Tetiba....

Tah kenapalah tengah buat-buat kerja tetiba aku rasa rindu sangat… aku teringat sangat… memang aku tahu dan sedar dah lama aku tak jumpa dia, tak dengar khabar pasal dia… dan tak tahu bagaimana keadaan dia. Bukan aku sengaja malah dah tentulah semua yang berlaku itu diluar kesengajaan aku sebabnya aku sibuk sangat-sangat. Dan hari ini… waktu ini… jam ini.. minit ini… saat ini… mindaku membawa ingatanku terhadap dirinya… Kenapa yer… aku tak punya jawapan tapi menurut beberapa orang yang rapat dengan aku, kalau kita ingatkan seseorang, maknanya orang yang kita ingat tu pun ingat kat kita gak. Ala-ala berkongsi rasa dari kejauhanlah… Aku tak tahu sejauhmana kebenarannya tapi memang aku teringat sangat... Harap orang yang aku ingat tu tak apa-apalah… sejahtera dalam kesibukan yang sama atau mungkin lebih dari aku… sentiasa happy dengan tugasan yang menjadi tanggungjawabnya…

Esok aku tak ada di office sepanjang hari. Pagi aku akan berada di MoF Putrajaya. Seperti lazim bila ada case baru, aku pasti akan menziarahi Special Commissioner officer di sana untuk mendapatkannya. Bermain dengan cases dan akta bagaikan salah satu dari portal tugasan yang memang lama berada di dalam portfolio kerjaku. Malah rasanya aku pun dah mula faham sikit dan adakalanya banyak tentang structur perjalanan sesebuah case sebelum ianya dilanjutkan ke mahkamah tinggi. Prosiding dalam process yang harus malah perlu mereka lalui. Apapun itu merupakan pelajarankan... kalau tidak mana mungkin aku boleh explain pada client mengapa sesetengah cases yang mereka cari masih pending...

Keylah.. aku nak continue buat kerja.... harap hati dan tumpuan dapat aku satukan di satu garisan yang tak lari dari tujuan…

3 Ulasan:

  zeqzeq

October 25, 2008 at 6:34 AM

ingat dalam GERAM huhu..orang ingat kita biasanya orang tu nak lepas rindu juga,tapi malu nak bagi tau, terus dilepaskan ke angin lalu,rupanyanya angin tidak sampaikan salam.Sampai hati angin tu yerk

  Anonymous

October 27, 2008 at 10:23 PM

Angin pun tahu, dia hanya sampaikan salam dari orang yang teringat pada orang yang benar-benar diingat, bukannya dari orang yang perasan konon mengingat pada orang yang sebenarnya diingat dalam sebuah kepura-puraan. Berpijaklah di bumi nyata dalam apa juga yang dilakukan.
Hadif Raizal Isyraf