Sesuci Embun Kasih

Continue Sesuci Embun Kasih@SEK

Sebagaimana lazim pada setiap tahun, usai sahaja pertandingan Inter Accountant Firm Games@IAFG, Teras Chemara Holdings akan mengadakan majlis jamuan makan malam bagi meraikan semua pemain yang telah mengambil bahagian dalam tiap permainan yang dipertandingankan. Tahun ini ianya lebih meriah kerana dibuat serentak dengan jamuan tahunan syarikat. Semua pekerja sudah mula teruja dan mencari kostium yang bersesuaian dengan tema. Pastinya tiap dari mereka ingin kelihatan anggun dan bergaya.

Malam yang dinanti oleh seluruh warga Teras Chemara Holding hadir jua. Setiap orang nampak cukup bergaya dengan penampilan yang bertemakan D’Legend of Memories.

Malam itu Alia Natasya menjadikan dirinya subject utama pada setiap mata yang singgah memandang. Gaya ala Marilyn Monroenya cukup daring dan seksi. Sedikitpun dia tidak berasa malu sebaliknya puas bila dirinya disapa setiapkali bertemu dengan teman-teman sekerja yang lain. Senyumannya sentiasa mekar sambil sesekali manghantar jelingan mengejek buat Maira Atisya yang berada tidak jauh darinya.

“Amboi! Abang ingatkan Mahsuri hidup semula, rupanya Cik Maira Atisya kita. Well, cantik Maira malam ini. Macam perempuan melayu terakhir,” tegur Emil Roziman yang entah dari mana munculnya.

Maira Atisya sekadar tersenyum. “Terima kasih. Abang pun apa kurangnya, tampak segak dengan sepasang baju melayu teluk belanga. Siap bertanjank berkeris bagai. Sekali tengok dah macam Hang Tuah… tapi kalau dua kali pandang gaya orang nak sambut tangan tok kadi aje,” komen Maira Atisya mengusik. Matanya melolot pada penampilan anak muda yang persis pahlawan dahulukala itu.

“Terima kasih kembali. Abang tahu Maira akan cakap abang segak, tapi kalau Maira tak kata pun abang memang sedar yang diri abang ni dah lama tergolong dalam kategori jejaka handsome seMalaya yang sah-sah terhangat di pasaran,” ucap Emil Roziman selamba. Sengaja dia ingin menyakat dan mengusik gadis itu. Rasa tidak puas kalau sehari tidak melihat wajah masam kelat yang entah mengapa agak menawan pada pandangan matanya.

“Perasan…,” cebik Maira Atisya. Mereka sama-sama tertawa.

“Wah... Wah... korang berdua ni, kalau dapat bersembang, orang lain pun dah tak ingat yer,” sapa Ilham. Penampilannya juga sama dengan apa yang digayakan oleh Emil Roziman malahan Fakrul dan Daniel juga begitu. Ketiga anak muda itu merapati kedua orang teman yang masih tertawa. Mata Ilham sempat meyapa ke wajah Maira Atisya. Hati lelakinya entah mengapa tiba-tiba bergetar.

“Eh! Kejap, aku rasa macam ada yang missing atau uncomplete. Korang punya legenda ni tak cukup korumlah. Kalau nak kategorikan dalam Hang, all of you need one more. Where he is? Where is your another hang?” tanya Balqis. Dia menggayakan kostium Cinderella manakala Thania dengan kostium ahli sihir. Siap dibawanya penyapu bersama. Laura dan Nancy memilih untuk menjadi ninja dalam kostium serba hitam.

“Wah! Thania, penyapu siapa yang engkau rembat ni? Dahsyatlah…, Penyapu ni boleh terbang ke?” giat Daniel memandang gadis yang sudah tersengeh.

“Mana Fizz?” tanya Ilham. Matanya tercari-cari kelibat teman yang seorang lagi. Memang betul, kumpulan mereka kelihatan tidak sempurna tanpa anak muda itu.

“Ala! Bukan engkau tak tahu. Mamat tu kan sentimental dalam segala hal. Bukan macam kita yang heavymental tahap underground, cuma feeling management sahaja yang sering fail. Sekejap lagi sampailah tu,” ucap Emil Roziman selamba tanpa bertapis. Maira Atisya sekadar menggeleng-gelengkan kepala melihat sikap anak muda itu. Masih tidak berubah, masih pejal dengan mulut laser yang terkadang langsung tidak dikawal.

“Eh! Itu Fizz Haizal kan. Wallah segaknya dia. Barulah cukup korum korang ni. Lima hang di era baru, tapi sapa pulak awek sebelah dia tu? Tak kan dia bawak Tun Tijah sekali...? Habis, si Melur yang ada dekat sini apa citer pulak? Nanti tak pasal ada yang menyanyi ala-ala seru... 'Ohhhh!!! kesuma jiwaku... Mari ubati.... Rindu hamba...” Balqis membebel sambil sempat mengalunkan serangkap dua lagu dari filem Hang Tuah.

Maira Atisya sudah menjegilkan mata ke arah Balqis. Tidak gemar dirinya dijadikan bahan pada bual bicara mereka. Pantas tangannya menyepit lengan gadis itu membuatkan dia terjerit sambil menyeringai menahan perit. Teman-teman yang lain sudah mengulum senyum.

“Itu yang aku pun ada musykil gak ni. Apakehalnya tiba-tiba dia angkut awek lain pulak. Sejak bila dia register jadi Don Juan? Habis, si Maira ni nak letak dekat mana? Tak kanlah nak dimadukan serentak kut,” Emil Roziman melahirkan kehairanan dalam kebingungan sambil mengusap-ngusap dagu. Lagaknya seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

“Abang, Maira tak ada kaitan yer. Biarlah dia nak bawa sapa pun. Itu kan hak dia, yang kita pulak sibuk pertikaikan kenapa,” sela Maira Atisya tegas. Dia menjeling ke arah Emil Roziman yang terhenjut-henjut menahan tawa.

“Abang…,” Maira Atisya mengetap bibir. Geram dengan tingkah anak muda yang memang tak makan saman itu. Dia mengatur langkah bila terlihat Fizz Haizal mula menapak ke arah mereka. Entah mengapa dia seolah tidak mahu bertetang pandang dengan anak muda itu.

Emil Roziman sudah memuntahkan tawa. Bukan sukar untuknya mengesan perubahan suhu pada tingkah laku gadis itu, namun cuba diabaikannya. Tidak sampai hati untuk terus mengocak perasaan yang sudah mula berkocak. Maira Atisya mencebik sebelum meninggalkan kelompok teman-teman yang turut menyungilkan senyuman mendengar usikan anak muda itu.

“Sorry aku terlewat, dah lama korang sampai?” ucap Fizz Haizal namun matanya menyorot langkah Maira Atisya. Hatinya berdetik sendiri. Mengapa gadis itu bagai sengaja mahu menjauh darinya... Masakan marah atas kelewatannya? Dia menggaru kepala yang tidak gatal.

“Tak habis dengan sorry… Apa, tadi engkau datang naik lori ke? Lama tak lamalah, tapi bolehlah buat orang merajuk ala-ala berjauh hati. Engkau sampai lambat satu hal, boleh pulak masuk berganding gaya pengantin tak jadi pulak dengan awek lain. Mana member tak angkat kaki,” sindir Emil Roziman selamba. Matanya sedari tadi sudah mengikut arah mata teman baiknya itu. Ha! Tahu pun gabra bila awek angkat kaki.

“Dia merajuk ke?” entah pada siapa soalan diajukan.

“Ek eleh! Engkau ni lembab betullah. Dah tu kalau tak merajuk, apa pulak kenanya dengan minah tu? Main sorok-sorok?” sergah Emil Roziman. Matanya sudah meratah wajah blur Fizz Haizal. Kenapalah mamat ni tak peka langsung dengan silent language si Maira tu. Aduh! Kesian aku tengok pasangan arjuna chenta yang tak khatam dalam bab asmaradana ni... keluhnya sendiri.

Teman-teman yang lain sudah terhinjut-hinjut menahan gelak melihat wajah Fizz Haizal yang terkulat-kulat mengulum kata-kata pedas anak muda itu. Memang Emil Roziman main lepas cakap tanpa beralas, tapi yang lebih lucu bila melihat wajah teman yang kena sembur. Wajah kelam hilang punca masih membias di wajah itu. Aduh!!

“Pergilah pujuk, masih belum terlewat lagi. Perempuan Melayu terakhir tu Encik Fizz, bukan sahaja tingkah dan perilakunya lembut, tapi hati dan emosinya juga. Lebih-lebih lagi bila orang yang ditunggu sekian lama tiba dengan orang lain. Hati mana yang tak disapa cemburu dan curiga,” sampuk Balqis dalam madah yang entah dari mana dihafalnya. Teman-teman yang lain sudah tertawa mendengarkan kata-kata gadis itu.

“Fuiyooo… ini kiranya pembelajaran orang bercintalah yer. Wah! Tak sangka aku Fakrul… pandai juga engkau dalam bab madah-madah ni yer. Dasar mat bunga jiwang karat,” sakat Emil Roziman dengan tawa yang masih belum reda.

Keriuhan kumpulan itu berbual dan ketawa mula menggamit pandangan dari teman-teman sekerja yang lain termasuklah Alia Natasya. Dia melemparkan senyuman mengoda bila pandangannya bertemu dengan pandangan Fizz Haizal, namun anak muda itu sekadar buat muka seposen…bolayan….