My Nasi Ayam... ^ _ ^

Well! hari ni dengan penuh bangganya aku mengoffer diri untuk menyedikan sajian makan tengahari. Erm bukan sepanjang tempoh percutian aku ni memang aku yang jadi bibik merangkap assistant untuk sekelian manusia yang ada di sekeliling aku ke??? Erm! Musykil sikijap aku jadinya. Ah! Tak kisahlah. Apa yang penting hari ni... dengan rasminya aku berjaya menyediakan juadah nasi ayam... Yahoooo betapa bangganya aku. Awalnya ingat nak buat lemak kuning aje ayam yang ada, tapi cancel bila terlihat salad, timun dan tomat ada dalam peti sejuk. Aku jadi teruja sakan tengok semua jadah bendalah tu dalam seadaan segar bugar. Jadi bermulalah missi aku. Keluarkan ayam dari freezer. Tak payah nak tunggu lama-lama, aku rebus seketika untuk dapatkan stok untuk dibuat sup. Kemudian keluarkan. Aku perap dengan bumbu special rekaan aku. Bawang kecik, bawang putih, halia, serai, jintan dan madu serta garam. Perap. Pastu aku sediakan bahan2 untuk tumisan nasi dan supnya sekali. Setelah selesai, aku startlah bersilat di dapur. Tumis segala bahan untuk nasi, than masukkan air rebusan sedikit, biar mengelegak seketika baru masukkan beras. Aku campakkan juga daun pandan untuk wangikannya. Selesai aku work untuk sup pulak. Campak segala jadah rempah tiga serangkai, than masukkan bahan tumisan yang lain. Kacau hingga naik bau baru tuangkan stok ayam yang masih ada. Aku campurkan sama dengan leher dan bahagian ayam yang nyata sesuai untuk digandingkan dalam sup. Dah menggelegak, campurkan garam dan akhir sekali taburkan daun sup, carrot dan buah tomat. Beres. Sekarang part yang akhir goreng ayam yang dah aku perap tadi. Tak susah pun masuk minyak dan buat deep fried bila minyak dah panas sepenuhnya dengan api yang tidak terlalu kuat. Beres. Siap dah juadah tengahari aku. Sosnya mudah saja, cili merah blender dengan bawang putih, halia dan sedikit gula kemudian campurkan juga dengan tomato dan cili sos secukup rasa. Hiriskan juga daun salad, timun serta buah tomat. Jeng... jeng... maka siaplah juadah tengahari aku untuk hari ini....


Seronok aku tengok mukhriz dan nazrin makan bila depa balik dari sekolah agama, dayana pun join sama dan yang lebih memeranjatkan bila depa minta tapau dalam tupperware nak bawak pi skolah... Along sempat celah kalau macam ni tak malulah nak hidang pada mak mertua kalau bertandang... ceh! ada ke mak mertua... hahahahaha sempoi jer along dan bangganya aku bila abang aku makan bertambah. Kak long pun nampak berselera hirup sup yang gaya masam-macam sedap tu... hehehhehee puji sendiri nampak. Begitu juga dengan si tukang komen dan kritik aku sedari tadi... sapa lagi kalau bukan tukang sakat seantero dunia... angahlah... sapa lagi... tapi dia makan pun macam tak cukup nasik dalam periuk.... apapun aku cukup puas hati bila lihat semuanya gumbira..... tak sia-sia kerja aku hari ini....berbaloi... memang berbaloi....