Story-Mory II

Aku nak buat kesinambungan kisah excident semalam. Malam tadi aku tak tido, kena buat laporan langsung terhadap apa yang telah menimpa diri aku. Segala bual bicara jarak jauh semua bermula dengan macamana, bagaimana, apa... pendek kata semuanya ayat tanya. Peh! Letih mak nak jawab... tapi nak buat camne kan. Kalau tak jawab susah gak. Apa pun sorrylah DSana kalau DSini dah bikin DSana susah hati.

Well, Lebih kurang jam 09.00 pagi aku terima panggilan dari suami kakak yang aku terlanggar semalam. Katanya nak jumpa dan dengar story apa yang terjadi. Katanya lagi dia nak buat report. Jadi aku pun set tempat untuk jumpa area McDonalds dekat gombak, dekat dengan tempat kejadian dalam tempoh masa 1 jam lagi. So aku pun bersiap, dengan mata yang serasa berpasir sebab tak tido semalamnya aku gagahkan juga. Niat nak settle sebanyak mana yang boleh.

'Lu pe hal. Tak nampak lampu merah ke? Yang lu langgar bini wa kenapa?' itulah soalan pertama yang terpacul dari mulut mamat tu sebaik sahaja melihat aku.

'Lampu merah apayer? kalau merah, dah sah-sah saya akan langgar kereta, bukannya isteri awak sebab pasti kereta dari arah yang satu lagi dah jalan,' Mamat tu nyata tak puashati. Mukannya memang dah tegang habis. Marah, bengang dan mungkin bangang jugak.

'Bini wa cakap, lampu merah. Kereta dah berhenti, lu jer yang buta driving. Dah tu lu biarkan aje bini wa. Lu tak datang pun tengok dia kat hospital. Wa tunggu sorang-sorang sampai pukul 10 malam. At least lu talifonlah tanya keadaan dia. Ini tak. Lu biar jer dia terbongkang macam tu. Lepas tangan,' marahnya lagi. Nyata, mamat ni pun dalam kategori mental. Gagal bab emosi management.

Aku masih cuba menyabarkan hati. Beristifar dalam hati agar diberi kekuatan untuk menghadapi situasi tegang ni. Aku sedar risikonya... tak mustahil penumbuk atau penampar mamat ni akan mengusap pipi ku memandangkan dia sudah mula mengikut rentak hati yang panas.

'Sabar bro, kalau lu pikir wa nak lepas tangan, dari awal lagi wa boleh lepas tangan. Lepas hantar bini lu kat hospital wa boleh cuci tangan. Tak payah tinggalkan telefon number wa untuk pihak hospital hubungi, tak payah susah-susah selongkar beg bini lu cari nombor2 yang wa boleh hubungi yang akhirnya wa dapat cakap dengan lu punya adik ipar. Wa jumpa adik ipar lu untuk serah barang2 bini lu. Wa jumpa mak mertua lu. Tanya keadaan bini lu. Wa called hospital tanya doktor dan doktor sahkan tiada yang serius setelah xtray di jalankan, cuma doktor nak tahan bini lu dalam 6 jam untuk lihat progress. Mana wa tahu bini lu boleh keluar malam tu juga. Lu fikir wa tak payah pergi balai buat untuk buat report ke?' aku dah mula ikut rentak gendangnya berbahasa rockers. Erm tak pasal jadi pu3 rockers aku pagi ni. Aku cuba nak tarik dia semula untuk bertenang dalam menangani permasalah ini.

Nyata dia terkejut dengar aku berWa... Lu dengan dia. Mungkin tak sangka perempuan bertudung macam aku boleh layan bahasa rock.

'Tapi wa tetap tak puas hati, bini wa cakap lampu isyarat warna merah, lu yang buta. Lu langgar dia,Kira sekarang ni lu nak salahkan bini wa lah!' tegasnya lagi.

'Hello bro! orang giler jer yang nak langgar orang, lu punya bini tengok lampu tu dari arah yang satu lagi, bukan dari arah wa.okeylah bro, wa tak mau citer banyak. Lu nak marah-marah pun bukan lu boleh dapat balik bini lu seperti sebelum kejadian berlaku dan wa pun tak akan dapat kereta wa yang dah tersadai kat balai sebelum dihantar ke bengkel. Kalau lu nak buat report, itu lu punya hal, wa no hal. Negara demokrasi. Wa dah buat report. Kalau lu berhajat sangat nak jumpa wa kat mahkamah pun, wa tak ada problem tapi wa nak tanya, lu confident ke boleh menang? lu ada saksi ke yang lihat wa memang langgar lampu merah? atau lu memang kaya nak amik peguam untuk handle kes ni. Kalau setakad lu nak gertak wa sebab marah dan nak tunjuk jantan, sorrylah, lu silap orang. Bini lu melintas dengan kepala weng problem, tak pandang kiri kanan. Dia bukan setakad menyusahkan diri dia, tapi dia dah heret wa dalam trouble. Wa tak minta lu bayar duit repair keta wa pun kira dah cukup bagus.' entah dari mana keberanian itu datang menyokong diri, aku pun tak tahu. Mungkin sejak semalam agaknya... sejak aku asyik diprovok oleh golongan yang berstatuskan LELAKi yang mungkin anggap berhadapan dengan seorang PEREMPUAN memberi peluang selebarnya untuk mereka memperlihatkan kejantanan. Sorry! hari ni lu orang silap...

Aku dah dapat lihat wajah mamat tu berubah. Terkezut, terkujat dan tak tahu 'ter' apa lagi. Akhirnya dia mula berlembut.

'Sorrylah, Wa bukan apa, tension. Wa kesian tengok keadaan bini wa, lu pegilah tengok dia,' ucapnya.

'Wa faham perasaan lu bro, tapi lu juga perlu ingat. Kemarahan tak akan bawak kita ke mana-mana. Perkara dah terjadi. Lu fikir dengan ikut rasa marah, semua perkara boleh settle ke? Releks bro. Banyakkan sabar. Musibah ni allah dah tentukan. Memanglah wa nak pergi tengok bini lu, tapi bukanlah dalam tergesa-gesa. Wa kena settle satu-satu. Bukan maknanya wa ambil ringan pasal keadaan bini lu, wa akan pergi juga tengok dia. Lu jangan takut. Macam yang wa cakap tadi, kalau wa nak cuci tangan dari awal lagi wa dah buat.' ucapku sebelum mamat tu blah.

Petangnya aku menggagau cari rumah kakak tu dan alhamdulillah, allah permudahkan segalanya. Aku jumpa kembali mak dan adiknya yang aku jumpa sebelum ini. Pakcik dan makciknya pun ada. Aku lihat keadaan kakak tu, tak teruk... sekadar luka yang tak serius. Boleh diubati dan aku yakin kosnya tak akan menjangkau hingga ke ribuan ringgit. Bercerita dengan keluarga kakak tu lebih senang dari suaminya dan seperti yang dijangka memang ada 'WeNg' PeRSoNaL MaRrIaGe PrObLeM. Aku hulurkan sedikit bantuan yang termampu aku sumbangkan bagi meringankan sedikit bebanan. Doa aku moga kakak tu akan pulih dan lebih PuLiH dari sebelumnya. Bila kita yakin dengan qado dan qadar allah, tentu kita yakin segala yang terjadi punya hikmah. Allah nak berikan sesuatu yang lebih baik dengan mengambil apa yang kita sangka terbaik untuk kita atau mungkin untuk menyedarkan kita bahawa dalam hidup ini kita tak akan lepas dari dugaan kerana itulah kasih sayang Allah terhadap semua hamba-Nya. Ya Allah... Ya Rahman Ya Rahim... tabahkan aku untuk menerima dugaan dari-Mu. Amin....

7 Ulasan:

  dina

July 27, 2009 at 10:45 AM

seb baik kau ada gak ati nak lemah lembut dgn mamat gilo tu, kalau aku sah2 aku buat bodoh je dgn jantang bengong gitu... dah bini dia weng sal marriage prob, sah2 dia yg bwk masalah tu... aku memang hangin je kalau mamat macam ni tak kira la laki org ke laki beruk ke... kau dah bwk gi spital tu pun dah kira baik, apehal lak nak dtg mlwt bagai... bkn sedara mara pun... ish! aku geram betul la dgn mamat tu. nape kau tak ajak aku je teman kau jumpa jantan sengal tu... tahu le aku nak berlu-gua waklu dia... hish hish hish!

  Buah Cintaku...

July 27, 2009 at 2:23 PM

Memang sengal sesengal sengalnya Dina. Mungkin dia fikir bila berurusan dengan perempuan, dia boleh menglollypopkan aku.Sorry naik lorrylah. Aku dah letik kena provok dengan jantan yang over kejantanan yang tahu bercakap jer tapi menolongnya idak. Jadi bila sekali lagi kena berhadapan dengan jantan sengal yang fail dalam berbagai bentuk management, aku rasa aku tak boleh terus berkompromi dan biar dia buli aku. So jadilah pu3 rock yang berhadapan dengan orang sengal. Memang pun, bak kata kakak kat bengkel tadi, kalau china yang langgar, depa anta hospital pastu blah. Kira awak ni baiklah sebab siap boleh cari contact sedara mara dan jumpa mereka lagi. Kalau akak, serah kat polis jer, biar polis yang handle. Erm inilah manusia... tak pernah nak check diri sendiri dan hanya tahu nak salahkan orang dan mengamuk. Konon orang takutlah tu... Malam sikit...

  UMAIRA DZUL WIDAD @ NAZ AREESYA AMEEN

July 28, 2009 at 12:16 AM

Amboi kak pu3 berani sungguh dia! Hmm...kalau dah bahasanya gitu, tentulah mentalnya pun kureng. Bahasa tu kan melambangkan bangsa? Orang yang tak tahu berbahasa maknanya dia tak berbangsa. Huhu...melalutlah tu. Tapi memang geram tul saya baca N3 ni. Saya rasakan, kalau akak tak melawan dia dan buat gaya macam dia jugak, sah2 dia buli akak. Silap2 dia 'PAU' akak. Kalau setakat nak brain wash, dalam telefon pun boleh. Ini nak jumpa bagai...huh...ada udang di sebalik mee goreng mamak la tu (sebab mee goreng mamak biasanya cuma ada tauhu dan telur aje)

  caluk@cencaluk

July 30, 2009 at 11:01 AM

sabar2

  Buah Cintaku...

July 30, 2009 at 11:19 AM

Memanglah kita sentiasa disarankan agar bersabar, tapi kalau kesabaran kita diambil kesempatan lantas di lollypopkan oleh pihak lain camne gayanya tu... apapun aku dah check ngan sarjan kat balai, mamat sengal tu tak buar report dan sarjan tu nasihatkan aku berhati-hati dan jangan teragak-agak untuk buat report kalau-kalau mamat sengal tu buat sesuatu. Maklum no phone aku sah-sah ada kat dia...

  anyss

July 31, 2009 at 5:31 PM

Waaaaa bila Pu3 yang lemah gemalai ni ber lu-waaa....mmmm kontot jadinya misai mamat sengal tu.

Apapun, tahniah Pu3...mampu kontrol slamber walaupun keter dah jadi cam gitu. Nilai & jatidiri manusia ni boleh kita nengok bila berlaku hal-hal sebegini...

jangan lupa, simpan untuk masukkan dalam novel baru ya ;)