Sesuci Embun Kasih

Continue Sesuci Embun Kasih @SEK

“TAK patut engkau marah Maira macam tu?” tegur Emil Roziman setelah Maira Atisya berlalu.Wajah temannya itu ditatap seketika.

Than, what you expect me to do?? Puji dia??? Come on Ozim. Engkau fikir aku ni suka-suka hati saja nak marah dia?,” tanya Fizz Haizal sambil menentang pandangan temannya itu.

“Kalau engkau tak suka hati, dah tu kenapa engkau masih biarkan hati engkau suka-suka marah dia bagai nak rak?” Emil Roziman masih memprovok. Tidak mahu beralah biarpun dia sedar suhu yang sudah mula menurun itu bisa melonjak kembali.

“Aku geram dengan dia… engkau tahu dia boleh diam sahaja terima cemuhan si Alia. Sampai ke simbah Ozim… aku ulang… Kena simbah. Maira masih kaku. Sikit pun dia tak melenting. Engkau sendiri tengok kan bagaimana sikap dia tadi. Tak sudah dengan minta maaf dia. Kalau iyer pun nak minta maaf, tunggulah sampai tiba raya. Masukkan dalam package setahun... Ini tak,” bebel Fizz Haizal pada Emil Roziman yang pastinya terlepas menyaksikan adengan yang cukup membuakkan rasa marah di hatinya.

Emil Roziman tertawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepala. Fizz Haizal bangun dari duduknya. Berkali-kali dia mengusap kepalanya. Mamat ni mati fius agaknya. Siap boleh ketawa lagi. Tak berperasaan langsung. Hati Fizz Haizal mengomel sendiri melihatkan sikap temannya itu.

“Fizz, engkau baru kenal Maira. Tak sampai setahun pun. Aku ni… dah lebih tiga tahun kenal dia. Masak sangat aku dengan perangai dia tu. Diam dia bukan bererti mengalah, tidak melawan bukan bermakna dia lemah, cuma dia tak suka timbulkan ketegangan bila berhadapan dengan kemarahan orang, lebih-lebih lagi dengan si Alia tu. Bukan engkau tak tahu bagaimana perangai perempuan yang datang bulan tak tentu masa tu. Ikut suka hati dia aje bila nak naik angin. Mengamuk tak tentu pasal, tapi Maira bukan macam tu,” Emil Roziman memberikan pandangannya. Biarpun dia sedar, pandangan dan pendapatnya tika itu belum tentu akan diguna pakai.

“Tapi Ozim, Maira tak boleh selamanya begitu. Dia bagai sengaja memberi ruang seluasnya untuk Alia mengenakan dirinya. Ha! Sekarang cheque Chempakaraya pulak hilang. Macamana kita nak minta mereka buat pembatalan dan hantar cheque yang lain? Engkau sendiri sedia maklumkan siapa finance manager dekat sana kan. Si Kamal Hazrul. Bukan engkau tak tahu bagaimana perangai dia. Lebih teruk lagi itu client Alia,” Fizz Haizal memberikan penerangan sambil menghela keluhan berat.

“Engkau pasti ke Maira lakukan kecuaian sepertimana dakwaan si Alia tu? Jangan-jangan dia hanya nak reka cerita. Bukan engkau tak kenal perempuan tu macamana. Tak habis nak mengenakan Maira. Baik engkau siasat dulu. Jangan bertindak ikut rasa,” protes Emil Roziman geram. Sudah acapkali dilihatnya perbuatan gadis itu terhadap Maira Atisya.

Fizz Haizal sekadar mengeluh. Fikirannya jadi buntu. Chempakaraya merupakan client penting Teras Chemara. Dia sedar cheque bernilai RM20,000 bukanlah satu masalah besar bagi syarikat itu, cuma yang ada dalam fikirannya sekarang bagaimana untuk berurusan dengan Kamal Hazrul, Finance Manager yang terkenal dengan sikap tidak mahu berkrompomi lebih-lebih lagi dengan dirinya sendiri.

Emil Roziman menghantar pandang ke wajah anak muda di hadapannya. Masih belum terlihat riak surut acahan marah yang sedang melanda perasaan.

“Ada baiknya aku bla dulu. Engkau tu, jangan nak ikutkan sangat perasaan. Orang kata marah itu api. Makin engkau layan, makin marak jadinya. Bawak-bawak berzikir supaya hati engkau cepat sejuk,” secebis nasihat diselitkan buat anak muda itu sebelum dia melangkah keluar. Fizz Haizal sekadar merengus. Terkebil-kebil seketika pandangannya mengiringi kepergian temannya. Pangkal tengkuknya diusap kembali. Cuba menggapai ketenangan dalam sebuah permasalahan yang entah di mana hujung dan pangkalnya.

Maira Atisya bertelekur di mejanya. Bingung dengan apa yang sedang dihadapinya kini. Rasanya seakan dia tidak menerima sebarang cheque dari Chempakaraya sepertimana yang didakwa oleh Alia Natasya itu. Namun dia tetap berusaha mencari. Mungkin dia lalai maka cheque tersebut terselit di mana-mana. Laci mejanya kembali dipunggah. Menyelongkar segala khazanah yang ada dengan harapan apa yang dicari bakal ditemui. Puas menyelongkar laci meja, dia beralih ke fail-fail yang ada di atas meja. Dibelek satu persatu. Begitu juga dengan in tray dan out tray kerjanya. Namun dia tetap ditamu gagal. Ah! Mana lagi aku nak cari… keluh hatinya sendiri.

“Maira cari apa?” tanya Emil Roziman. Dia melabuhkan duduk di kerusi kosong bersebelahan dengan tempat gadis itu.

“Cari berlian. Entah dekat mana tercicirnya,” jawab Maira Atisya selamba. Emil Roziman sudah ketawa mengekek.

“Amboi adik abang ni! Dah pandai loyar buruk yer,” Wajah Maira Atisya tidak beriak. Dia tetap meneruskan kerjanya biarpun tahu ianya sekadar sia-sia.

“Tak payah carilah Maira. Kalau memang dah tak ada, masakan boleh jumpa,” ujar anak muda itu. Tawanya masih bersisa.

“Macamana ni bang. Nampak gayanya kenalah Maira ganti semula cheque tu,” keluh Maira Atisya. Mendung mula berarak di wajahnya.

“Maira yakin ke ada terima cheque tu? Jangan-jangan...,” Emil Roziman tidak menyudahkan kata. Sengaja membiarkan ayatnya tergantung. Wajah mendung gadis itu disapa dek sepasang matanya bersama segaris senyuman yang sudah membias.

Bulat mata Maira Atisya memanah wajah anak muda yang masih betah di sebelahnya. Ah! Masakan... masakan Alia sengaja mereka cerita... hatinya bermonolog sendiri. Enggan berprasangka terhadap buruk terhadap Alia Natasya.

Takfak sangfangkafa Haifaizalfal bofolehfeh mafarahfah Maifairafa mafacamfam tufu. Dahfah lafamafa Maifairafa takfak defengarfar sufuafarafa mefelengfengkengfeng difiafa tufu,” [Tak sangka Haizal boleh marah Maira macam tu. Dah lama Maira tak dengar suara melengkeng dia tu] adu Maira Atisya tanpa sedar. Sengaja digunakan bahasa yang tidak difahami oleh orang lain.

“Kefenafapafa?” [Kenapa] soal Emil Roziman dalam bahasa yang sama. Dia mula menentang pandang dengan gadis itu.

“Enfentahfahlahfah bang, cufumafa Maifairafa rafasafa terferkifilanfan. Difiafa mafacamfam takfak perfercafayafa defenganfan afapafa yangfang Maifairafa cafakapfapkanfan,” [Entahlah bang, cuma Maira rasa terkilan. Dia macam tak percaya dengan apa yang Maira cakapkan] luahnya perlahan. Hatinya kembali sayu.

Safabarfarlahfah Maifairafa. Kafalaufau Maifairafa takfak berfersafalahfah, kefenafapafa Maifairafa nakfak tafakutfut? Erm kafalaufau oforangfang lafainfin takfak perfercafayafa pafadafa Maifairafa, ifitufu difioforangfang pufunyafa pafasalfal, abang tefetapfap perfercafayafa Maifairafa bufukanfan jefenisfis oforangfang yangfang sufukafa bufuatfat kerferjafa defenganfan samfambilfil lefewafa,” [Sabarlah Maira. Kalau Maira tak bersalah, kenapa Maira nak takut? Erm kalau orang lain tak percaya pada Maira, itu diorang punya pasal. Apapun abang tetap percaya Maira bukan jenis orang yang suka buat kerja sambil lewa] Emil Roziman cuba memberikan semangat pada gadis itu. Dia sedar, Maira bimbang dengan apa yang sedang berlaku kini. RM20,000 bukanlah satu jumlah yang kecil walaupun buat setengah orang mungkin mereka tidak kisah.

Maira Atisya mengeluh. Wajahnya tunduk, cuba melindungi keperbagaian rasa yang sudah mengacah sekeping jiwa.

“Maifairafa, afapafa yangfang Maifairafa fifikirfirkanfan? Nakfak kongfongsifi defenganfan afabangfang?”[ Maira, apa yang Maira fikirkan? Nak kongsi dengan abang?] tegur Emil Roziman.

“Maifairafa bimfimbangfang Haifaizalfal takfak afakanfan perfercafayafakanfan Maifairafa lafagifi,” [Maira bimbang Haizal tak akan percayakan Maira lagi] keluh Maira Atisya sayu.

“Kafalaufau afawakfak befenarfar-befenarfar mafahufu safayafa kemfembafalifi perfercafayafakanfan afawakfak, bukfuktifikanfan pafadafa safayafa,” [Kalau awak benar-benar mahu saya kembali percayakan awak, buktikan pada saya] sahut Fizz Haizal. Sedari tadi dia mendengar segala butir perbualan antara Maira Atisya dengan Emil Roziman. Matanya tepat meratah wajah muram gadis itu.

Maira Atisya dan Emil Roziman bertukar pandang. Terkejut dengan kehadiran anak muda itu secara tiba-tiba. Dia terdiam. Pantas dilarikan matanya dari terus bertentang pandang dengan anak muda itu. Dia tidak betah berada di dalam situasi sedemikian. Pantas wajahnya tunduk.

“Lain kali kalau nak menyampuk pun, berilah salam dulu. Ini tidak... main terjah aje. Nasib baiklah jantung aku ni masih lagi dalam kategori sihat wal lepat liat, kalau tak sah-sah kena buat ‘by pass’ dekat IJN,” ngomel Emil Roziman tanpa memandang ke wajah temannya itu. Dia pura-pura menyemak helaian kertas-kertas di dalam fail yang ada di meja Maira Atisya. Lagak seperti sedang mencari sesuatu sedang gadis yang ada disebelahnya terus tega mengunci bicara.

Fizz Haizal merengus. Dia tahu Emil Roziman menyindirnya secara lembut. Pasti perasaan anak muda itu masih lagi terpenjara dengan rasa ketidakpuasan hati terhadap sikapnya pada Maira Atisya.

“What ever... What I want to know this problem settle. How you want to close it, up to you. I don’t border,” Fizz Haizal memberikan arahan keras. Terangkat wajah Maira Atisya mendengarnya. Dia benar-benar hampa. Anak muda itu menjatuhkan hukuman tanpa sebarang pengadilan. Tanpa sebarang bukti akan kesahihan segala yang kini terjadi.

“Maknanya engkau jatuhkan hukuman pada Si Maira ni dalam kategori ISAlah yer. Ikut Suka Aku… Menghukum tanpa pengadilan jauh sekali bukti, ikut sahaja statement si pengadu. Yo Brother, sejak bila ada sifat pro ketidakadilan ni? Boss yang baik adalah seorang yang bertindak menggunakan otak… bukannya emosi. Apa! Dah terbukti ke yang Maira benar-benar hilangkan cheque tu,” protes Emil Roziman. Dia sendiri terkejut mendengar kata-kata temannya itu. Dia sedar Fizz Haizal sedang berperang dengan emosi. Sakit di hatinya lebih parah dari sakit menerima berita perihal cheque yang sekeping itu.

Fizz Haizal membungkam. Bukan dia tidak sedar akan keterlepasan kata-katanya sebentar tadi tapi entahlah. Terpandangkan kemesraan antara sahabatnya dengan Maira Atisya, hati dan perasaannya bagai dilapah dan disiat-siat. Cemburunya hadir meluap-luap tanpa pinta.

“Jangan-jangan si Alia sengaja rekacipta cerita. Sengaja nak dajalkan Maira. Bukan engkau tak tahu perangai minah kerek tu,” Emil Roziman menyuarakan apa yang dirasa. Entah mengapa hatinya bagai berkata bahawa gadis itu mendalangi konspirasi untuk memburukkan Maira Atisya.

“Cheque tu hilang dalam department kita, jadi…

“Maira Atisya harus dipersalah dan pertanggungjawabkan secara total? Come on Fizz. Mana hilangnya rasional akal engkau ha! You don’t have anything as affidavits to proof what you think. Alia can be a suspect too. She don’t have any alibi on this issue. Mungkin dia sengaja merancang semuanya untuk mengenakan Maira. Did you see that my friend?” pantas Emil Roziman mencatas sebelum anak muda itu menoktahkan kata-kata.

“Engkau tak ada bukti nak tuduh Alia,” bentak Fizz Haizal geram.

So do you. Engkau pun tak ada bukti untuk terus hukum Maira. Jadi kita sama-sama siasat bagaimana perkara ini boleh berlaku,” sahut Emil Roziman tidak mahu mengalah. Dia sudah tidak perduli dengan apa yang bakal terjadi. Baginya Fizz Haizal sudah melampau. Andai gelanggang pertikaman lidah antara mereka sudah mula terbuka, mengapa dia perlu mengudur kiranya anak muda itu benar-benar ingin menari.

“Sudahlah... pertelingkahan kalian berdua tidak akan menyelesaikan apa jua masalah yang sedang saya hadapi,” Maira Atisya yang sedari tadi mendiamkan diri bersuara. Matanya merenung ke dua anak muda yang bagaikan baru tersedar.

“Apa yang Abang Emil dan Encik Fizz Haizal lakukan ini sekadar memburukkan keadaan. Bukannya mencari penyelesaian. Nasib baik juga tempat saya ni agak tersorok dari staffs lain, kalau tidak tentu ability kalian berdua akan terjejas. Tak apalah. Saya yang salah hingga menyebabkan perkara ini terjadi, maka biarlah saya yang menyelesaikannya. Seperti yang Encik Fizz Haizal katakan tadi, I have to fix it by my own way and I promise, I will settle it,” ucap Maira Atisya perlahan. Dia mengeluh lantas berlalu meninggalkan kedua anak muda itu. Hatinya sebak melihatkan pertelingkahan yang terjadi sebentar tadi. Dia sedar Emil Roziman cuba mempertahankan dirinya sedangkan Fizz Haizal pula tertekan dengan tuduhan Alia Natasya terhadap dirinya.

Fizz Haizal mengusap pangkal tengkuknya berkali-kali. Wajahnya kelihatan keruh. Ah! Mengapalah dia sampai boleh jadi sebegini… tidak mampu mengawal emosi. Di renungnya Emil Roziman yang masih betah mempertahankan keselambaan kodok. Anak muda itu tidak langsung mempamirkan wajah bersalah walaupun sebentar tadi mereka berdua bagaikan berantakan mempertahankan hujah masing-masing.

“I’m sorry Ozim. I lost my control,” ucap Fizz Haizal akhirnya. Dihulurnya tangan untuk berjabat dengan sahabatnya itu.

It’s okey my friend. Aku pun minta maaf sebab protes apa yang engkau arahkan pada Maira. Aku tahu engkau tertekan disebabkan dua perkara,” senyuman sinis sudah mula menguntum di bibir anak muda itu.

“Dua perkara?” tanya Fizz Haizal bodoh. Hatinya mengutil tandatanya. Apa makna kata-kata temannya itu.

“Ya! Dua perkara. Pertama tentulah pasal cheque yang menghilangkan diri secara misteri tu. Kedua emosi engkau mengacah hati dengan keperbagaian andaian tentang aku, tapi jangan bimbang. Apa yang emosi engkau bisikkan tu tak betul,” tukas Emil Roziman sambil menepuk-nepuk bahu sahabatnya. Dia berlalu dengan senyuman yang masih meniti di bibirnya meninggalkan Fizz Haizal terkulat-kulat menelan kata-kata yang tak mungkin mampu disangkal lagi.

Ah! Ketara sangat ke?? desis hati Fizz Haizal sendiri. Diraupnya wajah dengan kedua telapak tangan. Perlahan-lahan dia menapak kembali ke biliknya.