Salah siapa???

Kerja aku hari ini boleh tahan melambak... lebih hebat dari semalam. Baru aje selesai staff meeting, boss dah hulurkan schedule of monthly tax deductions untuk disemak dengan yang dah sedia ada di dalam database. Aduh! naik meloya tekak aku tengok segala jadah figures yang tertera... "I need it by tomorrow morning if possible or by hook or croock end of the day." Gebebus... nak terjelepuk aku dengar... punyalah banyak... sambil membelek hatiku membebel sendiri... "I know you had some other works to do, but I have no choice... please..." Dah dia merayu pulak.. isy lemah tenaga nasional betullah kalau canggini... Aku sengeh aje... tanpa sebarang kata jauh sekali janji... nak mampus kalau tak siap... tak pasal jer nanti... so to be save, baik jangan memetri sebarang perjanjian dan itu bukanlah bermakna aku boleh mengelat... buat tetap buat.

Kala aku nak mula, datang pulak sorang member dengan muka yang aku rasa kalah cekodok yang terlebih pisang. Monyok jer semacam... mendung cam awan tengah mengandung hujan... ni pekehal pulak... desis hati ku...

"Aku kena serang tadi???" tuturnya tanpa pinta. Ha! Serang... bila pulak dia ni pi ke Palastine... takkan lah bom rejim zionis tu boleh sesat sampai ke Malaysia ni... Wah! itu sudah terlebih masuk dalam kategori hebat... hatiku bermonolog... wajah teman yang sudah melabuhkan duduk di sisi ku pandang penuh tandatanya. "Aku kena serang dengan bini si A... tah apa-apa punya pompuan... angin senggugut satu badan gamaknya... tak ada salam terus aje serang orang. Macamlah laki dia tu hensom sangat..." adu temanku lagi. "Ni apa citer sebenarnya..."tanyaku perlahan. Aduhai! nampak gayanya kaunter aduan terpaksa juga aku bukak, tapi hati tetap resah sambil mataku melirik pada schedule tax deductions yang terbentang di meja. Bilalah aku boleh mula... keluhku sendiri. "Tadi bini si A called aku, tak ada salam terus aje kata aku ada a fair ngan laki dia... giles..." bebel temanku. "Habis tu engkau jawab apa?" tanyaku bodoh. "Nak jawab apa, aku katalah aku tak selera dengan laki dia tu. Engkau pun tahukan selama ini kami hanya kawan dan tak mesra alam pun... jauh sekali nak jadi kekasih gelapku..." jawab temanku itu. Muncungnya sudah sedepa. Kalaulah kata nak gantung apa-apa, boleh jer agaknya pinjam muncung dia tu sekejap. "Kalau dah engkau cakap macam tu, jadi apa lagi masalahnya?" tanyaku lagi. "Masalahnya bini dia tak percaya... lebih-lebih lagi aku ni tak kawin... jadi dia masih lagi syak dan kata aku ada hubungan selain dari kawan dengan laki dia... siap tanya soalan-soalan cepumas berlian intan bagainya... isy pelik betullah aku. Katanya dia jumpa phone number aku dalam handset si A, ada miskol bagai... pastu ada sms sama. Tu yang dia kata aku ada hubungan lain... isy tak faham betullah aku ngan pompuan bergelar isteri ni..." "Woi kawan! Dalam dunia akhir zaman ni, bilangan perempuan lebih ramai dari lelaki, tentulah isteri si A tu bimbang dan risau kut-kut si chenta hati dia kena sapu ngan pompuan lain." gurauku sambil tersengeh. "Aku tahulah tu, sekarang ni pompuan lebih ramai dari lelaki, tapi kalau sikap isteri dah macam menteri dalam negeri yang tak reti nak bertolenransi dan menghormati hak suami, apa citer pulak tu. Asyik membebel dan jadi queen control luar alam tak bertempat. Buat inspection setiap saat sampai segalanya nak soalsiasat mengalahkan tahanan reman kat dalam lokap. Kalau aku jadi laki pun tak tahan aku dengan perangai isteri yang macam tu." komen temanku lagi. "Queen Control tu penting dalam sebuah rumahtangga, kalau tak..." "Iyer! Aku tak kata salah, dan aku pun sokong isteri-isteri perlu ada sikap Queen Control untuk menjamin keharmonian rumahtangga tapi biarlah kena pada tempat dan berasas." pintas temanku tanpa sempat aku menghabiskan kata. Aku diam... merenung sejenak apa yang diperkatakan. Erm betul gak kan... lelaki ni dah memang fitrah mereka canggitu... kita sebagai perempuan ini tak bolehlah nak main sekat macam buat sekatan jalanraya... kenalah berhikmah dalam mengawasi mereka... erm....

"Mir! Jahat sangat ke kalau perempuan tu tak kahwin... atau perempuan yang lambat atau belum bertemu jodoh??? Apa gatal sangat ke perempuan yang tak masih belum punya suami ni pada pandangan mata masyarakat terutamanya golongan isteri-isteri!" tiba-tiba temanku menyoal... Terkebil-kebil aku memandang wajahnya... terkulat-kulat aku menelan liur... Wajahnya kembali mendung dan muram. Aku tahu apa yang dirasanya sebab kalau tak silap aku, aku pernah juga mengalami tempias pada situasi sebegini sebelumnya. Erm sapa nak jawab kalau persoalan sebegini datang tanpa diundang dan lebih parah bila tetiba dicop sebagai konon pengoda atau ada fair dengan lelaki yang disahkan sebagai suami orang??? pening gak kan kepala dan ini bukan isu atau masalah baru dalam kamus permasalahan yang sering timbul...

Well! Sapa yang nak dipersalahkan atau harus dipersalahkan...

Si perempuan yang tak kahwin atau lelaki yang dah sah bergelar suami dan berkawan dengan orang lain selain dari isterinya??? atau si isteri yang mudah beremosi melabel tanpa pertimbangan yang sewajar...

Nantilah aku sambung sebab sekarang ni aku nak sambung kerja aku menimbun dan aku belum ada mood nak ulas akan isu ini sekarang....

6 Ulasan:

  zeqzeq

January 26, 2009 at 9:08 PM

saya mengaku tak bersalah

  dina

February 6, 2009 at 5:53 PM

sebagai perempuan yang bergelar isteri aku pun akan melenting kalau laki aku ada affair. maksudnya kalau laki aku berhubungan peribadi dengan perempuan-perempuan lain yang bukan rakan sekerja dan atau rakan yg tidak aku kenali yang tak ada kena mengena dalam hidupnya. cemburu itu perlu. kalau tidak lelaki akan salah tingkah. akibatnya isteri yang merana. dalam hal gatal menggatal ni aku akan salahkan dua2. kira pemegang kesalahan untuk menggatal tu mesti ada 50% kat pompuan 50% kat jantan. sebab kalau tidak dilayan perkara itu tak menjadi. memang persahabatan antara lelaki dan perempuan itu tak semestinya ada hubungan cinta, tapi kalau sudah hari2 nak msg2, tak kira malam ke siang ke, lepas tu yang laki lak, main sorok2 henfon tu memang macam nak cari pasal le kan. bagi aku persahabatan antara lelaki dan perempuan tak kita masing2 dah kawen ke atau masing2 belum kawen ke atau sorang dah kawen sorang belum kawen ke mesti disulami keikhlasan. apasalahnya kalau berkawan, tak salah... tapi caranya kena betul. hehehehe... (emosi seorang isteri)

  gee

February 9, 2009 at 6:47 PM

For me..

As a wife takde salahnya dia nak soal siasat suami dia..sbb memang dh jadi hak dia..

As a husband boleh berkawan tapi kena pandaila jaga batas pergaulan..sentiasa ingat diri kita telah dimiliki oleh insan yg kita sayangi

As girl yg belum berkahwin like me tak salah nk berkawan dgn suami org tp kena gak tahu limitsnya..kena hormat dia sbg milik org..jgnla sampai bersms atau call suami org tu hari2..kecuali klu benda tu tersangat lah penting..klu kita dh kawin pun sure kita taknak lihat suami kita rapat sgt dgn girl lain kan..

  Buah Cintaku...

February 10, 2009 at 10:17 AM

Aku... no comment dalam isu ini... cuma pada aku segalanya bergantung pada nawaitu kita... tapi mustahilkan kita nak canang atau tampal kat tubuh pulak apa nawaitu kita tu... cumanya satu jerlah... Akal jangan dikuasai emosi... pertimbangan jangan dikuasai tekaan... rasional dalam tindakan... musyuwarah untuk sebuah keharmonian moga kesejahteraan dan silatturahim tidak tercalar dalam sebuah keterburuan... Wallahua'lam....

  caluk@cencaluk

February 12, 2009 at 8:24 AM

nak baca niat makan lah ha ha