Bila Boss mula berangin

Ni yang aku tak gemar. Bila mood boss see-saw up and down, swing giler-gilez, habis satu department kena tempias. Dengan aku-aku sekali kena libas dek tornadonya yang tak bersalam malah diluar kawalan. Tah kenapa tah… semacam aje boss aku hari ni. Segala segi tak kena, segala kerja ada cacatnya hatta aku yang masuk office dengan sebeban cases pun tak dihiraunya. No morning wish seperti biasa, senyuman pun macam nak tak nak jer. Tadi terdengar dia marah pada sorang manager yang selama ni boleh dikategorikan sebagai anak emas dia gak lah. Ada sedikit high tone pitching yang buat kami semua yagn ada kat luar lipat maut pusing kepala memandang ke biliknya. Masakan depa tengah praktis nak masuk Malaysia Idol atau ada hati nak sertai ujibakat dalam pertandingan reality, tapi ada ke company aku buat program sebegitu? Erm, rasa cam tak ada atau aku ni yang terlepas pandang sejak dua menjak ni. Rasa cam tak jer, kalau untuk Inter Accounting Firm Games tu adalah. Ha! Don’t mention to me yang boss aku tengah praktis untuk menyelinapkan diri dalam Pom-Pom Group pulak. Not make sence langsung. Mahunya aku jadi orang pertama hadiahkan gelak roller-coster padanya. Tapi aku risau gak... perubahan mood boss aku secara tak langsung buat seluruh makhluk kat department aku dah macam berkabung. Tak pun macam berada di bilik peperiksaan yang suasananya mesti dan harus malah wajib senyap. Aduh! Bertriplex busan aku datang bermukim. Boss oh… boss… apa yang mengganggu emosi mu… gerangan apa yang sudah mengusik lantas mengacau bilaukan kesejahteraan damai hati mu??? Hati kecilku berbisik dalam sebuah tandatanya yang tak tahu nak cari jawapan dekat mana.