Aduh!

"Awak rindu saya tak" Gulp... aku menelan liur... terkezut tahap cipan.

"Ni soalan spesis apa pulak yang tetiba awak tanyakan pada saya?" aku membalas jawapan dengan soalan juga. Memang aku bengong... dahlah aku berada di tahap busan giga, ni disajikan pulak dengan soalan kategori tahapapatah...

"Tak kan awak tak rasa rindu kat saya walau sikit pun" dia masih tak mengalah... masih dengan soal yang ada perkataan rindu dalam unsur yang sama.

"Apa hal pulak saya nak rindu kat awak?" aku bertanya kembali.

"Saya out-station sebulan bermula Isnin ni." Oh! Itulah punca soal rindu disebut... erm...

"Sebulan, bukan setahun... lagi pun awak belum pergi. Manalah saya tahu akan rindu atau tak." selamba aku memberikan jawapan. Kira kalau masuk ujian lisan, sure score punyalah.

"Hai! Tak kan nak tunggu saya pergi dulu baru nak tahu perasaan," statement tak puas hatilah tu...

"Jadi... kiranya nak macam ala-ala Tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan... intai kami antara nampak... esok jangan rindu-rinduanlah yer... Erm tak cukup masa nak layan semua tu..."

"Awak memang tak punya perasaan?" Tap.... terdengar telefon diletakkan agak keras...

Gulp... sekali lagi aku menelan liur... Erm apa yang terjadi... aku ke yang salah??? muka mula blank... blur... hati tertanya-tanya....