Sesuci Embun Kasih

Continue Sesuci Embun Kasih@SEK

Kemunculan Fizz Haizal, Emil Roziman, Fakrul, Daniel dan Ilham benar-benar memukau pandangan seluruh pekerja Teras Chemara Holding. Mana taknya, dahlah tadi mereka berlima selamba buat grand entrence ala-ala panglima masuk istana dengan pakaian lagak pendekar lima bersaudara, kini penampilan sudah bertukar corak. Masing-masing sudah memegang senjata berupa gitar, keyboard dan dram. Test cord untuk cari mood sebelum kelima-limanya memulakan gigs.

Persembahan malam itu cukup menghiburkan. Jika tadi Maira Atisya dan teman-temannya memukau dan mengejutkan hadirin dengan tarian lagu Asmaradana, kali ini giliran Fizz Haizal dan teman-temannya pula. Nyata mereka menguasai segenap penjuru pentas itu dengan persembahan yang cukup bertenaga.

Sebaik sahaja bergema intro petikan gitar dari Emil Roziman, anak-anak dara hatta yang dah berstatuskan mak dara Teras Chemara Holding sudah mula tak hingat diri. Mula bersorak dan menjerit. Lebih-lebih lagi Daniel yang bermain keyboard lepak menyapu intro secara solo beriring dengan pukulan maut dram dari Fakrul.

Mohon selembar harapan
Buatku sedang rawang
Biar pun sekadar cuma senyuman
Ikhlas kau pujaan

Rangkap kedua selamba disapu oleh Ilham. Malam itu mereka bagai diperkenalkan dengan Ilham yang tidak pernah mereka kenal. Sempoi giler layan rock dengan gitarnya.

Mohon sesaat berangan
Buatku meleraikan
Apapun hiba dan tangisan
Menawan segala perasaan


Pot korus kelima-limanya tapau bersama.

Aku sedar...
Siapa diriku...
Aku dah tahu...
Siapa aku...
Aku sedar...
Dan merasa malu...
Aku sangatlah mahu...
Berterima kasih...
Sungguh
Langsung tak pernah marah
Walaupun sekali seakan memahami
Langsung tak pernah kasar
Dalam berbahasa menjaga maruahku
Langsung tak pernah jeling
Menunjukkan benci pada diriku ini
Buatku tak pernah akan pernah menyesal
Menagih cintamu biarku membelai rindu..


Gorengan petikan gitar dari Fizz Haizal, Emil Roziman dan Ilham beserta dengan showmanship mereka membuatkan ramai yang terjerit. Bagaikan tidak cukup rencah kalau tidak berserta alunan muzik dari keyboard Daniel dan pukulan maut dram Fakrul. Kala music breach, ruang kosong dihadapan pentas sudah diisi dengan staff yang sporting habis menari mengikut rentak muzik kelima-lima anak muda itu.

Balqis, Thania, Laura dan Nancy juga tidak ketinggalan. Masing-masing bagai tidak hingat dunia. Turut sama menari dengan teman-teman yang lain.

Fizz Haizal selamba turun ke meja Maira Atisya sambil menyambar rangkap seterusnya. Merah wajah Maira Atisya bila teman-teman bersorak.

Mohon secebis kasihan
Janganku dilupakan
Dalam dilipatan kenangan
Bercinta dikau di persimpangan


Tanpa rasa berdosa, tangan gadis itu ditarik anak muda itu untuk naik ke pentas. Mahu tak mahu, terpaksa juga diturutkan oleh gadis itu bila ramai yang sudah bersorak dan bertepuk tangan hatta CEO syarikat beserta VIP yang duduk di meja khas juga cukup sporting dalam keterujaan. Mereka turut berterpuk tangan mengikut alunan muzik yang sedang bergema di dalam ballroom itu. Nyata semuanya terhibur.

Aku sedar...
Siapa diriku...
Aku dah tahu...
Siapa aku...
Aku sedar...
Dan merasa malu...
Aku sangatlah mahu...
Berterima kasih...
Sungguh
Langsung tak pernah marah
Walaupun sekali seakan memahami
Langsung tak pernah kasar
Dalam berbahasa menjaga maruahku
Langsung tak pernah jeling
Menunjukkan benci pada diriku ini
Buatku tak pernah akan pernah menyesal
Menagih cintamu biarku membelai rindu..
la la la la la la la...
la la la la la la la...
Aku rela merindu...
Aku rela merindu...
Aku rela merindu mu....


Mendayu suara Fizz Haizal mengakhiri lagu itu sambil tangannya menghulurkan one red rose, full-bloom with baby’s breath in a bouquet wrap with white organza and pink ribbon pada Maira Atisya.

“Wow! The I-Love-You ensemble” Terdengar jeritan dari hadirin.

“Romantiknya…” Jerit yang lain pula.

Wajah Maira Atisya sudah merah. Panas sejuk silih berganti bagai direndam dalam selori kiub ais. Senyuman yang sudah lama mekar di bibir anak muda itu menambahkan getar yang memukul tangkai hatinya. Aduh! Malu sih… bila bunga kini bertukar tangan.

Ilham dan Fakrul tersenyum manakala Daniel sudah tertawa kecil. Emil Roziman sengeh. Dipetiknya gitar intro lagu Sinaran Cinta yang dipopularkan oleh Jamal Abdillah untuk memberi ruang teman yang sudah sekian lama memendam perasaan itu meluahkan segala yang tersimpan dengan penuh penghayatan.

Di dalam matamu
Aku melihat sinaran bercahaya
Beri padaku sinar cintamu
Akan ku pancar sinarannya di hatiku

Cuba kau lihat
Sinar mataku
Terpancar rindu
Yang kusimpan untukmu

Antara kita
Memendam rasa
Hingga tak daya
Nak melawan resah cinta

Engkau paling ku sayang
Paling ku cinta... sepanjang hayatku
Moga engkau pun tahu
Betapa aku mengharapkan

Betapa aku memerlukan
Agar engkau terus kekal bersamaku
Betapa indah
Bila kau di sisiku
Bahagia kurasa
Di hatiku


No wonder Stevie wonderlah diorang asyik lesap aje hari tu. Rupanya ada udang dalam mee,” bisik Laura pada Maira Atisya yang sedang melayan merdu suara si chenta hati.

“Macamanalah aku boleh lupa. Abang Fakrul ada studio dan aku rasa mereka selalu lepak dan jamming di sana. Sebab itulah kita tak tahu,” terang Balqis pada teman-temannya. Dia pernah mengikut Fakrul ke studio abangnya yang terletak di kawasan Sri Hartamas beberapa kali.

“Mungkin sebab engkau dah tua. Itu sebablah engkau lupa,” usik Laura selamba. Balqis sudah tarik muka 14 setengah. Segera jarinya menjalankan acara sepit ketam ke lengan gadis itu. Bersiut Laura akhirnya sambil mengusap lengannya yang perit.

“Maira, aku rasa che abang tu meluahkan apa yang selama ini dia simpanlah. Buktinya bunga tu. Well, tak kan engkau tak rasa apa-apa?” tanya Thania sambil matanya melolot ke wajah Maira Atisya.

Gadis itu sekadar tersenyum. Tidak ada sebarang pengulasan atau komen akan pertanyaan yang diajukan padanya.

“Aduh! Diorang ni betullah. Dah macam professional aje aku tengok… Kekasih awal dan akhirlah pulak… Ni yang buat aku terawang-awang ni,” Mata Balqis sudah memancarkan sinar gama maha gumbira. Bibirnya mula mengikut bait-bait dalam lagu yang sedang dialunkan oleh Daniel.

“Erm, korang rasa sapa yang akan buat tarik pat korus tu?” tanya Nancy.

“Aku rasa Emil…” teka Thania.

“Eh! Tak… aku rasa Fizz,” teka Laura.

“Bukan... aku yakin mesti buah hati aku si Fakrul sebab lagu ni dia tuju kat akulah,” ucap Balqis tersipu-sipu.

“Ek eleh dia ni! Sejak bila engkau jadi minah perasan tahap tak hingat dunia ha? Tak malu... buah hati konon...” cemuh Thania sambil ketawa.

“Ha! Ilham...!! Biar betul...” Empat suara sudah separuh menjerit. Semua tekaan mereka ternyata salah bila korus lagu itu disambar oleh Ilham dalam tarik goreng suaranya yang nyata cukup power. Bagai dipaku, kelima-lima mata gadis itu terus diserat ke pentas. Penghayatan anak muda itu cukup bersahaja tapi penuh emosi. Lirik matanya memanah ke meja Maira Atisya dan teman-temannya.

Tepukan dan jeritan mula terdengar dari segenap arah. Ramai anak-anak dara hatta yang berstatuskan mak dara sudah tak sedar diri. Masing-masing tidak percaya anak muda sealim Ilham boleh jer masuk line balada jiwang. Maira Atisya sekadar membisu. Tanpa sesiapa menyedari gadis itu sedang berkomunikasi dalam lenggok pandangan mata dengan Fizz Haizal yang berada di pentas.

“Peh! Cayalah Ilham. Tak sangka aku. Tadi layan angan dan sedar, sekarang ni kekasih awal dan akhir pulak. Lepas ni ramailah yang beratur nak masuk line jadi awek dia, tapi kalau lihat dari cara dia layan lagu tu macam tuju kat seseorang jer…” komen Thania sambil tersengeh-sengeh spesis kerang kena rebus.

“Wow… wow… tak kan sorang lagi nak buat pengluahan hati… ni dah kes berat. Well, said something my friend.” Serentak Balqis, Thania, Nancy dan Laura menyerang gadis yang masih betah mengunci bicara itu. Kini keempat-empat pasang mata sudah beralih arah. Memanah ke wajah Maira Atisya yang kelam kabut membuat pengawal agar tetap kekal tidak beriak.

“Maira....” panggil gadis-gadis itu serentak bila melihat teman yang seorang itu masih mengunci bicara.

Belum sempat Maira menjawab gemersik suara Fizz Haizal mengalunkan lagu warisan wanita terakhir seolah penyelamat buat dirinya. Keempat-empat gadis itu sudah mula melayan lagu yang sedang teralun. Maira Atisya menarik nafas lega biarpun dadanya kian sesak diasak gemersik suara Fizz Haizal yang masih dengan lagu yang dinyanyikannya. Entah kenapa Maira Atisya bagai lemas di daratan perasaan.

Satu kejutan yang membuatkan Alia Natsya menghadiahkan berbakul-bakul sumpah seranah pada gadis itu bila dengan selamba Emil Roziman mengumamkan bahawa mereka semua akan berduet menyanyikan lagu Jangan Pisahkan yang pernah dipopularkan oleh Mayangsari dan Deddy Dores dengan Maira Atisya, Balqis, Thania, Laura dan Nancy. Tepukan gemuruh kedengaran dari semua sementara kelima-lima gadis itu benar-benar terkasima dalam terkezut. Terkedu tanpa kata dengan tindakan anak muda yang tidak makan saman dan penuh selamba seperti Emil Roziman itu. Masing-masing berbincang dalam pandangan tanpa kata dan akhirnya nyata mereka tidak punya pilihan bila terdengar suara Fakrul yang memulakan intro lagu tersebut. Rela dalam paksa mereka semua akhirnya sudah berada di pentas.