Apa???

Erm… Apa nak masak malam ni ekk… Aku rasa cam nak buat kari telur since tadi Kak Lynn ada hantar rempah yang dia buat sendiri… segala jenis rempah untuk masak dia buat sendiri… homemade dan baunya pun lain dari yang beli kat kedai. Kat rumah pun memang ada telur… so boleh jer kalau nak buat dan bukanlah mengambil masa yang lama pun… tapi dah beberapa hari tekak aku terasa bagai meminta sesangat nak makan dua benda ni…


Kari Ikan Tenggiri dengan Pajeri Terung… Aduh! Bestnya… kuah kari ikan tu boleh cicah ngan roti kalau kehabisan nasi dan bila terbayangkan terung yang telah masak bersalut segala bagai rempah ratus, buat air liur aku kecur aje… tapi tulah… kat umah tak ada terung… tak ada jugak ikan tenggiri... jadi kena pulak pi pasar malam malam ni… tapi kalau dah pergi pasar malam, jawabnya tak adanyalah aku beli barang-barang tu dan tentu-tentu aje apa yang aku nak tu tak ada yang dah siap sedia… kalau ada pun rasanya belum tentu lagi menepati citarasa aku… adat orang berniagalah katakan, tentu ada yang kurang di sana sini lebih-lebih lagi dalam pasaran barang yang tak tentu hala ni… dari pada tekak aku tersiksa menelan rasa yang tak apa-apa, baik tak payah... tapi kat luar office aku sekarang ni sedang bersenandung irama hujan... cukup dengan rebana guruhnya bagai... jadi bagaimana aku nak pi pasar malam...
Erm agak-agak umur aku panjang tak untuk beberapa hari lagi ni supaya aku leh gak buat apa yang aku nak tu??? Tak pastilah pulak… bab panjang-panjang umur ni bukannya kita boleh check…Iya tak… jadi apa yang aku nak buat????