My Umar Mirza
Hidup ini indah, biarpun kita tak dapat apa yang kita mahukan. Terkadang ditinggalkan dipertengahan jalan sebuah perhubungan. Kita terpaksa mencari arah untuk terus melangkah meski sakitnya hanya tuhan yang tahu. Namun berbekalkan redho dan pasrah, kita tetap akan mampu bangun dan terus berusaha untuk bertatih dan kembali bangun lantas melangkah lagi untuk mengikut arus kehidupan justeru kita sedar DIA penentu segalanya……
Posted by ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ Thursday, February 25, 2010 at 15:24
My Umar Mirza
Posted by ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ at 15:06
The Lion Dance
Lately ni aku dapat habit baru. Kalau sebelum ni cukup sinonim dengan Ribena, tiba-tiba sejak dua menjak yang tah bila mulanya aku jadi makin jatuh cinta pulak dengan benda alah ni malah tak kira waktu, pagi, tengahari hatta malam sekali pun kalau tak ada yang menegur tentu ini yang aku ulit....
Nak membuat tak susah, kena pastikan bahannya ada tapi aku lebih suka buat teh tu sedikit jarang, tambah dengan masam manis laicinya cukup pulak dengan sejuk dinginnya. Peh! memang aci gerek gilozzzz lebih-lebih lagi dengan cuaca yang tak menentu sekarang ini. Walau apun aku masih lagi belum bertalaq dengan si Ribena Chenta Hati pengarang jantung pisang batu kelat aku tu dan rasa-rasa Mungkin TiDaK....
Posted by ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ Thursday, February 18, 2010 at 00:00
Posted by ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ Wednesday, February 17, 2010 at 11:10
Lately ni cuaca memang diluar dugaan betul. Panas semacam ke rumah aku yang dah ala-ala ketuhar? Malam tadi pun sama. Beberapa kali aku terjaga gara-gara tak boleh tidur.. sedar-sedar bantal dah basah, malah cadar pun basah sama... Hisy bukan terkencing ler.. tapi dek bahana berpeluh kerana panas. Tu kipas berputar gak tu, kalau aci tak ada kipas, agaknya dah boleh diperah mangkali. Bayangkan satu hari lebih dari lima kali aku mandi... because nak buat badan aku tidak berada pada suhu yang melampau malah malam tadi pun kul 03.00 pagi aku bantai mandi, tapi bukanlah beriya. Just basah badan jer walau aku tahu bukanlah satu amalan yang baik maha mulia mandi dinihari gaya gitu, tapi nak di apakan. Memang aku tak boleh bertahan. Lepas tu teguk air bertupperware-tupperware... aduh! memang haru betul...