Bila BuSan MeLanda

Bila dah busan, aku mulalah tak boleh duduk diam. Semedangnya rasa resah gelisah... nak tidur, aku bukan jenis yang tidur siang walaupun aku spesis yang berjaga malam lebih-lebih lagi waktu hujung minggu. Nak membaca, tak ada mood begitu juga nak menulis. Pada hal, ada jer sebenarnya kerja yang masih belum siap. Task dari teman aku... hehehehee tah bilalah agaknya nak siap. Akhirnya aku masuk dapur dan sediakan semua ini.....


Sup sayur campur yang memang healty... sebab aku guna kaedah rebus tanpa minyak. Kalau ada minyak pun datang dari segala jenis bola-bola yang aku gunakan seperti bola pingpong [bebola sayur], bola tenis [bebola ikan saiz yang tah macamana lepas rebus jadi besar], bola golf [bebola ketam bersayur], bola squash [bebola udang] dengan sayur-sayuran yang berbagai warna. Memang meriah sup aku ni.



Ni pulak ikan bawal sweet and sour. Asalnya aku fikir nak stim saja ikan ni, tapi bila mengenangkan aku tak pernah pun buat masakan sebegitu, ada baiknya aku jangan buat, lagi pun mana aku ada pengukus kan... tak kan nak kukus dalam kuali walaupun memang aci boleh jer kalau nak buat pun. Cuma keberanian macam tak meyebelahi aku jer. Jadi aku buatlah sweet and sour.


Ni satu lagi dish aku yang beranika warna. Ayam black paper yang ada cili bangala dan tomato di dalamnya. Memang sedap sebab kuihnya boleh dimakan dengan roti.



Ni pulak dish terakhir atas permintaan Mukhriz dan Nazrin. Telur bungkus yang didalamnya memang meriah dengan perbagai rasa. Woi! kalau beli kat kedai mahu RM3.50 atau 4.00 harganya tau, dan intinya hampeh... banyak bawang jer boleh harap. Tapi aku punya peh sah sedap, aku muatkan segala serbi khazanah laut, kira ni telur bungkus deep oceanlah gitu...

Bila letak semua ni atas meja, abang aku dok pandang semacam jer pada aku. Masak banyak-banyak mengalahkan nak buat kenduri ni ada yang dan datang bertamu ke? Aku gelak jer... akhirnya dia pun turut gelak sambil geleng kepala. Aku tahu dia mesti dah boleh agak yang mood busan aku dah melanda. Sah! otak aku tak betul bila keadaan sebegini terhasil.



Ni pulak aku buat malam tadi. Memandangkan tupperware Sue ada pada aku bekas dia isi pecal hari Jumaat lepas, jadi aku tak tahu nak isi apa untuk pulangkan bekas dia. Nak pulang kosong, seganlah pulak. Iyerlah orang dah memberikan, jadi aku ni memang spesis yang tak suka pulang bekas kosong. Bukan bangga diri, tapi mungkin kerana dah dididik sebegitu barangkali. Pesan arwah Ma jangan sekali-kali pulangkan bekas kosong pada orang yang dah memberi hatta sepaket biskut sekali pun. Jadi aku buatlah benda alah ini untuk isi dalam bekas dia. Erm kali ini memandangkan rumah aku memang tak ada pengukus, jadinya aku try bakar pulak. Well, not bad dan aku rasa cam lagi best jer bila bakar berbanding dengan kukus walaupun kukus pun sedap juga sebenarnya. Kali ini aku ubahsuai lagi resepi asal mengikut kreativiti aku dan terhasillah Caremel special rekaan aku sendiri... hahahahaaa cewah! masuk lift tekan sendiri nampak.

3 Ulasan:

  umi ameer

November 9, 2009 at 2:07 PM

terus terang aku katakan.. sedappppp...
seselalulah ko bosan and masak2 ye?

  azieazah

November 9, 2009 at 4:17 PM

Sup yang meriah tu, kitaorang selalu panggil Sup ABC.. memang berkhasiat dan kalu2 budak2 memang suka tu...

Terror ek masak kek (kek ker tu?) Puding Gula Hangus ek.. nampak sangat ler sedap..

*MokYang, bosan tak bosan tetap juga kena masak tiap hari pagi petang siang malam..hahahahah...