TeRuK Sangat kE???

"Tak kan teruk sangat awak ni sampaikan lagu canggitu pun nak layan" aku tersentak. Erm salah ke aku layan... rasanya tak salah malah tak ada akta yang menyatakan apa yang aku buat ni salah. Aku buat muka kelam.

"Tak salah pun kalau saya nak layan... Kenapa? Sekarang dah ada akta baru ke?" aku pantas menyoal inginkan kepastian membawa kepada jawapan yang relevant.

"Ha! Layanlah… layan… mula-mula tu Mohabbatein, kemudian jadi Kabhi Khushi Kabhie Gam, lepas tu bawa pada Kuch Kuch Ho Ta Hai… pastu mulalah Kaho Na Pyar Hai lastly Dil to Pagal Hai sorang-sorang. Masa tu sapa yang susah???” jawapan yang singgah di pendengaran buat aku terkedu mengalahkan orang tertelan pucuk mengkudu kelat.

Ek'eleh! sejak bila pulak jadi seorang yang perihatin sangat terhadap apa yang aku buat. Bingun kejap aku jadinya. Kat mana yang jadi salah kalau aku layan lagu-lagu hindustan ni? Aku rasa Okey jer... best lagi ada... dah penat layan lagu melayu bersenandung dengan lenggok dan aroma romantika. Sesekali biarlah aku layan lagu hindustan pulak... Erm! aku benar-benar tak faham. Awat yang tiba-tiba petang ni dia bertukar jadi mamat poyo ala-ala skemaz gilez yang sesekali boleh aku klasifikasikan dalam kategori sengal??? Pelik... pelik...

2 Ulasan:

  dina

February 23, 2009 at 12:59 PM

aku suka lagu hindustan ok! sapa yg ckp gtu kat kau pu3? gitau, meh aku gitau dia kenapa org suka dgr lagu Hindi... walaupun tak paham... tapi sebenarnya feel lagu tu membuatkan kita asyik... nak2nya lagu dari filem, Mohabattein, KKHT, KKKG dan sumer filem2 hit... sampai la ni aku suka dgr lagu dari filem lama, Booby, Sangam, An Evening In Paris dll... kalau orang kata dgr lagu hindustan tu tahapa2... aku pedulik hapa? hewhewhew...