Puas...

Ya tuhan, kenapa dengan aku ni... banyaknya yang aku teringin nak makan. Erm nak mati ke dah aku ni? Tahlah... tahun 2010 ni baru je beberapa minggu, dan umur aku pun tak tahu hingga bila.. perjanjian aku dengan allah masa azali pun tak tahu bagaimana... Hisy! Apa yang aku merepek ni... Sabar pu3... sabar.. bawa beristifar banyak-banyak.
Sebelum masuk waktu lunch tadi, aku ajak member pergi makan makanan Jepun. Tak kenapa tempura tu macam macam sedap jer, walau hakikatnya aku masih berada di meja aku di office aku. Jadi tempat paling dekat dengan office adalah Sushi King di Sooka. Maka inilah juadah aku pada tengahari ni. Puas giler, walaupun aku memang rasa nak giler untuk menghabiskan makanan yang ada di depan mata. Tak termasuk dalam perut aku kerana rasa kenyang walaupun baru suku yang aku makan. Apapun memang sedap. Kena dengan soya source dan wasabinya... Peh! Gerek giler. Gandingkan pulak dengan green tea yang cool... lagilah bertriplex sedapnya. Kawan aku makan Udon sup aje dengan tempura. Erm teringat kat orang jauh yang suka giler makan makanan Jepun... ermmmm


This is my lunch for today with Japanese Green Tea


Member aku pulak makan udon soup with tempura

Terasa...

Dalam kesibukan aku dengan Finance Act 2010 - Laws of Malaysia Act 702 dan juga Technical Error dalam system dicampur dengan melayan kerenah dan ragam pertanyaan yang datangnya dari clients, minda aku tiba-tiba melayang pada sesuatu. Terasa dan memang rasa nak merasa sangat-sangat yang macam tak dapat nak dibendung bedung lagi.. Hisy! Gawat... Aku terbayangkan....


Kalau dapat makan dengan




Ada pulak



Ada juga



Dengan ini juga



Peh.. tentu gerek giler... Nasi impit yang dimakan dengan kuah kacang, rendang ayam minang, sayur lodeh dan serunding udang kering. Memang jangan harap aku nak toleh sesapa yang lalu kat belakang aku. Giloz sedap betul. Teringat aku pada serunding udang kering yang aku makan masa raya tahun lepas, yang Wawa isteri kepada Abang Din buat.. memang sedap. Secukup rasa, pedas, manis, masin dan segala ramuannya cukup mesra alam. Teringat juga pada ketupat palas Chik Anim, isteri Pak Omar... adui!!! tak kan nak suruh mereka buat... hisy.. hisy... tak boleh jadi. Cadang hujung minggu ni aku nak buat sendiri... Tak sabarnya nak menunggu hujung minggu....

Tahun baru

Wah! lama dah aku tak update blog ni... nak make over kulitnya pada yang baru erm rasanya tah kurun ke berapalah kut. Walaupun rata-rata kawan-kawan dah make up blog mereka dengan yang cantik menawan, aku ni gak setia dengan page bagai dah naik cendawan, uhuhuuu nak buat camne. Masa tak ada. Cewah! Alasan ke cik Pu3 ooiiii.

Erm 2009 dah berminggu pergi meninggalkan kita. Kini dah lebih dua minggu dalam tahun baru 2010. Mesti ramai yang menyulam azam kan. Erm aku bagaimana... rasanya tak ada kut, bukan tak berazam tapi idaklah beriya. Pada aku azam aku tetap seperti tahun-tahun yang lalu. Aku nak perbaiki apa yang kurang dalam diri. Melaksanakan apa yang aku mampu lakukan untuk diri sendiri dan juga orang lain. Kalau boleh aku mahu jadi seorang yang lebih baik dari tahun lepas dan tahun-tahun yang telah lalu. Kesihatan aku bertambah-tambah baik walaupun mungkin untuk sihat seperti sebelumnya entahlah. Maklum kita ni bukan muda lagi... Moga allah kurniakan limpah rahmatnya untuk kesejahteraan yang terbaik untuk diriku ini. Amin...