Tentang URH.....

Dua feedback yang aku terima dari dua novelist yang tak perlu ku perkenalkan di arena penulisan tanahair. Salah seorang nya adalah John Norafizan yang telah menghasilkan novel terbarunya Garis-garis DeJavu. Ikutilah komen beliau....

Ulasan: Ungkapan Rahsia Hati

May 19th, 2008

Ungkapan Rahsia hati adalah tajuk buku yang diterbitkan oleh penerbitan Fajar Pakeer hasil karya pertama penulis bernama Puteri Imaneisya (PI).

Ia mengisahkan tentang gelora kehidupan dan percintaan watak protagonis novel ini, Nurul Izzah. Nurul Izzah digambarkan sebagai perempuan yang diuji cinta bila lelaki yang dipujanya bertukar jadi pengkhianat kasih dan cinta yang mereka pupuk selama ini. Kehadiran beberapa lelaki lain dalam hidup Nurul Izzah (dengan seribu kerenah dan ragam masing-masing) membuatkan dia kadang kala sukar untuk menentukan destinasi kasihnya.

Tetapi ketentuan takdir itu adalah milik Tuhan. Bagaimana Nurul Izzah dapat mengakhiri perjalanan kasihnya dan memberikan cinta itu pada yang benar-benar menanti? Dan adakah perjalanan hidup Nurul Izzah itu sendiri dihalang dengan dugaan yang maha berat?

Ungkapan Rahsia hati ditulis dan dikembangkan berpaksikan pada tema kekeliruan hati. Plotnya kadang kala boleh ‘melemaskan’ pada orang seperti aku yang tidak pernah diuji sebegini. Tetapi mungkin juga, ia boleh membuatkan sesetengah pembaca mengalirkan air mata kasihan pada watak protagonis.

Tambahan pula, banyak perkara dari buku ini yang boleh diambil dan digunakan dalam kehidupan seharian. Contohnya, tentang tajwid Al-Quran. Sesuatu yang bagus dan baik untuk pembaca.

Aku kira, cubaan novel pertama oleh PI ini boleh dikatakan berjaya. Tetapi aku mengharapkan sesuatu yang lebih baik lagi dari penulis ini untuk novel-novel seterusnya. Aku percaya beliau boleh melakukannya!


Apa kata aku sebagai penulisnya......
Ehem! Pertamanya aku nak sentuh... amboi nama aku dah dipendekkan .... Puteri Imaneisya jadi PI... hehehehehe tak kisahlah... dan Ya Allah Huakbar... melemaskan ke.. sempat ke hang sambaq tong oksigen untuk sambung penafasan.... heheheheee. Apa pun thanks atas kesudian hang beri komen terhadap usaha pertama ku untuk buah cinta ku ini. Mungkin agak melemaskan pembacaan buat novelist seperti dirimu, tapi aku tetap yakin tiap dari kita tentu punya cara dan gaya tersendiri dalam menggarap ilham yang diizinkan-Nya bertandang di minda. InsyaAllah aku akan cuba tingkatkan usaha untuk penghasilan sesuatu yang walaupun tidak melepasi tahap kepuasanmu, setidak-tidaknya ia tak akan 'melemaskan' pembacaanmu di masa akan datang... hehehhehe. Tapi janganlah hang letak harapan setinggi Gunung Jerai.. atau Gunung Ledang... aduhai saliha... jenuhlah aku nak mendaki.. Segala teguran akan ku semat dalam ingatan untuk memperbaiki langkah di masa akan datang. Thanks again.....

4 Ulasan:

  Anonymous

May 20, 2008 at 11:01 PM

Ayat Ayat Cinta

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Ketika ku bersujud

Saya tak pasti mengapa hati ini merasa lirik lagu ini bagaikan sebahagian daripada apa yang mampu disingkap dalam Ungkapan Rahsia Hati. Saya dah baca novel ini. Apa yang boleh saya katakan ianya percubaan terbaik yang dilakukan, cuma maaf saya tak pandai membuat ulasan. Rasanya lirik lagu tersebut sudah merangkum segala yang tersembunyi disebalik apa yang dipaparkan. Rahsia hati seorang insan yang gemar membisu dalam perbagai keadaan. -Emil-

  John Norafizan

May 21, 2008 at 8:01 AM

Salam pu3 cinderella ku,
ehehehe...
Jangan takut... novel ni sudah ada umphnyer.. pasti akan meletup-letup gitu!

just buat yang lagi baik supaya satu hari nanti akan digelar penulis paling top di Malaysia.. teruskan!

P/S: Takper.. aku letakkan harapan setinggi genting highlands.. lepas tu kita ngan honey sesame boleh naik cable car ekekekekek!

  Pu3ImaneisyÆ

May 21, 2008 at 2:26 PM

Salam....

For Emil --> thanks coz sudi baca dan hargai sangat lebih-lebih lagi org sesibuk awak. Terkadang apa yang kita lihat bukan zahir untuk apa yang tersirat. Mungkin adakalanya kita perlu menggunakan mata hati dalam melihat apa yang terselindung. I have no comment for that lyric... anyhow... memang penuh pengertian yang perlukan pemahaman yang cukup dalam.

For JN@Arjuna Chinta --> Takut tu mungkin dah kurang justeru ada teman-teman seperti anda [salah seoranglah] yang tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dan sentiasa berada di sisi untuk memberikan sokongan dan dorongan serta motivasi. InsyaAllah moga akan diberi kesempatan untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik dari apa yang telah terhasil... apapun sebagai penulis baru, terlalu banyak yang perlu dipelajari dan perbaiki... Moga kalian tetap setia membantu dan menegur untuk membetulkan kepincangan. Thanks again dan rasanya belum layak untuk menerima pujian tu... apapun ianya akan ku jadikan aziman dalam meneruskan langkah.... well teringin gak nak termasuk dalam senarai Pelulis top tu, tapi bila ekk.... hahahahahaa

P/S: Ha! letak harapan setinggi genting highlands... vavavava brother.... itu hati ada rasa sana juga mahu pegi ka.... tarak apa... nanti satu hari kalu, kita kasi rembat itu anak mami, sana juga kita bawa pegi... boleh naik itu cable car sama itu roller coster... ada suka ka... vavavava.... adios... ;-) ;-)