Jangan terlalu membenci....

Seseorang menitipkan cerpen ini ke mailbox ku. Untuk apa dan kenapa... aku sendiri kurang pasti. Namun dalam kesibukan tugasa, aku mencuri ruang waktu untuk membacanya jua... Entah mengapa hatiku tersentuh... perasaan seakan sayu disayat pilu dan tanpa sedar, tubir mataku mula basah....

ORANG kata, jangan benci sangat pada seseorang, kelak kita akan menyintainya separuh mati. Walau tidak termaktub dalam kitab, namun kata-kata inilah yang diperturunkan dari generasi ke generasi.

Pepatah Inggeris pula ada menyebut, it takes a second to know someone, a minute to like someone, an hour to love someone but it takes the rest of your life to forget your love ones. Tiada kajian saintifik membuktikan kesahihannya kerana proses kehidupan manusialah yang menjadi saksi kebenaran pepatah tersebut.

Kata orang, cinta pertama sukar dilupakan walau datang cinta lain kemudiannya. Aku menyangkal. Perjalanan hidupku membuktikan sebaliknya. Tidak semua orang bertuah memiliki cinta pertama sebagai cinta sejati. Bagiku, cinta pertama untuk dikenang. Cinta yang datang kemudiannya mungkin cinta sejati..

Kita tidak tahu bila kita akan bertemu cinta sejati kita. Mungkin pada cinta pertama, kedua, ketiga atau akhirnya kita menyedari bahawa cinta sejati kita hanyalah pada Ilahi. Namun aku bersyukur kerana cinta sejatiku pada Penciptalah yang mempertemukanku dengan insan yang salah dahulu sebelum menemui cinta sejatiku.

Usiaku genap 22 tahun tiga hari lepas. Aku punya kisah cinta yang padan dengan pepatah tersebut. Ya, kerana bencilah aku menahan rasa cinta separuh mati kini. Walaupun baru kutinggalkan hampir empat bulan lalu, aku yakin dan percaya, cinta itulah yang akan terus kukenang selamanya.

Dia, banyak mengajarku bidang ilmu yang kucintai, arkitektur. Dia dengan sinis, sering menegurku tanggungjawab dan peranan seorang insan. Dia, kutinggalkan bersama kenangan. Pastilah kerana cintaku ini pernah bergelar pensyarahku, juga mantan suamiku.

"Saya cabar awak."

"Saya cabar awak kahwin dengan saya sebaik saja awak habis belajar, which means in this three months time. It’s just a challenge. If you aren’t dare to, i bet you to tell me all the reasons why you hate me so much. Well, what would you say?"

Cabarannya langsung tidak mengujakan namun ayat terakhirnya benar-benar mencabarku. Aku terima cabarannya asalkan dia juga menyahut cabaranku - kecuali ketika upacara membatalkan wuduk di majlis akad nikah, aku mencabarnya agar tidak langsung menyentuhku. Saat dia menyentuhku, talak jatuh ke atasku.

Dengan wajah selamba dan senyuman sinis, dia menyahut cabaranku. Termeterailah perjanjian kami malam itu bersaksikan rakan-rakanku. Gila.

Lawatan akademik yang paling menyayat hati. Rakan-rakan menghakimi perbuatanku. Pelbagai pertanyaan mereka lontarkan. Pulang dari Bali dan kembali meneruskan pengajian, saban hari mereka memujukku melepaskan cabaran. Asal saja Encik Zhafran mengajar, suasana janggal. Kerap dia menghasutku dengan sinis supaya melepaskan cabarannya.

Lemas, kadangkala berasa hampir tewas namun janji tetap janji. Aku mahu lebih tabah, lebih kuat. Cukuplah kisah lama.

Hakikatnya aku tidak tahu salahku hingga begitu sekali dia membenciku.

Aku hanya insan biasa dengan rutin hidup normal, suka mengelamun dan tiada keistimewaan lain.

Seingatku, hari pertama semester ketiga, dia hadir memperkenalkan diri sebagai Encik Zhafran, mengajar reka bentuk seni bina. Panggilan formal dan santai, Sir Zhafran. Satu tabiatnya, setiap kali dia bertanya ya atau tidak, kami perlu menjawab, "Yes sir!" atau "No Sir!" dengan tegas.

Aneh..

Entah mengapa, setiap kali dia menyebut namaku, Aisyah, aku rasa menyampah.

Walaupun begitu, aku tetap menghormatinya. Dia prihatin dengan kerjaku, tidak pernah sekalipun dia mungkir singgah di mejaku ketika sesi tutorial. Komennya yang tegas dan membina menyenangkanku. Realitinya, dia juga penyumbang kepada kejayaanku beroleh A dalam subjek tersebut. Untuk itu, aku amat berterima kasih.

Entah mana silapnya, sikap ramah dan prihatinnya terhadapku cuma bertahan satu semester sahaja. Menginjak ke semester keempat, ada saja sikap dan perbuatanku yang tidak kena di matanya. Sesi tutorial, dia tidak lagi singgah di mejaku. Sesi pembentangan, dia jarang menumpukan perhatian namun banyak pula komen dan sindirannya. Kadangkala, terasa seperti diaibkan.

Rakan-rakan menyuruhku bersabar. Mereka juga hairan dengan perubahan tingkahnya terhadapku. Aku muhasabah diri, mencari khilaf yang mungkin menggurisnya. Namun aku buntu. Perasaanku yang sedih dengan perlakuannya bertukar benci lalu aku juga bersikap dingin terhadapnya.

Benar, kebencian bernanah andai kita tidak merawatnya. Setahun dibiar, akhirnya ‘nanah’ itu pecah lalu terluahlah segala kebencian. Malam persembahan kebudayaan Malaysia - Bali menjadi saksi kebencian kami yang akhirnya bertukar tragedi.

Dalam amarah, kami saling mencabar disaksikan rakan-rakan. Aku akan pastikan kemenangan milikku.

Menghormati syariat dan adat, dia melakukan semua yang sepatutnya - menghantar rombongan dan merancang majlis. Ibu tergamam tatkala cincin emas dihulurkan Datin Afifah. Bila ditanya, tenang saja kami menjawab, dah jodoh. Kami memang pandai berlakon, mesra dan ramah di khalayak ramai.

Rabu, peperiksaan akhir tamat. Sabtu, hari ‘bahagiaku’ menjelang. Majlis akad nikah bersekali resepsi disambut meriah. Tidak henti-henti aku menguntum senyum ‘bahagia’. Pastilah, sebentar nanti aku akan memenangi cabaran ini. Hatiku ketawa puas.

Selepas Zuhur, bersaksikan seluruh ahli keluarga, pensyarah dan rakan-rakan, kami diijabkabul. Saat bertentang mata dengannya dan menguntum senyum, aku sayu.

Walaupun sekadar permainan, akhirnya aku bergelar isteri. Bodohkah aku?

Cabaran bertukar tangan. Kehidupan kami unik. Tiada bulan madu. Di kondonya, kami tinggal berlainan bilik. Dingin dan terasing. Tiada interaksi yang kerap, bertegur sekadar bertanya perkara yang patut, mengejutkan Subuh atau saling menyindir. Makan biasanya asing, dia di dapur dan aku di hadapan televisyen. Aku menjalani kehidupan yang bahagia sepanjang menyiapkan tesis akhir pengajian bersama ’suamiku’. Dia juga berpegang pada janji. Aku rasa selamat walau tidak mengunci pintu bilik di malam hari.

Keadaannya yang demam teruk satu pagi sebulan selepas pernikahan kami menyedarkanku. Dalam demam dan batuk, dia berkeras tidak mengizinkanku menyentuhnya, bimbang nanti jatuh talak. Gila aku dibuatnya. Kutegaskan sekali lagi syarat cabaran, hanya dia yang tidak boleh menyentuhku, bukan aku. Selama tiga hari menjaganya, aku menyediakan makanan, menyuapkan ubat, menuam dahinya, mengelap badannya malah menemankannya hingga tidur. Kami cuma diam, kadangkala aku perasan genangan air matanya. Sepanjang itu dia berusaha tidak menyentuhku. Betapa dia berpegang pada janji. Aku bungkam. Mengapa?

Selepas dia pulih, kehidupan kami kembali normal. Runsing dengan sikapnya dan tertekan menyiapkan tesis, fikiran dan kesihatanku terganggu. Walaupun demam, aku nekad menyudahkannya. Gagal. Panas badan menghentikanku. Tinggal beberapa muka lagi ketika aku tertidur di depan komputer pukul empat pagi. Jam satu petang terjaga, aku panik. Komputerku ditutup. Pandanganku menangkap tiga buah buku berkulit keras siap dijilid dengan namaku di atasnya. Kusemak hingga helaian terakhir. Itu tesisku! Semua fakta dan hujah yang kulakarkan disampaikan dengan terperinci, padat dan lengkap dengan gambarajah.. Sebahagiannya bukan
kerjaku, pasti kerja dia.

Maaf saya siapkan, takut awak tak sempat hantar sebelum pukul 5. Jangan risau, saya bukan pensyarah penilai. Makanan dah disediakan, makanlah. Kalau tak larat drive, call me, i’ll fetch you. I’m half day today. So then, take care. Again,
sorry.
-Zhafran-


Nota kecil tersebut membuatkanku terjelepok ke lantai. Aku menangis, meraung kecil. Geram dan menyampah, sebal. Cukuplah!

Tiga bulan sebumbung dengannya, aku tidak sanggup berpura-pura lagi. Aku perlu segera keluar dari rumahnya dan hilang daripada pandangannya. Aku tak mampu terus bersamanya. Aku nekad menerima tawaran belajar ke Glasgow .

Tanpa perasaan, kunyatakan hasrat dan minta dia melepaskanku dengan alasan aku ingin mencari cinta pertamaku. Lama dia diam, kemudian mengangguk dan berlalu. Ibu bapaku hanya kuberitahu tentang hasrat menyambung pengajian.

Lapangan terbang menyaksikan pertemuan dan perpisahan. Di sini juga ada ketawa dan air mata. Dan malam itu, aku ditemani keluarga dan Zhafran. Dia banyak mendiamkan diri, sekali-sekali melayan adik-adikku dan tersenyum memandangku.

Saat perpisahan, aku menyalami seluruh ahli keluargaku. Sampai giliran Zhafran, keluargaku menjauh. Hanya aku dan dia. Tiba-tiba, dia menyentuhku, menarik tanganku bersalam dengannya. Hatiku luruh. Perlahan-lahan kutunduk mencium tangannya. Air mataku bergenang. Bangkit semula, dia mencium dahiku lama. Dengan perlahan, dia berbisik, "Saya lepaskan awak. Carilah cinta awak. Saya doakan awak bahagia."

Lambaian terakhirku pada mereka disertai deraian air mata yang deras mengalir. Aku sebak, amat. Hingga mereka hilang daripada pandangan, aku hanya nampak Zhafran dan senyuman ikhlasnya. Aku menangis dan menangis. Aku mengerti segala yang berlaku, aku yang memintanya. Namun hatiku benar-benar pedih.

Tamatlah cabaran, perjanjian dan hubungan kami. Tapi aku pasti, sesuatu telah lama lahir dalam hatiku. Sebelum berlepas, nombor Zhafran kudail. Lama baru kudengar suaranya. Hatiku pedih.

"Kita kalah. Tapi saya kalah teruk bila awak tak tanya alasan membenci awak."

"Sir, i hate you. I have to since i realized that i’ve fallen into you the second you call out my name years ago and i can’t believed it.

"Saya bukan gadis suci. Memang saya masih dara tapi Ashraf dah terlalu banyak menyentuh saya. Saya kesal dan saya bertaubat. Tapi saya rasa jijik, benci diri sendiri. Saya tak layak untuk sesiapa. Untuk itu, saya tak sanggup menyintai awak. Lepas kahwin, saya semakin membenci diri kerana saya sedar awak sayangkan saya. Tapi saya tak layak untuk awak!" Aku teresak.

"I’m sorry i love you sir. But i’m so sorry i can’t love you. Take care."

************ ********* *****

Cintaku berakhir di situ. Di bumi Inggeris ini, aku belajar mengubati hati, menyibukkan diri dengan tugasan dan kuliah. Aku jumpa Ashraf, dia sudah berubah, juga minta kukembali padanya. Maaf, hatiku bukan lagi untuknya. Sesekali ingatanku melayang mengenang Zhafran. Kadangkala termimpikannya dan apabila sedar, aku menangis.

Sejak di KLIA, kami sudah tidak berhubung. Mungkin dia juga sepertiku, ingin melupakan satu sama lain dan memulakan hidup baru. Melupakan? Semakin kuberusaha, semakin kusedari betapa kumerinduinya.

Petang Khamis itu, aku bersiap ke masjid untuk bacaan Yassin. Musim luruh yang nyaman menenangkan hatiku tatkala menyusuri jalan. Pemandangan hijau dan lautan langit biru mengasyikkanku. Bam! Berpinar kepalaku terlanggar tiang lampu di tepi kawasan masjid. Dahi kugosok, cuba mengesan sebarang perubahan.

"Langsung tak berubah, suka mengelamun."

Aku tersentak lalu berpaling ke arah suara itu. Wajah yang kurindui itu kini di hadapanku, sedikit cengkung.

"Ikut saya." Zhafran terus menarik lenganku dan mengheretku ke pintu masjid. Agak ramai orang di dewan utama. Dia berpusing memandangku. Matanya menjilat wajahku lama. Aku diam, berdebar.

"Saya tahu awak ada banyak soalan tapi kita boleh cerita nanti. Sekarang ni, saya nak kita masuk dalam dan nikah semula."

Jantungku seolah terhenti. Kutatapnya dalam. Tanpa sedar aku menapak selangkah ke belakang. Dia menghela nafas. "Aisyah, awak tahu tak saya dah lama sayangkan awak?"

"Setiap kali saya panggil nama awak, hati saya berdebar. Saya rasa bersalah, saya tak patut jatuh cinta pada pelajar sendiri. Sebab itulah saya dingin terhadap awak untuk mengurangkan rasa bersalah saya. Tapi tak sangka perbuatan saya menyusahkan hingga awak membenci saya. Malam tu di Bali , sebenarnya saya melamar awak takut-takut. Tapi lain pula jadinya."
Aku tergamam dengan penjelasannya.

"Semua orang buat kesilapan Aisyah, saya pun. Tapi yang penting ialah cara kita menanganinya, siapa kita pada hari ini dan apa kita nak jadi nanti. Kisah silam awak langsung tak mencacatkan perasaan saya terhadap awak." Dia berhenti.

"Sebulan saya di sini mencari awak, mengikuti rutin harian awak, memandang awak dari jauh. Saya tunggu awak habis edah. Saya tak nak rujuk, nanti kena sambung cabaran dulu. Saya nak nikah semula dengan awak, saya nak awak jadi isteri saya semula."

Matanya bergenang. "Saya bukan malaikat. Tak ada satu ketika pun saya tak rasa nak sentuh awak. Bila awak tidur, saya masuk bilik tengok awak. Saya teringin usap awak, teman awak tidur. Saya geram tengok awak ketawa depan TV. Dulu masa awak jaga saya, saya rasa susah sangat. Saya sedih kenapa kita jadi macam tu."

Terdengar esakan. "Aisyah, i need you, i love you so much. I can’t be apart from you anymore. Will you take your stupid ex-hubby as your real husband again?"

Terlalu pantas dan mengejutkan. Sebak dan terharu. Lidahku kelu, air mataku sedari tadi tidak berhenti. Lama kuterdiam, cuba mencerna kata-katanya.

"Aisyah, yes or no?"

Lamunanku tersentak. "Yes sir! I do!"

Opss! Dia senyum. Aku tunduk malu.

Orang kata, jika kita cintakan seseorang, bebaskan dia. Jika dia kembali, maknanya dia memang tercipta untuk kita. Aku melepaskan Zhafran namun dia kembali semula padaku. Dia menyedarkanku bahawa kita tidak boleh pilih dengan siapa kita hendak jatuh cinta. Dia membuatkan aku yakin pada diriku.. Banyak perubahan berlaku padaku sepanjang mengenalinya. Dia membuatkan aku percaya, sesiapa jua berhak untuk bahagia kerana bahagia diusahakan oleh kita sendiri.

Luahkan hasrat dan impian kita dengan ikhlas dan berusaha memperolehinya. . Tiada doa yang tidak didengar, tiada usaha yang disia-siakan. Percaya pada diri dan hati kita. Cintailah diri dan cintailah segala yang kita ada, jangan persiakannya. Oleh itu, Zhafran, terima kasih untuk segalanya.

"Aisyah sayang, where are you dear? Come here honey, i need your help."

"Yes sir!!"

sekian.

************ ********* *********
Cerpen ini motivasi untuk anda baca, kaji, selamilah intipati di dalamnya. Jadikan iktibar yang baik tauladan yang buruk sempadan. Sejarah tidak berulang ... tidak salah kahwin waktu study masa muda.. ramai orang bertemu jodoh semasa menuntut. "kiriman dari syurga" so syukur banyak banyak kepada ALLAH SWT.

~~ ceriakan hidup anda kini dan selamanya.~~ ~

"in life, ALLAH doesnt give you the person you want, instead he gives you the person you need... to love you... hurt you and teach you the real meaning of life....

Perancangan dalam sebuah Ketetapan-Nya...

Aku terkedu bila mailbox ku diziarahi sesuatu beberapa hari yang lalu. Tak tahu apa yang harus ku katakan... tak dapat nak ku gambarkan sebuah perasaan. Terasa sayu di penjuru hati... terasa resah sebidang perasaan, namun aku tak mungkin mampu menajak sebuah reality yang kini bagai dinding buat diri ku. Sebuah ketentuan yang jauh dari perancanganku sebagai insan maha kerdil yang hanya menumpang di fana sementara ini. Apa pun aku cukup sedar, sesungguhnya tidak perancangan yang lebih sempurna melainkan dengan izin dan kehendak dari-Nya jua.

Aku sekadar memohon sebuah pengertian dari sekeping hati. Berharap agar sebuah persahabatan tidak akan berakhir hanya kerana sebuah ketentuan yang harus waimah wajib ku terima. Aku masih perlukan Sahabat dan teman yang sejati dalam sebuah kehidupan. Sahabat dan teman yang tak mungkin akan berpaling walau apa pun jua situasi yang aku hadapi. Sahabat dan teman yang benar-benar mengerti mengapa dirinya begitu bermakna buatku.

Acapkali ku dengar dan amati apa yang dialunkan... Bukan aku tidak memahami, tapi kita perlu sedar perancangan insani seperti kita adakalanya tersasar. Dalam sebuah perancangan yang kita lakukan, terkadang kita lupa bahawa DIA jua merancang dan sudah pastinya sebaik-baik perancangan itu adalah datang dari ketetapan dalam ketentuan-Nya.

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku

Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Satu lagi permainan...



You Are the Guru



You are a naturally good counselor. You are inspiring, encouraging, and compassionate.

You are eager to help everyone who crosses your path, even those who don't want to be helped.

You are a natural healer. People feel at peace when they are with you.

You are so good for people, in fact, that they go through withdrawal once you're gone.

You quietly do your own thing, without openly resisting. You secretly try to fix every problem.

Your biggest regret is not being able to help as many people as you'd like.

Selamat Datang

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

Ya Allah, bersyukur aku ke hadrat Mu. Atas limpah kurnia Mu jualah aku masih berkesempatan bertemu lagi dengan RamadhanMu tahun ini. Ya Allah, jadikan Ramadhan ku tahun ini lebih indah dari yang telah lalu. Perkuatkanlah diriku untuk menyempurnakan ramadhan ini jauh lebih baik dari tahun lalu.


Ya Allah, kau berikan jua kekuatan pada setiap hambamu agar ramadhan tahun ini bakal menjadi ramadhan yang terindah dalam ibadah kerana mu, bakal menjadi ramadhan terbaik dari yang telah lalu... Amin....

Sebuah Nama Sebuah Tafsiran

Erm betul ke apa yang tertera di bawah ni.... Tah, aku main test jer bila baca kat blog honey tentang pengertian nama dia... jadi masa terluang yang ada sikit ni, aku ciloklah buat. Inilah hasilnya... Cam banyak yang tak berapa betul jer... Apapun kita LayanZZZZZ jerlah ekk... ;-)

PU3IMANEISYA

What Pu3imaneisya Means

You are influential and persuasive. You tend to have a lot of power over people.

Generally, you use your powers for good. You excel at solving other people's problems. Occasionally, you do get a little selfish and persuade people to do things that are only in your interest.

You are a very lucky person. Things just always seem to go your way. And because you're so lucky, you don't really have a lot of worries. You just hope for the best in life. You're sometimes a little guilty of being greedy. Spread your luck around a little to people who need it.

You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing. You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don't stick with any one thing for very long.

You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start.

You are confident, self assured, and capable. You are not easily intimidated. You master any and all skills easily. You don't have to work hard for what you want. You make your life out to be exactly how you want it. And you'll knock down anyone who gets in your way!

You are usually the best at everything ... you strive for perfection. You are confident, authoritative, and aggressive. You have the classic "Type A" personality.

You are very intuitive and wise. You understand the world better than most people. You also have a very active imagination. You often get carried away with your thoughts. You are prone to a little paranoia and jealousy. You sometimes go overboard in interpreting signals.

You are friendly, charming, and warm. You get along with almost everyone. You work hard not to rock the boat. Your easy going attitude brings people together.

At times, you can be a little flaky and irresponsible. But for the important things, you pull it together.

You are the total package - suave, sexy, smart, and strong. You have the whole world under your spell, and you can influence almost everyone you know. You don't always resist your urges to crush the weak. Just remember, they don't have as much going for them as you do.

You are a free spirit, and you resent anyone who tries to fence you in. You are unpredictable, adventurous, and always a little surprising. You may miss out by not settling down, but you're too busy having fun to care.

Sebuah Cerita Cinta

Sudah lebih dua minggu Hadif Raizal Isyraf seakan memboikot Firyal Rifdah. Panggilan atau apa sahaja yang berhubung kait dengan gadis itu tidak dihiraukannya. Sengaja melakukan penderaan tanda protes terhadap tingkah gadis itu terhadapnya. Justeru itulah maka Firyal Rifdah bagai tidak punya pilihan. Talian hayat langsung tidak dibekalkan kepadanya. Terpaksalah dia menjitukan hatinya. Berselimutkan semangat Tun Fatimah dia bersetuju untuk berhadapan dengan kerenah Datuk Bentara ala Hitler Hadif Raizal Isyraf yang sedari tadi berlagak bagaikan orang bisu.

“Awak, janganlah macam ni. Kalau awak marah dekat saya pun, boleh tak tolong jangan guna body language awak yang langsung tak mampu saya nak buat perterjemahan. Silent Language awak tu tak punya makna sama sekali. Cuba beritahu saya kenapa yang awak marah sangat mengalahkan koala bear kehilangan dahan.” Firyal Rifdah memberanikan dirinya untuk bertanya. Sudah lebih lima belas minit masa berlalu. Pertemuan diantara mereka sekadar terisi dengan renungan dan jeling-jeling tanpa sebarang kata.

“Kenapa awak mungkir janji setelah saya ikut segala syarat-syarat yang awak tetapkan,” soal Hadif Raizal Isyraf. Wajah Firyal Rifdah di santap penuh nafsu, bukannya berahi tapi acahan rasa ketidakfahaman yang mula menyerang seluruh urat sarafnya.

Firyal Rifdah mengunci bicara. Aduh Saliha! Soalan fesyen apalah ni. Mungkir janji pasal apa pulak... pelik betullah dia ni. Dahlah dua minggu lancarkan serangan boikot mengalahkan aku ni product keluaran Israel. Alih-alih hari ni jumpa terus tanya pasal mungkir janji pulak. Semput nafas aku dengan dia nilah. Hatinya berbisik sendiri. Wajah anak muda itu cuba dijamah dengan pandangan bintang kekonfiusan.

Hadif Raizal Isyraf masih dengan muka selamba versi duit seposen. Bukan dia rabun untuk melihat wajah blur yang sudah terbias. Namun entah mengapa hatinya masih betah dengan satu arahan. Teruskan sahaja pertanyaan selagi peluang ada di hadapan. Bukan mudah situasi sebegini diperolehi. Tanpa segaris senyuman menghiasi bibir anak muda itu.

Dikerling sekilas ke arah Firyal Rifdah. “Lama lagi ke awak nak diam? Soalan saya tadi masih tidak bersatu dengan noktah jawapan.” Suara anak muda itu seolah mengingatkan.

“Awak ada bagi soalan ke? Maaflah saya tak perasan. Boleh awak ulang sekali lagi?” Jawapan spesis selamba kodok tanpa rasa bersalah dihadiahkan oleh Firyal Rifdah. Wajahnya langsung tidak beriak. Kalau anak muda itu boleh beraksi, kenapa pulak dia mesti kaku. Alang-alang gelanggang sudah di buka, apa salahnya kalau dia turut menari bersama.

Hadif Raizal Isyraf sekadar mampu menggeleng-gelengkan kepala. Terkadang terasa bagai hendak terputus urat nadi bila terpaksa berhadapan dengan sikap degil gadis yang kini berada di hadapannya.

“Kenapa awak tak nak datang ke majlis perkahwinan kakak saya? Segala syarat yang awak tetapkan sudah saya penuhi. Awak suruh saya jumpa keluarga awak untuk mendapatkan keizinan, sudah saya turutkan. Apa lagi alasan yang awak nak berikan pada saya sekarang?” asak Hadif Raizal Isyraf kembali. Renungannya tajam memanah seraut wajah yang masih kelihatan selamba itu.

Ya Ampun Ya Allah huakbar… kenapalah soalan ini yang masih lagi ditagih dek mamat skemaz ni. Apa aku nak jawab… Hati Firyal Rifdah mula bermonolog. Terkial-kial dalam percubaan untuk menggapai satu jawapan.

“Erm Raizal… Eh awak!... sebenarnya kan bukan saya tak nak pergi, tapi saya erm…” alamak kenapa pulak tiba-tiba otak aku terjerumus dalam traffic jem ni. Aduh!... Firyal Rifdah mengeluh... Nak jawab apa… Erm... Yes! Segaris senyuman kini membias. “Saya kena ikuti lawatan uni ke Planetarium Negara pada tarikh kenduri kakak awak tu. Jadi macamana saya nak hadir ke majlis tu. Tak kan awak nak suruh saya belah badan saya jadi dua.” Pantas sahaja jawapan luar perancangan meluncur dari bibirnya. Amboi Firyal! Pandainya ko kelentong… bisik hatinya sendiri.

“Bila pulak giliran awak ke ISS? Setahu saya lepas Dr Sheikh Muzaffar dan mungkin Kapten Faiz, Malaysia belum membuat perancangan untuk menghantar sesiapa pun sebagai angkasawan. Well, awak pergi mewakili negara mana? Russia atau sebenarnya awak terasa nak buat experiment mengenai cendawan baru spesis kelentodia di Planetarium tu?” segaris senyuman sinis menguntum di bibir Raizal Hadif Isyraf. Mengejek secara sopan dengan penjelasan yang diberikan sebentar tadi. Ternyata penipuan yang dicipta oleh Firyal Rifdah terlalu mudah dihidu dan dikesannya.

Cheeseburger McDonald’s betul mamat sorang ni. Tahu aje aku goreng dia. Alamak macamana ni… Firyal Rifdah melakukan soaljawab dengan hatinya. Terkapai-kapai dan terkial-kial mencari jawapan yang lebih relevant agar tidak terlihat kekelentongannya.

“Rifdah, apa sebenarnya yang menghalang langkah awak untuk ke majlis itu? Cuba cakap terus-terang. Tak payah nak susahkan otak awak merekacipta alasan yang tak masuk dek akal. Bukannya saya tak kenal awak.” Hadif Raizal Isyraf menggunakan pendekatan diplomasi. Lembut tuturnya cuba memujuk walau kepakaran itu langsung tidak dimilikinya. Namun tak salah andai dia mencuba.

“Saya malu dan segan. Takut tak tahu nak bawa diri.” Akhirnya satu pengakuan yang boleh dikira jujur terluah.

“Eh! Bukan selama ini memang awak bawa diri awak tu ke mana sahaja awak pergi? Erm pernah ke awak tinggalkan diri awak tu sebelum ini? Tak pulak saya tahu.” Bulat mata gadis itu mendengar kata-kata yang terhambur yang langsung tidak punya unsur-unsur lawak kebangsaan jauh sekali antarabangsa. Hadif Raizal Isyraf tersengeh. Sedar akan gurauannya tidak berkesan.

Firyal Rifdah mengetap bibirnya. Menahan segala rasa yang sudah melakukan acahan. Geram dan marah seakan dalam satu gandingan konspirasi untuk memasuki hatinya. Kalau dibenarkan, jawabnya nahas saja anak muda yang sedang mempamirkan sengehan rantung dek bahang semburan fire secara free darinya. Dia mengeluh. Membiaskan rasa sebal di dada. Wajah suramnya sudah menjamah hujung kasut yang dipakai. Mengharapkan pengertian dari anak muda itu agak tidak terus melakuan desakan ke atas dirinya.

“Sorry. Bukan ke saya ada. Apa yang awak nak takutkan, lagipun semua tetamu yang diundang bukannya terdiri dari singa atau pun harimau. Semuanya manusia macam saya… macam juga awak,” pujuk Hadif Raizal Isyraf disulam usikan. Wajah gadis itu direnungnya.

Memang sah fius pemahaman bahasa melayu mamat ni dah putus. Penjelasan aku yang cukup punya senang tanpa ayat puitis pun dia boleh tak faham. Firyal Rifdah mengeluh. Tak tahu bagaimana menafsir perasaannya tika itu. Geram, sakit hati, marah semuanya bagai berlumba di garisan larian naluri. Boleh tak aku cekik aje si Hadif ni… biar tergantung kejap nyawa dia. Rengus hatinya sebal.

“Sempat juga awak berangan yer. Sejak bila jadi minah jiwang?” tegur Hadif Raizal Isyraf. Matanya sudah melolot ke wajah Firyal Rifdah.

“Zahirnya memanglah awak ada, tapi hakikatnya takkan awak betah menemani saya setiap detik. Sudah pasti sesekali awak kena menjauh atau tinggalkan saya untuk melayan tetamu yang datang. Tak kan nak berkepit aje.” Secara sinis Firyal Rifdah melepaskan tembakan. Wajah yang tadinya muram kini sudah bertukar, menaham marah dan geram yang makin mengigit perasaan gadisnya.

Ya Ampun… Ya Allah hu akbar… apalah salah aku hari ini hingga terpaksa berada di dalam situasi sebegini dan mengapa pulak hari ini si Hadif dah macam sengal ibni bebal. Dia mengetap bibir.

“Lagi pun nanti kalau ada yang tanya saya ni sapa, ha! apa saya nak jawab?” mulut comel itu mengomel lagi.

“Jawab sajalah awak tu bakal... Aduh!” Hadif Raizal Isyraf terjerit bila rasa pedih terkena sepitan jari ketam gadis itu. Diusap lenggannya yang mula memedih.

“Jangan nak gatal ye. Orang cakap betul-betul, dia buat lencongan maut pulak. Apa! Dah lama hidup ke?” sergah Firyal Rifdah garang. Mukanya sudah cemberut. Terkekeh-kekeh Hadif Raizal Isyraf tertawa. Bukan senang nak mengenakan gadis itu biarpun dia terpaksa merelakan lengannya menerima habuan maha sakit yang dihadiahkan kepadanya.

“Gelaklah… gelak… tak sempat tarik nafas nanti baru tahu. Kalau terjadi apa-apa dengan awak, saya tak teragak-agak tinggalkan awak percuma sahaja dekat sini,” Firyal Rifdah memberi amaran lisan, namun anak muda itu masih terhinjut-hinjut dengan tawa yang belum reda. Muka Firyal Rifdah makin mencuka.

“Raizal… kalau awak tak berhenti gelak, saya balik,” ugut Firyal Rifdah akhirnya. Kenapa dengan mamat sorang ni? Ketawa tak ingat dunia. Macamlah hari ini merupakan hari terakhir untuk dia ketawa. Gumam hatinya bila melihat sikap anak muda itu.

“Okey… okey… sorry Rifdah. Saya tak bermaksud nak gelakkan awak tapi…,” Hadif Raizal Isyraf tidak mampu menoktahkan kata justeru tawanya masih lagi bersisa. Firyal Rifdah membulatkan matanya. Wajah anak muda itu dibahamnya rakus. Kalaulah halal, sudah pasti akan diratahnya tanpa belas.

“Awak tak faham Raizal, saya dah lama tak pergi ke majlis sedemikian. Kalau pergi pun ianya adalah majlis yang melibatkan kaum keluarga. Ni awak nak saya hadir ke majlis kakak awak pulak,” perlahan intonasi suara gadis itu. Ada getar yang cuba ditahan dalam wajah yang sudah mendung. Hadif Raizal Isyraf terkedu. Kaget dengan apa yang disajikan pada pandangan mata lelakinya.

“Rasanya hari ini saya dapat melihat Firyal Rifdah yang sebenar. That’s what I want to see actually. Dah, jangan risau. Saya tak akan paksa awak kalau ianya bakal memudaratkan kekuatan awak,” ucap anak muda itu lembut. Wajah Firyal Rifdah diangkatnya sedikit agar selari dengan pandangannya. Dia tersenyum bila melihat ada titis manik jernih yang menguntai di birai mata.

“Awak tak marah?” tanya Firyal Rifdah perlahan. Dibiarkan sepasang matanya bercanda dengan renungan lembut anak muda itu. Hadif Raizal Isyraf tersenyum.

“Buat apa saya marah. Saya tak mahu awak lakukan sesuatu kerana terpaksa. Saya nak kan keikhlasan sepertimana ikhlasnya saya dalam hubungan kita ini. Tak payahlah awak nak menangis. Melihat airmata awak tu sudah cukup untuk saya faham apa yang ada di dalam hati awak.” Tambah anak muda itu. Cepat jarinya singgah menyeka manik yang masih bersisa.

“Maafkan saya kalau saya buat awak rasa hampa Raizal,” ucap Firyal Rifdah.

“Tak adalah, cuma saya tengah fikir apa yang patut saya cakap pada ibu kalau dia tanya pasal awak,”

“Ha! Awak dah beritahu ibu awak yang saya nak datang? Ya Rahman Ya Rahim Raizal… kenapa awak cakap pada dia… sekarang ni macamana??” buntang mata Firyal Rifdah mendengarkan kata-kata Hadif Raizal Isyraf sedangkan anak muda itu hanya mempamirkan wajah selamba kodok.

Firyal Rifdah mengeluh perlahan. Dia mula tenggelam punca dengan apa yang baru didengarnya kini. Apa yang perlu di lakukannya…Mengapa emosinya tiba-tiba jadi tidak menentu... mengapa nalurinya bagai dipalu resah dalam gelisah yang tidak mahu mengalah... Ah! nazak rasanya sekeping hati dilanda virus tak bervaksin...

Tiada ku menduga
Setelah sekian lama aku
Sendiri menyepi
Hadirmu bak selembu bayu
Menghembus dingin di wajah ku
Mengeringkan airmata
Kau belaian di jiwa....

Sesuci Embun Kasih

Continue Sesuci Embun Kasih @ SEK

Thania melangkah menuju ke meja Maira Atisya. Dari jauh sudah terlihat kekhusyukan gadis itu mengadap komputernya. Entah apa sahaja tugasan yang dilakukan. Tanpa sedar, Thania tersenyum. Dia memperlahankan langkahnya.

“Waduh! Kok rajin amat sih. Patutlah Fizz sayang bangat sama kamu,” usik Thania dalam loghat Indonesia yang lari dari struktur tatabahasa. Dia melabuhkan duduk disebelah gadis itu.

Maira Atisya mengurut dadanya. Terkejut dengan terpaan yang tidak diduga.

“Isy engkau ni. Datang senyap-senyap. Terkejut aku,” marah Maira Atisya. Wajahnya masih disimpah keterkejutan tahap dewa dengan perlakuan temannya itu. Thania mengekek tawa sedangkan Maira Atisya hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah tidak makan saman teman yang sudah terbias.

“Ni apa hal datang bertenggek kat tempat aku. Engkau tak ada kerja ke?” tanya Maira Atisya. Matanya kembali merenung skrin komputer sambil jari jemari lincah menari membelai angka di mesin pengira.

“Kerja aku dah selesai. Woi kawan! Lagi setengah jam nak masuk waktu lunch. Jadi-jadilah buat kerja tu.” Thania mengomel sendiri, tangannya melambai ke arah Balqis, Laura dan Nancy. Menggamit mereka bartiga agar menyertai dirinya di meja gadis itu.

“La! Dekat sini rupanya makcik sorang ni. Patutlah aku telefon tak berjawab,” ucap Laura. Thania tersengeh.

“Bukan engkau tak tahu Laura, kan ke si Thania ni jaguh mengular. Memang pantang biarkan dia tak ada atau tak cukup kerja, pasti dia hilang dari tempat,” sindir Balqis. Dia sudah menyertai teman-teman yang lain mengadakan perhimpunan tidak rasmi.

Thania buat muka sardin. Sedikit pun tidak terusik dengan apa yang diperkatakan oleh temannya itu. Dia masih dengan aksi selamba kodok. Maira Atisya menggeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum. Memang sebegitu gelagat mereka bila bersama, ada saja usikan menyusul dalam tiap perbualan.

“Aduh! Letihnya. Rasa berpinar mata aku asyik mengadap figure,” keluh Maira Atisya tanpa sedar. Dia menggosok-gosok matanya perlahan-lahan.

“La! Tahu gak letih. Aku ingatkan engkau ni super d women. Dahlah Maira, dekat waktu lunch pun. Cubalah Relex. Tak adanya si Fizz tu nak marah engkau,” bebel Balqis. Wajah gadis itu ditatapnya. Lembut dan tampak tenang. Berbeza dengan wajah Alia Natasya yang sentiasa bengis. Kenapalah dua orang manusia ni jelas betul perbezaannya, sedangkan kedua-dua mereka datang dari perut yang sama. Hati gadisnya bertanya sendiri.

“Woi! Sempat lagi berangan… Hai! Tak kan baru setengah hari tak nampak batang tubuh chenta hati dah macam ayam tertelan pill ecstasy beb,” sergah Thania.

“Opocot Ronaldno siram bunga,” latah Balqis tanpa sedar. Pantas tangannya hinggap di bahu Thania. Kelepap… Padan muka, suka sangat sergah orang. Gumam hatinya sendiri. Thania sekadar mampu menyeringai menahan rasa pedih yang mula menjalar.

Mak Aii, minah ni tangan besi hape ke. Sakit siut…ngomel Thania didalam hati. “Sakitlah Balqis. Engkau fikir bahu aku ni tiang kayu ke. Sesedap hati aje melepaskan tamparan wanita terhebat engkau tu,” marah Thania. Dia masih lagi mengusap bahunya.

“Itu baru sikit beb, lain kali sergahlah orang lagi. Nasib baik aku tak cucuk mata engkau dengan pensil yang aku pegang ni.” Balqis mempamirkan wajah tidak bersalahnya.

“Dahlah. Salah engkau juga Thania, yang engkau sergah dia tu buat apa? Kan tak pasal-pasal pelamin angannya musnah, tapi kelas gak latah engkau yer Balqis. Siap sebut pasal Ronaldno lagi,” Laura mengusik. Dia mula ketawa melihatkan telatah kedua orang temannya itu.

“Eh! Korang semua tahu kan pasal jamuan makan malam yang dah diwar-warkan dalam email. Erm, apa kata kalau kita semua ambil bahagian?” tanya Nancy. Wajahnya sudah membiaskan sinar keceriaan dengan cadangan yang diajukan biarpun potensi untuk direject cukup tinggi.

“Ambil bahagian???” Keempat-empat gadis itu bersuara serentak. Membulat mata mereka memanah ke wajah Nancy. Seolah tidak percaya dan sukar mempercayai.

“La! Kenapa korang tengok aku macam nampak mumia zaman kerajaan Mesir?” soal Nancy hairan. Budak-budak ni tersampuk ke?

“Woi Nyonya. Engkau nak buat persembahan apa ha! Dondang sayang ke? Tinggi-tinggi si matahari... Anak kerebau mati tertambat. Aku ni belum makan tengahari... Jangan sampai daging engkau aku sebat... Apa punya oranglah. Bagi cadangan jenis tak hingat dunia. Tahulah engkau tu dari Melaka,” jeling Balqis. Nancy tersengeh-sengeh sambil menggaru-ngaru kepalanya, yang lain turut sama tertawa melihatkan aksinya.

“Tapikan Balqis, pantun engkau tadi tu bestlah. Mana engkau cilok ha! Atau engkau main ciplak?” usik Maira Atisya bersama tawa yang masih bersisa.

“Tengok kakilah beb. Apa ingat aku ni tak reti berpatah pantun ke? Saja aku tak nak tunjuk skill jer.” Balas Balqis bangga.

“Dah mulalah hangin riak tak ingat dosa berlumba masuk dalam hati. Tak baik tau Balqis.” Keempat-empat mereka tertawa lagi.

“Eh! Cepatlah. Macamana dengan cadangan aku tadi? Nak tak kita buat persembahan untuk jamuan tahun ni?” Nancy kembali kepada persoalan yang sudah ditinggalkan.

“Iyerlah, tapi kita nak buat persembahan apa? Kalau setakad nak buat sketsa bodoh atau koir ala-ala budak sekolah, baik tak rentikan. Engkau dah bersedia untuk digelakkan sebagaimana yang dah selalu kita buat tu ke?” Laura sudah tertawa kecil. Mungkin terimbas kembali apa yang pernah mereka alami.

“Teruk sangat ke persembahan mereka?” tanya Maira Atisya. Sebagai pekerja baru tentunya dia tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh teman-teman yang lain.

“Dalam kategori mendengar kerana kesian Maira,” sampuk Balqis selamba. Pandangannya jatuh ke wajah Nancy dan Laura sedang Thania sudah memuntahkan tawa.

“Thania, perlahan sikit. Nanti orang fikir kita sedang mengumpat atau mengata mereka pula,” Maira Atisya mencuit bahu Thania. Dia menggeleng-gelengkan kepala melihatkan aksi gadis itu.

“Dia ni memang macam tu Maira. Anak sedara kuntilanak yang terlepas. Kalau dapat ketawa, kuntilanak pun surrender,” komen Laura. Dia sendiri terkejut dengan kenyaringan suara temannya itu. Beberapa orang pekerja yang berhampiran mula memanjangkan leher ke arah mereka.

So, confirm yer kita join persembahan untuk jamuan makan malam tahun ni.” Nancy bertanya kembali.

“Hahahahaha… gelinya hati aku dengar… Si Maira ni nak buat persembahan? Gadis kampung yang tak tahu apa-apa pasal perkembangan dunia hiburan teringin nak tunjuk bakat?? Kesiannya…Engkau nak buat persembahan apa Maira?? Aku rasalah Mak Yong, Dikir Barat ataupun Wayang kulit memang sesuai untuk perempuan ulu dan dungu macam engkau, tambah dengan kawan-kawan engkau yang juga dibawah label yang sama. Memang dah kenalah tu,” sahut Alia Natasya yang entah dari mana datangnya. Dia ketawa terkekeh-kekeh mengejek.

“Ek Eleh! Engkau peduli apa kalau kita orang nak buat persembahan macam tu. Kira okey apa. Itu namanya kita orang ni masih tahu menghargai budaya bangsa dalam negara sendiri. Tak macam ada orang tu. Duduk Malaysia, perasan konon-konon berada di Las Vages,” sindir Thania selamba. Wajah gadis itu ditatapnya dengan rasa meluat.

“Suka hati akulah. Nak rasa duduk di Las Vegas ke atau di mana sekali pun, engkau sibuk kenapa? Bukannya aku pinjam body engkau yang sekeping tu,” bidas Alia Natasya. Dijelingnya Thania tajam.

“Suka hati kita orang jugalah kalau nak buat persembahan apa pun. Kita orang bukan nak pinjam suara katak panggil hujang engkau tu. Jadi apa engkau nak peduli atau engkau sebenarnya sakit hati sebab kita orang tak ajak engkau. Iyerlah. Sapa nak ajak engkau kan… silap haribulan malam tu boleh turun hujan batu dalam ballroom gara-gara suara katak engkau. Bikin spoil program aje,” kutuk Laura tanpa belas. Alia Natasya mengetap bibirnya menahan geram. Niat hatinya ingin mengenakan Maira Atisya dengan rakan-rakannya, tapi kini dirinya yang terkena dan dikenakan. Sialan punya manusia. Memang semuanya jenis tak sayang mulut agaknya. Cemuh hatinya berang.

“Korang ni kan…” Alia Natasya tidak mampu dihabiskan kata-kata. Matanya sudah melolot ke setiap wajah yang ada di situ. Memanah dengan renungan jerangkap samar. Kalau boleh ingin sahaja dikoyak-koyak mulut celupar milik Thania dan Laura.

“Alia, aku rasakan engkau pun elok buat persembahan juga, tapi persembahan yang ala-ala nasyidlah. Mana tahu selepas tu ada kesedaran dalam diri engkau untuk mengtaubatkan mulut puaka engkau yang dah terbiasa mengenakan Maira,” Balqis mengambil alih tugas Thania, sambil itu Thania sudah melayangkan sebelah tangannya ke udara dan bertemu dengan tangan Balqis untuk menglahirkan tepukkan ‘five’.

“Siap engkau Maira. Ada kawan-kawan engkau ni, bolehlah engkau berlagak. Dasar budak kampung tak sedar diri. Hidup pun atas ehsan orang lain,” Alia Natasya melepaskan rasa geramnya terhadap Maira Atisya yang sedari tadi sekadar menjadi pemerhati dan pendengar. Hatinya membengkak dengan kata-kata kesat yang didengarnya tadi. Sebelum berlalu masih sempat dititpkan jelingan maut terhadap gadis itu.

“Aku heran betul dengan perempuan sorang tu. Hangin satu badan. Bahasa tak pernahnya nak lembut jauh sekali elok. Agaknya masa sekolah dulu cikgu bahasa melayu dia terlupa nak ajar kut,” ngomel Thania perlahan. Matanya menyorot ke wajah Maira Atisya yang masih membeku. Bukan tidak terkesan hatinya dengan kata-kata Alia Natasya tadi, tapi sengaja tidak diendahkan. Dia sudah lali dengan semua itu.

“Maira...” tangan Balqis mengusap lengan gadis itu. Faham akan perasaan yang mungkin tercalar dengan ketajaman kata yang langsung tidak punya pertimbangan.

“Okey. Kita buat persembahan untuk jamuan makan malam tahun ini. Kita mulakan latihan petang nanti dengan memilih lagu yang sesuai.” Tiba-tiba Maira Atisya membuat keputusan. Bulat mata teman-teman merenung wajah lembutnya. Biar betul...

“Tapi kita nak buat persembahan apa Maira?” tanya Laura seakan tidak percaya.

“Jumpa nanti aku beritahu,” jawab Maira bersama sejalur senyuman yang sentiasa punya peranan dalam apa jua situasi. Dia sudah melangkah bersama dompet duitnya. Teman-teman berpandangan sesama sendiri. Hairan dengan perubahan sikap gadis itu yang tiba-tiba. Akhirnya mereka sama-sama berlalu untuk mengisi perut yang sudah megalunkan irama Jazz Keroncong untuk Ana.....

Sepertimana yang dijanjikan, setelah tamat waktu kerja tanpa sesiapa menyedari, kelima-lima orang gadis itu berkumpul di salah sebuah bilik mesyuarat. Thania, Balqis, Laura dan Nancy sudah teruja manakala Maira Atisya masih berbelah bagi. Benarkah apa yang dilakukannya ini atau sekadar untuk membuktikan pada Alia Natasya bahawa dia bukanlah sebodoh yang disangka. Dia mengeluh, tapi untuk membatalkan, dia tidak sanggup setelah melihat keterujaan di wajah teman-teman yang lain.

“Maira, kenapa lambat? Kita orang dah tak sabar tau,” ucap Nancy penuh semangat. Dia melemparkan senyuman sebaik sahaja gadis itu memboloskan diri.

“Isy engkau ni Nancy, bukannya jamuan tu malam ni. Kita masih lagi ada masa lebih kurang sebulan. Don’t worry. Sempat,” jawab Balqis. Maira Atisya sekadar tersenyum. Dia meletakkan notebooknya di atas meja. Teman-teman yang lain mula menghampiri.

Dibukannya folder lagu yang tersimpan. Pelbagai lagu ada di situ. Matanya teralih kepada teman-teman. “ Kita nak buat persembahan apa? Tradisional atau moden?” Maira Atisya meminta pandangan. Tiap wajah di tatapnya.

“Aku rasa baik kita buat moden. Kalau korang tak kisah, kita buat moden dance. Amacam?” cadang Nancy.

“Engkau ni kan, tak ada semangat tradisionalisma betullah. Aku rasa Maira mesti nak yang tradisional. Erm macam tarian inang ke, zapin atau pun joget. Iyer tak Maira.” tanya Thania. Dia melihat Maira Atisya tersengeh sementara tangannya lincah menari di kekunci notebooknya. Sebuah foldel diaccessnya.

“Maira...” jerit mereka serentak. Bagai tidak percaya dengan apa yang terhidang di mata teman-teman. Biar betul...

“Engkau ke ni Maira. Macam tak percaya jer. Bila ni?” soal Laura. Wajah gadis itu dipanahnya penuh tanda tanya.

“Masa di uni dulu. Program bakti siswa untuk memungut derma bagai membantu keluarga miskin. Ini kira kemuncak segalanyalah. Kami buat persembahan pada malam penutup,” terang Maira Atisya. Dia dapat merasakan apa yang dirasa oleh teman-temannya. Tentulah sukar untuk mereka mempercayainya.

“Engkau menari Maira? Wow! Lagu Britney Spears lagi tu... Baby One More Time. Wah! Cayalah Maira. Tak sangka aku. Pandai gak engkau menari,” komen Balqis. Media Player itu terus mereka tatap dengan rasa kagum.

“Ha! Apa kata, since engkau dah ada rentak dan bunga tari, kita ambik lagu ni saja. Engkau dah boleh ajar, yang lain kita campur tolak bahagi daraplah untuk menyedapkan lagi. Amacam idea bernas tahap geliga ahmad albab dalam gua aku ni,” cadang Nancy dengan mata yang bersinar. Dia sudah semakin teruja. Lagu Baby One More Time sudah teralun dari bibirnya. Tanpa sedar Balqis, Thania dan Laura turut sama menyanyi dan mula melenggok-lenggokkan tubuh sambil tertawa. Maira Atisya sekadar menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah mereka dan akhirnya dia turut sama dalam pakatan tarian tak berguru itu.....

Oh baby baby, Oh baby baby
Oh baby baby, how was I supposed to know
that something wasn't right here
Oh baby baby, I shouldn't have let you go
and now you're out of sight, yeah
show me how you want it to be
tell me baby cuz I need to know now, oh because

My loneliness is killin me (and I)
I must confess I still believe (still believe)
When I'm not with you I lose my mind
give me a sign, hit me baby one more time!

Oh baby baby, the reason I breathe is you
Boy you've got me blinded
Oh pretty baby, there's nothin that I wouldn't do
that's not the way I planned it

Show me how you want it to be
tell me baby cuz I need to know now, oh because

My loneliness is killin me (and I)
I must confess I still believe (still believe)
When I'm not with you I lose my mind
give me a sign, hit me baby one more time!

Oh baby baby, how was I supposed to know
Oh pretty baby, I shouldn't have let you go

I must confess that my loneliness
is killin me now
don't you know I still believe
that you will be here
and give me a sign, hit me baby one more time

I must confess (my loneliness) that my loneliness
(is killing me) Is killing me now
(I must confess) Don't you (I still believe) know I still believe
that you will be here (I lose my mind)

And give me a sign...

Hit me baby one more time!