Berkat Jumaat....

Ya allah... ku panjatkan rasa syukur atas segala limpah rahmat-Mu pada diri ini... Dalam aku sibuk dengan tugasan hari ni, HP berlagu... tertera number yang memang aku tak kenal langsung. Hello, boleh cakap dengan Pu3Imaneisya? Iya saya. Saya dari Fajar Pakeer. Nak confirm dengan akak Pu3 pasal signing session untuk pesta buku. Tarikh dan masa. Erm akak boleh datang untuk sessi 26hb tak? Kejap nak check dairy... Tak dengarlah suara akak... Tak dengar, tak pe, jap lagi akak call semula. Aku pun called semula sebab tak tahu kenapa talian macam jeles jer ngan aku... isy nak kena maxis ni... Hello... yer kak pu3 ni. So akak boleh datang untuk sessi akhirlah yer. Erm bolehlah kut, satu hari ekk... Ha'ah, tapi boleh je kalau akak nak merayau pun. Erm, nak beritahu yang novel akak sekarang dah masuk Q printing. Harap dapat release masa Pesta buku, tapi tak janji... Zupp.... jantungku macam terhenti... speechless and toneless... tonne suara dah mula berubah kendur penuh emosi yang datang mengasak yang sedaya mampu cuba aku tahan. Tak nak hujan di tengah sahara office. Betul ke??? macam tak percaya jer.. ingatkan masih lagi dalam proses untuk lay-out. Taklah kak.. dah okey dah, cover pun dah buat cuma belum finalise jer lagi... okeylah... terima kasih yer...

Airmata gugur juga akhirnya. Entahlah... perasaan ku jadi tak menentu... gembira, bangga, suka dan hiba, sedih dan segalanya... aku tak mampu ungkap walaupun ini kiranya bukanlah pengalaman pertama.. Dah novel ke dua pun woiii tak kan emo lagi... biarlah apa orang nak anggap, secara jujurnya itulah yang aku rasa... Terima kasih ya Allah... kalau setahun yang lalu aku terima berita gembira tentang novel sulungku pada hari Jumaat, novel kedua juga beritanya aku terima pada hari Jumaat juga... hari yang nyata penuh berkat dan rahmat... penghulu segala hari yang di dalamnya dilimpahkan berganda rahmat kasih dari-Nya... Terima kasih ya Allah kerana tanpa izin-Mu aku tak mungkin merasai apa yang aku rasakan hari ni... Sempat berkongsi kegembiraan dan cerita dengan orang tersayang... walaupun sekadar sebuah perkhabaran....

5 Ulasan:

  UMAIRA DZUL WIDAD @ NAZ AREESYA AMEEN

March 27, 2009 at 11:12 PM

1st of all tahniah,tahniah,tahniah...nikmat terindah yang smmg nya patut disyukuri. tumpang emo gak!

  MIMIE AFINIE

March 27, 2009 at 11:29 PM

Pu3... tahniah dari akak. Akak tunpang gembira...

  Cetusan

March 29, 2009 at 7:22 PM

tahniah...tumpang gembira

  dina

March 30, 2009 at 10:57 AM

tahniah pu3...

  John Norafizan

March 30, 2009 at 11:24 AM

tahniah!
wah! jumpa la kita nanti yek! :)