My week-end

Bila ada yang bertamu, pasti ada pula yang terhidang untuk menjamu. Jadinya week-end aku hari ini terisi dengan penyediaan segala juadah ini untuk makan tengahari. Penat memang penat, tapi seronok bila kepuasan terbayang di setiap wajah. Erm taklah pandai sangat dan thanks to Kak Ngah, Yana dan Mak Engku atas bantuan dan semangat kerjasama.

Inilah juadah tengahari kami. Nasi putih, gulai lemak kuning nangka, chilli crab, siakap cili padi [yang ni Mak Engku ajar di hias dengan tempe yang digoreng nipis.] dan Sayur campur.


Pencuci mulut pula aku try buat puding koktail berkuah. Yang ni memang aku suka.. suka amat dan aku share ngan sesapa yang mungkin berkongsi kegemaran dengan aku.


Sumber: Majalah Rasa.
Bahan-bahan:
2500 ml air
15 gm agar-agar
500 gm gula
6 sudu makan kastad - dibancuh sedikit air
250 gm buah-buahan campuran (tin)

Bahan Sos:
250 ml susu cair
750 ml air
125 ml air buah
Gula secukup rasa
1 biji telur - dipukul rata
1 sudu teh esen vanila

Cara Memasak:
1. Untuk membuat puding, rebus agar-agar hingga hancur.
2. Masukkan gula. Kacau.
3. Masukkan bancuhan kastad. Kacau lagi hingga sebati dan pekat.
4. Masukkan buah-buahan campuran dalam bekas adunan dan tuang adunan yang dimasak tadi. Sejukkan dalam peti sejuk. 5. Untuk membuat sos, masak semua bahan dan kacau selalu sehingga kuah pekat

3 Ulasan:

  dina

August 3, 2009 at 9:39 AM

laparrrr....

kalau tengok blog kau ada makan2 serta merta air liur aku melimpah tanpa disekat...

  Nursuzry

August 3, 2009 at 11:06 AM

waaa... cedapnyeeeee --> hulur kain buruk dekta dina, buat lap air liur hehehe

  umi ameer

August 4, 2009 at 6:32 PM

Hang ni kalu buat org terliuq.. bagilah kat hang.. eeeeiii, jadi lapaqqq