Terfikir, memikir dan berfikir...

Sesungguhnya aku bagai hilang kefahaman
Atau mungkin aku ni yang tak faham
Atau apakah daya pemahaman aku memang dah hancus
Kerana itulah aku langsung tak mampu memahami
Bagaimana sebenarnya untuk mendefinasikan
Di definasikan icon yang dicanang di setiap pelusuk negeri
Berdefinasi tentang apa yang sebenarnya di cari
Aku keliru.. keliru dalam nyata yang tak tersembunyi
Mata melirik minda mencari
Lima jelitawan beraksi di skrin dengan berbagai aksi
Menari, menyanyi, berlakon,
Ingin diri dinobatkan sebagai GaDiS MeLayU...
Mungkin ada yang terlepas pandang
Mungkin juga sengaja tak memandang
Hukum yang memang haram
Mana mungkin boleh dimanipulasikan
Walau dalam apa juga keadaan
Yang haram tetap berdiri sebagai haram
Tiada tingkah yang menghalalkan cara
Bersentuhan dalam lintuk lenggok tubuh
Antara bukan ajnabi seharusnya dielakkan
Agar adab dalam kesopanan tidak dilangkau
Agama yang berpaksi di dada tidak sewenang diinjak
Pakaian seharusnya bukan memperlihat lekok di tubuh
Itu belum diambil kira yang bersifat mahkota di atas kepala
Yang wajib ditutup seperti yang termaktub
dalam surah An-Nur ayat 31 yang antara lain menyebut:
Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,
kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [selebihnya rujuk surah An-Nur].
Aku bukan penentang dalam kemodenan
Sedangkan agama juga
tidak menghalang mengejar segala kemajuan
Lagi pun memang dunia makin moden
Manusia semakin maju
Dinobat sebagai icon, pasti akan jadi tontonan
Mungkin juga jadi ikutan
Tapi ikutan seperti mana yang menjadi matlamat
Akhirnya aku blur sendiri
Memikirkan apa relevantnya
Gadis Melayu yang kononnya sebagai icon
Apa sebenarnya yang dicari
Diakhir penobatan yang diberi
Waallahualambisawab.

5 Ulasan:

  umi ameer

November 6, 2009 at 11:37 AM

pertandingan ratu cantik cara lain ek.. ramai tak perasan, but itulah hakikatnya...

  anyss

November 6, 2009 at 3:50 PM

Penaja banyak dapat tu...syarikat komunikasi untuk sms, jambangan bunga, teh jackie chan, dan bla bla bla...belum termasuk make up dan tajaan baju peserta...

Orang yang menyertai sangat teruja untuk glamer, orang yang menegok juga teruja...adlin aman ramli dan Bel jugak yang untung dapat jadi pengacara...sowi lah, berbelit2 pulak tulis selepas pekena neskepe panas hu hu hu

  UMAIRA DZUL WIDAD @ NAZ AREESYA AMEEN

November 7, 2009 at 9:47 PM

Nak nyampuk gak, sebab dah lama rasa rancangan GM ada smthing wrong smwhere.x minat pun rancangan ni, tapi kdg2 ter...tengok time tkn2 remote nak cari siaran yg sesuai dgn selera.Rasanya masa musim ptama dulu antara juri profesionalnya seorang ustazah. Apa sudah jadi? Bkn tugas seorg pendakwah tu menyeru kpd 'amal makruf nahi munkar' ke?Atau Ustazah tu butakan mata dan bisukan mulut semata2 nak tumpang glamer?

  azieazah

November 7, 2009 at 10:14 PM

Sejak melihat ada peserta program Gadis Melayu yang terpilih, ada yang berambut blonde... saya terus berenti tengok siri tu sejak musim pertama lagi... very the sorry laaa...