Sarapan

Dari dulu hinggalah ke hari ini, fakta dan kenyataan ini tak pernah silap malah kalau rujuk pada doktor pun, isu yang satu ini sepatutnya harus tetap di titik beratkan dalam sebuah kehidupan. Nak tahu apa dia... tak lain dan tak bukan SARAPAN. Kalau kita renungkan sedalamnya, sejak dulu lagi sebenarnya sarapan ini telah diamalkan hatta Islam juga menggalak dan menyarankan kita agar bersarapan meski pun kalau aku tak silap memang tak ada dalil khusus terhadapnya. [Tolong betulkan aku kiranya aku salah]. Mengapa aku kata Islam menyarankan dan menggalakkan kita bersarapan... sebabnya cuba kita flash back sebulan yang lalu... bulan apa.... Ha! Bulan Ramadhan la adik-adik... dalam bulan tersebut kita digalak untuk bersahur... dapat pahala lagi.... Bersahur tu apa ertinya... mengisi perut kita sebelum kita memulakan aktiviti harian kita. Dapat pahala lagi... kita bersahur di waktu pagi kan... lepas kita tidur... jadi kan sama aje konsepnya dengan sarapan. Keduanya kita ambil di waktu pagi bukan malam cuma mungkin waktunya sahaja berbeda. Itu tak payahlah aku perincikan... sat ni panjang pulak kuliah tak rasmi aku ni.


Key... sebenarnya point aku kat sini cuma nak beritahu pagi ini aku bersarapan dengan buah rambutan yang dibawa oleh boss ku. Sebenarnya dia bawak semalam dan petang semalam pun aku dah makan. Memandangkan aku ni memang giler dengan buah-buahan, jadinya pagi ini bila lihat buah tu masih lagi tersadai di meja aku, jadi aku pun kupas dan letak dalam bekas. Tak sedar sebiji... sebiji buah tu masuk mulut aku... erm rasanya adalah dalam 10 - 15 biji gak... heheheheee. Sedapnya.... manis dan juice lagi...

5 Ulasan:

  zeqzeq

October 23, 2008 at 9:53 AM

lepas tu cuba tukar SARAPAN kepada PERASAAN, tiap pagi menu perasaan hihiii

  Anonymous

October 23, 2008 at 10:32 AM

hai...ermmmm...nak tanye...di mane sy boleh dptkan novel ungkapan rahsia hati...sy dh lame cari tp tak jumpe...tolongla sy... sy punye blog... http://seputihcintakasih...

tolong ye...plizzzz

  Buah Cintaku...

October 23, 2008 at 11:01 AM

Salam kasih... terima kasih sebab sedar akan kewujudan novel saya. Well Ungkapan Rahsia Hati boleh didapati di toko buku seperti MPH, Popular dan juga kedai buku lain. Kalau awak tinggal di area KL, mesti tahu kedai buku di Jalan Tuanku Abdul Rahman kan... Ha! Kat situ pun ada... atau kalau tak ada boleh terus ke pada penerbit saya. Syarikat Fajar atau lawati ke website ni http://www.fajarpakeer.blogspot.com

  Buah Cintaku...

October 23, 2008 at 11:02 AM

Salam ZZ.

Well Thanks for your opinion, but no Thanks... Bertukar dari SARAPAN KE PERASAAN hanya untuk orang yang terasa nak buat pertukaran sahaja...Not myself.