Redhokah Sekeping Hati...

Rumah teres di Jalan Setia Murni itu sudah mula sunyi. Kabus yang menyerungkupi menambah kesejukan sekeliling. Malam ini aku terpaksa juga mengalah dengan desakan agar aku bermalam di rumah ini. Aku bersendirian di dalam kamar yang sepi, sama seperti sepinya sekeping hati yang aku m iliki. Arghh! siapakah yang mengerti perasaan ku tika ini.. terlalu sukar didambakan kepastian jauh sekali mengapai untuk ku dakap menyelimuti perasaan yang sering diacah.

Bicara duka yang kini ku alami semakin sukar untuk dibicarakan. Bilakah puputan bayu lembut bisa mampu mendamaikan gelodak jiwa yang kian parah ini. Mampukah aku melangkah walaupun hati tersayat pilu yang bukan kepalang. Bayu lembut tetap kalah tika mendengar rintihan yang acap kali bergema. Pada siapakah dapat diluahkan luka hati ini? Siapakah yang sudi menyuntik titis kekuatan agar dapat dijadikan penawar pada kelukaan ini? Siapakah yang boleh memahami apa yang dirasai kini? Aku teringat pada Kak Long… Ah! Mustahil untuk aku luahkan pada kakak ipar ku itu sedangkan dirinya sendiri kini berhadapan dengan satu ujian dan dugaan maha hebat dari yang Esa.

“Kenapa Kak Long nampak muram je?” Pertanyaan terlontar takala wajah muram Kak Long menyapa pandangan mataku. Jarang untuk melihat wajah sedemikian terbias dan membias pada Kak Long.

“Tak ada apa-apa. Adik baru balik?” Soalan teraju kembali padaku. Aku sekadar menganggukkan kepala sambil mata masih sempat melirik pada jam dipergelangan tangan. Ah! Dah hampir jam 09.30 malam.

“Adik dah makan?” Kak Long terus membuka medan persoalan lantas mengajak aku untuk turut sama memainkan peranan.

“Dah. Di pejabat tadi.” Ucapku ringkas. Tidak mahu menyusahkan sesiapa lebih-lebih lagi kini aku berada di rumah keluarga Kak Long. Tentu mereka semua sudah mengadap juadah makan malam lantaran aku teramat maklum akan waktu yang memang sudah menjadi amalan keluarga ini.

“Naiklah mandi, kemudian solat. Nanti Bonda minta bibik siapkan makanan untuk adik.” Terdengar suara Mak Engku yang entah hadir dari mana. Aku semakin diterpa rasa bersalah.

“Tak apalah Mak Engku. Terima kasih. Adik benar-benar dah makan, kenyang lagi rasanya. Adik naik dulu yer.”Aku mencipta dalih dan tentunya sudah pasti menerima panahan mata Kak Long yang seakan mencari kebenaran pada apa yang singgah dipendengarannya.

Kaki ku pantas melangkah. Lagi lama aku di situ, pastinya medan pertanyaan itu semakin meluas dan aku tak sanggup untuk turut berada di dalamnya.

Aku menyelesaikan segala yang diperlukan, kemudian aku kembali ke ruang tamu. Tika itu jam sudah menunjukkan ke angka 10.45 malam. Terlihat Kak Long masih berbual dengan Mak Engku. Aku melabuhkan duduk disebelah kak long.

“Lupa adik nak ucapkan tahniah pada Kak Long. Harap kali ini Kak Long lebih berjaga-jaga. Tak payah nak buat kerja sangat kat rumah. Biar adik je yang buat.” Ucapku sambil meraih tangan Kak Long. Wajah kak long berkerut mendengar butir bicaraku. Ah! Salah kah apa yang aku perkatakan tadi? Hati bertanya pada diri.

“Tahniah untuk apa dik?” Tanya Kak Long.

“Erm! Bukan ke Kak Long expecting sekarang ni?”

Aku lihat Kak Long dan Mak Engku sama-sama tertawa kecil sedangkan aku dipagut kebingungan.

“Sapa yang beritahu adik?” Tanya Kak Long, Tawanya masih lagi kedengaran biarpun perlahan.

“Sapa lagi kalau bukan Yana. Erm! Ada apa-apa yang adik ketinggalan ke?” Aku bagai meminta kepastian. Gelas berisi air putih ku teguk perlahan. Ah! Lega rasanya bila air jernih itu membasahi kerongkong ku.

“Dengarlah cakap Yana tu. Tak adalah Mana ada Kak Long mengandung, lagi pun baru sangat lagi kan allah ambil Iman.” Tersedak aku bila Kak Long menyebut nama itu. Air yang mengalir terasa perit. Berkali-kali aku terbatuk-batuk. Tersentak mendengar nama itu.

“Jadi?”

“Tak jadi apa, yang pasti Kak Long tak mengandung dan rasanya tak mungkin mengandung kot.” Perlahan terdengar ucapan Kak Long. Bagai menyembunyikan satu kepedihan yang sedang dirasanya.

Melihat perubahan di wajah Mak Engku aku bertambah yakin tentu ada sesuatu yang terjadi.

“Tapi hari tu Yana kata Kak Long muntah-muntah, kemudian dia terdengar Kak Long sembang dengan Dr Bib. Erm Mak Engku pun ada beri amaran supaya Kak Long berhati-hati dan tak melasak sangat. Kalau bukan mengandung… apa pulak?” Aku meyoal dan tanpa memikirkan bahawa itu adalah soalan bodoh yang keluar dari minda yang ternyata tidak langsung bersedia untuk mengajukan soalan.

Aku lihat Kak Long mengeluh. Seakan berat untuk meluahkan atau memberi secebis penerangan bagi menerangi kebingungan yang sedang aku alami saat itu.

“Adik, sebenarnya rahim Kak Long ada masalah. Kak Long sembang dengan Dr Bib untuk dapatkan advise dia apa yang perlu Kak Long buat terhadap apa masalah ni.” Ucap Kak Long perlahan.

“Bonda suruh Tengku Aina Shakinah hati-hati supaya tak berlaku pendarahan lagi. Doktor dah sahkan rahim TAS tak sihat dan perlu dikeluarkan. Mungkin juga sebab itu TAS keguguran tempohari, tapi TAS tetap nak tunggu Faizul balik. Biar Faizul yang buat keputusan dan beri keizinan.” Terang Mak Engku akhirnya. Kak Long sekadar menundukkan wajah. Aku tahu pastinya Kak Long sedih. Apa lagi yang tinggal bagi seorang perempuan tanpa rahim. Untung juga Kak Long dan Along sudah punya cahayamata, jika tidak.. aku tak mampu menggambarkan keadaan mereka.

“Bonda, pemergian Nur Iman tak ada kaitan dengan semua yang doktor katakan. Dah memang tersurat zuriat TAS itu tak akan lama dengan TAS. Allah lebih sayangkan dia dan tahu apa yang terbaik untuk kami semua. TAS redho akan pemergian Nur Iman kerana TAS tahu dia akan jadi saham buat TAS dan Abang Faizul Di sana nanti. Nur Iman tetap hidup dalam jiwa dan hati kami semua.” Ucap Kak Long lembut. Ah! Itulah kakak ipar ku. Sentiasa melandaskan tiap apa yang dilaluinya sebagai anugerah Allah untuk menambah keimanan dan ketabahan di hatinya. Alangkah baik kalau aku juga boleh melakukan sedemikian.

Perlahan-lahan ku rapati kakak ipar ku itu. Tubuhnya ku rangkul. Sebak rasa hati mengenangkan nasibnya. Ujian yang Kak Long hadapi lebih hebat dari apa yang aku alami, namun dia masih boleh tersenyum dan bersabar. Ah! Tabahnya Kak Long… Apakah ini diantara hasil didikan Along terhadap dirinya sejak mereka diijabkabulkan dulu? Hati ku tiba-tiba disapa pertanyaan.

“Kak Long tak apa-apa. Semua ini sudah tersurat dalam takdir yang sudah ditetapkan. Kak Long yakin pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Kak Long redho kalau along izinkan dan sudi terima isterinya walaupun tanpa rahim.” Ucap Kak Long sambil tersenyum.

Aku dan Mak Engku mengunci bicara. Tidak tahu perbendaharaan apa yang harus diguna pakai bagi menyampaikan segala rasa yang ada di hati. Akhirnya aku mengukir senyuman. Kini tahulah aku mengapa arwah mama tidak pernah gusar andai terpaksa meninggalkan aku lantaran dia seakan yakin bahawa menantu sulungnya bisa mengambil alih tanggungjawab dan menggantikan tempatnya. Apapun aku masih belum bisa melihat arwah mama dalam diri Kak Long sepertimana ku lihat arawah papa dalam diri Along.

“Adik, mengelamun apa? Dahlah. Pegi tidur. Dah lewat ni. Esok adik kerja kan. Nanti terganggu pulak kesihatan adik. Sebelum tu jangan lupa makan ubat. Tak payah fikir sangat pasal Kak Long. InsyaAllah tarbiah yang selama ini along suntikkan dapat membantu Kak Long menghadapi segalanya. Kita semua dalam ujianNYA, Adik.. Kak Long.. Along.. dan seluruh keluarga kita, malah orang-orang yang dekat dan kita kenali serta sayangi. Apa yang penting, kita perlu cuba untuk meredhokan sekeping hati yang ada untuk menerima segalanya. Bila hati kita redho, kita akan rasakan kemanisan ujian dan dugaan yang diberiNYA. DIA uji sebab DIA sayangkan kita. DIA nak perkukuhkan ketabahan dan keimanan di hati kita. Sentiasalah ingat padaNYA sepertimana DIA tak pernah lupakan kita. InsyaAllah… semuanya akan kembali seperti sediakala. Itu pesan yang along minta Kak Long sampaikan pada adik.” Ucap Kak Long bersama sejalur senyuman yang menghiasi bibirnya membuatkan aku disapa kebingungan.

Along… entah mengapa aku tiba-tiba jadi terlalu rindu pada abangku yang seorang itu….

‘Tuhanku, aku menangis dalam kelukaaan dan kekecewaan ini. Siapakah yang sanggup berkongsi senduku yang memilukan.

Oh Tuhan! Bicara apa lagi yang harus aku khabarkan untuk semua? Apa lagi ikhtiar ku untuk mengatasi segala yang kini melandaku. Sungguh aku tak terdaya Tuhanku.. aku benar-benar tidak berdaya. Rinduku pada mama dan papa begitu mencengkam jiwa. Parah rasanya menahan segala sendu dalam luka yang kian merobek dan memaham sekeping hati yang entah bagaimana sudah tercorak dan berpetan ini.’

Perit dan pedih, sungguh melukakan .. hinggakan dia terpaksa mengadu resah dan kelukaan itu pada yang SATU namun sampai bila… mengapa dia tidak mampu pasrah malah tega menerima segala yang sudah tersurat dalam sebuah siratan pengembaraan hidupnya….

Biarpun bayu bertiup lembut membuai langsir, namun tidak dapat memenangkan sekeping hati yang sudah luka terobek. Ya Tuhan ku, berikan lah kekuatan buat hati ini agar tidak terus hanyut entah ke mana. Biarpun penuh kepayahan untuk menempuh segala dugaan ini, namun berikan lah aku cebisan kekuatan itu. Airmata berderai lagi.

Tuhanku, siapakah yang mengetahui ke tahap mana kesakitan yang dirasainya ini? Mampukah dia terus bertahan sedangkan ianya terlalu membebankan?

“Kenapa semua ini harus terjadi pada diri ku?” Satu pertanyaan akhirnya terluah jua. Bukan menyesali segala suratan yang sudah dijanjikan, tapi…… Ah! Payah untuk dihuraikan malah rasanya tak mungkin ada yang faham atau memahami.

Aku kini tertunduk longlai tidak bermaya, rasanya sudah tidak berdaya untuk diriku menangis lagi. Mungkin kerna sudah terlalu banyak menangis ketika berbicara dengan hatiku sendiri selama ini.

“Adik….!”

“Apa silap adik Kak Long?”

Tengku Aina Shakinah sudah ketandusan bicara. Dibiarkan adik iparnya meluahkan apa yang membungkam ketat di dada dan minda. Simpatinya meruah walau itu bukan yang dipinta oleh gadis itu.

“Kenapa adik di hukum sebegini? Apa salah adik”

“Adik….. kak long tak…...”

“Terlalu mudah dia lakukan semua ini… di mana janji yang diungkapnya untuk berkongsi segala yang kami lalui bersama… tak kira suka atau duka.. susah atau senang….. Di mana letaknya semua itu kak…. Dia pernah kata tak akan tinggalkan adik walau apa jua keadaannya… tapi mengapa janji itu bagaikan sudah lenyap…. Mengapa dia terus menghukum adik sebegini….. apa lagi salah adik padanya… apa dosa adik….. Adilkah semua yang dilakukannya ini kak long?”Pertanyaan demi pertanyaan kini melontar diri dalam dakapan airmata.

“Arghh..!” keluhan yang cukup menyenakkan rasa terluah akhirnya..

Tengku Aina Shakinah sekadar mampu membelai rambut adik iparnya. Mengerti akan keperitan sebuah perasaan yang terdera dengan sebuah kebisuan. Mengapa kau lakukan semua ini Tawfiq Irman… hanya itu yang terungkap di hati kak long.

“Silapkah adik kak long? Salahkah adik dalam membuat pilihan….?”

“Ini semua dugaan allah dik…. Melihat sejauh mana adik dan Tawfiq jujur mengungkap kata…. Meluah apa yang dirasa di hati…. Kak Long harap adik tabah untuk terus menghadapi dugaan ini. Adik kak long kan kuat semangatkan… ingat apa pesan arwah papa dulu…..” Tengku Aina Shakinah cuba memujuk walau tahu bukan mudah untuk melakukannya. Hati yang pernah luka dahulu pasti berdarah kembali. Torehan yang sudah mengwujudkan perbagai paten itu tentunya menyakitkan kembali sekudus jiwa.

Perlahan-lahan wajah adik ipar kesayangannya di usap lembut. Pipi mulus itu dibelai penuh kasih. Dia tahu sukar untuk gadis itu menerima segala yang kini berlaku dalam hidupnya. Pertama kali diperkenalkan dengan acahan sayang….di ajar erti kasih seorang lelaki dan kini insan yang mula disayang membisu….. membiarkan hati gadis itu dipagut kerinduan…. Manik-manik jernih yang terungkai diseka. Hiba hatinya melihat kolam mata yang kini seakan menyembunyikan segala derita dan cerita sekeping hati.

“Apa yang terjadi sememangnya takdir diri adik. Mungkin juga balasan Allah atas sikap adik dulu yang tidak memperdulikan kasih sayang insan lain.”

“Jangan salahkan takdir allah dik..”

“Adik tidak pernah salahkan takdir Allah. Adik tahu dalam hidup ini tiada yang silap. Tiap yang terjadi adalah pengajaran bukannya penyesalan,cuma yang buat adik terkilan mengapa dia tiba-tiba berubah… Adik rindu kan dia yang pernah sama-sama berkongsi apa yang kami rasa… bertukar-tukar cerita dan permasalahan yang kami hadapi. Adik rindukan dia yang selalu ceria bila berbicara….tapi kini adik ditinggalkan terkapai-kapai tanpa tahu apa salah dan silap yang telah adik lakukan.” Terungkai kembali manik dari kelopak mata lantas menitis lesu jatuh ke dada.

Tengku Aina Shakinah yang duduk disebelahnya mengeluh resah. Risaunya melebihi tahap kerisauan seperti hari-hari yang jauh berlalu. Kalau boleh tidak mahu wajah manis adik kesayangannya ini kembali pudar serinya. Dia terlalu bimbang jika kata hati mengalah kawalan emosi wanita muda ini. Bukan tidak tahu setakat mana kedegilan hati adik kesayangannya.. Hitam katanya hitamlah dunianya.. Dia masih ingat bagaimana keadaan gadis itu sewaktu pemergiaan kedua mertuanya dulu. Tengku Aina Shakinah diburu kebimbangan andai adik iparnya mengambil jalan mudah. Kembali membeku lantas menutup pintu hatinya untuk kali yang entah ke berapa. Tidak mampu dia membayangkan andai ini yang berlaku. Ya Allah Ya Tuhanku….!! Berikan lah kekuatan buat adikku menghadapi segala ujian dan dugaanMU. Usah kau biarkan dirinya tewas dalam emosi dan kecewa luka sebuah percintaan…. Panjang doanya kepada Allah kala itu.

“Terlalu sakit apabila dikecewakan sebegini...”

“Adik...”

“Kenapa dihimpit hati adik sebegini hebat sekali?”

“Adik kena faham.”

“Bagaimana adik dapat faham kak long sedangkan dia tak beri peluang untuk adik memahami….. sikapnya membisu dan menyepi membuatkan kami seakan mula jauh…. Jauh dalam segala keadaan… dalam segala situasi…. Dah puas adik cuba menghubunginya, tapi apa yang adik dapat…. Alasan dan ketidak jawapan dari talifonnya…. Apa lagi jalan yang tinggal kak…..Tahukah dia bahawa adik bukan hanya ingin bersamanya sewaktu senang, atau hanya untuk dirinya membahagia dan menggembirakan adik… tapi sebaiknya…. berkongsi segala yang dihadapi… mengapa dia tidak mengerti kak…. Atau mungkinkah kasihnya tidak lagi untuk adik… sayangnya bukan lagi milik adik… andai benar, mengapa sukar untuk dinyatakan kebenaran itu…. mengapa mesti diperolokkan perasaannya… Adik tak mahu dia jadi hipokrit pada dirinya dan orang lain…. ” luluh rasa hati bila menuturkan segala yang dipendamnya selama ini. Aku sudah tidak mampu untuk terus merayu pengertian seorang lelaki bergelar teman..

DJ Najman dari radio sinar.fm mengudarakan lagu Kembali Indah dendangan Siti Nurhaliza sungguh menusuk kalbu... Aku cuba menghayati lirik lagu yang didendangkan oleh penyanyi bersuara merdu itu.. arghhh! begitu syahdu sekali..

Setitis air mata gugur ke bumi
Menjadi lautan kaca
Harusku kurenangi
Dimana kau menghilang, kasih ku rindu
Biar apapun menghalang janganlah kau membisu

Inikah cinta, menghiris jiwa, kau biar hidupku jadi melara
Sucikah cinta, kau cemar janjinya, bertarung aku dengan sengsara

Tak relaku bersedih, dihimpit duka,
Berkaca hati merintih, pecah takku duga
Inginku meluahkan, segugus rindu oo
Kembalilah keindahan cahaya dihatiku

Oh kasih terbayang kenangan lalu oh bersamamu
Berjanji setia tak ingin berpisah berdua kan selamanya

Arghhh! berat benar keluhannya.. Kehadiran dia bukannya satu ilusi tapi berjaya membuat hati dan perasaan gadis itu berperang dalam keresahan dan kerinduan.. mencari kepastian.. siapa sangka kesungguhan dan mungkin keikhlasan yang ditunjukkan berjaya mencairkan sekeping hati yang selama ini bagaikan bungkah ais yang membeku dan tepu akan sebuah persoalan hati…..Kemudian diputarkan pula lagu Pelangi Petang nyanyian Allahyarham Sudirman …. Makin berjurai airmataku menghayati bait-bait dalam lirik lagu tersebut…… Ahhhhhhhhhhh moga Allah memberi ketabahan dan kesabaran dalam diri dan hatiku untuk terus menghadapi segala dugaan dan ujian sebuah kembara kehidupan yang masih belum bertemu destinasi akhirnya…….

Ku meniti awan yang kelabu,
ku tempuhi lorong yang berliku

Mencari sinar yang menerangi..
kegelapanku

Ku percaya nanti suatu masa,
Sang Suria kan menyinar jua

Membawa harapan yang menggunung..
bersamanya.


Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan..

hati ini Seharian waktu bersamamu
tak terasa saat yang berlalu

Bagai pelangi petang kau kan pasti..
pergi jua.