My cook again

Tengah aku bersukasuki memanjakan diri berlaypark sakan di bilik, telefon ku berlagu menandakan satu sms kini berada di dalam inbox. Adik, Mak Nah on the way pi rumah. Depa mai dengan Farid dan Fiza. Mak Nah pesan soh adik masak mee rebuih. Terkezut aku. Kelam kabut jadinya. Mak Nah otw... dengan Farid dan Fiza.... Mee rebus... zuppppp berdesup aku berkejar ke dapur macamlah ada chaplos... aku selongkar peti sejuk... cari dan lihat apa yang ada. Ya tuhan... tak ada apa... erm maksudnya bahan untuk masakan menu yang dihajati oleh Mak Nah. Tengok jam dah pukul 12.30, dah sah-sah brother jual ikan tu dah blah tah ke mana. Waduh! Gawat. Pantas saja tangan mencapai kunci kereta dan pastinya destinasi yang ku tuju adalah Giant. Maka, aku pun jalankan sessi beli dan cepat-cepat belah. Sampai di rumah aku buka langkah... pesiang ubi keledek + ubi kentang. Rebuih sampai empuk. Pastu tumbuk bawang putih + bawang merah + udang kering. Than tumis sampai naik bau. Masukan rempah + daging untuk rencah. Pastu masukkan ubi keledek yang dah dilenyek. Pastu tambah ayaq, garam dan gula secukup rasa. Biaqlah mendidih atau kata lain sampai masak. Maka masa Mak Nah dan angkatannya sampai, inilah yang aku hidangkan... Alhamdulillah, Mak Nah and angkatan berpuashati dengan apa yang terhasil.




6 Ulasan:

  dina

July 20, 2009 at 8:49 AM

aduyai, mi rebus la pulak. pu3, bila buleh aku rasa mi rebus hang ni... hehhe

  Buah Cintaku...

July 20, 2009 at 10:25 AM

Ya Tuhan... ko nak rasa ke Dina... tu mee rebus bidan terjun tu, edisi kena dera. Sesungguhnya itulah pertama kali aku buat mee rebus tau. Tapi alhamdulillah, tak lah mengeciwakan dan tak juga memberangsangkan dalam keghairahan untuk menikmatinya. Tapi boleh lah...

  atie

July 20, 2009 at 12:32 PM

akakkkkkkkkkkkkkkkkk...atie nak akak wat kat atie gakkkkkkkkkkkkk!!!!
uwarghhhhhhhhhhhhh mana haciiiiiii!!!

  Buah Cintaku...

July 20, 2009 at 1:10 PM

Aci belum sampai lagi. Airasia belum buat penerbangan dari India ke LCCT. Hahahaha

  Nursuzry

July 20, 2009 at 4:40 PM

akak ni btul buat aku kecur liur. sabtu ni nak suruh mak masak mee rebus spore la. huuuuuuu....