Tahun baru

Wah! lama dah aku tak update blog ni... nak make over kulitnya pada yang baru erm rasanya tah kurun ke berapalah kut. Walaupun rata-rata kawan-kawan dah make up blog mereka dengan yang cantik menawan, aku ni gak setia dengan page bagai dah naik cendawan, uhuhuuu nak buat camne. Masa tak ada. Cewah! Alasan ke cik Pu3 ooiiii.

Erm 2009 dah berminggu pergi meninggalkan kita. Kini dah lebih dua minggu dalam tahun baru 2010. Mesti ramai yang menyulam azam kan. Erm aku bagaimana... rasanya tak ada kut, bukan tak berazam tapi idaklah beriya. Pada aku azam aku tetap seperti tahun-tahun yang lalu. Aku nak perbaiki apa yang kurang dalam diri. Melaksanakan apa yang aku mampu lakukan untuk diri sendiri dan juga orang lain. Kalau boleh aku mahu jadi seorang yang lebih baik dari tahun lepas dan tahun-tahun yang telah lalu. Kesihatan aku bertambah-tambah baik walaupun mungkin untuk sihat seperti sebelumnya entahlah. Maklum kita ni bukan muda lagi... Moga allah kurniakan limpah rahmatnya untuk kesejahteraan yang terbaik untuk diriku ini. Amin...

3 Ulasan:

  azieazah

January 14, 2010 at 4:42 PM

Sebenarnya tak perlu pun nak ikut orang. Buat ikut diri sendiri. Mana yang selesa, mana yang sendiri suka..

Selamat Tahun Baru PUT3. Semoga dimakbulkan segala doa dan harapan...

aminnnn..

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

January 14, 2010 at 5:25 PM

Betul tu mok yang. Memang sejak dulu lagi pu3 tidak berazam-azam, bukan tak pernah tapi entahlah... dah malas rasanya.

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

January 14, 2010 at 5:25 PM

This comment has been removed by the author.