Hidup ini indah, biarpun kita tak dapat apa yang kita mahukan. Terkadang ditinggalkan dipertengahan jalan sebuah perhubungan. Kita terpaksa mencari arah untuk terus melangkah meski sakitnya hanya tuhan yang tahu. Namun berbekalkan redho dan pasrah, kita tetap akan mampu bangun dan terus berusaha untuk bertatih dan kembali bangun lantas melangkah lagi untuk mengikut arus kehidupan justeru kita sedar DIA penentu segalanya……
Posted by ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ Saturday, February 28, 2009 at 01:01
Posted by ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ Friday, February 27, 2009 at 17:02
Wah! Rasa cam recordlah pulak... hari ni aje aku masukkan 3 N3 dalam istana kaca aku ni... hehehehe. Wallah... sikit punya hebat ke jurus mengelat aku hari ni kan... Well, aku dapat email ni dari seorang teman. Bila aku baca dan teliti, rasa cam boleh dijadikan iktibar atau sedikit panduan dalam kemelut yang diperkatakan orang serata tempat... So check it out babe...
Posted by ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ at 12:44
Tak pasal-pasal aku kena tegur dek member aku gara-gara apa yang aku paste untuk N3 kena TaG tu...
“Woi, Die Hard 4 tu bukan romantic movie la. Suka ati ko je kan...” tembaknya laju.
“hehehehehehe aku rasa romantic jer...” jawabku tanpa perasaan. Selamba kodok gitu dan rasanya kodok pun tak akan seselamba aku…
“La!!! Upin dan Ipin tu pun ko tengok?” tegurnya tak percaya. Aku yakin pasti dia dah bertandang ke istana kaca aku ni. Kalau tak mana dia tahu semua tu kan.
“Eh! Okey apa... Upin dan Ipin... betul... betul... betul… Aik! Telur goreng aje.. ayam goreng tak ada ke? Sempoi jer Kak Ros jawab, ayam mahal...” jawabku dalam tawa.
“Engkau ni kan….” Dia tak menghabiskan kata, atau agaknya tak ada perbendaharaan kata untuk digunakan bagi mengungkap apa yang ingin dikatakan pada aku.
“Well! Aku memang tahu tak ada satu pun movie yang aku paste kat situ boleh dikategorikan oleh orang-orang yang membaca sebagai romantik kecuali aku” ucapku sambil ketawa.
“ko memang superb in your own way. .. Ha! Perasan la tu” komennya lagi.
“Tu lah pasailah kadang-kadang orang kata otak aku tak boleh nak layanzzzzz... tapi aku tetap suka... hehehehehe. Romantik dalam konteks aku yang tersendiri... ahakzsssss
“Iyer... romantik dalam konteks orang putus fius” tokoknya tanpa bertapis.
“Apa pulak putus fius, cuma bekalan api kena potong dek TNB tanpa ehsan jer...” balasku sebelum mengakhirkan conversation.
Erm, betul ke aku putus fius dengan apa yang aku pastekan… rasa cam tak jer sebabnya Romantik tu bagi aku satu yang subjektif. Bergantung pada individu untuk menafsir dan mentafsirnya mengikut persepsi masing-masing. Betul tak??? Betul… betul… betul… gaya si Upin menjawab bagi pihak si Ipin… hahahhahahaa tapi mungkin jugak hari ini fius aku ada longgar sikit, tu yang jadi tak tentu hala tu…
Posted by ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ Thursday, February 26, 2009 at 22:09
The Bodyguard from Beijing
Die Hard 4
Transformer
Puteri Gunung Ledang – Yang ni teater, tapi kira bolehlah ekk..
3-you have to tag another 5 person to answer this tag.Jadi inilah antara yang terpilih.
Ebriza
Dina
Umiameer
Mimie afinie
Suzry
Kita lihat pulak apa filem-filem yang mereka ni suka...
Posted by ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ Friday, February 20, 2009 at 17:03
"Tak kan teruk sangat awak ni sampaikan lagu canggitu pun nak layan" aku tersentak. Erm salah ke aku layan... rasanya tak salah malah tak ada akta yang menyatakan apa yang aku buat ni salah. Aku buat muka kelam.
"Tak salah pun kalau saya nak layan... Kenapa? Sekarang dah ada akta baru ke?" aku pantas menyoal inginkan kepastian membawa kepada jawapan yang relevant.
"Ha! Layanlah… layan… mula-mula tu Mohabbatein, kemudian jadi Kabhi Khushi Kabhie Gam, lepas tu bawa pada Kuch Kuch Ho Ta Hai… pastu mulalah Kaho Na Pyar Hai lastly Dil to Pagal Hai sorang-sorang. Masa tu sapa yang susah???” jawapan yang singgah di pendengaran buat aku terkedu mengalahkan orang tertelan pucuk mengkudu kelat.
Ek'eleh! sejak bila pulak jadi seorang yang perihatin sangat terhadap apa yang aku buat. Bingun kejap aku jadinya. Kat mana yang jadi salah kalau aku layan lagu-lagu hindustan ni? Aku rasa Okey jer... best lagi ada... dah penat layan lagu melayu bersenandung dengan lenggok dan aroma romantika. Sesekali biarlah aku layan lagu hindustan pulak... Erm! aku benar-benar tak faham. Awat yang tiba-tiba petang ni dia bertukar jadi mamat poyo ala-ala skemaz gilez yang sesekali boleh aku klasifikasikan dalam kategori sengal??? Pelik... pelik...
Posted by ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ Wednesday, February 18, 2009 at 14:22
Posted by ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ Friday, February 13, 2009 at 16:14
Posted by ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ at 12:29
"Awak rindu saya tak" Gulp... aku menelan liur... terkezut tahap cipan.
"Ni soalan spesis apa pulak yang tetiba awak tanyakan pada saya?" aku membalas jawapan dengan soalan juga. Memang aku bengong... dahlah aku berada di tahap busan giga, ni disajikan pulak dengan soalan kategori tahapapatah...
"Tak kan awak tak rasa rindu kat saya walau sikit pun" dia masih tak mengalah... masih dengan soal yang ada perkataan rindu dalam unsur yang sama.
"Apa hal pulak saya nak rindu kat awak?" aku bertanya kembali.
"Saya out-station sebulan bermula Isnin ni." Oh! Itulah punca soal rindu disebut... erm...
"Sebulan, bukan setahun... lagi pun awak belum pergi. Manalah saya tahu akan rindu atau tak." selamba aku memberikan jawapan. Kira kalau masuk ujian lisan, sure score punyalah.
"Hai! Tak kan nak tunggu saya pergi dulu baru nak tahu perasaan," statement tak puas hatilah tu...
"Jadi... kiranya nak macam ala-ala Tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan... intai kami antara nampak... esok jangan rindu-rinduanlah yer... Erm tak cukup masa nak layan semua tu..."
"Awak memang tak punya perasaan?" Tap.... terdengar telefon diletakkan agak keras...
Gulp... sekali lagi aku menelan liur... Erm apa yang terjadi... aku ke yang salah??? muka mula blank... blur... hati tertanya-tanya....
Posted by ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ Tuesday, February 10, 2009 at 16:59
Erm… Apa nak masak malam ni ekk… Aku rasa cam nak buat kari telur since tadi Kak Lynn ada hantar rempah yang dia buat sendiri… segala jenis rempah untuk masak dia buat sendiri… homemade dan baunya pun lain dari yang beli kat kedai. Kat rumah pun memang ada telur… so boleh jer kalau nak buat dan bukanlah mengambil masa yang lama pun… tapi dah beberapa hari tekak aku terasa bagai meminta sesangat nak makan dua benda ni…
Posted by ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ at 09:51
Ha! Itulah yang keteringinan member aku tu... Cup Cake... dan aku berusaha untuk memenuhi hasrat yang telah diluahkannya padaku... Harap dia berpuashati... So pagi tadi, department aku pun bersarapan dengan juadah yang sama begitu juga dengan beberapa orang members ku...