Erm.. baru terfikir…

Aku tengah leypark santai sambil buat failing segala document sokongan sebelum serahkan pada manager aku untuk tindakan seterusnya. Tiba-tiba entah macamana fikiran aku boleh melayang… teringatkan satu insiden baru-baru ini…

“Eh! Mak Dah tengok adik sekarang ni dah tembun. Adik dok makan apa?” teguran Mak Dah benar-benar menyentap emosiku. Bukan aku merajuk atas teguran itu, cuma mencari realiti pada seungkap bicara.

Ngah dan kak ngah sengeh. Ha! tu gaya nak nyakat akulah tu. Bukan aku tak kenal ngan senyuman musang berjinggut depa tu.

“Orang senang hati Mak Dah oooiiii, maklumlah…” saja buat frasa ayat tergantung supaya Mak Dah boleh terus tembak aku dengan pertanyaan. Cinabeng punya abang.

“Senang hati awatnya?” Mak Dah dah muka kelam dan sah-sah memang dah termakan dek aura statement ngah diawalnya.

“Ala, tak dak apalah Mak Dah,” sempat aku menjeling ngah yang dah berduet tawa dengan isteri kesayangan.

“Takkan tak dak apa, tapi betuilah dik. Hang dah tembun,” Mak Dah dah mula menjalankan misi penyelidikan. Tubuh aku dibelek dan dipusing ke kiri dan kanan mengikut kehendaknya. Entah apalah yang dia cari agaknya. Aku dah rasa tak selesa.

“Macamana tak tembun Mak Dah kalau tiap kali orang telefon tanya dia lagu mana… ha jawapan dia tak pernahnya lagi dari kata yang dia dah tembun, lebih-lebih lagi kalau orang ajak jumpa. Mulalah dia buat penyamaan dengan segala benda yang tembun-tembun. Kalau dok selalu cakap lagu tu, Allah assume dia naklah. Kan allah tak kedekut, jadi inilah hasilnya.” Syarah ngah selamba. Amboi! Sejak bilalah pulak mamat ni jadi ustaz...

“Kalau tembun sihat, Mak Dah tak kisah, cumanya takut nanti datang pulak sakit yang macam-macam. Satu lagi, adik lupa kut. Tiap apa yang kita kata tu umpama doa. Kalau selalu benda tu yang kita dok habaq kat orang. Lagu ngah habaq tadilah. Allah ingat kita dok minta, jadi dia pun bagilah,” ucap Mak Dah akhirnya.

Aku termenung. Erm betul gak kan… kenapa aku boleh alpa dalam khilaf akan perkara ini… erm mulai saat ni tak nak lah cakap canggitu lagi… menyamakan diri dengan segala benda yang ada dalam dunia ni [kalau boleh disamakanlah] tiap kali orang bertanya perihal aku… Natijahnya… lu fikirlah sendiri… padan muka aku… hehehehehe

Conclusion: Jangan sesedap oren aje bercakap tanpa fikirkan natijahnya....