Camne tahun ni???

Erm tahun ni aku tak tahu camne sambutan raya kat kampung, tapi yang pasti malam raya akan berlangsung cam tahun-tahun yang telah lalu.... persiapan juadah esok hari pasti akan disediakan pada malam tersebut, cuma yang mungkin berbeda adalah suasannya. Kalau sebelum ini memang cukup meriah tapi kali ini pasti berlainan. Apapun sebuah kehidupan harus kita teruskan... Juadah pagi raya mesti disediakan. Mesti ada...


Yang kat atas ni mesti ada... wajib lagi... tapi hingga ke hari ini aku masih gagal dalam menyempurnakan diri untuk membuatnya sendiri. Dah banyak kali punkena perli, tapi aku buat muka sardin... dah tak reti nak kata apa...
Satu lagi juadah yang wajib ada adalah.... juadah kat sebelah tu. Tapi kalau bakar guna kaedah moden, sorrylah aku tak makan... tak sedap. Yang aku cari tetap bercirikan tradisional... pembuatannya masih menggunakan kaedah bakar tak guna over gitu... pastu makan lak ngan tumis bilis... aduh! sedapnya... kalau dapatlah juadah ni, aku dah tak pandang benda lain... memang sedap... semua dah tahu sangat kegilaan cara aku memakannya. Walaupun mungkin bagi sesetengah orang rasa pelik, tapi tak bagi aku... kalau dulu mesti riuh dengar suara mama bila time bakar kuih bahulu ni, suara papa bersembang sementara menanti rendang dan palas masak... suara tok wan menegur yang ketupat tu kena tengok-tengok airnya takut kering... tahun ini tiada lagi... dan pastinya pu3 yang sorang ini akan mula bertemankan sesuatu yang tak dapat dipisahkan....
Kuatkah aku????

5 Ulasan:

  zeqzeq

September 27, 2008 at 8:16 AM

tu tu tuu..ketupat PALAS bersantan hee..

  arissa

September 29, 2008 at 10:04 AM

ketupat daun palas, buat aku terliur jer.. sedih ar! raya seorang2 tak dapat pulang kampung.. uhuhuhuuu wahh! apa pun pu3, arissa ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, BERHATI-HATI DI JALAN RAYA.. maaf zahir dan batin hehehe.. MAKAN KETUPAT DAUN PALAS tuuuu ingat-ingat lah arissa di sini.. jangan lupa bawa untuk arissa key!

  Pu3ImaneisyÆ

October 2, 2008 at 11:59 PM

hai Arissa... salam lebaran gak untuk mu. Kehadiran syawal tak semeriah mana... tak seperti yang telah lalu justeru insan tersayang tiada bersama. Nanti kita jumpa ekk bila pu3 balik KL...

  Pu3ImaneisyÆ

October 3, 2008 at 12:00 AM

hai Zeqzeq... suka ke makan ketupat palas... setengah orang tak suka... tapi bagi pu3 itulah juadah paling best....