My New Baby....

Assallammualaikum semua. Aku sedang dalam penantian.... penantian penuh keterujaan, penuh debaran, penuh suspen dan penuh segala rasa yang sukar untuk ku ungkapkan dengan kata-kata. Nak tahu kenapa... kerana tidak lama lagi My New Baby akan lahir. Moga kelahirannya membawa sinar yang bukan saja bisa menerangi diriku, tapi jua orang-orang yang berada di sampingnya... InsyaAllah.



Here I present a look like of my BaBy...



Kenangan itu cukup Indah

Pesta buku antarabangsa 2011 dah tiga hari melabuhkan tirai. Penat dan letih sebenarnya masih bersisa tapi bila mengenangkan keseronokan tika berada di sana, semua rasa tu dah gaya semilir angin yang sekadar singgah seketika. Cewah! Iya sesangatlah tu.

Tahun ni aku tak duty, tapi itu bukan bermakna aku tak boleh nak menyibuk-nyibuk mencelah di tengah lautan manusia yang berduyun-duyun datang membanjiri PWTC. Bukan apa, bookfair ni dah jadi macam acara tahunan untuk bertemu dengan rakan penulis dan novelist tersohor yang dah menempa nama di arena penulisan tanahair. Waktu nil ah nak berhai… hai… berlaga-laga pipi, berfoto-fotoan, bertukar cerita dan macam-macam lagilah. Kalau tak ada acara sebegini, jawabnya lu dengan lu punya hal dan gua dengan gua punya cerita. Tak adanya masa nak bersok sek sok sek… dan berhello-hello pun cam tak sempat. Maklumlah masing-masing sibuk dengan tugasan dan tanggungjawab. Tu bagi yang bekerjaya seperti aku ni lah. Mana yang tak bekerja, dah tentu-tentu cari bahan untuk meneruskan agenda penulisan. Jadi mana datangnya masa nak berhello-hello. Iya tak….

Well, tahun ni book fair mencatitkan beberapa kenangan manis yang masuk dalam koleksi peribadi buat diriku sendiri. Erm jumpa novelist.. eh yang tu memang wajib dan dah jadi senarai teratas dalam carta memori. Tapi apa yang aku maksudkan adalah sesuatu yang berlaku yang tak diduga atau dirancang sama sekali.

Pertama aku dikejutkan sebagai salah seorang pemenang peraduan buat dialog yang anjurkan oleh Jemari Seni untuk product baru mereka Si Manis 17. Weh! Sapa kata penulis macam aku tak boleh masuk pertandingan. Boleh jer pe sebab pemilihan pemenangnya bukan ditentukan oleh siapa anda, sebaliknya kretiviti dan cara dialog itu diolah. Alhamdulillah bila kemenangan berpihak pada diri aku dan aku terima hadiah 4 baby baru yang buat pertama kalinya diterbitkan di bawah label Si Manis 17 di bawah naungan Jemari Seni. Syukur… memang aku happy terover happy sebab aku sendiri tak tahu yang aku menang. Surprise sesangat bila di beritahu oleh Kak Noor Suraya orang kuat JS di boothnya akan keputusan itu dan yang kelakarnya aku dah pun beli 2 dari 4 buku yang diterbitkan. Jadinya aku ada dua buah buku yang tajuknya sama. Erm tak apalah. Dah beli kan. Nanti aku fikirkan apa atau bagaimana nak buat dengan buku hak extra tu. Kalau ada yang berminat nak beli bolehlah text aku. Tajuk yang extra tu Blues Retro dan Maaf saya bukan Bibik. Kedua-duanya best. Punya daya tarikan tersendiri diolah oleh penulis yang berbeza dengan punya cara penulisan yang tak akan buat kita rasa jemu. Pentingnya bahasa dan gaya persembahan sempoi… tak berbelit dan dibelit dengan ayat bunga jiwang karat tapi kalau dihalusi bila menyentuh jiwa nan tulus mulus oleh cerita yang mereka garap. Tak percaya, cari sinopsisnya di sini www.jemariseni.com dan terus klik pada Adiwarna.

Okey itu yang pertama. Yang kedua pula adalah pertemuan aku dengan Abang Nizal Mohamad, si pengacara TV Al-Hijrah. Sebenarnya Abang Nizal ni senior aku dalam PKPIM dulu masa zaman bergelar pelajar. Tak tahu apa PKPIM.. aduh!!! Maksudnya adalah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia. Kiranya Abang Nizal ni seangkatan dengan Brother Mustafa Kamil Ayublah. Erm tak kenal… Dah korang tak kenal, tak payahlah aku nak explain lebih lanjut. Buat penat jari aku menaip aje. So alkisahnya, memang aku dah lama betul tak jumpa brother Nizal ni. Ternampak dia pun bila lihat dia dah join TV3 dan kemudian beralih ke TV Al-Hijrah. Jadi masa di pesta buku tu sempatlah bertukar cerita walaupun tak lama sebab dia sendiri punya tugasan waktu itu. At least okeylah… better than nothingkan.

Yang last sekali aku jumpa semula dengan schoolmate aku masa aku sekolah rendah. Cubalah bayangkan dah berapa puluh tahun kami tak jumpa setelah tamat sekolah rendah dulu. Tak sangka dia datang bookfair dan sudi calling aku nak jumpa dan buat aku terharu dia boleh datang ke booth tempat aku tengah laypark. Memang terharu giloz. Nasib baik dia tu lelaki, kalau perempuan sah-sah dah jadi spektra airmata. Telemovie jejak kasih di pesta buku. Apapun thanks to Mejor Mazli yang sudi perkenalkan isteri dan anak-anaknya kat aku dan yang buat extra terharu bila wife dia jadi salah seorang yang suka baca tulisan aku. Alhamdulillah. Tulah punya leka berbual sampai aku lupa nak amik gambar dia dan sign kat buku yang dia belikan tuk wife dia tu. Sakan punya gebang. Apapun thanks a lot Mazli. Ko masih tak banyak berubah dan aku masih lagi boleh cam muka ko walau pun dah ada pengembangan dari sudut fizikal.

Gambar-gambar yang aku tangkap masih lagi tersimpan dalam memory kamera. Aku belum sempat upload di sini atau pun di Facebook. InsyaAllah dalam sikit waktu lagi aku akan buat untuk tatapan sesiapa saja yang sudi singgah di istana kaca ku membaca coretan merapu yang tak merapi aku kat sini.

Till than, Cu when ICU
Just me next2U

Spring Cleaning...

MasyaAllah... lamanya aku tak balik ke Istana kaca aku ni... Habis tiap penjuru bersawang dan bersarang labah-labah. Memang aci gaya aku ni boleh jadi penternak labah-labah yang berjaya aje. Kalaulah boleh dijual, agaknya mesti untung berkoyankan... Apalah aku ni.

Sebenarnya bukan tak ingat nak kembali ke Istana kaca setelah ada sebuah lagi istana hinggap yang bolehlah kalau nak dikatakan lebih agam dari yang ni... hehehee statement sah-sah gaya ada rotan akar tak berguna jer aku ni. Memang aku akui sejak ada account di FB, masa aku memang banyak di sana. Sebabnya mungkin kerana coretan lebih ringkas bukan ala karangan agaknya. Tapi betul aku tak lupa pada Istana Kaca aku ni. Iyalah cam orang kata, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula Istana Kaca ku yang cantik berkilau ni. InsyaAllah lepas ni aku akan cuba untuk kerap pulang meninggalkan tanda.

Erm hari ni kat office, taklah terbeban sangat, cuma hand over kerja dari consultant yang sedang tunggu masa untuk angkat kaki jer. So banyak juga task baru yang masuk dalam portfolio tugasan aku and of course learning process akan berlangsung. Kena banyak sabar dan fokus.

Hujung minggu ini InsyaAllah aku akan berada di PWTC sempena Pesta buku Antarabangsa yang sedang berlangsung. Tahun ni aku tak duty lagi pun tak ada buah cinta baru yang sempat aku siapkan dan berilah peluang kepada orang lain pulakkan. Takkan lah semedang tiap tahun muka aku jer. Orang pun busan. Walau tak duty, aku tetap turun untuk sama-sama memeriah dan mengecohkan keadaan. Pesta buku ni macam gak raya, walaupun raya hakikatnya dua kali setahun. Kesempatan beginilah selalunya aku gunakan untuk bertemu dengan para novelists yang aku minat. Membeli buku yang baru keluar dari oven kilang dan macam-macam lagi. Jadi kehadiran tu secara automatiknya masuk dalam senarai wajib.

So sesiapa yang belum lagi berkunjung ke pesta buku tu, jangan lepaskan peluang. Minggu ini adalah minggu terakhir untuk anda semua melakukannya. Jadi apa tunggu lagi... Yuk kita sama-sama pergi dan jumpa di sana....

Dah dua minggu rupanya...

Erm sedar tak sedar, dah dua minggu rupanya Bulan January 2011 ni ekk. Alamak kejapnya. Tapi tulah kan, kalau sibuk tu memang aci tak sedar jer masa berlalu...[kaedah aku ni konon tu sibuk bebenolah]. Erm cuba gak aku imbas kenangan yang dah terakam sepanjang tahun 2010. Banyak dan amat banyak. Ada berbagai. Suka, duka, tawa dan tangis. Suka dan tawa bila apa yang aku lakukan dan usahakan menampakkan hasil dan ianya diterima dengan baik. Alhamdulillah. Duka dan tangis bila aku kehilangan orang-orang yang aku sayang. Arwah Mak pada 18 November dan arwah Kak Nah pada 18 December. Memang memberi pukulan hebatlah, cuma bezanya Arwah mak memang kami dah sedia maklum akan penyakitnya dan sempat lakukan yang terbaik tentunya sepanjang kesempatan itu masih bersisa, tapi Arwah Kak Nah memang kira kejutan. Walau tahu dia tak sihat tapi pemergiaannya secara mendadak tu memang memberikan satu tamparan yang cukup hebat buat diriku lebih-lebih lagi aku memang rapat dengan arwah. Banyak yang dikongsinya dengan aku semasa hayatnya termasuklah masalah peribadinya. Selama sehari setengah aku berkampung di hospital dan akhirnya dia pergi juga. Yang mampu ku lakukan untuk kedua-dua insan ini adalah terus mengenang mereka dalam doa moga roh mereka akan ditempatkan bersama insan-insan solehah di sisi-Nya. Aku sempat mandikan jenazah arwah mak dan arwah Kak Nah disamping memandikan, aku juga berkesempatan turut sama membantu mengkafankannya dan yang paling tidak akan aku lupa hingga akhir hayat bila terlihat senyuman Kak Nah sewaktu proses mengkafannya hampir selesai. Wajahnya cukup berseri dan dia seakan lena tanpa segala permasalahan yang selama ini membelenggu dirinya. Syukur Alhamdulillah...

Tahun ini aku tak tahu apa yang akan menanti mengiringi perjalananku. Namun biar apapun aku harap aku masih kuat untuk menghadapinya dan dipermudahkan untuk mengatasi. Moga kerahmatan dan kemudahan melaksanakan urusan di sini masih diberikan kepadaku, insyaAllah.

Ni yang sempat aku lakukan pada hujung minggu yang lalu dan semalam aku bawa sebahagiannya ke pejabat untuk dikongsikan dengan teman-temanku. Yuk Layan....




Marble Cheesecake versi Pu3

Kalau Itu Janji-Nya

Lama tidak mencoret. Malah aku bagai kehilangan kata, kemuflisan ayat untuk mengambarkan apa yang terakam di layar hati. Memang dalam hidup ini, aku paling takut pada KeHiLaNgAn. Tak kisahlah apa... asal namanya HiLaNg, seboleh mungkin aku cuba elakan dari ia hadir sebagai tetamu di dalam perjalanan hidupku. Tapi sebagai insan kerdil, sedaya manalah kudrat yang aku ada untuk menolak takdir dalam ketentuan. Lantas akhirnya pasrah menjadi landasan terakhirku.

Tanggal 18 November 2010, kala insan lain mungkin sedang melayan lena dengan mimpi indah yang bertamu, di sebuah katil seorang insan bertarung dengan sakaratul. Kami yang berada di rumah entah mengapa dihambat ngantuk sepasang mata lantas terlena atau dilenakan seketika. Itulah kuasa-Nya dan mungkin juga permintaa dan doa seorang ibu agar kepulangannya kepada sang pencipta tidak diratap dengan airmata. Bila terjaga, bonda sudah kaku. Rohnya sudah meninggalkan jasad lantas berlalu menuju ke alam sana. Terlalu mudah dan rasanya amat pantas kerana bila tangan yang tiba-tiba terjaga merayap ke segenap tubuh itu, kepanasannya masih mampu dirasai. Ya tuhan... terima kasih kerana mengambil mak dengan keadaan yang tidak menyukarkan. Biarpun sejak Syawal yang lalu, kami sekeluarga bagai disentak bila mendapat pengesahan bahawa mak mengidap BrEaSt CaNCeL stage 4 advance yang sudah makin menular ke seluruh tubuhnya. Malah kami sekeluarga cuba lakukan segala yang terbaik untuk dirinya sementara masih ada sisa waktu yang KAU izinkan buat kami menyumbang bakti terakhir. Masih jelas pada minggu kedua akhir giliran aku menemani Mak di rumah. Aku sempat menggosok kakinya bila dia mengadu mengalami rasa lenguh malah tangan ini sempat juga menggosok perutnya yang dah makin mengeras. Aku jadi kaget bila mak tiba-tiba merebahkan kepalanya di pangkuanku. Mungkin juga kala itu dia sudah tahu waktunya makin hampir. Tiada yang dapat mengambarkan sebuah perasaan yang diulit duka dalam lara. Apa sahaja kesempatan yang masih bersisa tetap digunakan. Memandikan jenazah mak merupakan pengalaman yang tak mungkin mampu diungkap. Sesuatu yang cukup afdal andai semua anak-anak mampu melakukannya untuk ibu masing-masing. Sekuat manapun sekeping hati, rapuh juga bila melihat mak mula dikafankan. Airmata jatuh berderai lebih-lebih lagi bila kesempatan terakhir mengucup wajah mak kami lakukan secara bergilir-gilir. Apapun moga roh Mak sejahtera di sana bersama orang-orang solehan di sisi-Nya. Amin...

Al-Fateha buat Arwah Mak...

Berakhir sudah....

Alhamdulillah. Tugasan yang tergalas di bahu tertunai sudah. Segalanya berlangsung dalam berbagai suasana dan kesimpulan yang dapat dibuat, aku happy bangat. Tanggungjawab melunaskan jemputan yang dibuat oleh pihak MPH Mid Valley ke atas penulis-penulis FP Junior sudah dilaksanakan dengan sebaiknya. Lebih menggembirakan bila pada hari pertama Sabtu 23 October 2010 bukan sekadar aku, kak Qaseh dan Rehal yang memang ditugaskan di situ sahaja yang hadir tapi kami ditemani oleh beberapa penulis lain yang juga sudi meluangkan waktu. Key .... Jum kita layan slide yang telah aku sediakan ini...



Di kesempatan terluang, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan MPH atas undangan. Janganlah serik untuk mengundang lagi ya... Moga jumpa lagi di lain kesempatan, daaaa

Habiskan waktu

Semalam setelah selesai segalanya, aku termenung. Terfikir nak buat apa lagi. Dah uruskan mak. Dah bagi makan dan makan ubat, so that mak rehat sambil baring tengok tv. Memang aktiviti mak dah tak banyak selain dari ngaji di setiap waktu terluang kalau tak nak tengok tv. And semalam as usual my turn untuk jaga mak dan aku cam dah tak kisah ja, tak berkira sangat pasal turn-turn ni. Ada saja kesempatan di luar kesibukan yang aku alami, aku akan luangkan waktu dengan mak. Sembang dan bercerita. So semalam setelah segalanya selesai, aku jengah ke dapur. Buka peti sejuk tengok ada butter dan cream cheese. Tiba-tiba tekak meronta nak makan cake. Tak kan aku nak berkejar ke SR pulakkan, jadinya bila lihat bahan-bahan yang ada, aku pun ambil keputusan untuk proceed dan hasilnya....





Tadaaaaaa





Aku sertakan bahannya:

250 g Cream Cheese
250g Mentega
180g Gula halus
6 biji Telur
180g Tepung gandum biasa
1 sudu teh Baking powder
Sebungkus biskut keju masin brand Julie
Pewarna kuning
Coklat emulco

Cara-cara: Pukul mentega, cream cheese & gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu & pukul lagi sehingga sebati. Ayak tepung gaul dn baking powder. Masukkan ke dlm adunan tadi sedikit2 sambil di gaul sehingga sebati. Bahagi adunan kpd 2 bahagian & warnakan each dgn kuning & satu lagi dgn coklat emulco. Lapik tin dgn kertas & di lengser dgn minyak/mentega. Ratakan 2 senduk bhn kuning & susun biskut di atas nya. Kukus 10 minit. Lapiskan dgn lapisan coklat & kukus 10 minit. Ulang proses ini sehingga habis. Akhir sekali kukus selama lebih kurang 30-60 minit utk pastikan kek benar2 masak. Ingat, susun biskut hanya atas lapisan kuning. SELAMAT MENCUBA..... rugi kalau tak cuba... Nampak susah tapi boleh siap melapis dlm sejam lebih sahaja.