Hidup ini indah, biarpun kita tak dapat apa yang kita mahukan. Terkadang ditinggalkan dipertengahan jalan sebuah perhubungan. Kita terpaksa mencari arah untuk terus melangkah meski sakitnya hanya tuhan yang tahu. Namun berbekalkan redho dan pasrah, kita tetap akan mampu bangun dan terus berusaha untuk bertatih dan kembali bangun lantas melangkah lagi untuk mengikut arus kehidupan justeru kita sedar DIA penentu segalanya……
Posted by ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ Wednesday, August 12, 2009 at 15:05
Umaira Dzul Widad @ Naz Areesya Ameen
Banyak yang kami bualkan. Dari satu cerita ke satu cerita, dari satu kisah ke satu kisah kami kongsi. Berkongsi gelak dan sengeh, berkongsi senyum dan tawa. Memang seronok bila dapat duduk berdua dan bersembang berseloka dengan seorang novelist yang tak lokek dengan senyuman dan tak kedekut dengan tawa. Bagai tak ada jurang antara aku yang kerdil walau hakikatnya dah macam Gozila Malaya dengan dirinya yang diminati ramai dengan hasil karya yang tak mengecewakan. Kami lay-park dekat Secret Recipe KL Sentral
Aku pula makan Fish and Chips serta Smoothies Punch
Kami berpisah sekitar jam 02.00 petang. Rasa cam tak puas jer dan memang pun tak puas berbual dengannya, tapi nak buat camne kan. Aku kena pulang semula ke pejabat manakala dia pula ada yang perlu dibereskan. Buat Maira, terima kasih daun keladi atas kesudian meluangkan waktu untuk lunch dengan kak pu3 yer. Terima kasih berkongsi cerita dan tawa. Moga uquwah ini akan terpelihara selagi diizinkan oleh-Nya.
Sampai office aku buat kerja macam biasa bila telefonku mengalunkan lagu Andai Kau Pergi menandakan satu sms masuk meminta aku turun ke UG office aku dalam kadar waktu 5 minit lagi. Terkezut aku bila si pengirim sms menghulurkan satu bungkusan pada aku. Menjenguk ke dalamnya buat aku tersentak... Ya Tuhan... si pengirim dah gelak. Dia post dan suruh bagi pada ko satu. Beritahunya. Tak ada yang mampu aku katakan. Terharu dan terharu. Tak sangka ada gak yang ingat kat aku hingga sudi menitipkan barang ni buat aku. Inilah yang aku terima petang tadi
Kuih cincin kiriman Annyss yang tolong disampaikan oleh Caluk. Thanks to all of you. Aku benar-benar menghargai segalanya.
Posted by ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ Friday, August 7, 2009 at 12:40
Ek eleh! Apa ke poyonya mamat tu. Siap bawak payung lagi. warna Pink Panther pulak tu… Isy, memang sah-sah dan confirm Auw! Mirzan Hanni mengutuk tanpa belas. Matanya lincah menjalankan scanning terhadap makhluk yang dimaksudkan.
Fazral Rafzan tetap selamba kodok, tidak terkutil langsung dengan tingkah dan tindakan gaya minah sengal ala-ala spesis makhluk asing yang baru nak kenal manusia. Itu pula komen pertama Fazral Rafzan akan sikap Mirzan Hanni, gadis brutal persis jantan menurut pandangan matanya.
Memang poyo dan auw sangatkah si Fazral Rafzan hingga dengan senang hati Mirzan Hanni menyedekahkan anugerah yang membawa gelaran “nyah” kepadanya? Atau memang si Mirzan Hanni aci stok mulut over insuran? Sesedap rasa bak Sirim yang memberi label walau label yang diberinya tak pernah dipinta jauh sekali dibuat permohonan malahan memang tak akan mendapat kelulusan badan berkenaan, [SIRIMlah mana lagi], tapi Mirzan Hanni peduli apa.
Namun, tanpa mereka sedar, pertemuan tak sengaja dalam persepsi berbeza itulah yang telah mengheret keduanya pada satu perhubungan yang tidak mampu mereka tolak dan elak. Macam-macam yang berlaku dan segala kemacaman itulah yang seakan menjadikan keduanya bagai medan magnet berlainan kutub yang menarik di antara satu sama lain.
Bagaimanakah kepoyoan berjaya mengundah-gulanakan kebrutalan emosi dengan serangan virus tak bervaksin? Apa kaitan sehelai gaun dalam hidup gadis bernama Mirzan Hanni dan kritikal sangatkah ke‘Nyah’an Fazral Rafzan dalam kepoyoannya? Siapa yang bakal menggula-gula dan siapa pula yang bakal dilollypop...
Nantikan jawapannya di dalam Mini Novella terbitan terbaru dari Fajar Pakeer yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi.
Posted by ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ at 12:33
Erm aku tak tahu nak kata apa… Tak tahu samada aku nak gelak atau nak rasa simpati pada kaum sejenis ku bila diperlakukan sebegini.
“Esok pas zuhur kita pi rumah Mak Tok Lang Indah. Depa buat kenduri. Kemarin Abang Isy dah habaq pada ngah, ni kira nak ingatkanlah.” Itu kata-kata abang Isyqal sewaktu menghubungi aku tadi. Aku garu kepala. Erm ada kenduri, rasa cam ngah tak cakap pun.
“Depa buat kenduri apa? Nak posa ka” tanya ku. Dah gitu resamnya, bila hampir nak hampir bulan Ramadhan ramailah yang buat kenduri untuk mengalu-alukan kehadiran bulan penuh rahmat dan berkat ini.
“Mangkalilah kut, tapi abang Isy dengar kenduri kahwin Pak Man sama,”
“Apa???” aku yang tadinya tak ambil pot kini macam dah kena serangan jantung. Ya tuhan, peliharalah jantung ku…
Abang Isyqal dah gelak gaban. Tak pasti dia gelakkan aku atau gelak dengan berita yang disampaikan seketika tadi.
“Janganlah gelak. Bukan ada badut sarkis sesat tang tu pun. Betul ke Tok Lang buat kenduri Pak Man kahwin, biaq betui? Bukan tahun lepas baru je tambah qoata ka?” soalku musykil.
“Itu hak tahun lepas, yang ni tahun ni, mana sama,” tawa abang sepupuku masih kedengaran.
“Kiranya la ni tigalah,” Sebuah keluhan terlepas tanpa sempat ku filter.
“Mana pulak. Abang Iqbal kata Pak Man trade-in 2 for 1,”
Aku blur… ha! boleh main trade-in-trade-in. Macam kereta pulak tapi apa maknanya 2 for 1…
“Tak faham???” soal abang Isyqal. Kali ini tawanya dah aci orang gila diserang sawan meroyan. “Apalah adik ni. Lembab. Kiranya sekarang ni qoata Pak Man yang kosong balik jadi 3lah. Erm kalau tak faham juga, balik sat ni pinjam kamus guaman ngah. Buat semakan bahagian nikah kahwin,” sindir dan kutuknya dalam tawa yang masih bersisa.
Aku membisu. Cuba mencerna mencari kefahaman atas huraian tidak lengkap yang diberikan, dan akhirnya…
“Cinabeng!!! Itu rupanya... “ aku dah separuh terjerit. “Isy kalau dah lelaki tu tetap gak lelaki. Aci nak pasang dua tiga mesti otak bergeliga. Kalah geliga delima sakti, siap boleh trade-in lagi”
“Nak buat camne dik. Kalau permuafakatan tak boleh dibentuk, yang dihalalkan ditentang atas dasar emosi tanpa fikirkan hikmah dan mahu memuhasabah diri. Jadi jalan terbaik biar dua-dua tak merasa, bukan aci tolak ke tepi atau buang dalam perigi tapi dah degil tak boleh nak dilentur dan dipujuk lagi. Dari semua berantakan, baik trade-in dua-dua dan cari satu yang baru. Kira okey apa cara Pak Man tu.. Dah! Jangan lupa esok. Balik nanti ajak ngah pi cari present untuk pengantin baru.” Ucapnya sebelum mengakhiri conversation kami.
Pak Man.. Pak Man… siap boleh main trade-in-trade-in lagi… aku pulak yang akhirnya gelak sorang-sorang.
Posted by ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ at 10:24
Macam biasa seawal 07.50 am aku dah sampai ke office, tapi kali ini dari jauh aku lihat dalam samar-samar [sebab lampu kat area aku belum di hidupkan lagi. Erm kes nak berjimatlah aceknya] meja aku messy semacam jer. Sampai di meja, sah! memang messy. Erm rasanya setiap hari sebelum balik dah jadi rutin aku untuk memastikan keadaan meja ku kemas sekemas-kemasnya yakni tak adalah document yang bersepah. Semua aku masukkan ke dalam tray mengikut keperluan untuk perlaksanaan ke esokan harinya. Ni apa kes pulak ada betul-betul depan PC aku? Belek punya belek, sah Case Law... Mak ai! nak suruh aku buat apa lak ni? Kan semalam aku dah buat dua... ni ada empat lagi... aduh! mahu semput aku. Semput semalam pun rasanya tak reda. Aku chow pi breakfast dulu. Malas nak fikir sangat.
0830, salah seorang consultant datang jumpa aku. "Tolong semak case law ni, erm urgent jugalah sebab I kena buat summary lepas tu." Ha! Aku kena semak??? Hello! Case law ni bukan bawah portfolio aku ler... Sat ni kalau salah, barulah aku yang terpaksa jawab. Lama aku pandang muka consultant aku tu, tapi as usual dia buat selamba kodok, rasanya kodok pun tak akan seselamba dia. "Erm, bila you nak? Btw I tak boleh janji sebab I kena back up, secretary boss cuti hari ni. So everything will go to me and also for department sebelah. Lagi pun I plan hari ni nak roll over international publication, nak check update baru, than as usual deal dengan clients for all pending payment, also renewal dan others misc thing," aku mula menyenaraikan tugas. Dia mengeluh, tapi apa yang boleh aku buat. Dah memang camtu tide kerja aku. Sekarang ni otak aku rasa tepu.. tepu melihat case laws yang baru dua helai selesai ku belek dalam catatan dan pembetulan yang perlu. Aduh!!! memang sah bila selesai aje kesemua case law ni, aku layak apply kerja di Special Comms.
Posted by ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ Tuesday, August 4, 2009 at 20:46
Posted by ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ Sunday, August 2, 2009 at 20:48
Sumber: Majalah Rasa.
Bahan-bahan:
2500 ml air
15 gm agar-agar
500 gm gula
6 sudu makan kastad - dibancuh sedikit air
250 gm buah-buahan campuran (tin)
Bahan Sos:
250 ml susu cair
750 ml air
125 ml air buah
Gula secukup rasa
1 biji telur - dipukul rata
1 sudu teh esen vanila
Cara Memasak:
1. Untuk membuat puding, rebus agar-agar hingga hancur.
2. Masukkan gula. Kacau.
3. Masukkan bancuhan kastad. Kacau lagi hingga sebati dan pekat.
4. Masukkan buah-buahan campuran dalam bekas adunan dan tuang adunan yang dimasak tadi. Sejukkan dalam peti sejuk. 5. Untuk membuat sos, masak semua bahan dan kacau selalu sehingga kuah pekat