back sebulan yang lalu... bulan apa.... Ha! Bulan Ramadhan la adik-adik... dalam bulan tersebut kita digalak untuk bersahur... dapat pahala lagi.... Bersahur tu apa ertinya... mengisi perut kita sebelum kita memulakan aktiviti harian kita. Dapat pahala lagi... kita bersahur di waktu pagi kan... lepas kita tidur... jadi kan sama aje konsepnya dengan sarapan. Keduanya kita ambil di waktu pagi bukan malam cuma mungkin waktunya sahaja berbeda. Itu tak payahlah aku perincikan... sat ni panjang pulak kuliah tak rasmi aku ni.


Key... sebenarnya point aku kat sini cuma nak beritahu pagi ini aku bersarapan dengan buah rambutan yang dibawa oleh boss ku. Sebenarnya dia bawak semalam dan petang semalam pun aku dah makan. Memandangkan aku ni memang giler dengan buah-buahan, jadinya pagi ini bila lihat buah tu masih lagi tersadai di meja aku, jadi aku pun kupas dan letak dalam bekas. Tak sedar sebiji... sebiji buah tu masuk mulut aku... erm rasanya adalah dalam 10 - 15 biji gak... heheheheee. Sedapnya.... manis dan juice lagi...

Sebuah Istilah

C - Cantuman dua hati makhluk ciptaan yang esa

I - Insan yang saling mengasihi dan menyayangi

N - Naluri yang saling memahami dan mengerti

T - Tanpa syak wasangka penghias jiwa

A - Allah menjadi penentu buat segala yang direncana bersama...


Bersyukur ku ke hadrat illahi, diberi-Nya kesempatan dalam izin yang tak diduga. Mempertemukan diri ini dengan dirinya, yang selama ini cukup setia. Dalam mengharungi segala yang menjadi dugaan dalam ujian yang tak dipinta. Kepercayaan yang tak mudah goyah, pengeritan yang tak pernah pudar, dari dirinya buat diriku, membuatkan aku semakin hari semakin merasakan betapa aku cukup menghargai kehadiran dirinya di sisi. Meski aku sedar sukar untuk aku menuturkannya... tapi jauh di sudut hati Kau Yang Satu bertahta di hati.....

Sudah terpujukkah sebuah Rajuk…

Dah tiga hari masuk hari ini Si Dia macam mendera sekeping hati. Esya tahu malah memang tahu sesangat itu satu kesengajaan. Cuma yang Esya tak tahu sejak bila Si dia pandai merajuk dan dari mana pelajaran yang satu ini dipelajarinya. Malah yang memang nak sangat Esya tahu siapakah gerangan guru yang mengajarnya. Kalaulah itu mampu diselongkar, Esya dah bercadang nak bagi backhand yang dah lama tak dihulurkan kepada si pengajar itu. Bukan apa.. mungkin sebagai sebahagian dari penghargaan justeru berjaya menyusahkan hidupnya. Esya mengeluh. Di renungnya telefon yang sudah dua hari sepi dari nombor yang dah memang terbiasa mengganggu gugat kedamaian dan ketenangannya dalam kesibukan. Sudah dua hari juga suara yang biasa menyapa pendengarannya bagai kan sudah bisu. Ternyata Esya tidak betah dengan keadaan ini. Tidak tega untuk terus-terusan berada di dalam pusingan roller coster sebuah rasa bersalah yang terkadang membuatkan batinnya menjerit tanpa suara. Tak boleh jadi andai terus begini, luah Esya. Pantas jemari runcing mendail nombor yang sudah tersave dalam minda penghafalannya. Lama juga dia menanti dan akhirnya...

“Helo,”

“Awak sengaja kan tak nak hubungi saya. Sengaja nak dera saya. Apa! Besar sangat ke kesalahan yang saya buat pada awak? Hanya kerana jamuan harirayu tu, awak sanggup lakukan semua ni pada saya,” tembak Esya laju bagaikan tornado yang dilepaskan dari pengkalan peluru sebaik sahaja percubaanya berjaya menghasilkan komunikasi dua hala.

“Awak berada di mana sekarang ni? Di Iraq atau di Tebing Gaza? Lajunya tornado awak meluncur mencari sasaran. Cubalah biasakan diri dengan memberi salam bila berhubung dengan orang. Kan itu lebih molek,” tegur si dia lembut. Esya mencebik biarpun tahu orang di sebelah sana tidak melihatnya. Dia mengunci bicara. Entah mengapa hatinya jadi pedih tiba-tiba bagai ditabur dengan garam masala dan serbuk perasa hingga dia jadi begitu terasa dengan kata-kata teguran si dia itu.

“Assallammualaikum. Maaf, kalau kata-kata saya tadi terus membuatkan awak kehilangan kunci untuk membuka kotak perbendaharaan bicara. Erm kenapa sebenarnya awak marah-marah ni. Ada apa-apa yang dah berlaku? atau ada sesiapa yang berjaya mengaktifkan suiz kemarahan awak?” si dia bertanya dalam diplomasi. Secara tidak langsung cuba memasukkan hati yang mula panas itu ke petak freezer sebuah pujukan. Bukan tidak dikenali gadis yang masih berada di hujung talian itu.

Esya terkasima. Sikap si dia membuatkan dia termalu sendiri. Ah! Ke mana dihumbankan kesopanan dan kesusilaan yang sepatutnya perlu sentiasa ada di dalam diri yang bergelar insani. Betullah apa yang dimuatkan dalam rukun negara. Kesopanan dan kesusilaan dalam segala tindakan lebih-lebih lagi buat seorang perempuan seperti dirinya.

“Maaf,” hanya itu yang mampu Esya ungkapkan, Memang dia benar-benar termalu sebenarnya. Nasib baik juga mereka tidak bertentangan mata, jika tidak pasti wajahnya yang sudah merah bagai dicoreng dengan blursher jenama Maybelline itu teserlah di penglihatan si dia. Ah!...

“Kenapa awak tak telefon saya,” perlahan-lahan Esya mengajukan soalan. Suaranya sudah kembali ke paras pitching biasa malah tanpa kesedarannya intonasinya juga sudah berubah menjadi lembut.

“Jawab dahulu salam yang saya berikan tadi sebelum mengajukan persoalan, kan itu lebih molek. Tentu awak sedia maklum kan. Memberi salam itu hukumnya sunat tapi menjawab jatuh wajib,” sekali lagi si dia menegur perlahan. Aduh! Kenapalah dengan aku hari ini... asyik kena tegur aje dengan dia, nampak sangat ke aku ni gelojoh… ngomel hati Esya sendiri.

Dia mengeluh menelan teguran kali kedua itu. “Waalaikummussalam. Awak apa khabar? Dah makan? Kenapa dah dua hari awak tak telefon saya? Awak marah pada saya yer?” segala yang melintas di minda tanpa menggunakan jejantas, Esya tangkap dan muatkan ke dalam satu package untuk diberikan kepada si dia.

Terdengar si dia tertawa kecil. Entah apa yang mengocak urat tawanya, tidak pula Esya tahu. Ada baboon buat lawak ke dekat pejabat dia atau ada badut dari London Sarkis yang sedang buat persembahan? Hati Esya bermonolog sendiri. Hairan ibni pelik dengan sikap si dia yang memang tidak Esya fahami.

“Kenapa awak ketawa macam tak hingat dunia?” tanya Esya. Lenguh rasa telinganya mendengar tawa yang menyapa, tapi best gak sebab suara dia memang punya aura pembunuh tahap hukuman gantung sampai mati. Hati Esya nakal mengusik. Dia tersengeh bagai bayi yang diagah.

“Sejak bila jadi penghimpun soalan tak rasmi. Banyak betul hingga saya tak tahu yang mana satu harus saya dahulukan,” balas si dia bersama tawa yang masih bersisa baki.

“Tak kisahlah mana-mana yang awak nak jawab. Tak nak jawab pun saya tak kisah. Macam si Aiman yang sentiasa tak kisah, so saya pun tak kisah jugak,” ucap Esya sambil mengetap bibirnya. Geram bila si dia bagai sengaja mempersendakan pertanyaan yang telah teraju tanpa mampu ditahan.

“Sejak bila pandai merajuk ni?” perlahan si dia bertanya. Esya terkezut. Bagai meremang bulu romanya mendengarkan suara yang berbaur romantika itu.

“Saya mana reti merajuk-rajuk ni. Lainlah orang tu. Entah belajar dekat mana dan siapalah guru malang yang selamba rock mengajar pelajaran tak mendatangkan faedah tu,” tempelak Esya pantas. Bukan marah sebaliknya dia berusaha untuk mengawal getaran aliran electrik yang seakan mula melancarkan renjatan ke jantungnya.

Si dia tertawa lagi membuatkan Esya makin bengang. Cis mamat ni, asyik ketawakan aku je dari tadi. Ngomel hatinya sendiri. Muka yang ditarik 14 ½ mula masam kelat payau pahit kelihatannya.

“Saya dah breakfast pagi tadi, lagi pun sekarang ni dah nak masuk makan tengahari pun, tapi rasanya bukan itu yang awak nak cakapkan. Erm, apa sebenarnya yang membuatkan awak menghubungi saya hari ini?” soalan kembali pada landasan. Rupanya si dia tidak keterlupaan walaupun hakikatnya sudah banyak yang mereka perkata dan perbualkan.

“Errrr... sebenarnya saya... Saya sebenarnya... Errrr saya...” Esya diserang dengan kegementaraan yang entah dari mana hadirnya. Ah! Mengapa pulak dengan aku hari ni... dia mengeluh. “ Saya sebenarnya kan.. errrrr sebenarnya saya....”

“Esya... Relex. Tarik nafas dalam-dalam than hembus perlahan-lahan. Selawat tiga kali. Bawak bertenang. Awak masih bercakap dengan orang yang sama walau hakikatnya sudah tiga hari kita tak mendengar suara antara satu sama lain. Kenapa yang gementar sangat ni, erm!,” tanya si dia lembut. Hati Esya bagai disentuh dan diusap. Lemah rasa seluruh tenaga yang ada termasuklah tenaga dalamannya. Yang masih kekal kebal hanyalah Tenaga Nasional Berhad sahaja yang tetap utuh menjana aliran kuasa yang diperlukan.

Muka Esya sudah merah padam. Kalau boleh mahu sahaja dia menyelinap ke bawah meja untuk menyembunyikan diri. Sudah malu dengan sikap sendiri. Akhirnya dia mendiamkan diri. Mungkin itu yang terbaik untuk di lakukannya seketika ini.

“Esya…,” seru si dia bila menyedari gadis itu berdiam diri. “Boleh awak keluar lunch awal hari ni?” pinta si dia. Esya terkedu. Ni apa ke hal pulak tiba-tiba tanya aku boleh keluar lunch awal? Hati gadisnya diasak pertanyaan.

“Sebenarnya saya on the way nak ke office awak. Saya cadang nak lunch dengan awak hari ni. Dah lama kan kita tak makan sama-sama. Saya nak bawa awak pergi satu tempat yang pernah saya janjikan dulu. Saya tengok semalam kedai tu dah buka,” terang si dia bagai mengerti apa yang sedang bercanda di fikiran gadis itu.

Tanpa disuruh, mata Esya melirik ke jam comel di pergelangan tangan kanannya. Entah mengapa dia tersenyum bila terlihat imej yang membias di situ. Wajah si dia bagai tersenyum di permukaan cermin jam itu. Ah! Sudah... tak kan sampai macam ni sekali, ni aci dah masuk tahap over de dose punya gaya... gumam Esya sendiri. Nasib baik juga tika itu dia memang tak punya sebarang assignment yang urgent, kalau tidak dah sah-sah akan jadi haru biru. Lebih malang kalau ianya berhubungkait dengan figure. Peh! Mahu sedas dua juga tembakan yang akan diterima dari managernya kalau kesilapan yang tak sepatutnya terjadi.

“Esya...!!,” seru si dia bila menyedari perlawaannya tidak mendapat sebarang respond. “Kata orang tua-tua dulukala, diam tandanya setuju. So assume you agreed with my plan. Well! Saya dah dekat nak sampai. Dah boleh lihat pun bangunan pejabat awak. Erm boleh awak turun dan tunggu saya di lobby?” pinta si dia. Esya terkedu. Gulp... liur yang ditelan bagai dipagari tulang temulang ikan terubuk yang memang menjadi kebenciannya. Rongga tekaknya bagai pedih disusuk.

“Maknnya awak dah tak merajuk lagi lah yer?” entah bagaimana soalan itu pula yang terhampur tanpa perancangan dari bibir Esya.

“Itu nanti kita bincangkan, sekarang boleh tak awak turun dulu? Saya dah sampai ni,” sekali lagi si dia meminta. Kali ini Esya tidak punya pilihan. Dia tidak punya sebarang talian hayat untuk digunakan bagi mendapatkan bantuan malah memang talian hayat itu tidak wujud untuk dipergunakan. Rela dalam separuh paksa, Esya melangkah juga sambil membawa dompet duitnya bersama. Memaklumkan kepada managernya ke mana gerangan dirinya menghilang. Dia juga memohon keizinan secara terhormat. Tidak mahu timbul tuduhan yang boleh menjerut dirinya sendiri nanti. Setelah segalanya selesai, barulah dia menuju ke destinasi yang telah dirancang oleh pembuat perancangan tanpa sebarang perbincangan terlebih dahulu.

Sambil kakinya menghayun langkah, mindanya juga turut sama berhayun dibuaian pertanyaan. Sudah terpujukkah rajuk yang hadir beberapa hari yang lalu...

Rajuk Seorang Lelaki...

Malam atau lebih layak dikata mula berginjak pagi, sebelum mata beradu sempat Esya shoot satu sms pada seseorang ‘Budak kecil kalau merajuk, masih kelihatan comel dan cute, tapi kalau orang dewasa… lelaki pulak tu dah sah-sah tak cute langsung. Hilang segala sifat macho yang ada…

Tak sempat lagi mata dipejam hpnya berlagu. Sedar satu sms kini berada di inbox dan bagai boleh diduga siapa gerangan pengirimnya.

‘Kalau tak pandai memujuk, hilanglah salah satu sifat yang sepatutnya dimiliki oleh seseorang yang bergelar perempuan. You masih punya sifat itu atau sebaliknya?’ Esya merengus sebaik sahaja matanya tiba di garisan akhir pesanan tersebut. Cinabeng punya orang. Hanya kerana tidak sengaja mengreject jemputan aku disogok dengan soalan sedemikian. Cis. Hampehkelapa.com. Kutuk hatinya geram

Sedang matanya sudah mula terbuai ala-ala didodoikan oleh nyanyian dalam filem bawang putih bawang merah, telefonnya pula menyanyi. Opocot... latah Esya tanpa sedar. Nyaris juga dia terguling justeru tubuhnya berada hanya seinci dari birai katil.

“Assallammualaikum. Dah lena ke…” kedengaran suara si dia perlahan. Esya menjeling ke arah jam di tepi katil. Tepat kul 12.00 malam. Dia ni kan… kalau nak jadi price charming pun biarlah awal sikit. Ni tak.. Isy! Tak tahu ke Cinderella ni nak beradu. Rungut Esya tanpa sedar, Boleh dikatakan pemanggil itu selalu called dalam waktu-waktu sebegitu seolah dah jadi satu favorite time untuk berkomunikasi.

“Waalaikummussalam. Dah hampir hanyut, tapi tergugat dek gangguan yang sah-sah bukan kesilapan dari sudut teknikal.” sindir Esya dengan penuh keselambaan.

Sorry. Won’t take much of your time. Just want to inform cum invite you to my office this Sunday. Ada jamuan hariraya,” jelas si dia tanpa pinta. Esya dah terkedu. Bulat matanya malah secara automatic tanpa gear tubuhnya terus duduk. Ha! Hari Ahad ni.. biar betul.

Did you forget something?” Esya bertanya tanpa menjurus pada perkara sebenar. Ingin menguji daya ingatan si dia dalam waktu yang sudah berginjak. Terdengar si dia mengeluh.

“I know, but what else can I do. Management already decide to do on that day. Sorry,” pintanya tanpa sedar. Eleh! Sorry kunun… sorry naik lorrylah, ucapEsya, tapi sekadar kedengaran di dalam hatinya sahaja. Tidak pulak terzahir kelaseran kata-kata pada sebuah pengucapan. Nasib baik… kalau tidak pasti entah hujah dan dalil apa pulak yang akan menjadi santapan halua telinganya.

Tanpa sedar Esya mengeluh. Erm nak pegi office dia… hahahahahha dalam mengeluh tu sempat juda dia gelak dan masih tetap di dalam hati. Berani ke aku?? Pertanyaan yang sah dah sahih untuk dirinya sendiri.

“Esya!!...,” seru si pemanggil. “Kenapa diam?. Erm kita pergi yer,” ajaknya lagi.

“Nak Pergi mana?,” sengaja Esya mengemukakan soalan yang sudah menjurus pada soalan bodoh. Kayu gaharu kayu cendana. Sudah tahu lagi mau tanya… Memang saja pun sebenarnya…

Si dia merengus geram. Tanda tak puashatilah tu dengan jawapan berbaur soalan yang Esya berikan tadi

“Pergi nikah. Awak dah sedia ke…,” Terkedu Esya mendengar balasan lawak spontan@ marah si dia terhadap sikap acuh tak acuhnya itu. Gulp… Mak ai... ganasnya. Aku bagi bola tanggung terus kena smash. Padan muka aku. Ha! Ambik sebiji. Tulah buat lagi lawak antarabangsa waktu Angola dengan mamat ni. Kan dah kena.. Kutuk Esya pada dirinya sendiri. Ah! Tak boleh jadi ni. Mata yang tadinya dah layu kini segar sesegar kelopak mawar disiram titis embun.

“Ala! Seganlah… lagi pun kan kita belum krusus lagi. Tak kan nak redah sessi interview jer kut. Erm you rasa you boleh lepas ke… sat ni tok kadi tanya pasal rukun nikah, soh baca doa Qunut, Surah Al-Baqarah, perbezaan mandi hadas… ha! boleh jawab ke?” Esya memprovok dengan soalan yang entah macamana melintas di mindanya tanpa menggunakan jejantas. Sengaja mengikut rentak gurauan yang didendang oleh si dia sebentar tadi.

“Ada perbezaan ke dalam mandi hadas?” tembakan soalan kini beralih. Si dia bertanya tanpa disangka. Esya mengunci bicara. Alamak... macamana ni...

“Awak yang kena jawab, bukannya saya, jadi awaklah yang patut tahu,” pantas Esya membalas serangan. Tak boleh lambat-lambat, nanti makin banyak yang ditembak.

“Ada apa-apa lagi tak.. kalau tak ada, saya nak beradu. Dah hampir pukul 01.00 pagi. Esok saya nak kerja,”

“Okeylah. Macam yang saya janjikan tadi, saya tak nak ambil waktu awak lama-lama, tapi awak masih tak beri keputusan samada awak nak datang atau tak,” Si dia kembali semula kepokok persoalan.

“Tengoklah. Mana tahu sat lagi saya tidur terus dapat jawapan,” balas Esya acuh tak acuh.

“Boleh tak sekali ni awak jangan degil. Saya bukan nak ajak awak pergi mana pun… Jamuan hariraya office saya saja. Bukannya ke tempat yang bukan-bukan. Selama ni saya sering aje temankan awak kan. Tak pulak saya berkira,” Esya terkedu. Wallah! Ni dah masuk bab mengungkit ni…

“Erm tak apalah kalau awak tak nak datang. Saya tak paksa…. Nak buat macamana kalau orang dah tak sudi. By the way, cantik bahasa sms awak tadi. Belajar dekat mana?” tanya si dia perlahan. Intonasi dah berubah rentak… dari rock ala-ala rap kini dah jadi balada.

“Eleh! Cakap orang. Balasan awak pun smart juga. Cikgu mana yang ajar?” dalam ngantuk yang menyengat, masih sempat Esya membalas service. Mana boleh mengalah.

“Iyelah! Saya sedar siapa diri saya ni. Saya kan tak macho, tak perlulah awak nak ingatkan saya melalui sms awak tu,” si dia menyambung ayat dan kali ini lebih tragis lagi. Aduh Saliha! Sejak bila pulak mamat ni jadi mat sensitive ni? Esya bertanya pada dirinya sendiri.

“Okeylah. Saya mengantuk. Assallamualaikum dan selamat beradu,” Terkedu Esya jadinya bila si dia menamatkan bicara. Baru sahaja selesai merangka kata, penat menyelongkar segala kamus perbendaharaan kata di dalam minda, tiba-tiba Esya ditinggalkan terkapai-kapai mengunyah kata-kata yang dihadiahkan padanya. Ah! Merajuk ke dia…. Nak kena pujuk ke… Hati Esya bercanda tanpa irama…Ah! Esya mengeluh sendiri akhirnya….

Permainan yang tah siapa yang reka

Aku telah di tag oleh Dina.. Aduh!... Terkezut baboon aku di buatnya... Erm

Rules:

1. The rules of the game get posted at the beginning
2. Each player answers the questions about themselves
3. At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog

Starting time : 10.00am – 12.00pm. [Lamakan… aku on and off buatlah. Selang seli ngan kerja aku.]

Name : Pu3Imaneisya
Sisters : None
Brothers : 2 brothers
Shoe size : La… ni pun nak ke… Nak belikan ke...erm tak tentu. Ikut patten, tapi biasanya 6 atau 7
Height : Alamak… tak pastilah pulak… erm agaknya 5’++ kut… dalam 1.++ meterlah tu
Where do you live : Kat Bumi… heheeheehee jawapan yang paling aku suka sebab mengikut aturcara soalan. [Dia tak tanya kawasan tempat aku tinggal] Jadi tak salah kan jawapan aku… Loyar buruk Pu3 sorang ni kan.
Have you ever been on a plane: Dalam mimpi penahlah, tapi hakikatnya masih dalam perancangan…. Kira tak pernahlah tu...
Swam in the ocean : berenang kat laut tak pernah, tapi kalau kat sungai tu, no hal. Kira prolah gak…
Fallen asleep at school : Tak hingatlah pulak. Pernah ke.. erm nanti try check ngan cikgu.
Broken someone’s heart : Pernah ke… rasanya tiap dari kita mesti pernah lukakan hati orang kan dan inilah yang paling aku takut andai ianya terjadi. Dan minta maaflah kalau aku pernah lakukan…
Fell off your chair : Aku tak pernah, tapi aku pernah kenakan orang. Classmate aku yang berlagak habis masa kat sekolah dulu. Jajal gak aku ni kan….
Sat by the phone all night waiting for someone to call : Pernah. Samada ianya berakhir dengan sebuah senyuman atau aku terlena dengan sebuah penantian yang tak berkesudahan.
Saved e-mails : Selalu aku buat lebih-lebih lagi dari… hehehehehee tak yahlah nak details sangat…. Malu sih!
What is your room like : Biasa aje. Macam gak bila orang lain tapi rak buku wajib ada.
What’s right beside you: My lovely handphone, buku dan my teddy [ kalau kat bilik akulah] tapi kalau berjalan surelah segala khazanah terpenting untuk tidak dilabel sebagai pendatang tanpa izin.
What is the last thing you ate : Pagi tadi aku makan mee goreng bekal dari rumah.

Ever had...
Chicken pox : Pernah kena masa sekolah. Seminggu aku tersadai kat umah mak tok dan makan bubur nasi jer…
Sore throat : Jarang.
Stitches : Aku kena jauhkan dari gigitan nyamuk, kalau tak pasti berparut.
Broken nose : Alhamdulillah belum lagi dan harap tak akan terjadi.
Do you Believe in love at first sight : Erm camne ekk... apa pun no comment for this. Terserah pada ketentuan dan takdir yang telah menjadi perjanjian Azali.
Like picnics : Suka bangat sebab aku ni percinta LAUT…. So! Let's fun!

Who was/were...
The last person you danced with : Aku tak gemar menari tapi pernahlah terjebak dengan... erm.. abaikanlah...
Last made you smile : Rajuk dan pujuk dari orang yang langsung tak punya kepakaran
You last yelled at : Clients… main tarik tali dengan soalan yang kadangkala aku rasa memang tak relevant langsung.

Today did you...
Talk to someone you like : Of course… pepagi tadi… Dengan sapa ekk… ;-)
Kissed anyone : - Tak
Get sick : Tak
Talk to an ex : Aku ada Ex ke??? Erm… jap aku fikir….
Miss someone : Yup… but only someone… but… erm abaikan…

Who do you really hate: Selfish
Do you like your hand-writing : Semestinya aku suka tulisan tangan aku yang orang kata unik, tapi malangnya sampai sekarang aku tak tahu tang mana yang unik… hehehehe
Are your toe nails painted : I'm Muslim okey...
Whose bed other than yours would you rather sleep in : I love my bed so much...
What color shirt are you wearing now : Purple
Are you a friendly person : Rasanya Iyer, tapi entahlah. Bukan aku yang menentukan sebaliknya insan-insan yang telah berada di bawah lembayung persahabatan aku.
Do you have any pets : Dulu ada, tapi dah meninggal.. huhuhuuu sedih aku…
Do you sleep with the TV on : Kekadang tu terjadi gak, tapi tak lah selalu.
What are you doing right now : Apa lagi kalau tak menjawab beraneka soalan kat dalam tag ni. Fening gak aku…
Can you handle the truth : Aku cuba sedaya yang termampu, selebihnya aku tawakal dan berserah pada yang lebih berkuasa….
Are you closer to your mother or father :Aku anak mama dan papa tapi cucu kesayangan pada Tok Wan dan Tok Mak.
Do you eat healthy : Selalunya iyer, tapi terkadang aku layan gak jajan bila dah boring tahap cipan.
Do you still have pictures of you & your ex : Aku ulang balik soalan yang sama. Erm aku ada Ex ke??? Erm… abaikan ajelah.
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : Trisya atau pun aku akan cari dairy atau pena dengan kertas.
Are you loud or quiet most of the time : Tengok tempat, keadaan dan masa
Are you confident : Aku cuba tanamkan keyakinan tu dalam diri walaupun terkadang apa yang aku tanam tu susah nak tumbuh bertunas.

5 things I was doing 10 years ago
1) Belajar
2) Menulis
3) Pi interview
4) Kerja
5) Belajar Berchenta..hahahahaha [korang mesti fikir lain kan.. belajar berchenta ngan kerja akulah… ]

5 things I would do if I were a billionaire
1) First sekali aku nak bina surau atau masjid di kawasan yang memerlukan
2) Tunaikan rukun Islam ke lima dengan orang-orang yang aku sayang
3) Aku nak bina rumah untuk insan-insan yang memerlukan, tak kiralah anak yatim ke.. anak Pak Yatim ke.. anak-anak bermasalah ke.. wargaemas dan yang sewaktu denganya
4) aku nak bukak publisher sendiri, pastu kedai buku. Ada café untuk mereka bersantai sambil membaca dan ada kemudahan internet, tapi kenalah charge sikit bukan FREE. Tak boleh galakkan dan ajar orang kita dengan segala jadah benda FREE ni.
5) aku nak bina rumah tepi laut supaya setiap hari aku boleh lihat matahari terbenam dan fajar terbit.

5 of my bad habits
1) Ada tika aku gagal control emosi
2) Aku tak suka deal ngan Doktor.
3) Alergik ngan asap dan bau rokok even yang lekat kat baju si perokok. [pastikan korang bukan perokok kalau nak jadi… ]
4) Aku tak boleh berada di tempat yang sesak. Mulalah nafas aku jadi sesak
5) Aku alergik ngan hujan,mudah sakit kalau kena

5 places I am living
1) Premis peribadi aku [Bilik aku le]
2) Dapur
3) Ruang bacaan
4) Depan meja komputer @ laptop aku
5) Atas katil…

5 people I tag
1) Bikash Nur Idris
2) Johan
3) Mimie Afinie
4) Zeqzeq

5) Fad

Korang jangan cendekel lak ekk.. cepat buat....

Open House Oh! Open House…

Aduzzzz pening kepala… tak tahu apa keputusan yang patut aku ambil. Kalau boleh tak nak lah ada yang kecik hati atau jauh hati walaupun hakikatnya ada diantaranya yang memang pun jauh. Erm Syawal dah nak dekat masuk penghujung. So pasti makin galak yang buat Open House malah ini jugalah yang nak ku hiaskan dalam N3 hari ni.

Dari semalam dah ada tiga email yang aku terima berkaitan dengan perkara ini.. dan sekarang ni dah masuk lagi. Tu belum masuk melalui sms dengan message yang sama. Undangan ke majlis yang akan mereka adakan. Erm bila aku senaraikan.. hujung minggu ni, hari Sabtu ada jemputan kenduri kahwin di dewan komuniti di Putrajaya, than ada tiga jemputan ke majlis rumah terbuka teman sekerja. Hari Ahad ada 4… dah tu dalam mukim yang berbeda. Member masa belajar dulu dan juga teman sekerja. Aku dah termenung… camne nak pegi… erm… tak masuk lagi yang buat lepas kerja… Ah! Gawat sih...

Next week… Hari Sabtu ada juga jemputan kenduri kahwin. Anak salah seorang staff di office. Tak pergi, rasa cam tak best pulak sebab abang ni kiranya memang baik gaklah ngan aku. Jadinya… semi confirm kena pergi gak lagi pun tak jauh dari rumah aku. Kat area Wangsamaju jer. Than ada jemputan rumah terbuka di Segambut dan Kepong. Bolehlah pi rasanya sebab dalam kategori dekatlah juga. Hari Ahad… jeng… jeng.. jeng… Satu program gathering cum jamuan hariraya Caluk Conner kat umah Sue di Seri Kembangan. Than ada satu di Banting dan Puncak Alam, baru sat ni ada satu lagi kat Bukit Beruntung… Aku dah sengeh… sengeh tanpa jawapan dan keputusan….

Tentang Aku....

Rasanya aku tidak mahu lagi
Bercerita tentang hati
Bermadah pasal cinta
Bercanda dalam liuk asmara
Mungkin kerna aku sudah lelah
Sudah penat denga segalanya
Untuk menafsir madah cinta
Menterjemah istilah perasaan
Memahami canda asmara
Yang mungkin sudah lenyap dari ruang sekeping hati
Namun aku tidak berdaya
Memahatkan tugu keyakinan di pesada tanggapan insan lain
Yang sekadar melihat pada zahir sebuah pandangan
Menduga dari biasan bebayang kelam
Jauh dari percikakn pelangi kenyataan

Salahkan aku
Andai mesra itu ukiran dari sebuah persahabatan
Jika akrab itu hiasan dalam uquwah sesama insan
Mengapa harus dikaitkan dengan mainan perasaan
Untuk apa dijadikan sebuah hamparan
Hanya berlandaskan sebuah firasat
Yang entah di mana paksi kebenarannya

Aku lebih mengerti siapa diri ini
Aku cukup menyadari
yang aku tidak akan bisa menandingi sesiapa
lantaran juga hati yang sedia ada ini
Sudah acapkali robek
Paten yang tercoreng tidak mampu diplaster lagi
Justeru itu tiada apa yang dapat ku beri
Biar mungkin ada yang meminta…..

Sesuci Embun Kasih

Continue Sesuci Embun Kasih @SEK

“ENGKAU ni kenapa ha! Cheque sekeping macam tu pun tak boleh nak jaga. Macamana boleh hilang? Itulah. Orang datang pejabat untuk bekerja, bukannya menari dan bersukaria. Dah tu bercinta, kerja habis semua tunggang langgang. Sekarang ni macamana?” Melantun suara herdikan Alia Natasya berkumandang. Wajahnya menyinga meratah wajah Maira Atisya yang kaku dihadapannya.

“Maafkan saya Kak Tasya. Bukan saya sengaja nak hilangkan cheque tu. Saya….”

“Dekat sini tak payah nak berkakak-kakak dengan aku. Tak payah nak tunjuk yang konon engkau tu beradab sangat. Nak tunjuk baik,” tempelak Alia Natasya garang sebelum sempat Maira Atisya menghabiskan kata. Dijeling wajah yang terkulat-kulat mendengar kata-katanya. Memang sengaja dia meninggikan suara malah hasratnya supaya seluruh bahagian kewangan tahu akan kesalahan yang telah dilakukan oleh gadis itu. Lebih bagus kalau ianya sampai ke pengetahuan Fizz Haizal, akan menjadi lebih mudah kerjanya untuk mendekati anak muda itu.

“Maaf Cik Alia Natasya,” perlahan suara Maira Atisya. Dalam hati tidak putus dia bertasbih memohon diperkuatkan dirinya untuk menghadapi situasi tegang itu.

“Itu sahajalah yang engkau tahu. Tiap kali buat salah minta maaf. Apa! Engkau fikir dengan maaf engkau tu, cheque yang hilang boleh melayang dan jatuh atas meja engkau ni?” tembak Alia Natasya lagi. Maira Atisya membisu. Dia sedar walau apa penjelasan yang diberikan, mana mungkin ianya akan diterima. Alia Natasya masih mengomel sendiri. Melihatkan sikap Maira Atisya yang tenang itu semakin memanggang hati dan perasaannya dibara kebencian.

“Apa yang bising sangat ni. Alia? Dari luar lagi saya dah dengar suara awak. Apa yang terjadi?” tanya Fizz Haizal. Fail yang dipegangnya dilabuhkan di atas meja Maira Atisya. Dia mengalih pandang kepada dua orang gadis yang berada di hadapannya.

“Well Fizz. Bagus juga you dah balik. Staff kesayangan you ni, suka hati dia saja hilangkan cheque dari Chempakaraya. You tahu tak betapa susahnya I nak dapatkan cheque tu, senang-senang saja budak kampung ni hilangkan. Alasannya terlupa di mana dia letak. Itulah, orang datang pejabat untuk bekerja. Bukannya berseronok dan bercinta sampai kerja yang begitu senang pun tak boleh nak buat. Kalau nak menari dan bersukaria, tak payah kerja. Menyusahkan orang saja,” cemuh Alia Natasya sesuka hati. Matanya menjeling ke arah Maira Atisya.

Fizz Haizal merenung gadis yang sedang tunduk membisu. “Maira, Is that true? Benar cheque dari Chempakaraya dah hilang?” tanya anak muda itu inginkan penjelasan.

Perlahan-lahan Maira Atisya menganggukkan kepala tanda mengiyakan pengaduan yang dibuat oleh Alia Natasya keatasnya. Dia sudah bersedia untuk menerima ledakan kemarahan dari Fizz Haizal. Dia yakin tornado anak muda itu akan meledak tambahan pulak dia baru sahaja kembali dari menghadiri mesyuarat di luar. Sudah pasti cuaca panas akan memudahkan untuk suhu kemarahannya naik.

“Macamana boleh jadi macam tu? Awak yakin awak ada terima cheque tu? Awak dah cari di serata tempat?” Bertubi soalan diajukan. Intonasi suara anak muda itu masih berada diparas terkawal. Namun wajahnya sudah mula merah. Dia mengusap pangkal tengkuknya berkali-kali.

“Saya minta maaf Encik, saya tak ingat samada saya ada terima atau tidak, lagi pun tiada rekod penerimaan yang tercatit. Apapun saya janji saya akan cari lagi. Mungkin terselit di mana-mana,” Maira Atisya memberanikan diri untuk menjawab. Dia memandang seketika ke wajah Fizz Haizal yang nyata membiaskan lelah. Belas rasa hatinya melihatkan keadaan anak muda itu. Tiba-tiba hatinya diterpa rasa bersalah.

“Tak ada rekod penerimaan konon. Alasan. Jangan-jangan engkau sengaja tak rekod dan engkau dah bank in kan cheque tu,” cemuh Alia Natasya. Rasa meluat semakin menggigit tangkai jantungnya. Geram dan marahnya mula membuak. Dia mengharapkan Fizz Haizal akan memanahkan petir amarah, sebaliknya tidak.

“Awak boleh diam tak Alia. Awak tak ada hak nak marah Maira walaupun benar mungkin dia melakukan kesalahan. Lagi pun kalau dia dah bank inkan cheque itu, apa lagi masalah yang timbul? Cheque itu atas nama syarikat, tiada individu yang boleh menunaikan jumlah yang tertera. Apa masalah awak sebenarnya?” tanya Fizz Haizal tegas. Dia menentang wajah Alia Natasya yang sudah mencebik.

“Listen Maira, I won’t ask my client to issue another cheque to replace the early one. You lost it, you fix it. The responsibility is yours. How you want to settle, that’s your problem. Walaupun engkau mendapat membelaan tapi aku rasa apa yang engkau dah lakukan ni memang tak sepatutnya terjadi. Elok dipecat sahaja orang yang lebih banyak berangan dan angau dari buat kerja hingga menyusahkan orang lain,” sindir Alia Natasya sambil menjeling sinis ke wajah Fizz Haizal. Dalam hati dia mencemuh geram. Ingat buah hati ada aku takut. Tolong sikit. Padan dengan muka, dua-dua aku libas sekali harung.

“Awak dah habis membebel ke Alia? Kalau sudah, dipersilakan awak balik semula ke tempat awak. Ini bahagian saya. Sebarang permasalahan yang timbul, saya yang akan selesaikan. Saya mahu awak emailkan apa yang berlaku hari ini. Biar saya yang ambil tindakan,” keras kedengaran suara Fizz Haizal memberi arahan. Sebentar tadi telinganya sudah berdesing mendengarkan kata-kata gadis itu. Langsung tidak menghormati dirinya.

Maira Atisya masih menundukkan wajahnya. Dia tetap membisu. Pertengkaran yang berlaku kini sudah mengherat Fizz Haizal bersama ke dalam gelanggang.

Alia Natasya mengetapkan bibir. Menahan rasa amarah yang sudah membuak lantaran arahan yang diberikan oleh Fizz Haizal. Hatinya bagai dipanggang di atas bara. Pantas dia memusingkan tubuhnya untuk berlalu. Namun sebelum itu sempat tangannya mencapai bekas minuman di atas meja Maira Atisya lantas menyimbah air yang masih bersisa ke wajah gadis itu. Maira Atisya tidak sempat mengelak lantaran terkejut dengan tindakan drastik kakaknya. Wajah yang sudah bermandikan air itu dikesatnya perlahan bersama untaian airmata yang turut sama mengalir. Sayup-sayup dia terdengar tawa mengejek Alia Natasya terhadap dirinya.

Fizz Haizal terkasima dengan apa yang dilihat. Ternyata Alia Natasya sudah melampau. Radang hatinya dengan sikap kurang ajar gadis itu. Langsung tidak menghormati dirinya. Gemar bertindak dengan landasan perasaan.

Maira Atisya mengatur langkah meninggalkan anak muda itu sendirian. Dia malu dengan apa yang terjadi. Pasti ramai yang mendengar dan menyaksikan apa yang dilakukan oleh Alia Natasya sebentar tadi. Hatinya benar-benar terguris, tapi dia cuba bersabar.

Fizz Haizal sekadar mampu memandang. Melihatkan sikap Maira Atisya yang masih berdiam, dia jadi geram. Geram lantaran gadis itu kerap benar mengalah dalam segala keadaan. Tidak pernah sekali pun ingin membela dirinya dari tomahan atau kata-kata kesat Alia Natasya. Perlahan-lahan anak muda itu mengatur langkah ke biliknya. Menghempaskan tubuh yang ternyata kepenatan. Penat dengan mesyuarat dan penat melihat apa yang terjadi sebentar tadi. Pantas tangannya menekan interkom.

“Balqis, panggil Emil Roziman masuk,” keras kedengaran suara Fizz Haizal memberi arahan.

“Maaf Encik Haizal, Emil tak ada dekat tempat dia. Tadi saya lihat dia di pantry dengan Maira,” terang Balqis lambat-lambat. Dari intonasi suara anak muda itu, tidak sukar untuknya mengesan kemarahan yang sudah mula mencari ruang.

What!!! Awak pergi panggil dia. Kata saya nak jumpa. Ha! Maira sekali,” tempelak anak muda itu lagi. Hati yang panas terus memuntahkan lava. Geram dan cemburunya bagaikan bersatu di jantung emosi.

Terkial-kial Balqis bangun menuju ke pantry mencari kedua insan yang dimaksudkan. Dia sudah masak dengan tingkah Fizz Haizal. Adakala cemburunya mudah dihidu lebih-lebih lagi bila melibatkan Maira Atisya dan Emil Roziman.

“Maira, kekanda engkau dekat dalam tu dah murka. Baik engkau pergi mengadap cepat. Ha! Emil pun sama. Keduanya dipanggil segera,” ucap Balqis. Wajahnya menjamah ke wajah Maira Atisya yang masih lesu. Biasan airmata gadis itu masih mampu dilihat. Belas hatinya dengan apa yang dialami oleh temannya itu.

Maira Atisya sekadar mengeluh. Dia sedar, pasti isu kehilangan cheque Chempakaraya tidak sekadar berakhir dengan ledakan kemarahan Alia Natasya. Kini dia harus malah wajib berhadapan dengan Fizz Haizal pula.

“Matilah Maira kali ni bang, silap perhitungan 24jam notice Haizal beri suruh Maira resign. Apa Maira nak buat?,” luah Maira Atisya. Birai matanya mula basah.

“Maira jangan risau. Jangan fikir yang bukan-bukan. Tak kan Haizal bebal sangat nak buat keputusan sebelum tahu perkara sebenarnya. Dah! Jom kita pergi. Apa-apa pun abang ada,” Emil Roziman cuba memberikan semangat. Faham dengan apa yang dirasai oleh gadis itu. Mereka sama-sama melangkah menuju ke bilik Fizz Haizal.

Perlahan-lahan Maira Atisya mengetuk pintu bilik anak muda itu.

“Masuk.” Suara Fizz Haizal bergema. Keduanya melangkah masuk ke bilik anak muda itu seiringan. Wajah Maira Atisya di tatap berselang dengan wajah Emil Roziman.

“Saya nak tahu keseluruhan cerita cheque Chempakaraya,” keras suara Fizz Haizal mengajukan pertanyaan.

Maira Atisya tunduk. Hujung kasutnya dijamah dengan pandangan mata. Apa yang harus diperkatakan... dia sendiri buntu. Tidak mampu mengingati apakah benar dia ada menerima cheque tersebut seperti dakwaan Alia Natasya.

“Maira, saya bukan nak lihat orang bisu berdiri di hadapan saya. Saya bertanya dan pertanyaan saya itu perlukan jawapan,” sergah Fizz Haizal. Melihatkan gadis itu mengunci mulut hatinya tiba-tiba jadi panas kembali.

“Maira, cuba Maira ceritakan apa sebenarnya yang terjadi. Benar ke Maira ada terima cheque tu tapi tak ingat mana Maira letak?” Emil Roziman bertanya penuh diplomasi. Lebih lembut dari Fizz Haizal. Hatinya belas melihat gadis itu diherdik.

“Saya tak tahu. Saya benar-benar tak boleh nak ingat. Selalunya kalau terima apa-apa cheque, saya akan rekod dulu sebelum masukkan ke dalam data computer,” Maira Atisya menjawab perlahan. Sedikitpun dia tidak mengangkat wajahnya. Masih betah merenung hujung kasutnya.
Terdengar Fizz Haizal menghempaskan keluhan berat.

“Masakan awak langsung tak boleh nak ingat. Bukannya dah berbulan, baru lagi kan. Apa yang awak buat selama ini Maira? Berangan atau awak buat kerja sambil lewa. Ambil nama buat sahaja? Awak tahu tak… bila kepincangan pekerja saya dapat dihidu oleh pekerja dari bahagian lain, itu bermakna mereka lihat kepincangan saya juga. Kebodohan saya kerana tak dapat nak mentadbir dan mengawasi pekerja di bahagian saya dengan baik. Membiarkan segala permasalahan yang tidak sepatutnya berlaku untuk berlaku. Awak tahu tak di bahagian mana awak ditempatkan. Di bahagian kewangan… jadi tanggungjawab setiap pekerja di bahagian ini lebih besar dari orang lain. Kita semua berusuran dengan kewangan, kewangan dari clients yang mendapatkan perkhidmatan dari kita. Awak sedar tak tu Maira,” herdik Fizz Haizal. Berang dan amarahnya sudah bersatu dan dilepaskan secara berpackage kepada gadis yang berada di hadapannya. Hati yang dipagut cemburu juga membuatkan amarahnya bagai tidak dapat dibendung.

Maira Atisya terkedu. Sudah lama kemarahan anak muda itu tidak menyerang dirinya. Kali pertama sewaktu dia menegur bila terlihat keasyikan Fizz Haizal melayan rokok beberapa bulan yang lalu. Intonasi suara yang sama seperti sebentar tadi jugalah yang dilemparkan padanya. Kini ianya bergema lagi.

“Maira!!,” tengking Fizz Haizal. Sabarnya melayang melihatkan sikap bisu gadis itu.

“Yo Fizz! Bawak bertenang, sabarlah sikit,” Emil Roziman cuba menenangkan anak muda itu. Dia sendiri terkejut mendengarkan lengkingan suara itu. Sekilas matanya melirik ke wajah Maira Atisya yang sudah berubah.

“Engkau nak suruh aku bertenang?? Sedangkan dalam waktu yang sama orang lain sedang mentertawakan aku. Come one Ozim. This is not funny okey. This is about my ability. How I handle my staff from the unnecessary mistake. Selama ini tak pernah pun terjadi pasal cheque missing or misplace. Everything’s goes smooth, but now?? Can you understand what other peoples may think about me? Once my staff done this studied mistake it seems like I’m doing that too. Can you see it??,” meledak suara Fizz Haizal. Rahangnya bergerak-gerak. Pangkal tengkuk diusap berkali-kali cuba meredakan marah yang semakin marak. Sikap Maira Atisya yang membisu langsung tidak membantu. Itu yang membuatkan darahnya seakan mendidih.

Maira Atisya makin tunduk. Kecut perutnya mendengarkan ledakan suara anak muda itu. Dia sedar, selama ini Fizz Haizal cukup mementingkan qualiti dan kesempurnaan dalam tugasan yang diamanahkan pada seluruh pekerja di bahagian kewangan. Bagi anak muda itu tiap kesalahan yang dilakukan oleh orang bawahannya bakal mencerminkan kepincangan dirinya. Dia tidak betah andai ada diantara mereka yang melakukan kesalahan remeh seperti apa yang berlaku sekarang.

“Maira keluar dulu. Biar abang bincang dengan Fizz bagaimana nak atasi masalah ini,” lembut suara Emil Roziman memberikan arahan. Dia belas melihatkan wajah pucat gadis itu. Hatinya berat untuk mengiyakan apa yang telah didengarnya. Masakan Maira Atisya secuai itu. Tidak...

“Encik, saya minta maaf,” mohon Maira Atisya perlahan. Wajah Fizz Haizal cuba dijamahnya dengan sebuah pandangan.

I don’t need your apologies… what I need are explanation,” bentak Fizz Haizal sinis. Dia merengus menahan rasa.

Maira Atisya tunduk. Hatinya sayu bila anak muda itu juga seolah tidak mempercayai apa yang diperkatakannya. Perlahan-lahan dia melangkah keluar. Apa lagi yang boleh dilakukannya selain dari menyelesaikan permasalahan itu. Dia tidak mahu membebankan Fizz Haizal malah tidak juga tega membiarkan anak muda itu dikaitkan dengan kekhilafan yang telah dilakukannya. Tanpa sedar sebuah keluhan berat terlepas dari ulas bibirnya.

Sesuci Embun Kasih

Continue Sesuci Embun Kasih @SEK

“TAK patut engkau marah Maira macam tu?” tegur Emil Roziman setelah Maira Atisya berlalu.Wajah temannya itu ditatap seketika.

Than, what you expect me to do?? Puji dia??? Come on Ozim. Engkau fikir aku ni suka-suka hati saja nak marah dia?,” tanya Fizz Haizal sambil menentang pandangan temannya itu.

“Kalau engkau tak suka hati, dah tu kenapa engkau masih biarkan hati engkau suka-suka marah dia bagai nak rak?” Emil Roziman masih memprovok. Tidak mahu beralah biarpun dia sedar suhu yang sudah mula menurun itu bisa melonjak kembali.

“Aku geram dengan dia… engkau tahu dia boleh diam sahaja terima cemuhan si Alia. Sampai ke simbah Ozim… aku ulang… Kena simbah. Maira masih kaku. Sikit pun dia tak melenting. Engkau sendiri tengok kan bagaimana sikap dia tadi. Tak sudah dengan minta maaf dia. Kalau iyer pun nak minta maaf, tunggulah sampai tiba raya. Masukkan dalam package setahun... Ini tak,” bebel Fizz Haizal pada Emil Roziman yang pastinya terlepas menyaksikan adengan yang cukup membuakkan rasa marah di hatinya.

Emil Roziman tertawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepala. Fizz Haizal bangun dari duduknya. Berkali-kali dia mengusap kepalanya. Mamat ni mati fius agaknya. Siap boleh ketawa lagi. Tak berperasaan langsung. Hati Fizz Haizal mengomel sendiri melihatkan sikap temannya itu.

“Fizz, engkau baru kenal Maira. Tak sampai setahun pun. Aku ni… dah lebih tiga tahun kenal dia. Masak sangat aku dengan perangai dia tu. Diam dia bukan bererti mengalah, tidak melawan bukan bermakna dia lemah, cuma dia tak suka timbulkan ketegangan bila berhadapan dengan kemarahan orang, lebih-lebih lagi dengan si Alia tu. Bukan engkau tak tahu bagaimana perangai perempuan yang datang bulan tak tentu masa tu. Ikut suka hati dia aje bila nak naik angin. Mengamuk tak tentu pasal, tapi Maira bukan macam tu,” Emil Roziman memberikan pandangannya. Biarpun dia sedar, pandangan dan pendapatnya tika itu belum tentu akan diguna pakai.

“Tapi Ozim, Maira tak boleh selamanya begitu. Dia bagai sengaja memberi ruang seluasnya untuk Alia mengenakan dirinya. Ha! Sekarang cheque Chempakaraya pulak hilang. Macamana kita nak minta mereka buat pembatalan dan hantar cheque yang lain? Engkau sendiri sedia maklumkan siapa finance manager dekat sana kan. Si Kamal Hazrul. Bukan engkau tak tahu bagaimana perangai dia. Lebih teruk lagi itu client Alia,” Fizz Haizal memberikan penerangan sambil menghela keluhan berat.

“Engkau pasti ke Maira lakukan kecuaian sepertimana dakwaan si Alia tu? Jangan-jangan dia hanya nak reka cerita. Bukan engkau tak kenal perempuan tu macamana. Tak habis nak mengenakan Maira. Baik engkau siasat dulu. Jangan bertindak ikut rasa,” protes Emil Roziman geram. Sudah acapkali dilihatnya perbuatan gadis itu terhadap Maira Atisya.

Fizz Haizal sekadar mengeluh. Fikirannya jadi buntu. Chempakaraya merupakan client penting Teras Chemara. Dia sedar cheque bernilai RM20,000 bukanlah satu masalah besar bagi syarikat itu, cuma yang ada dalam fikirannya sekarang bagaimana untuk berurusan dengan Kamal Hazrul, Finance Manager yang terkenal dengan sikap tidak mahu berkrompomi lebih-lebih lagi dengan dirinya sendiri.

Emil Roziman menghantar pandang ke wajah anak muda di hadapannya. Masih belum terlihat riak surut acahan marah yang sedang melanda perasaan.

“Ada baiknya aku bla dulu. Engkau tu, jangan nak ikutkan sangat perasaan. Orang kata marah itu api. Makin engkau layan, makin marak jadinya. Bawak-bawak berzikir supaya hati engkau cepat sejuk,” secebis nasihat diselitkan buat anak muda itu sebelum dia melangkah keluar. Fizz Haizal sekadar merengus. Terkebil-kebil seketika pandangannya mengiringi kepergian temannya. Pangkal tengkuknya diusap kembali. Cuba menggapai ketenangan dalam sebuah permasalahan yang entah di mana hujung dan pangkalnya.

Maira Atisya bertelekur di mejanya. Bingung dengan apa yang sedang dihadapinya kini. Rasanya seakan dia tidak menerima sebarang cheque dari Chempakaraya sepertimana yang didakwa oleh Alia Natasya itu. Namun dia tetap berusaha mencari. Mungkin dia lalai maka cheque tersebut terselit di mana-mana. Laci mejanya kembali dipunggah. Menyelongkar segala khazanah yang ada dengan harapan apa yang dicari bakal ditemui. Puas menyelongkar laci meja, dia beralih ke fail-fail yang ada di atas meja. Dibelek satu persatu. Begitu juga dengan in tray dan out tray kerjanya. Namun dia tetap ditamu gagal. Ah! Mana lagi aku nak cari… keluh hatinya sendiri.

“Maira cari apa?” tanya Emil Roziman. Dia melabuhkan duduk di kerusi kosong bersebelahan dengan tempat gadis itu.

“Cari berlian. Entah dekat mana tercicirnya,” jawab Maira Atisya selamba. Emil Roziman sudah ketawa mengekek.

“Amboi adik abang ni! Dah pandai loyar buruk yer,” Wajah Maira Atisya tidak beriak. Dia tetap meneruskan kerjanya biarpun tahu ianya sekadar sia-sia.

“Tak payah carilah Maira. Kalau memang dah tak ada, masakan boleh jumpa,” ujar anak muda itu. Tawanya masih bersisa.

“Macamana ni bang. Nampak gayanya kenalah Maira ganti semula cheque tu,” keluh Maira Atisya. Mendung mula berarak di wajahnya.

“Maira yakin ke ada terima cheque tu? Jangan-jangan...,” Emil Roziman tidak menyudahkan kata. Sengaja membiarkan ayatnya tergantung. Wajah mendung gadis itu disapa dek sepasang matanya bersama segaris senyuman yang sudah membias.

Bulat mata Maira Atisya memanah wajah anak muda yang masih betah di sebelahnya. Ah! Masakan... masakan Alia sengaja mereka cerita... hatinya bermonolog sendiri. Enggan berprasangka terhadap buruk terhadap Alia Natasya.

Takfak sangfangkafa Haifaizalfal bofolehfeh mafarahfah Maifairafa mafacamfam tufu. Dahfah lafamafa Maifairafa takfak defengarfar sufuafarafa mefelengfengkengfeng difiafa tufu,” [Tak sangka Haizal boleh marah Maira macam tu. Dah lama Maira tak dengar suara melengkeng dia tu] adu Maira Atisya tanpa sedar. Sengaja digunakan bahasa yang tidak difahami oleh orang lain.

“Kefenafapafa?” [Kenapa] soal Emil Roziman dalam bahasa yang sama. Dia mula menentang pandang dengan gadis itu.

“Enfentahfahlahfah bang, cufumafa Maifairafa rafasafa terferkifilanfan. Difiafa mafacamfam takfak perfercafayafa defenganfan afapafa yangfang Maifairafa cafakapfapkanfan,” [Entahlah bang, cuma Maira rasa terkilan. Dia macam tak percaya dengan apa yang Maira cakapkan] luahnya perlahan. Hatinya kembali sayu.

Safabarfarlahfah Maifairafa. Kafalaufau Maifairafa takfak berfersafalahfah, kefenafapafa Maifairafa nakfak tafakutfut? Erm kafalaufau oforangfang lafainfin takfak perfercafayafa pafadafa Maifairafa, ifitufu difioforangfang pufunyafa pafasalfal, abang tefetapfap perfercafayafa Maifairafa bufukanfan jefenisfis oforangfang yangfang sufukafa bufuatfat kerferjafa defenganfan samfambilfil lefewafa,” [Sabarlah Maira. Kalau Maira tak bersalah, kenapa Maira nak takut? Erm kalau orang lain tak percaya pada Maira, itu diorang punya pasal. Apapun abang tetap percaya Maira bukan jenis orang yang suka buat kerja sambil lewa] Emil Roziman cuba memberikan semangat pada gadis itu. Dia sedar, Maira bimbang dengan apa yang sedang berlaku kini. RM20,000 bukanlah satu jumlah yang kecil walaupun buat setengah orang mungkin mereka tidak kisah.

Maira Atisya mengeluh. Wajahnya tunduk, cuba melindungi keperbagaian rasa yang sudah mengacah sekeping jiwa.

“Maifairafa, afapafa yangfang Maifairafa fifikirfirkanfan? Nakfak kongfongsifi defenganfan afabangfang?”[ Maira, apa yang Maira fikirkan? Nak kongsi dengan abang?] tegur Emil Roziman.

“Maifairafa bimfimbangfang Haifaizalfal takfak afakanfan perfercafayafakanfan Maifairafa lafagifi,” [Maira bimbang Haizal tak akan percayakan Maira lagi] keluh Maira Atisya sayu.

“Kafalaufau afawakfak befenarfar-befenarfar mafahufu safayafa kemfembafalifi perfercafayafakanfan afawakfak, bukfuktifikanfan pafadafa safayafa,” [Kalau awak benar-benar mahu saya kembali percayakan awak, buktikan pada saya] sahut Fizz Haizal. Sedari tadi dia mendengar segala butir perbualan antara Maira Atisya dengan Emil Roziman. Matanya tepat meratah wajah muram gadis itu.

Maira Atisya dan Emil Roziman bertukar pandang. Terkejut dengan kehadiran anak muda itu secara tiba-tiba. Dia terdiam. Pantas dilarikan matanya dari terus bertentang pandang dengan anak muda itu. Dia tidak betah berada di dalam situasi sedemikian. Pantas wajahnya tunduk.

“Lain kali kalau nak menyampuk pun, berilah salam dulu. Ini tidak... main terjah aje. Nasib baiklah jantung aku ni masih lagi dalam kategori sihat wal lepat liat, kalau tak sah-sah kena buat ‘by pass’ dekat IJN,” ngomel Emil Roziman tanpa memandang ke wajah temannya itu. Dia pura-pura menyemak helaian kertas-kertas di dalam fail yang ada di meja Maira Atisya. Lagak seperti sedang mencari sesuatu sedang gadis yang ada disebelahnya terus tega mengunci bicara.

Fizz Haizal merengus. Dia tahu Emil Roziman menyindirnya secara lembut. Pasti perasaan anak muda itu masih lagi terpenjara dengan rasa ketidakpuasan hati terhadap sikapnya pada Maira Atisya.

“What ever... What I want to know this problem settle. How you want to close it, up to you. I don’t border,” Fizz Haizal memberikan arahan keras. Terangkat wajah Maira Atisya mendengarnya. Dia benar-benar hampa. Anak muda itu menjatuhkan hukuman tanpa sebarang pengadilan. Tanpa sebarang bukti akan kesahihan segala yang kini terjadi.

“Maknanya engkau jatuhkan hukuman pada Si Maira ni dalam kategori ISAlah yer. Ikut Suka Aku… Menghukum tanpa pengadilan jauh sekali bukti, ikut sahaja statement si pengadu. Yo Brother, sejak bila ada sifat pro ketidakadilan ni? Boss yang baik adalah seorang yang bertindak menggunakan otak… bukannya emosi. Apa! Dah terbukti ke yang Maira benar-benar hilangkan cheque tu,” protes Emil Roziman. Dia sendiri terkejut mendengar kata-kata temannya itu. Dia sedar Fizz Haizal sedang berperang dengan emosi. Sakit di hatinya lebih parah dari sakit menerima berita perihal cheque yang sekeping itu.

Fizz Haizal membungkam. Bukan dia tidak sedar akan keterlepasan kata-katanya sebentar tadi tapi entahlah. Terpandangkan kemesraan antara sahabatnya dengan Maira Atisya, hati dan perasaannya bagai dilapah dan disiat-siat. Cemburunya hadir meluap-luap tanpa pinta.

“Jangan-jangan si Alia sengaja rekacipta cerita. Sengaja nak dajalkan Maira. Bukan engkau tak tahu perangai minah kerek tu,” Emil Roziman menyuarakan apa yang dirasa. Entah mengapa hatinya bagai berkata bahawa gadis itu mendalangi konspirasi untuk memburukkan Maira Atisya.

“Cheque tu hilang dalam department kita, jadi…

“Maira Atisya harus dipersalah dan pertanggungjawabkan secara total? Come on Fizz. Mana hilangnya rasional akal engkau ha! You don’t have anything as affidavits to proof what you think. Alia can be a suspect too. She don’t have any alibi on this issue. Mungkin dia sengaja merancang semuanya untuk mengenakan Maira. Did you see that my friend?” pantas Emil Roziman mencatas sebelum anak muda itu menoktahkan kata-kata.

“Engkau tak ada bukti nak tuduh Alia,” bentak Fizz Haizal geram.

So do you. Engkau pun tak ada bukti untuk terus hukum Maira. Jadi kita sama-sama siasat bagaimana perkara ini boleh berlaku,” sahut Emil Roziman tidak mahu mengalah. Dia sudah tidak perduli dengan apa yang bakal terjadi. Baginya Fizz Haizal sudah melampau. Andai gelanggang pertikaman lidah antara mereka sudah mula terbuka, mengapa dia perlu mengudur kiranya anak muda itu benar-benar ingin menari.

“Sudahlah... pertelingkahan kalian berdua tidak akan menyelesaikan apa jua masalah yang sedang saya hadapi,” Maira Atisya yang sedari tadi mendiamkan diri bersuara. Matanya merenung ke dua anak muda yang bagaikan baru tersedar.

“Apa yang Abang Emil dan Encik Fizz Haizal lakukan ini sekadar memburukkan keadaan. Bukannya mencari penyelesaian. Nasib baik juga tempat saya ni agak tersorok dari staffs lain, kalau tidak tentu ability kalian berdua akan terjejas. Tak apalah. Saya yang salah hingga menyebabkan perkara ini terjadi, maka biarlah saya yang menyelesaikannya. Seperti yang Encik Fizz Haizal katakan tadi, I have to fix it by my own way and I promise, I will settle it,” ucap Maira Atisya perlahan. Dia mengeluh lantas berlalu meninggalkan kedua anak muda itu. Hatinya sebak melihatkan pertelingkahan yang terjadi sebentar tadi. Dia sedar Emil Roziman cuba mempertahankan dirinya sedangkan Fizz Haizal pula tertekan dengan tuduhan Alia Natasya terhadap dirinya.

Fizz Haizal mengusap pangkal tengkuknya berkali-kali. Wajahnya kelihatan keruh. Ah! Mengapalah dia sampai boleh jadi sebegini… tidak mampu mengawal emosi. Di renungnya Emil Roziman yang masih betah mempertahankan keselambaan kodok. Anak muda itu tidak langsung mempamirkan wajah bersalah walaupun sebentar tadi mereka berdua bagaikan berantakan mempertahankan hujah masing-masing.

“I’m sorry Ozim. I lost my control,” ucap Fizz Haizal akhirnya. Dihulurnya tangan untuk berjabat dengan sahabatnya itu.

It’s okey my friend. Aku pun minta maaf sebab protes apa yang engkau arahkan pada Maira. Aku tahu engkau tertekan disebabkan dua perkara,” senyuman sinis sudah mula menguntum di bibir anak muda itu.

“Dua perkara?” tanya Fizz Haizal bodoh. Hatinya mengutil tandatanya. Apa makna kata-kata temannya itu.

“Ya! Dua perkara. Pertama tentulah pasal cheque yang menghilangkan diri secara misteri tu. Kedua emosi engkau mengacah hati dengan keperbagaian andaian tentang aku, tapi jangan bimbang. Apa yang emosi engkau bisikkan tu tak betul,” tukas Emil Roziman sambil menepuk-nepuk bahu sahabatnya. Dia berlalu dengan senyuman yang masih meniti di bibirnya meninggalkan Fizz Haizal terkulat-kulat menelan kata-kata yang tak mungkin mampu disangkal lagi.

Ah! Ketara sangat ke?? desis hati Fizz Haizal sendiri. Diraupnya wajah dengan kedua telapak tangan. Perlahan-lahan dia menapak kembali ke biliknya.

Sesuci Embun Kasih

Continue Sesuci Embun Kasih @SEK

BEBERAPA hari Maira Atisya berfikir dan akhirnya dia nekad, permasalahan yang dihadapi harus ditangani walau dengan apa cara sekali pun. Pagi itu dia cuba menghubungi Encik Kamal Hazrul, Finance Manager di Chempakaraya. Lama dia menanti dan akhirnya…

“Morning. May I speak with Encik Kamal Hazrul please,” ucap Maira Atisya sebaik sahaja komunikasi dua hala bertaut.

“May I know who’s on the line?” tanya suara di sebelah sana.

“I’m Maira Atisya from Teres Chemara,” Maira Atisya memperkenalkan dirinya.

“One moment,” balas suara tadi sambil menyambungkan talian.

“Yes Maira, what can I help you my dear,” terdengar ramah suara yang menyapa.

“Encik Kamal Hazrul?” Maira Atisya bertanya. Bagai tidak percaya mendengar keramahan suara yang menyapa, membuatkan dirinya dipagut rasa ragu-ragu.

“Iyer saya. Ada apa-apa yang awak nak bicarakan dengan saya ke?” tanya anak muda itu. Terdengar tawa kecil di hujung kata-katanya. Mungkin lucu dengan sikap Maira Atisya seketika tadi.

“Sebenarnya begini …” Maira Atisya menarik nafas. Mengumpul segala kekuatan untuk menyatakan apa yang sudah bercanda di minda. “Sebelum tu saya nak minta maaf. Sebenarnya cheque Tax Fees untuk Teras Chemara yang encik berikan melalui Cik Alia Natasya telah hilang. Kalau boleh, saya nak minta tolong dari encik batalkan cheque tersebut dan issue yang baru. Semuanya salah saya… saya terlupa di mana saya letakkan cheque tersebut. Saya dah cari di serata tempat, malangnya saya gagal menemuinya,” terang Maira Atisya perlahan. Segala yang sudah terangka di minda disampaikannya tanpa berselindung. Dia sedar, dalam situasi begini, dia harus bersedia menerima apa jua tindakan atau kata-kata dari clientnya itu.

Terdengar anak muda itu mengeluh… mungkin tidak menduga akan berhadapan dengan permasalahan sebegini.

“Encik, saya minta maaf sebab menyusahkan encik dan saya sedia tanggung kos pembatalan cheque tersebut,” ucap Maira Atisya kembali bila menyedari anak muda itu tidak memberikan sebarang reaksi.

“Apa yang saya dapat kalau saya tolong awak? Setakad awak nak tanggung kos pembatalan, rasanya tak berbaloi,” tanya Kamal Hazrul selamba. Dia mula berjual beli dengan gadis itu.

Maira Atisya menarik nafas. Apa maksud anak muda itu sebenarnya. Hatinya mula diserang rasa kurang enak.

“Apa maksud encik, apa yang encik mahu dari saya?” Diberanikan diri untuk bertanya. Dalam hati dia berdoa agar permintaan anak muda itu bukanlah tergolong dalam kategori yang bukan-bukan.

“Erm, apa yang awak mampu beri?” soal Kamal Hazrul perlahan. Bibirnya sudah mengorak senyuman. Terasa apa yang direncanakan bakal terlaksana.

“Saya bukan dari golongan yang lahir dalam dulang emas, jadi saya tak mampu nak balas pertolongan encik dengan imbuhan yang besar,” terang Maira Atisya.

Terdengar Kamal Hazrul tertawa. Entah apa yang mencuit tangkai hatinya dengan penerangan Maira Atisya sebentar tadi.

“Awak ni… ada saya kata nak minta awak balas dengan imbuhan… itu rasuah namanya Cik Maira. Beginilah, saya boleh tolong awak dengan syarat awak kena keluar dinner dengan saya. Amacam? Awak setuju?” tanya Kamal Hazrul. Maira Atisya terkedu. Keluar dinner dengan dia? Aduh! Macamana ni… aku bukannya kenal dia, tapi kalau aku tolak bermakna makin lama lagilah masalah ini. Erm apa yang harus aku buat sekarang?? Hati Maira Atisya bermonolog sendiri. Menimbang cara permintaan luar duga dari anak muda itu.

“Helo Cik Maira... It’s okey. Awak fikirkan dahulu. Kalau awak setuju, awak contact saya semula. Saya cadang kita keluar dinner malam minggu. At least saya dapat kenal awak dan awak juga boleh kenal saya. Tidaklah awak sekadar mendengar cerita yang tidak elok sahaja tentang diri saya ini. Erm, can I have you contact number… I mean your handphone,” suara anak muda itu mengejutkan Maira Atisya. Perancangan bagai sudah diatur malah dia juga berani meminta nombor telefonnya.

“Err... saya akan contact Encik Kamal nanti kalau saya setuju. Paling lewat pun hari Jumaat,” Maira Atisya menyimpul janji dalam alasan yang direkanya. Dia perlu menimbangkan segalanya dari segala sudut. Tidak mahu tersilap langkah biarpun kerisauan terhadap masalah yang menimpa diri masih lagi belum selesai.

“Okey. Up to you my dear. I will be waiting for that. I need to go now. Have a meeting with your big shoot. Catch up with you later than,” ucap anak muda itu riang sebelum mengakhiri perbualan.

Maira Atisya terkedu… bagaimana dia boleh lupa yang Fizz Haizal ada mesyuarat di Chempakaraya hari ini. Aduh! Kalaulah anak muda itu tahu, bagaimana agaknya reaksi yang bakal terzahir??? Tapi bukankah Fizz Haizal sudah menyatakan dia tidak mahu tahu bagaimana Maira Atisya menyelesaikan permasalahan yang timbul itu. Ah! Maira Atisya mengeluh sendiri… membuat diskusi antara hati dan fikiran. Perlahan-lahan gagang yang sudah lama bisu diletakkan kembali ke tempatnya. Bagaimana kalau anak muda itu tidak mahu bekerjasama dengannya... tidak mahu menolong, jawabnya dia haruslah bertanggungjawab sepenuhnya keatas apa yang telah terjadi. Namun benarkah cheque itu diserahkan oleh Alia Natasya kepadanya... Maira Atisya buntu.

“Hai Maira! Jauhnya engkau mengelamun.? Tak kan che abang keluar meeting pun dah termenung,” sakat Balqis sambil ketawa. Sedari tadi diperhatikan gadis itu bagai tenggelam dalam dunianya sendiri.

“Banyaklah engkau punya mengelamun. Tak ada maknanya aku nak fikirkan pasal boss engkau tu. Ada perkara yang lebih penting dari dia yang harus aku berikan perhatian dan fikirkan penyelesaiannya,” Maira Atisya menjeling Balqis yang masih galak mentertawakan dirinya.

“Balqis, aku risaulah. Aku…,” adu Maira Atisya sayu. Dia benar-benar buntu memikirkan segala yang sedang dihadapinya kini.

“Pasal cheque yang hilang tu…” potong Balqis sebelum sempat gadis itu menyudahkan kata. Dia mengeluh.

“Aku rasa peliklah Maira. Macamana boleh hilang. Selama ini tak pernah pun jadi macam tu. Engkau bukan jenis yang buat kerja aci main buat saja, tapi kali ini…” Balqis menggantungkan ayatnya. Wajah gadis itu ditatapnya.

“Aku pun dah tak tahu nak kata apa lagi Balqis. Fizz pulak macam letakkan 150% kesalahan keatas diri aku. So mahu atau tidak, aku kenalah selesaikan masalah ni walau dengan apa cara sekali pun,” jelas Maira Atisya. Sebuah keluhan akhirnya terlepas jua dari bibir comelnya.

“Maksud engkau…” Balqis inginkan penjelasan. Masih kabur dengan penerangan tidak terperinci itu.

“Means’ either client willing to issue another one or I have to paid for that,”

“What??? Banyak tu Maira… RM20 ribu.” Wajah murung gadis itu ditatapnya. “Tak kan Fizz sekejam itu suruh engkau bayar semuanya,” tanya Balqis tidak percaya.

“Entahlah Balqis. Aku pun tak tahu, tapi kalau client tak mahu issue cheque yang baru maknanya aku tak ada pilihan. Kenalah aku bayar. Mungkin secara ansuran bulanan kut. Ala! Macam di Court Mammoth tu,” Maira Atisya sempat berlucu.

“Banyaklah engkau punya Court Mammoth. Isy apa punya pakwelah si Fizz tu. Ada hati dan perut, tapi tak tahu gunakan. Ada ke suruh si chenta hati yang bayar,” bebel Balqis.

“Helo kawan! Bila masa pulak dia tu jadi pakwe aku. Cakap... ikut sedap rasa jer yer. Dengar dek orang lain, tak pasal jadi isu,” tegur Maira Atisya. Balqis sudah mengekek tawa.

“Eh! Bukan ke?”, provoknya dengan tawa yang masih bersisa. Melihat wajah Maira Atisya yang sudah berona itu cukup membuatkan hatinya merasa lapang.

“Isy engkau ni…,”

“Habis tu… tak betul ke apa yang aku cakap? Sebekas ikan semilang dekat pasar, semuanya dah tak ada sengat Maira. Engkau mungkin boleh kelentong atau merekacipta dalih dengan orang lain, tapi bukan dengan aku. Sejak awal lagi aku tahu Fizz memang suka dengan engkau. Tak kan engkau lupa macamana keadaan dia masa korang terjebak dalam perang dingin suam ala-ala konfrantasi tak rasmi dulu. Tak senang duduk mamat tu mengalahkan cacing dalam microwave jer,” Balqis mula membuka kotak memory lama. Tidak mahu mengalah dengan usikannya.

Maira Atisya sekadar menjeling. Tidak gemar mendengar apa yang diperkatakan oleh temannya itu. Kalau boleh dia tidak mahu mengingati apa yang pernah terjadi dahulu. Biarlah segalanya terus berkubur tanpa ada nisan dan liangnya.

Tiba-tiba segaris senyuman tersunggil di bibir mulusnya. Entah mengapa dia bagai dibawa kembali ke waktu itu. Ah! Bukan hanya Fizz Haizal yang tidak betah dengan situasi yang mereka hadapi sebaliknya dia nanar dalam penasaran deraan sekeping hati. Sesungguhnya kejadian itu punya hikmah yang tersendiri. Ianya menyedarkan mereka lantas merapatkan jurang yang ada di dalam hati masing-masing. Meski hingga ke saat ini mereka tidak pernah mahu mengakui apa yang mereka rasa namun mereka juga tidak mampu menolak sentuhan lembut sebuah perasaan.

“Senyum sorang-sorang makruh hukumnya cik kak oooiii. Apa kata kalau Maira share dengan abang. Barulah sama-sama dapat pahala,” sergah Emil Roziman. Entah dari mana datangnya tak siapa pun tahu.

Pantas wajah Maira Atisya berubah. Cemberut dengan sergahan yang telah meranapkan jaringan kenangannya sebentar tadi. Mamat ni memang tak boleh tengok aku senanglah. Ada sahaja idea nak mengusik. Hati Maira Atisya mengomel sendiri.

“Buatlah selalu muka macam jeruk amra tak cukup masak tu. Tak da nya elok,” komen Emil Roziman bila melihat wajah cemberut dan masam kelat gadis di hadapannya. Balqis sudah tersengeh melihat aksi keduanya.

“Ha! Yang engkau tak berhenti menyengih ni kenapa?” sergah Maira Atisya pada Balqis membuatkan gadis itu akhirnya memuntahkan tawa. Emil Roziman turut sama tertawa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Ni kenapa ni Maira. Tak kan sebab terputus siaran terus menerus dah nak marah. Come onlah… Astro pun kalau hujan tak dapat siaran tau. Maxis broadband pun adakalanya tak ada signal juga. Jadi-jadilah berangan tu. Kejap lagi baliklah dia. Ha! Masa tu adaplah muka dia,” sakat Emil Roziman makin hebat bersama sisa tawa yang masih kedengaran.

“Sapa yang nak adap muka dia... tak ada faedahnya,” gumam Maira Atisya perlahan. Hatinya membengkak dengan gurauan tak produktif anak muda itu. Satu jelingan maut dihadiahkan tanpa pinta.

“Emil, engkau dengan Maira ni kan tak boleh bertemulah. Kalau bertemu ada saja idea engkau nak sakat dia. Dahlah. Kesian aku tengok muka yang dah mendung tu. Nanti kalau hujan, kita juga yang susah,” ucap Balqis. Sudah terbias arakan mendung di wajah gadis itu.

“Budak cengeng... usik sikit dah nak hujan... Sejak bila masukkan diri dalam kategori goldt ni?” tanya Emil Roziman selamba. Dia sudah mula melabuhkan duduk di kerusi kosong yang ada di sebelah gadis itu.

“Goldt??? Apa kemendanya tu??” Balqis dan Maira Atisya sama-sama bertanya. Wajah keduanya sudah berkerut.

“Tadi buat muka buah amra tak cukup masak, ni buat pulak muka prune kedut... Apalah korang berdua ni. Goldt tu maknanya Golongan Orang Lemah Daya Tahan. Ada erti ka...,” senyuman sudah teracah di bibir anak muda itu. Maira Atisya mencebik. Ada sahaja idea dalam membuat istilah baru yang tidak pernah diiktiraf oleh mana-mana pihak.

Tanpa sedar terlepas sebuah keluahan dari ulas bibir gadis itu. Ingatan kembali pada perbualannya dengan Kamal Hazrul sebentar tadi.

“Kenapa ni Maira... tiba-tiba mengeluh. Maira ada masalah ke?” tanya Emil Roziman. Wajah gadis itu disapa dengan sebuah pandangan penuh tandatanya.

“Tak ada apa-apalah bang. Maira risau pasal cheque yang dah sah-sah hilang tu,” dalih Maira Atisya. Terasa enggan bercerita apa yang telah berlaku.

“Betul ni... hanya pasal cheque. Bukan pasal benda lain?” tekan anak muda itu. Dari raut wajah yang disapa itu tidak sukar baginya mengesan riak yang cuba disembunyikan. “Baik Maira cakap, lagi pun Maira tak ada telent untuk jadi seorang penyorok kebenaran,” sindirnya bersama senyuman sinis. Balqis sudah pun kembali semula ke mejanya bila sahaja terdengar telefonnya berdering.

“Mana ada Maira sembunyi apa-apa. Abang ingat Maira ni Misya Omar ke... nak nyanyi lagu Sembunyi,”

“Kalau Maira tahu liriknya, apa salah. Kita duet. Mesti havockan... ala macam...,” anak muda itu tidak mahu berundur dari gelanggang usikan yang sudah terbuka.

“Abang jangan nak mengada. Ni dok mengendeng kat meja orang, apa dah tak ada kerja ke? Sat lagi balik Fizz baru tahu,”

“Kan abang tengah buat kerja ni... tengok dan jaga Maira. Itu pun salah satu kerja baru abang yang diamanahkan oleh Fizz kalau dia tak ada di office. Manalah tahu si buah hati main mata dengan orang lain. Jadi abang diberi mandat untuk menghalang perlakuan yang boleh membawa kepada kecurangan Maira terhadap dirinya. Ada faham ka kicik,” sakat Emil Roziman. Maira Atisya sekadar menjeling. Ada sahaja idea mamat ni nak mematah ranapkan hujahnya.

Entah kenapa dia kembali termenung. “Tadi Maira contact Encik Kamal Hazrul, Finance Manager di Chempakaraya. Dia kata dia nak jumpa Maira untuk selesaikan isu cheque yang hilang tu, tapi…”

WHAT!!! Maira contact si Kamal tu?? Maira sedar tak apa yang Maira dah buat?? Fizz tahu??” bertubi-tubi Emil Roziman menerpa dengan serangan soalan sebelum gadis itu sempat menoktahkan kata. Dia benar-benar terkejut. Bulat matanya meratah wajah lembut dihadapannya. Pantas dia bangun sambil berjalan mundar mandir lagak askar yang ketagih untuk berkawat. Berkali-kali tangannya mengusap pangkal tengkok meredakan resah dan gelisah yang mula memukul jantung hatinya sedang Maira Atisya terkulat-kulat menyaksikan perlakuan anak muda itu yang langsung terkeluar dari pemahamannya.

“Jadi, Maira setuju nak keluar dengan dia??” tanya anak muda itu inginkan kepastian. Wajah Maira Atisya ditentangnya.

“Maira belum buat keputusan, tapi kenapa abang nampak macam marah sangat? Maira bukannya sengaja atau suka-suka nak jumpa dia. Nak selesaikan masalah. Mana tahu dia sudi issue cheque lain sebagai ganti cheque yang hilang tu,” Maira Atisya memberikan penjelasan. Dia benar-benar tidak nampak apa salahnya dengan tindakan yang diambilnya itu.

“Yakin ke masalah akan selesai? Jangan-jangan akan timbul masalah lain pulak,” ngomel anak muda itu perlahan tapi masih mampu sampai ke pendengaran gadis yang duduk di sebelahnya.

“Apa maksud abang? Maira….”

“Emil, Fizz on the line. Dia nak cakap dengan you. Urgent katanya. Nak I sambungkan ke tempat Maira atau you nak jawab dari tempat you?” tiba-tiba Balqis muncul menyampaikan pesanan sekali gus memutuskan perbualan keduanya.

“Sambung ke tempat I,” arah anak muda itu lantas berlalu ke tempatnya tanpa menoleh meninggalkan Maira Atisya terkapai-kapai. Balqis bergegas kembali ke tempatnya semula.

Maira Atisya sekadar mampu menghantar langkah anak muda itu dengan pandangan seribu kemusykilan. Mindanya tidak berdaya membuat penafsiran apa sebenarnya yang cuba disampaikan.. Macamanalah masalah nak selesai kalau begini keadaannya… keluh Maira Atisya akhirnya...

Jangan jadi seorang yang EGO

Renungkan bingkisan ini....

Malam tadi kamu dan kawan baikmu bertengkar. Kamu membuat keputusan tidak mahu bercakap dengannya pada keesokan harinya. Dia senyum padamu, sebaliknya kamu mengetapkan gigimu kepadanya. Dia menceritakan perkara yang baik tentang kamu kepada kawan-wakan yang lain, kamu pula menyebarkan khabar angin perkara yang kurang baik mengenainya.

Dia cuba mendekatimu dan menegurmu, tapi kamu menolaknya ke tepi. Baginya kamu seorang kawan yang terbaik sedangkan kamu pula merasa dia seorang kawan yang paling teruk pernah kamu jumpa.

Dia pun menulis nota kepada mu dan menceritakan semula kenangan manis yang pernah dikongsi bersama. Kamu pula menulis semua saat buruk yang kamu ingat sepanjang bersamanya. Jauh di sudut hati, kamu sebenarnya masih mengasihi dan menyayanginya, tapi malangnya kebencian mula mengambil tempat.

Keesokan harinya kamu jumpa satu nota daripadanya:

DEAR My Sweet FRIEND,

Saya cuba memberitahu kamu semalam tapi kamu tak beri peleuang untuk saya bercakap. Saya cube beritahu kamu berita gembira tapi kamu takut untuk mendengarnya. Saya cuba untuk sensyum tapi kamu sambut senyuman saya dengan kebencian. Sekarang ini keadaan saya sangat teruk dan makin teruk.

Saya minta maaf sebab hari ini saya tak dapat berjumpa dengan kamu. Saya tulis surat ini semasa saya di hospital. Saya sudah kesuntukan waktu.

Saya minta maaf sebab terpaksa beritahu kamu sekarang. Saya minta maaf atas pergaduhan kita. Kamu memang seorang kawan yang hebat.

Saya janji saya akan sentiasa memerhatikan kamu.

Salam kasih sayang,
Dari saya yang akan sentiasa menyayangi dirimu.

Kamu pun bergegas ke hospital untuk meminta maf daripadanya, tapi hanya ibunya sahaja yang ada di situ.

Ibunya menekup mukanya dengan kedua belah tangan lantas menangis. Dia berdoa agar allah dapat mengembalikan semula anaknya tapi... dia sedar semua itu tak mungkin akan berlaku. Akhirnya ibu itu pasrah bahawa allah lebih menyayangi anaknya mengatasi kasih sayang yang ada di dunia ini.

Kamu sudah terlambat. Kamu b erharap dapat memberitahu kawan kamu itu yang kamu ingin sekali memohon maaf padanya tapi segala yang kamu harapkan tidak kan tertunai malah tak mungkin kesampaian justeru kawan kamu sudah kembali kepada-Nya. Kamu mula menangis lantas menyesali segala perbuatan kamu selama ini. Membiarkan keegoaan mengatasi segalanya dan meranapkan kasih sayang kamu berdua.

Pengajarannya:

Dalam sebuah persahabatan ada masa naik dan tutun. Kadangkala kita perlu meminta maaf walaupun mungkin kita merasa kita tetap berada dipihak yang benar. Tiada salahnya kalau kita mengalah untuk sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan yang berpanjangan dalam sebuah persahabatan. Jangan sekali-kali menunggu orang lain menuturkan dahulu sebab kita tak akan tahu apa yang akan terjadi pada keesokan harinya.

Renungkan......

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai brsama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yg mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah

"Uquwwah itu... bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir TETAPI.. pada ingatan seseorang terhadap SAHABAT yang dianggap SAUDARA dalam DOANYA yang tak akan putus…..dan tidak pulak menganalisa aib atau dhaif yang dimiliki oleh orang yang dianggap sebagai SAHABAT……."

Redhokah Sekeping Hati...

Rumah teres di Jalan Setia Murni itu sudah mula sunyi. Kabus yang menyerungkupi menambah kesejukan sekeliling. Malam ini aku terpaksa juga mengalah dengan desakan agar aku bermalam di rumah ini. Aku bersendirian di dalam kamar yang sepi, sama seperti sepinya sekeping hati yang aku m iliki. Arghh! siapakah yang mengerti perasaan ku tika ini.. terlalu sukar didambakan kepastian jauh sekali mengapai untuk ku dakap menyelimuti perasaan yang sering diacah.

Bicara duka yang kini ku alami semakin sukar untuk dibicarakan. Bilakah puputan bayu lembut bisa mampu mendamaikan gelodak jiwa yang kian parah ini. Mampukah aku melangkah walaupun hati tersayat pilu yang bukan kepalang. Bayu lembut tetap kalah tika mendengar rintihan yang acap kali bergema. Pada siapakah dapat diluahkan luka hati ini? Siapakah yang sudi menyuntik titis kekuatan agar dapat dijadikan penawar pada kelukaan ini? Siapakah yang boleh memahami apa yang dirasai kini? Aku teringat pada Kak Long… Ah! Mustahil untuk aku luahkan pada kakak ipar ku itu sedangkan dirinya sendiri kini berhadapan dengan satu ujian dan dugaan maha hebat dari yang Esa.

“Kenapa Kak Long nampak muram je?” Pertanyaan terlontar takala wajah muram Kak Long menyapa pandangan mataku. Jarang untuk melihat wajah sedemikian terbias dan membias pada Kak Long.

“Tak ada apa-apa. Adik baru balik?” Soalan teraju kembali padaku. Aku sekadar menganggukkan kepala sambil mata masih sempat melirik pada jam dipergelangan tangan. Ah! Dah hampir jam 09.30 malam.

“Adik dah makan?” Kak Long terus membuka medan persoalan lantas mengajak aku untuk turut sama memainkan peranan.

“Dah. Di pejabat tadi.” Ucapku ringkas. Tidak mahu menyusahkan sesiapa lebih-lebih lagi kini aku berada di rumah keluarga Kak Long. Tentu mereka semua sudah mengadap juadah makan malam lantaran aku teramat maklum akan waktu yang memang sudah menjadi amalan keluarga ini.

“Naiklah mandi, kemudian solat. Nanti Bonda minta bibik siapkan makanan untuk adik.” Terdengar suara Mak Engku yang entah hadir dari mana. Aku semakin diterpa rasa bersalah.

“Tak apalah Mak Engku. Terima kasih. Adik benar-benar dah makan, kenyang lagi rasanya. Adik naik dulu yer.”Aku mencipta dalih dan tentunya sudah pasti menerima panahan mata Kak Long yang seakan mencari kebenaran pada apa yang singgah dipendengarannya.

Kaki ku pantas melangkah. Lagi lama aku di situ, pastinya medan pertanyaan itu semakin meluas dan aku tak sanggup untuk turut berada di dalamnya.

Aku menyelesaikan segala yang diperlukan, kemudian aku kembali ke ruang tamu. Tika itu jam sudah menunjukkan ke angka 10.45 malam. Terlihat Kak Long masih berbual dengan Mak Engku. Aku melabuhkan duduk disebelah kak long.

“Lupa adik nak ucapkan tahniah pada Kak Long. Harap kali ini Kak Long lebih berjaga-jaga. Tak payah nak buat kerja sangat kat rumah. Biar adik je yang buat.” Ucapku sambil meraih tangan Kak Long. Wajah kak long berkerut mendengar butir bicaraku. Ah! Salah kah apa yang aku perkatakan tadi? Hati bertanya pada diri.

“Tahniah untuk apa dik?” Tanya Kak Long.

“Erm! Bukan ke Kak Long expecting sekarang ni?”

Aku lihat Kak Long dan Mak Engku sama-sama tertawa kecil sedangkan aku dipagut kebingungan.

“Sapa yang beritahu adik?” Tanya Kak Long, Tawanya masih lagi kedengaran biarpun perlahan.

“Sapa lagi kalau bukan Yana. Erm! Ada apa-apa yang adik ketinggalan ke?” Aku bagai meminta kepastian. Gelas berisi air putih ku teguk perlahan. Ah! Lega rasanya bila air jernih itu membasahi kerongkong ku.

“Dengarlah cakap Yana tu. Tak adalah Mana ada Kak Long mengandung, lagi pun baru sangat lagi kan allah ambil Iman.” Tersedak aku bila Kak Long menyebut nama itu. Air yang mengalir terasa perit. Berkali-kali aku terbatuk-batuk. Tersentak mendengar nama itu.

“Jadi?”

“Tak jadi apa, yang pasti Kak Long tak mengandung dan rasanya tak mungkin mengandung kot.” Perlahan terdengar ucapan Kak Long. Bagai menyembunyikan satu kepedihan yang sedang dirasanya.

Melihat perubahan di wajah Mak Engku aku bertambah yakin tentu ada sesuatu yang terjadi.

“Tapi hari tu Yana kata Kak Long muntah-muntah, kemudian dia terdengar Kak Long sembang dengan Dr Bib. Erm Mak Engku pun ada beri amaran supaya Kak Long berhati-hati dan tak melasak sangat. Kalau bukan mengandung… apa pulak?” Aku meyoal dan tanpa memikirkan bahawa itu adalah soalan bodoh yang keluar dari minda yang ternyata tidak langsung bersedia untuk mengajukan soalan.

Aku lihat Kak Long mengeluh. Seakan berat untuk meluahkan atau memberi secebis penerangan bagi menerangi kebingungan yang sedang aku alami saat itu.

“Adik, sebenarnya rahim Kak Long ada masalah. Kak Long sembang dengan Dr Bib untuk dapatkan advise dia apa yang perlu Kak Long buat terhadap apa masalah ni.” Ucap Kak Long perlahan.

“Bonda suruh Tengku Aina Shakinah hati-hati supaya tak berlaku pendarahan lagi. Doktor dah sahkan rahim TAS tak sihat dan perlu dikeluarkan. Mungkin juga sebab itu TAS keguguran tempohari, tapi TAS tetap nak tunggu Faizul balik. Biar Faizul yang buat keputusan dan beri keizinan.” Terang Mak Engku akhirnya. Kak Long sekadar menundukkan wajah. Aku tahu pastinya Kak Long sedih. Apa lagi yang tinggal bagi seorang perempuan tanpa rahim. Untung juga Kak Long dan Along sudah punya cahayamata, jika tidak.. aku tak mampu menggambarkan keadaan mereka.

“Bonda, pemergian Nur Iman tak ada kaitan dengan semua yang doktor katakan. Dah memang tersurat zuriat TAS itu tak akan lama dengan TAS. Allah lebih sayangkan dia dan tahu apa yang terbaik untuk kami semua. TAS redho akan pemergian Nur Iman kerana TAS tahu dia akan jadi saham buat TAS dan Abang Faizul Di sana nanti. Nur Iman tetap hidup dalam jiwa dan hati kami semua.” Ucap Kak Long lembut. Ah! Itulah kakak ipar ku. Sentiasa melandaskan tiap apa yang dilaluinya sebagai anugerah Allah untuk menambah keimanan dan ketabahan di hatinya. Alangkah baik kalau aku juga boleh melakukan sedemikian.

Perlahan-lahan ku rapati kakak ipar ku itu. Tubuhnya ku rangkul. Sebak rasa hati mengenangkan nasibnya. Ujian yang Kak Long hadapi lebih hebat dari apa yang aku alami, namun dia masih boleh tersenyum dan bersabar. Ah! Tabahnya Kak Long… Apakah ini diantara hasil didikan Along terhadap dirinya sejak mereka diijabkabulkan dulu? Hati ku tiba-tiba disapa pertanyaan.

“Kak Long tak apa-apa. Semua ini sudah tersurat dalam takdir yang sudah ditetapkan. Kak Long yakin pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Kak Long redho kalau along izinkan dan sudi terima isterinya walaupun tanpa rahim.” Ucap Kak Long sambil tersenyum.

Aku dan Mak Engku mengunci bicara. Tidak tahu perbendaharaan apa yang harus diguna pakai bagi menyampaikan segala rasa yang ada di hati. Akhirnya aku mengukir senyuman. Kini tahulah aku mengapa arwah mama tidak pernah gusar andai terpaksa meninggalkan aku lantaran dia seakan yakin bahawa menantu sulungnya bisa mengambil alih tanggungjawab dan menggantikan tempatnya. Apapun aku masih belum bisa melihat arwah mama dalam diri Kak Long sepertimana ku lihat arawah papa dalam diri Along.

“Adik, mengelamun apa? Dahlah. Pegi tidur. Dah lewat ni. Esok adik kerja kan. Nanti terganggu pulak kesihatan adik. Sebelum tu jangan lupa makan ubat. Tak payah fikir sangat pasal Kak Long. InsyaAllah tarbiah yang selama ini along suntikkan dapat membantu Kak Long menghadapi segalanya. Kita semua dalam ujianNYA, Adik.. Kak Long.. Along.. dan seluruh keluarga kita, malah orang-orang yang dekat dan kita kenali serta sayangi. Apa yang penting, kita perlu cuba untuk meredhokan sekeping hati yang ada untuk menerima segalanya. Bila hati kita redho, kita akan rasakan kemanisan ujian dan dugaan yang diberiNYA. DIA uji sebab DIA sayangkan kita. DIA nak perkukuhkan ketabahan dan keimanan di hati kita. Sentiasalah ingat padaNYA sepertimana DIA tak pernah lupakan kita. InsyaAllah… semuanya akan kembali seperti sediakala. Itu pesan yang along minta Kak Long sampaikan pada adik.” Ucap Kak Long bersama sejalur senyuman yang menghiasi bibirnya membuatkan aku disapa kebingungan.

Along… entah mengapa aku tiba-tiba jadi terlalu rindu pada abangku yang seorang itu….

‘Tuhanku, aku menangis dalam kelukaaan dan kekecewaan ini. Siapakah yang sanggup berkongsi senduku yang memilukan.

Oh Tuhan! Bicara apa lagi yang harus aku khabarkan untuk semua? Apa lagi ikhtiar ku untuk mengatasi segala yang kini melandaku. Sungguh aku tak terdaya Tuhanku.. aku benar-benar tidak berdaya. Rinduku pada mama dan papa begitu mencengkam jiwa. Parah rasanya menahan segala sendu dalam luka yang kian merobek dan memaham sekeping hati yang entah bagaimana sudah tercorak dan berpetan ini.’

Perit dan pedih, sungguh melukakan .. hinggakan dia terpaksa mengadu resah dan kelukaan itu pada yang SATU namun sampai bila… mengapa dia tidak mampu pasrah malah tega menerima segala yang sudah tersurat dalam sebuah siratan pengembaraan hidupnya….

Biarpun bayu bertiup lembut membuai langsir, namun tidak dapat memenangkan sekeping hati yang sudah luka terobek. Ya Tuhan ku, berikan lah kekuatan buat hati ini agar tidak terus hanyut entah ke mana. Biarpun penuh kepayahan untuk menempuh segala dugaan ini, namun berikan lah aku cebisan kekuatan itu. Airmata berderai lagi.

Tuhanku, siapakah yang mengetahui ke tahap mana kesakitan yang dirasainya ini? Mampukah dia terus bertahan sedangkan ianya terlalu membebankan?

“Kenapa semua ini harus terjadi pada diri ku?” Satu pertanyaan akhirnya terluah jua. Bukan menyesali segala suratan yang sudah dijanjikan, tapi…… Ah! Payah untuk dihuraikan malah rasanya tak mungkin ada yang faham atau memahami.

Aku kini tertunduk longlai tidak bermaya, rasanya sudah tidak berdaya untuk diriku menangis lagi. Mungkin kerna sudah terlalu banyak menangis ketika berbicara dengan hatiku sendiri selama ini.

“Adik….!”

“Apa silap adik Kak Long?”

Tengku Aina Shakinah sudah ketandusan bicara. Dibiarkan adik iparnya meluahkan apa yang membungkam ketat di dada dan minda. Simpatinya meruah walau itu bukan yang dipinta oleh gadis itu.

“Kenapa adik di hukum sebegini? Apa salah adik”

“Adik….. kak long tak…...”

“Terlalu mudah dia lakukan semua ini… di mana janji yang diungkapnya untuk berkongsi segala yang kami lalui bersama… tak kira suka atau duka.. susah atau senang….. Di mana letaknya semua itu kak…. Dia pernah kata tak akan tinggalkan adik walau apa jua keadaannya… tapi mengapa janji itu bagaikan sudah lenyap…. Mengapa dia terus menghukum adik sebegini….. apa lagi salah adik padanya… apa dosa adik….. Adilkah semua yang dilakukannya ini kak long?”Pertanyaan demi pertanyaan kini melontar diri dalam dakapan airmata.

“Arghh..!” keluhan yang cukup menyenakkan rasa terluah akhirnya..

Tengku Aina Shakinah sekadar mampu membelai rambut adik iparnya. Mengerti akan keperitan sebuah perasaan yang terdera dengan sebuah kebisuan. Mengapa kau lakukan semua ini Tawfiq Irman… hanya itu yang terungkap di hati kak long.

“Silapkah adik kak long? Salahkah adik dalam membuat pilihan….?”

“Ini semua dugaan allah dik…. Melihat sejauh mana adik dan Tawfiq jujur mengungkap kata…. Meluah apa yang dirasa di hati…. Kak Long harap adik tabah untuk terus menghadapi dugaan ini. Adik kak long kan kuat semangatkan… ingat apa pesan arwah papa dulu…..” Tengku Aina Shakinah cuba memujuk walau tahu bukan mudah untuk melakukannya. Hati yang pernah luka dahulu pasti berdarah kembali. Torehan yang sudah mengwujudkan perbagai paten itu tentunya menyakitkan kembali sekudus jiwa.

Perlahan-lahan wajah adik ipar kesayangannya di usap lembut. Pipi mulus itu dibelai penuh kasih. Dia tahu sukar untuk gadis itu menerima segala yang kini berlaku dalam hidupnya. Pertama kali diperkenalkan dengan acahan sayang….di ajar erti kasih seorang lelaki dan kini insan yang mula disayang membisu….. membiarkan hati gadis itu dipagut kerinduan…. Manik-manik jernih yang terungkai diseka. Hiba hatinya melihat kolam mata yang kini seakan menyembunyikan segala derita dan cerita sekeping hati.

“Apa yang terjadi sememangnya takdir diri adik. Mungkin juga balasan Allah atas sikap adik dulu yang tidak memperdulikan kasih sayang insan lain.”

“Jangan salahkan takdir allah dik..”

“Adik tidak pernah salahkan takdir Allah. Adik tahu dalam hidup ini tiada yang silap. Tiap yang terjadi adalah pengajaran bukannya penyesalan,cuma yang buat adik terkilan mengapa dia tiba-tiba berubah… Adik rindu kan dia yang pernah sama-sama berkongsi apa yang kami rasa… bertukar-tukar cerita dan permasalahan yang kami hadapi. Adik rindukan dia yang selalu ceria bila berbicara….tapi kini adik ditinggalkan terkapai-kapai tanpa tahu apa salah dan silap yang telah adik lakukan.” Terungkai kembali manik dari kelopak mata lantas menitis lesu jatuh ke dada.

Tengku Aina Shakinah yang duduk disebelahnya mengeluh resah. Risaunya melebihi tahap kerisauan seperti hari-hari yang jauh berlalu. Kalau boleh tidak mahu wajah manis adik kesayangannya ini kembali pudar serinya. Dia terlalu bimbang jika kata hati mengalah kawalan emosi wanita muda ini. Bukan tidak tahu setakat mana kedegilan hati adik kesayangannya.. Hitam katanya hitamlah dunianya.. Dia masih ingat bagaimana keadaan gadis itu sewaktu pemergiaan kedua mertuanya dulu. Tengku Aina Shakinah diburu kebimbangan andai adik iparnya mengambil jalan mudah. Kembali membeku lantas menutup pintu hatinya untuk kali yang entah ke berapa. Tidak mampu dia membayangkan andai ini yang berlaku. Ya Allah Ya Tuhanku….!! Berikan lah kekuatan buat adikku menghadapi segala ujian dan dugaanMU. Usah kau biarkan dirinya tewas dalam emosi dan kecewa luka sebuah percintaan…. Panjang doanya kepada Allah kala itu.

“Terlalu sakit apabila dikecewakan sebegini...”

“Adik...”

“Kenapa dihimpit hati adik sebegini hebat sekali?”

“Adik kena faham.”

“Bagaimana adik dapat faham kak long sedangkan dia tak beri peluang untuk adik memahami….. sikapnya membisu dan menyepi membuatkan kami seakan mula jauh…. Jauh dalam segala keadaan… dalam segala situasi…. Dah puas adik cuba menghubunginya, tapi apa yang adik dapat…. Alasan dan ketidak jawapan dari talifonnya…. Apa lagi jalan yang tinggal kak…..Tahukah dia bahawa adik bukan hanya ingin bersamanya sewaktu senang, atau hanya untuk dirinya membahagia dan menggembirakan adik… tapi sebaiknya…. berkongsi segala yang dihadapi… mengapa dia tidak mengerti kak…. Atau mungkinkah kasihnya tidak lagi untuk adik… sayangnya bukan lagi milik adik… andai benar, mengapa sukar untuk dinyatakan kebenaran itu…. mengapa mesti diperolokkan perasaannya… Adik tak mahu dia jadi hipokrit pada dirinya dan orang lain…. ” luluh rasa hati bila menuturkan segala yang dipendamnya selama ini. Aku sudah tidak mampu untuk terus merayu pengertian seorang lelaki bergelar teman..

DJ Najman dari radio sinar.fm mengudarakan lagu Kembali Indah dendangan Siti Nurhaliza sungguh menusuk kalbu... Aku cuba menghayati lirik lagu yang didendangkan oleh penyanyi bersuara merdu itu.. arghhh! begitu syahdu sekali..

Setitis air mata gugur ke bumi
Menjadi lautan kaca
Harusku kurenangi
Dimana kau menghilang, kasih ku rindu
Biar apapun menghalang janganlah kau membisu

Inikah cinta, menghiris jiwa, kau biar hidupku jadi melara
Sucikah cinta, kau cemar janjinya, bertarung aku dengan sengsara

Tak relaku bersedih, dihimpit duka,
Berkaca hati merintih, pecah takku duga
Inginku meluahkan, segugus rindu oo
Kembalilah keindahan cahaya dihatiku

Oh kasih terbayang kenangan lalu oh bersamamu
Berjanji setia tak ingin berpisah berdua kan selamanya

Arghhh! berat benar keluhannya.. Kehadiran dia bukannya satu ilusi tapi berjaya membuat hati dan perasaan gadis itu berperang dalam keresahan dan kerinduan.. mencari kepastian.. siapa sangka kesungguhan dan mungkin keikhlasan yang ditunjukkan berjaya mencairkan sekeping hati yang selama ini bagaikan bungkah ais yang membeku dan tepu akan sebuah persoalan hati…..Kemudian diputarkan pula lagu Pelangi Petang nyanyian Allahyarham Sudirman …. Makin berjurai airmataku menghayati bait-bait dalam lirik lagu tersebut…… Ahhhhhhhhhhh moga Allah memberi ketabahan dan kesabaran dalam diri dan hatiku untuk terus menghadapi segala dugaan dan ujian sebuah kembara kehidupan yang masih belum bertemu destinasi akhirnya…….

Ku meniti awan yang kelabu,
ku tempuhi lorong yang berliku

Mencari sinar yang menerangi..
kegelapanku

Ku percaya nanti suatu masa,
Sang Suria kan menyinar jua

Membawa harapan yang menggunung..
bersamanya.


Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan..

hati ini Seharian waktu bersamamu
tak terasa saat yang berlalu

Bagai pelangi petang kau kan pasti..
pergi jua.