Kerja oh Kerja

Macam biasa seawal 07.50 am aku dah sampai ke office, tapi kali ini dari jauh aku lihat dalam samar-samar [sebab lampu kat area aku belum di hidupkan lagi. Erm kes nak berjimatlah aceknya] meja aku messy semacam jer. Sampai di meja, sah! memang messy. Erm rasanya setiap hari sebelum balik dah jadi rutin aku untuk memastikan keadaan meja ku kemas sekemas-kemasnya yakni tak adalah document yang bersepah. Semua aku masukkan ke dalam tray mengikut keperluan untuk perlaksanaan ke esokan harinya. Ni apa kes pulak ada betul-betul depan PC aku? Belek punya belek, sah Case Law... Mak ai! nak suruh aku buat apa lak ni? Kan semalam aku dah buat dua... ni ada empat lagi... aduh! mahu semput aku. Semput semalam pun rasanya tak reda. Aku chow pi breakfast dulu. Malas nak fikir sangat.

0830, salah seorang consultant datang jumpa aku. "Tolong semak case law ni, erm urgent jugalah sebab I kena buat summary lepas tu." Ha! Aku kena semak??? Hello! Case law ni bukan bawah portfolio aku ler... Sat ni kalau salah, barulah aku yang terpaksa jawab. Lama aku pandang muka consultant aku tu, tapi as usual dia buat selamba kodok, rasanya kodok pun tak akan seselamba dia. "Erm, bila you nak? Btw I tak boleh janji sebab I kena back up, secretary boss cuti hari ni. So everything will go to me and also for department sebelah. Lagi pun I plan hari ni nak roll over international publication, nak check update baru, than as usual deal dengan clients for all pending payment, also renewal dan others misc thing," aku mula menyenaraikan tugas. Dia mengeluh, tapi apa yang boleh aku buat. Dah memang camtu tide kerja aku. Sekarang ni otak aku rasa tepu.. tepu melihat case laws yang baru dua helai selesai ku belek dalam catatan dan pembetulan yang perlu. Aduh!!! memang sah bila selesai aje kesemua case law ni, aku layak apply kerja di Special Comms.

3 Ulasan:

  caluk@cencaluk

August 7, 2009 at 12:02 PM

kau buang aje kes tu luar tingkap he he

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

August 7, 2009 at 12:48 PM

Memang kalau boleh aku nak buang jer... dengan si consultant tu sekali aku lempar... tapi masalahnya tak boleh. Erm apa kata ko aje yang tolong campakkan. Rasa cam building ko tu lagi tinggi dari aras aku...

  caluk@cencaluk

August 9, 2009 at 6:08 PM

kau dah ukur building aku yer he he