Nantikan Kemunculannya....


♥ GaUn CiNtA ♥
Biarlah Gaun ini jadi lambang dan saksi Cintaku kepada dirimu.


Ek eleh! Apa ke poyonya mamat tu. Siap bawak payung lagi. warna Pink Panther pulak tu… Isy, memang sah-sah dan confirm Auw! Mirzan Hanni mengutuk tanpa belas. Matanya lincah menjalankan scanning terhadap makhluk yang dimaksudkan.

Fazral Rafzan tetap selamba kodok, tidak terkutil langsung dengan tingkah dan tindakan gaya minah sengal ala-ala spesis makhluk asing yang baru nak kenal manusia. Itu pula komen pertama Fazral Rafzan akan sikap Mirzan Hanni, gadis brutal persis jantan menurut pandangan matanya.

Memang poyo dan auw sangatkah si Fazral Rafzan hingga dengan senang hati Mirzan Hanni menyedekahkan anugerah yang membawa gelaran “nyah” kepadanya? Atau memang si Mirzan Hanni aci stok mulut over insuran? Sesedap rasa bak Sirim yang memberi label walau label yang diberinya tak pernah dipinta jauh sekali dibuat permohonan malahan memang tak akan mendapat kelulusan badan berkenaan, [SIRIMlah mana lagi], tapi Mirzan Hanni peduli apa.

Namun, tanpa mereka sedar, pertemuan tak sengaja dalam persepsi berbeza itulah yang telah mengheret keduanya pada satu perhubungan yang tidak mampu mereka tolak dan elak. Macam-macam yang berlaku dan segala kemacaman itulah yang seakan menjadikan keduanya bagai medan magnet berlainan kutub yang menarik di antara satu sama lain.

Bagaimanakah kepoyoan berjaya mengundah-gulanakan kebrutalan emosi dengan serangan virus tak bervaksin? Apa kaitan sehelai gaun dalam hidup gadis bernama Mirzan Hanni dan kritikal sangatkah ke‘Nyah’an Fazral Rafzan dalam kepoyoannya? Siapa yang bakal menggula-gula dan siapa pula yang bakal dilollypop...

Nantikan jawapannya di dalam Mini Novella terbitan terbaru dari Fajar Pakeer yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi.

13 Ulasan:

  dina

August 6, 2009 at 2:12 PM

Oit.... kuar No 3 lak yek... kena beli nih.... bahasa tu pun cam best jek baca... (marah lak org DBP kan)... hahaha.a.....

  caluk@cencaluk

August 6, 2009 at 6:44 PM

tunggu org kasi novel he he

  Buah Cintaku...

August 6, 2009 at 8:48 PM

salam Dina, erm sebab tu lah agaknya DBP tak terima karya pu3. Takut dengan bahasa yang digunakan kut... hehehehehe apapun jangan menilai sebelum mengupas isinya kan. Thanks atas sokongan korang. Aku hargai sangat.

  Buah Cintaku...

August 6, 2009 at 8:49 PM

Tunggu orang belanja SR atau KR dekat KL Sentral... ada ke???

  Rehal Nuharis

August 7, 2009 at 5:45 AM

hai bkn main lg cite ni... mnrik btl...

  Buah Cintaku...

August 7, 2009 at 7:56 AM

Menarik sebab ada magnet :-)

  Nursuzry

August 7, 2009 at 9:45 AM

wa... dah beranak lagi. chayok!!

  caluk@cencaluk

August 7, 2009 at 9:55 AM

oohh SR,KR yer,nanti aku suruh sec aku arrangekan ha ha

  Buah Cintaku...

August 7, 2009 at 10:09 AM

Sue, belum beranak lagi.. tengah tunggu Due ni. Anytime kut dalam bulan August ni....

  Buah Cintaku...

August 7, 2009 at 10:10 AM

Jangan suruh arrange jer... ko ajak sekali SEC ko tu join. Baru happening...

  caluk@cencaluk

August 7, 2009 at 11:37 AM

ok noted ha ha

  Buah Cintaku...

August 7, 2009 at 12:41 PM

Hhahahahahah... noted jangan tak noted, tapi schedule aku Wednesday next week full [during lunch ada appointment] Friday lak aku cuti. Jadi cepat supaya aku boleh masuk dalam dairy...

  zeqzeq

August 27, 2009 at 4:12 PM

selamat menghayati..

pelakun UTAMA lelaki adalah saya..hihikk