Sebuah Cerita Cinta

Jika Kau Tiada


Ah! Ke mana pulak hilangnya si Hadif Raizal Isyaf ni. Dah lenguh aku buat senaman jari mendail nombor dia. Kenapanya tak berjawab. Aduh! Tak kan merajuk kut… Isy tak rock langsunglah. bebel Firyal Rifdah. Sudah berpuluh kali nombor telefon anak muda itu di dailnya, tapi hasil yang diterima tetap sama. Talian tidak berjawab malah langsung tak ada respond.

Dia mula resah. Hatinya sudah diresapi berbagai rasa tidak enak. Jangan-jangan dia marah aku tak…. Erm merajuk mungkin, tapi macam tak logik pulak dia nak merajuk…. Selama ini tak pernah pun dia buat perangai macam ni. Tak pernah pun panggilan aku tak di jawabnya apatah lagi bila dah banyak kali aku called. Hatta dalam meeting sekali pun, mesti dia akan jawab. Paling tidak pun akan sms beritahu dia tak free untuk menjawab panggilan aku. Tapi kenapa kali ini jadi macam ni… hati Firyal Rifdah mula bermonolog.

Entah mengapa dari keperbagai rasa yang meresapi tadi, hatinya mula digayuti rasa bersalah. Mungkinkah tingkahnya sudah keterlaluan hingga mampu menyentuh dan menyinggung hati dan sanubari anak muda itu? Dua jiwa yang masih dalam kategori ajnabi bukankah haram hukumnya… Firyal Rifdah ternyata kegelisahan. Hatinya tidak tenteram. Perubahan Hadif Raizal Isyraf membuatkan diri dan ketenangannya menjadi kucar kacir. Masakan kerana perkara itu perubahan ini terjadi…. Tapi mungkin juga.. Ahh… Dia mengeluh…. Terdera secara zahir dan batin…… Panggilan darinya masih gagal mengesan jauh sekali di jawab oleh anak muda itu. Firyal Rifdah sudah tidak betah duduk. Jiwanya mula tertekan.

Sementara itu, di office Hadif Raizal Isyraf mengeluh. Telefon yang sudah acapkali menjerit bagaikan satu ujian buat dirinya. Sesungguhnya hatinya tidak tega melakukan sebegitu terhadap si pemanggil, namun dia terpaksa. Hanya cara itu sahaja yang terlintas di fikirannya untuk menyuntik vaksin kesedaran dalam jiwa gadis degil itu. Biarpun tingkah dan tindakannya ternyata kejam di penglihatan orang lain, tapi sesungguhnya penderaan yang Firyal Rifdah rasakan turut sama dikongsinya. Telefon menjerit lagi tapi seperti tadi Hadif Raizal Isyraf buat muka seposen. Telinga dipekak berbinkan tuli. Farid yang melihat mula blur. Tak pernah temannya itu berkeadaan sedemikian. Kenapa pulak dengan pasangan merpati dua ekor ni. Perang teluk ke? tanya hatinya sendiri.

“Budak degil macam Firyal tu, nak buat dia sedar kena wujudkan rasa bersalah dalam dirinya,” terang Hadif Raizal Isyraf tersenyum. Tidak sukar baginya membaca maksud pandangan Farid sebentar tadi. Sudah pasti anak muda itu heran dengan tingkahnya yang tiba-tiba itu.

Farid menggeleng-gelengkan kepala. Ketidakfahaman mula menapak ke dalam mindanya. Aduh! Boleh putus fius aku jadinya kalau terus melayan dua orang makhluk separuh normal ni. Gumam hatinya sendiri. Hadif Raizal Isyraf buat muka toya. Masih menghalakan pandangan pada skrin notebooknya. Bukan dia tidak perasan akan wajah blur teman yang menyampaikan pesan, tapi sengaja dia melakukan penderaan. Pelajaran luar kelas yang diperolehi dari gadis sedegil Firyal Rifdah kini diadaptasikan dalam eksperiman luar sedar terhadap temannya itu.

Telefon di meja Hadif Raizal Isyraf menjerit lagi. Anak muda itu berlagak pekak. Jemarinya lincah menarikan irama rap di pentas kekunci notebook. Konon menyibukkan diri menjadi pereka tari pada set dokumen yang entah apa-apa. Mahu tidak mahu Farid terpaksa mengangkat jua gagang telefon itu.

“Kata aku tak ada dan engjau dah tak nampak aku sejak semalam.” Masih sempat anak muda itu menitip pesanan ringkas.

Ek eleh! Tinggal pesanan macam aku ni PA chentan dia pulak. Gumam Farid di dalam hati.

“Hello! Good morning. Encik Hadif office.” Lembut ibni berhemah kedengaran suara Farid menjawab panggilan.

“May I speak with Encik Hadif please.” Pinta si pemanggil.

“I’m sorry, Encik Hadif not around. Any messag….”

“Rizal, Firyal ni. Mana Hadif? You kan kawan dia. Tak kan tak tahu mana dia hilang?” Laju Firyal Rifdah menembak sebelum sempat Rizal menghabiskan kata.

“La! You ke Firyal. I ingatkan mak nenek mana yang telefon. Terjah orang mengalahkan kereta putus brek.” Rizal sudah membuka gelanggang. Hadif Raizal Isyraf sempat menjeling. Cari nahas si Rizal ni. Bisik hatinya. Yakin amat. Sebentar lagi perang Amerika vs German macam dalam siri combat akan berlangsung.

“Suka hati I lah. Mak Nenek ke, Mak Orang ke, putus brek ke, you peduli apa. Bukan mulut you,” sergah Firyal Rifdah garang. Geram rasa hatinya mendengar kata-kata Farid sebentar tadi. Kalau panjang tangannya macam plasticman dan boleh pula masuk ke dalam gagang telefon, sudah pasti akan diramas-ramasnya mulut celupar lelaki itu agar tidak dapat melaser lagi.

“Ada apa-apa you nak cakap lagi? I belum dioffer menjadi pemegang gagang telefon di syarikat ni,” sindir Rizal selamba.

“Eleh! Macamlah I ni bulur sangat nak cakap dengan you. Tak hinginlah. I nak cakap dengan Hadif,” ucap Firyal Rifdah sambil buat mulut. Herot ke kiri, herot ke kanan. Geramnya datang semula. Kali ini bertambah, dari satu menjadi dua. Tadi pada Hadif, sekarang pada Rizal pulak. Mengapalah dia dipertemukan dengan makhluk berspesis Alien dalam hidupnya..

Ah! Kenapalah tok kebayan sekolah tadika ni yang jawab panggilan aku. Dia mengomel sendiri.

“Dey Minachi! Tadi kan I dah beritahu, Hadif tak ada. Apa sound trouble ke atau dah tak faham Bahasa Melayu. Nak I cakap dalam Bahasa Tamil ke?” Rizal bagai sengaja menyiram petrol pada hati yang mula berbahang. Sengaja mencari pasal.

“Vavavavava… Day Mamak Mumbai! A1 punya bahasa nampak. Sesedap perisa adabi secukup rasa Maggie aje kata orang sound trouble yer. Mulut tu guna insuran syarikat mana ha! Atau dah terasa bersedara dengan sesumpah nak kena daulat sumpah keturunan puteri kejaraan Mesir?” tanya Firyal Rifdah. Mukanya panas bagai dilumur losyen pati halia yang hangat di pasaran.

Isy dia ni lelaki ke perempuan sebenarnya?? Bahasa tak adanya halus. Macamanalah si Alisya boleh tahan dengan gaya bahasa mamat zaman batu ni. Kutuk hatinya yang berlandaskan geram. Kalau diikutkan rasa marah, mahu sahaja di smack downnya si Farid. Biar tersadai di hospital dalam sebulan dua. Firyal Rifdah merengus bila talian terputus. Tidak pasti samada sengaja di putuskan atau kredit telefon yang bertindak kejam dalam nazak yang selalu tidak dihiraukannya.

Farid merenung talian yang bisu. Terkedu… Ah! Kenapa pula talian putus tiba-tiba? Isy macam-macam penyakitlah, tapi ada gak baiknya dari terus berperang bicara dengan si mulut murai. Di letakkan kembali gagang bisu ke tempatnya.

“Tak payah nak sorok dan tahan tawa engkau tu. Dah macam kucing menahan isi perut yang dah sampai tahap kritikal aje aku tengok,” sergah Farid bila melihat gelagat Hadif Raizal Isyraf yang terkial-kial menahan tawa dari terburai dari mulutnya. Wajah temannya itu di tenung lama dan akhirnya dia yang memuntahkan tawa.

“Hadif, aku surrender… angkat bendera putih. Macamanalah engkau boleh tahan dengan minah dinosaur tu. Peh! Bicara dia macam gaya nak mengawan,” komen Farid. Kedua tangannya sudah diangkat menandakan ketidaksanggupannya lagi.

“Engkau pun apa kurangnya. Jangan nak kutuk dia lebih-lebih. Sama naiknya bahasa korang berdua tu,” balas Hadif Raizal Isyraf bersama tawa yang masih bersisa.

“Iyerlah tu. Sama naik… semuanya disebabkan engkau. Dah suruh aku berbohong boleh samakan aku dengan dia pulak. Cheeseburger McDonalds punya kawan.” Farid menarik muka masam kelat.

Tidak faham dengan apa yang sedang berlaku kini. Setahunya hubungan kedua makhluk yang dikenalinya itu sentiasa ceria. Tidak pernah terdengar temannya itu merungut atau bersungut dengan tingkah Firyal Rifdah yang terkadang bagai orang keputusan fius atau sebaris dengan orang sakit mental yang tak sebegitu sakit di mental hospital negara ini. Mengapa pulak tiba-tiba seorang bagai terhumban ke Kutub Utara dan seorang lagi ke Angola??? Dia menggaru-garu kepala yang tidak didiami kutu baboon.

“Hadif, apa yang dah terjadi antara korang ni? Engkau dah tak nak kawan dengan minah dinasour tu lagi ke?” Farid inginkan kepastian merangkap package penerangan.

Hadif Raizal Isyraf sekadar tersenyum. Dia pasti apa yang dirancangnya akan berjalan lancar, cuma mungkin dia perlukan bantuan Rizal bagai memantapkan lagi segalanya. Yakin amat kala ini sudah tentunya gadis yang sedang mencarinya tidak senang duduk dan memang itulah yang di ingininya. Biar keresahan dan rasa bersalah itu dirasai oleh gadis itu dalam beberapa hari. Moga segala perancangannya akan berakhir seperti yang diharapkan. Dalam hati anak muda itu menyimpul harapan. Ya Allah Ya Rabbi…. Permudahkanlah apa yang aku rancangkan ini…..

Takku kenal cinta

Sebelum kau hadir
Tak ku tahu erti rindu
Kini doa ku termakbul
Ku tagih cinta mu selalu

4 Ulasan:

  Anonymous

June 22, 2008 at 1:31 PM

indah nian ceritanya :)

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

June 22, 2008 at 4:14 PM

Makasih Achoey... kisahnya belum tamat... kalau kamu suka, kamu cari lagi sih kisah2 terdahulunya di sini.... ada juga ku muatkan dari seawal ku tulis

  Mersik

June 24, 2008 at 2:02 AM

Jika kau tiada - ehhh.. pokcik kan ada... hik hik

  Anonymous

November 13, 2009 at 7:38 PM

Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!