Keseronokan berganda...

Sebenarnya perancangan sudah di buat kalau tak silap dari minggu lepas lagi, tapi iyerlah ianya tetap perancangan yang pastinya dalam kita merancang allah juga punya perancangan dan tentunya perancangan dari-Nya adalah yang terbaik buat kita semua kan. Jadi aku tak mahu terlalu mengharap di awalnya kerana bimbang akan disapa kekeciwaan, tapi bila semalam dah mula sesi bersms untuk mengconfirmkan perancangan yang dibuat, aku dah jadi teruja. Mahu tak nya... sebab orang yang aku nak jumpa tu bukan sebarangan orang... bukan calang-calang walaupun zahirnya dia comel lote jer, tapi punya semangat yang padu dan kental.

'Salam, kita nk jpa kt mana?' itulah sms yang aku terima darinya jam 11.48.22 saat pagi. Waktu tu aku dengan boss aku, ada discussion sikit. Boss dah jeling dan aku dah sengeh.

'Datang naik apa? Kita jumpa depan McD boleh?' pantas aku membalas than teruskan discussion. "You have an appointment today?" tanya boss ku tersenyum. Aku as usual sengeh tanpa penjelasan lanjut. Biar dia berteka teki sendiri.

'Sy ada dlm komuter ni.kalo komuter ni smooth as usual, pkl 12.30 insyaAllah, sampai. dpn mcd yer?ok.' icon genyit mata penyudah katanya. 11.56.56 saat. Aku sengeh membaca.

'Saya dah ada kat klc, nk g toilet jap ye'. 12.26.13 saat. Masa ni aku baru kelam kabut bergerak dari office ke tempat yang dijanjikan. Ya Tuhan, permudahkan lah langkah ku moga dia tak ternanti-nanti. Dah lah hari ni aku pakai kasut bertumit 3". Semua ni gara-gara client yang nak datang bertamu. Menyusah dan menyiksakan kaki aku betul.

Aku sampai ke tempat di janjikan 12.39, tercari-cari depan McD tapi orang yang aku cari tak kelihatan. Eh! Mana pulak dia ni... sedang aku tercangak-cangak dengan orang yang entah dari mana datangnya, tiba-tiba terasa ada yang menghampiri. Terkezut aku tapi senyuman yang membias di wajahnya sudah buat aku diapung kegembiraan. Dia masih tak berubah, masih cantik dan sweet sama seperti kali pertama aku jumpa dia beberapa bulan yang lalu. Ramah dan mesranya tetap mengusap sekeping perasaan. Keseronokan dan kegembiraanku dah mula terasa. Dialah yang menemani lunch aku hari ini, yang sanggup turun dari Shah Alam ke KL Sentral, meluangkan waktu untuk berborak santai denganku. Seorang novelist yang tidak kurang menyengat dengan message yang diadunnya dengan plot yang cantik seperti dirinya. Jeng... jeng... jeng.... memperkenalkan novelist cun, cute dan sweet yang aku maksudkan. Tak lain tak bukan si empunya novel yang sedang hangat dengan novel terbaru keluaran buku prima bertajuk Memori dan mini novella terbitan Fajar Pakeer Nafas Dua Hati yang bakal menemui pembaca tak lama lagi....

Umaira Dzul Widad @ Naz Areesya Ameen

Banyak yang kami bualkan. Dari satu cerita ke satu cerita, dari satu kisah ke satu kisah kami kongsi. Berkongsi gelak dan sengeh, berkongsi senyum dan tawa. Memang seronok bila dapat duduk berdua dan bersembang berseloka dengan seorang novelist yang tak lokek dengan senyuman dan tak kedekut dengan tawa. Bagai tak ada jurang antara aku yang kerdil walau hakikatnya dah macam Gozila Malaya dengan dirinya yang diminati ramai dengan hasil karya yang tak mengecewakan. Kami lay-park dekat Secret Recipe KL Sentral


Ni juadah Maira, Tiramisu dan Green Apple Kasturi

Aku pula makan Fish and Chips serta Smoothies Punch

Kami berpisah sekitar jam 02.00 petang. Rasa cam tak puas jer dan memang pun tak puas berbual dengannya, tapi nak buat camne kan. Aku kena pulang semula ke pejabat manakala dia pula ada yang perlu dibereskan. Buat Maira, terima kasih daun keladi atas kesudian meluangkan waktu untuk lunch dengan kak pu3 yer. Terima kasih berkongsi cerita dan tawa. Moga uquwah ini akan terpelihara selagi diizinkan oleh-Nya.

Sampai office aku buat kerja macam biasa bila telefonku mengalunkan lagu Andai Kau Pergi menandakan satu sms masuk meminta aku turun ke UG office aku dalam kadar waktu 5 minit lagi. Terkezut aku bila si pengirim sms menghulurkan satu bungkusan pada aku. Menjenguk ke dalamnya buat aku tersentak... Ya Tuhan... si pengirim dah gelak. Dia post dan suruh bagi pada ko satu. Beritahunya. Tak ada yang mampu aku katakan. Terharu dan terharu. Tak sangka ada gak yang ingat kat aku hingga sudi menitipkan barang ni buat aku. Inilah yang aku terima petang tadi

Kuih cincin kiriman Annyss yang tolong disampaikan oleh Caluk. Thanks to all of you. Aku benar-benar menghargai segalanya.

4 Ulasan:

  UMAIRA DZUL WIDAD @ NAZ AREESYA AMEEN

August 12, 2009 at 11:54 PM

How sweet...terharu dengan puji pujian tu tapi malu tahap gaban bila dipuji2 begitu. Janganlah buat camtu lagi...satu Malaysia baca ni, malu saya :) Tak sangka kak pu2 sangat2 prihatin tentang masa. Tgok tu, bkn takat jam dan minit, saat pun ada sekali. Mana nak cari orang cam ni? Hehe...dah eloklah tu...dua-dua suka main nombor...ops! terlebih sudah. Apapun, suka sangat2 jumpa dgn akak hari ni. Jgn lupa datang umah saya ahad ni okey???? muuah!

  caluk@cencaluk

August 13, 2009 at 12:35 AM

aku jadi posmen ler he he

  Nursuzry

August 13, 2009 at 8:42 AM

senjak bila ko tukar post caluk hahaha

  azieazah

August 26, 2009 at 2:02 PM

Sapa yg tolong bawak tu? nama dia CALUK ek? hensem ker dia? Nanti kalu posmen tu datang lagi, kim salam ekkk.... hehehe..