Peh! Sedap tu... ^ _ ^

Pagi ni aku bangun jam 05.00 pagi. Tang... tang... tang... bunyi lesung batu menumbuk bawang, putih, ikan bilis dan cili padi sebelum bahan-bahan ini aku tumiskan pada minyak zaitun yang sudah mula panas. Berdesir bunyinya. Aku kacau seketika sebelum masukkan air dan stok ayam untuk dijadikan kuah. Tunggu menggelegak sebelum mencampakkan tauhu, fishball, carrot, bunga kobis dan kobis panjang. Biar seketika sebelum masukkan garam secukup rasa dan jeng... jeng... siaplah sudah. Tadi kakak kat department aku ajak keluar lunch, tapi aku dah angkap tupperware sambil tersengeh. Dengan selamba dia buka dan menghidu aromanya... Sedapnya... tiba-tiba akak jadi lapar. Nak sikit... tanpa tunggu keizinan dibawanya bekas kecil lantas menceduk sedikit sebelum memanaskan. Sedapnya... healthy dish, komennya tanpa pinta. Aku sengeh jer... iye ke sedap... hahahahahah sengal betullah akak sorang ni...

Semalam aku janji dengan member aku, tapi sebenarnya yang penting tekak aku ni sebenarnya dah teringin nak menjamah since terlihat seorang teman menapau dari food court beberapa hari yang lalu. So bahan-bahan memang dah aku beli sehari sebelum ini, cumanya entah kenapa aku tak buat semalam. Bila dah terikat janji, pandai pulak kerajinan bertamu dalam diri. Maka terhasillah apa yang diidamkan oleh tekak aku... tapi bila dah sampai office, rasa cam tak lengkap pulak. Erm berlenggang kangkung aku bawak sup sayur tu semata. Nasi aku dah suruh member aku bawak lebih. Fikir punya fikir... Ya allahhuakbar... aku lupa goreng ikan masin rupanya... hehehhehe masak lemak sheli padilah aku sat lagi menjawab dengan member aku tu... Macamanalah aku boleh lupa dan macamanalah aku boleh selambaland jer bawak sup sayur aku tu semata... hehehehehe