Rajuk Seorang Lelaki...

Malam atau lebih layak dikata mula berginjak pagi, sebelum mata beradu sempat Esya shoot satu sms pada seseorang ‘Budak kecil kalau merajuk, masih kelihatan comel dan cute, tapi kalau orang dewasa… lelaki pulak tu dah sah-sah tak cute langsung. Hilang segala sifat macho yang ada…

Tak sempat lagi mata dipejam hpnya berlagu. Sedar satu sms kini berada di inbox dan bagai boleh diduga siapa gerangan pengirimnya.

‘Kalau tak pandai memujuk, hilanglah salah satu sifat yang sepatutnya dimiliki oleh seseorang yang bergelar perempuan. You masih punya sifat itu atau sebaliknya?’ Esya merengus sebaik sahaja matanya tiba di garisan akhir pesanan tersebut. Cinabeng punya orang. Hanya kerana tidak sengaja mengreject jemputan aku disogok dengan soalan sedemikian. Cis. Hampehkelapa.com. Kutuk hatinya geram

Sedang matanya sudah mula terbuai ala-ala didodoikan oleh nyanyian dalam filem bawang putih bawang merah, telefonnya pula menyanyi. Opocot... latah Esya tanpa sedar. Nyaris juga dia terguling justeru tubuhnya berada hanya seinci dari birai katil.

“Assallammualaikum. Dah lena ke…” kedengaran suara si dia perlahan. Esya menjeling ke arah jam di tepi katil. Tepat kul 12.00 malam. Dia ni kan… kalau nak jadi price charming pun biarlah awal sikit. Ni tak.. Isy! Tak tahu ke Cinderella ni nak beradu. Rungut Esya tanpa sedar, Boleh dikatakan pemanggil itu selalu called dalam waktu-waktu sebegitu seolah dah jadi satu favorite time untuk berkomunikasi.

“Waalaikummussalam. Dah hampir hanyut, tapi tergugat dek gangguan yang sah-sah bukan kesilapan dari sudut teknikal.” sindir Esya dengan penuh keselambaan.

Sorry. Won’t take much of your time. Just want to inform cum invite you to my office this Sunday. Ada jamuan hariraya,” jelas si dia tanpa pinta. Esya dah terkedu. Bulat matanya malah secara automatic tanpa gear tubuhnya terus duduk. Ha! Hari Ahad ni.. biar betul.

Did you forget something?” Esya bertanya tanpa menjurus pada perkara sebenar. Ingin menguji daya ingatan si dia dalam waktu yang sudah berginjak. Terdengar si dia mengeluh.

“I know, but what else can I do. Management already decide to do on that day. Sorry,” pintanya tanpa sedar. Eleh! Sorry kunun… sorry naik lorrylah, ucapEsya, tapi sekadar kedengaran di dalam hatinya sahaja. Tidak pulak terzahir kelaseran kata-kata pada sebuah pengucapan. Nasib baik… kalau tidak pasti entah hujah dan dalil apa pulak yang akan menjadi santapan halua telinganya.

Tanpa sedar Esya mengeluh. Erm nak pegi office dia… hahahahahha dalam mengeluh tu sempat juda dia gelak dan masih tetap di dalam hati. Berani ke aku?? Pertanyaan yang sah dah sahih untuk dirinya sendiri.

“Esya!!...,” seru si pemanggil. “Kenapa diam?. Erm kita pergi yer,” ajaknya lagi.

“Nak Pergi mana?,” sengaja Esya mengemukakan soalan yang sudah menjurus pada soalan bodoh. Kayu gaharu kayu cendana. Sudah tahu lagi mau tanya… Memang saja pun sebenarnya…

Si dia merengus geram. Tanda tak puashatilah tu dengan jawapan berbaur soalan yang Esya berikan tadi

“Pergi nikah. Awak dah sedia ke…,” Terkedu Esya mendengar balasan lawak spontan@ marah si dia terhadap sikap acuh tak acuhnya itu. Gulp… Mak ai... ganasnya. Aku bagi bola tanggung terus kena smash. Padan muka aku. Ha! Ambik sebiji. Tulah buat lagi lawak antarabangsa waktu Angola dengan mamat ni. Kan dah kena.. Kutuk Esya pada dirinya sendiri. Ah! Tak boleh jadi ni. Mata yang tadinya dah layu kini segar sesegar kelopak mawar disiram titis embun.

“Ala! Seganlah… lagi pun kan kita belum krusus lagi. Tak kan nak redah sessi interview jer kut. Erm you rasa you boleh lepas ke… sat ni tok kadi tanya pasal rukun nikah, soh baca doa Qunut, Surah Al-Baqarah, perbezaan mandi hadas… ha! boleh jawab ke?” Esya memprovok dengan soalan yang entah macamana melintas di mindanya tanpa menggunakan jejantas. Sengaja mengikut rentak gurauan yang didendang oleh si dia sebentar tadi.

“Ada perbezaan ke dalam mandi hadas?” tembakan soalan kini beralih. Si dia bertanya tanpa disangka. Esya mengunci bicara. Alamak... macamana ni...

“Awak yang kena jawab, bukannya saya, jadi awaklah yang patut tahu,” pantas Esya membalas serangan. Tak boleh lambat-lambat, nanti makin banyak yang ditembak.

“Ada apa-apa lagi tak.. kalau tak ada, saya nak beradu. Dah hampir pukul 01.00 pagi. Esok saya nak kerja,”

“Okeylah. Macam yang saya janjikan tadi, saya tak nak ambil waktu awak lama-lama, tapi awak masih tak beri keputusan samada awak nak datang atau tak,” Si dia kembali semula kepokok persoalan.

“Tengoklah. Mana tahu sat lagi saya tidur terus dapat jawapan,” balas Esya acuh tak acuh.

“Boleh tak sekali ni awak jangan degil. Saya bukan nak ajak awak pergi mana pun… Jamuan hariraya office saya saja. Bukannya ke tempat yang bukan-bukan. Selama ni saya sering aje temankan awak kan. Tak pulak saya berkira,” Esya terkedu. Wallah! Ni dah masuk bab mengungkit ni…

“Erm tak apalah kalau awak tak nak datang. Saya tak paksa…. Nak buat macamana kalau orang dah tak sudi. By the way, cantik bahasa sms awak tadi. Belajar dekat mana?” tanya si dia perlahan. Intonasi dah berubah rentak… dari rock ala-ala rap kini dah jadi balada.

“Eleh! Cakap orang. Balasan awak pun smart juga. Cikgu mana yang ajar?” dalam ngantuk yang menyengat, masih sempat Esya membalas service. Mana boleh mengalah.

“Iyelah! Saya sedar siapa diri saya ni. Saya kan tak macho, tak perlulah awak nak ingatkan saya melalui sms awak tu,” si dia menyambung ayat dan kali ini lebih tragis lagi. Aduh Saliha! Sejak bila pulak mamat ni jadi mat sensitive ni? Esya bertanya pada dirinya sendiri.

“Okeylah. Saya mengantuk. Assallamualaikum dan selamat beradu,” Terkedu Esya jadinya bila si dia menamatkan bicara. Baru sahaja selesai merangka kata, penat menyelongkar segala kamus perbendaharaan kata di dalam minda, tiba-tiba Esya ditinggalkan terkapai-kapai mengunyah kata-kata yang dihadiahkan padanya. Ah! Merajuk ke dia…. Nak kena pujuk ke… Hati Esya bercanda tanpa irama…Ah! Esya mengeluh sendiri akhirnya….