Biarlah kalau ada yang rasa aku ni masih lagi diulit kesyokkan sendiri dengan novel sulungku. Biarlah kalau ada yang masih nak sok sek sok sek perihal keperasananku terhadap novel yang masih belum ku tahu bagaimana sambutan sebenarnya. Biarlah kalau ada yang nak pulun kutuk aku dengan melabelkan aku dengan apa sahaja label yang sure dan tersangatlah aku pasti tak akan diiktiraf oleh sirim mahupun melepasi piawaian ISO Malaysia. Biarlah... Biarlah.... justeru aku tahu dan yakin apa yang aku rasa mungkin dapat difahami oleh mereka lantaran antara aku dengan sekelian makhluk tidak berkongsi otak dalam sebuah pemikiran dan penafsiran perasaan. Iyer itu yang paling aku yakin dan teramatlah berkeyakinan.
Erm sebenarnya aku sekadar ingin menitipkan sebuah ungkapan.... seucap kata yang mungkin tak daya aku lafazkan.... tak daya aku luahkan..... justeru itu aku memilih cara ini... cara yang aku rasa paling mudah untuk aku expression sebuah perasaan menerusi tulisan....
Insan-insan yang ada di dalam gambar di atas terlalu bermakna dalam sebuah kehidupan... kewujudan mereka besar ertinya.... malah tidak keterlaluan andai aku katakan tanpa mereka aku mungkin masih belum berada di sini.... masih belum mampu tersenyum dalam sendu yang bercanda bila melihat apa yang ada di hadapan mataku tempohari. Lantaran itu tidak salahkan andai perhargaan yang tidak seberapa ini ku persembahkan pada mereka.... tidak berdosakan jika kegembiraan yang aku rasa ingin ku berikan pada mereka.... dan tidak melanggar akta kemanusiaankan kiranya aku ingin berkongsi rasa syukur atas rahmat allah yang mempermudahkan segala usahaku bersama mereka. Merekalah sebahagian di antara kekuatan dan pendorong untuk aku teruskan langkah... meminjamkan semangat dan memberi perangsang agar aku terus berkeyakinan untuk melakukan percubaan pertama biarpun kebimbangan dan ketidakyakinan itu bagai sebuah sangkar yang membelenggu diriku. Tanpa mereka, sudah pasti aku bukan sesiapa... tanpa mereka sudah tentu aku masih terus bermain illusi dalam dunia fantasi ciptaanku sendiri... laksana seorang puteri yang terus menari di waktu dinihari dengan lengguk jemari di pentas kekunci nan bisu. Terima kasih tak terhingga atas segala yang telah dilakukan untuk memastikan aku berada di tahap sekarang. Walau bukan ternobat dalam senarai yang terbaik, tapi aku percaya aku sudah mencuba dengan sedaya yang aku mampu. Mempersembahkan sesuatu yang diizinkanNYA hadir agar garapan ilham bertukar menjadi plot, plot menjadi sebuah cerita, cerita menjadi sebuah buku dan buku menjadi bahan untuk di baca [Buat semua yang sudi menikmati apa yang aku persembahkan]. Moga mereka dan sekelian yang aku kenali akan terus bersamaku agar langkah yang sudah menapak ini akan terus mara dan mara hingga tiba pada matlamat dan tujuan.
Tak mampu ku balas segalanya, namun andai rasa bahagia yang bertandang dalam diriku yang sedikit cuma boleh ku berikan, aku rela memberikannya justeru kalian semua terlalu bermakna dan Tanpa Kalian Aku Bukan Sesiapa..... Tanpa kalian, aku tak bisa melihat impian dalam angan-angan menjadi reality santapan mata. Terima kasih segunung intan.... terima kasih selautan sayang... moga allah membalas segalanya dengan rahmat berlipat kali ganda untuk kesejahteraan dan kebahagiaan dalam hidup kalian selamanya... AMIN......