Erm Glamour ke?

Aku terpanggil untuk perpanjangkan n3 ni bila aku lihat dan halusi apa yang honey tulis di blognya... erm boleh dikatakan apa yang dituliskan kat situ memang dihadapi oleh tidak hanya dirinya tapi jua aku.... bertemu dengan penulis yang bernaung di bawah publisher yang lebih glamour dari publisher aku yang digelar publisher kedai mamak.

Nak tahu kenapa gelaran ini diberikan.... kerana pekerjanya sewaktu Book Fair tempohari hari dipersamakan seperti waiter di kedai mamak yang banyak berlambak di sekitar pelusuk tanah air tapi kan.. jab ekk aku nak bawa citer pasal kedai mamak dulu... sedarkan golongan penggelar ini bagaimana kedai-kedai mamak ini berjaya menenggelamkan kebanyakkan restoran yang sekadar gah pada nama.... sedarkah mereka bahawa kedai-kedai mamak ini lah yang kerap dikunjungi oleh perbagai golongan tidak sekadar untuk menjamu selera sebaliknya untuk aktiviti lepak santai... bukannya di restoran gah yang hanya indah tapi isinya... sendiri mau ingatlah...... aku tak mahu komen.

So apakah yang glamour sangatnya menjadi seorang penulis... pada pandangan aku yang memang rabun ni, penulis adalah sekadar manusia biasa.... kelebihannya sekadar diberi kebolehan untuk menggarap susunan ayat supaya terhasil dan menghasilkan plot-plot untuk dikongsi bersama orang lain.... menganyam ilham yang allah berikan untuk satu tujuan yang baik.... tak adakan seorang penulis pun di dalam novel yang mereka tulis mengajak para pembaca ke arah kemungkaran.... sebaliknya pasti penuh pengajaran yang boleh dijadikan tauladan untuk sebuah kehidupan yang masih panjang. Jadi di manakah sebenarnya letaknya keglamouran itu.... apa definasi yang tepat..... iyer mungkin PERASAN DAN SYOK SENDIRI lebih layak kut.... menyangka diri sudah hebat walau sekadar sebuah atau dua buah novel yang dihasilkan, namun kerana bernaung di bawah sesebuah publisher yang gah, makanya kelayakan untuk penulis yang berteduh dilembayung publisher kecil memang tiada ada. Dengan kata lain.... WOI jatuhlah standard aku kalau berborak dengan korang.... kita tak setaraf sebab aku dari publisher gah dan ko pulak dari publisher kedai mamak.... [dengan memek muka yang memang tak sesuai dan meloyakan....eleh.... ] Entahlah.... apa pun setiap dari kita punya akal dan fikiran. Kalau kita dapat menggarap kata menyuntik kesedaran dengan penyusunan bahasa, mengapa praktikalnya gagal kita lakukan..... Kita perlu ingat, tak ada yang baru, mana mungkin ada yang lama... tak ada publisher kedai mamak, mana mungkin wujud publisher gah seperti restoran 5 bintang [walau terkadang hidangannya lebih hampeh dari warong tepi jalan] yang lama tak semestinya kekal..... tiba waktu pasti yang baru diperlukan.... yang baru pula kita bukanlah golongan bijak pandai... pandangan dari yang lama sangat kita alu-alukan.... Jadi bukankah beruquwwah itu lebih baik untuk kita sama-sama menuju ke satu matlamat yakni memartabatkan penulisan melayu di arena yang lebih tinggi.... meletakkan penulis melayu agar mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan penulis dari bangsa yang lain.... Yuk kita renung dan muhasabah diri......

6 Ulasan:

  Eny

April 18, 2008 at 9:15 AM

Ya Allah...ya ke pu3 dia org panggil cmtu? eeeiiii jahatnya mulut. sedih sy baca. tiba2 teringat kat bos...org sebaik dia digelarkan begitu kan?
skrg barulah sy benar2 faham apa yg pu3 & abby rasa. klu sy pun terasa org panggil publisher kita cmtu.
tak pe, mari kita sesama bekerjasama agar publisher kedai mamak kita terus berkembang. tunjuk skit kat depa yg mulut tak de insuran tu....meh amik insuran dgn aku meh...
tp apapun tak kisahlah apa depa nak kata, sy akan terus bg mss sy kat uncle. tak nak bg kat org lain dah hehe. klu uncle sudi terimalah...hehe

  Ebriza Aminnudin

April 18, 2008 at 8:21 PM

ya allah ... canggitu ke dorang gelarkan hang (Termasuk aku ler sebab masih bernaung di bawah pub kedai mamak jugekk), memang nak kena cabai dah mulut sekor2 ni.

Bagi aku, walau dalam penerbitan mana kita sekalipun, peluang yang datang jangan sesekali diabaikan kerana peluang itu akan memajukan diri kita sendiri. Banyakkan bergaul boleh mendatangkan peluang yang lebih cerah.

Kalau asyik duduk dalam kelompk tu je .. mcm mana nak cari peluang yang lain? Tak gitu? bagi aku, peluang apa yang dtg aku pulun je walaupun terpaksa berhadapan dengan risiko. Aku ingin terus melangkah ke hadapan, tidak hanya menjadi penulis novel saja.

Jadi, nasihat aku, jangan takut untuk MENCUBA sesuatu yang baru. Caiyuuuukkkk!!!

  john

April 21, 2008 at 8:27 AM

simbah jer ngan air teh tarik tu! uhuhuhu

  Pu3ImaneisyÆ

April 21, 2008 at 9:30 AM

Erm tahlah.. bila berhadapan dengan manusia-manusia yang bagai tak sayang mulut ni memang terasa nak je cabaikan mulut depa tu kan... walau dah pasang insuran pun janganlah cepular sesangat..... entahlah... apapun aku tetap yakin, tetap percaya kesungguhan dalam apa jua yang kita lakukan adalah kunci buat segala pintu kejayaan. Publisher gah atau publisher 'Kedai Mamak' objektif mereka tetap sama kan.... cumanya mungkin advantage untuk mendapat perhatian dari pembaca lebih berpihak pada penulis yang bernaung di bawah publisher gah berbanding daripada penulis yang bernaung di bawah publisher 'kedai mamak', tapi jangan sekali-kali lupa, risiko juga tinggi... samada di puji atau menerima kritikan yang kaw-kaw. Jadi fikirkan sendiri, apa sebenarnya matlamat kita dalam dunia yang kita ceburi. Maaf kalau terasa pedas dalam manisnya...

John, daripada simbah kat depa, baik simbah dalam rongga tekak, hilang gak haus, lagi pun kan teh tarik yang dok ada kat kedai mamak lebih sedap.. ada ummmmpppphhhhh dah mengancam you.... Elakkan pembaziran tingkatkan penghasilan.. barulah nikmatnya dapat kita kongsi bersama-sama... Wallah... Chaiiii Yoookkkkkkkkk ;-)

  Bikash Nur Idris

April 24, 2008 at 12:58 PM

pu3,
manusia kdg rasa dirinya hebat... sdg tiada siapa iktiraf dia begitu. utk yg mulut cabuk & lyk disimbah teh tarik tu... syglah diri & mulut sblm dibenci org :P