Dah Makin Sibuk...

Kesibukan dah mula terasa. Majlis perkahwinan Fieza dan Farid dah semakin dekat. Kak Nah pun ikut sibuk sama, malah aku ni pun turut terseret dalam kesibukan. Minggu lepas, aku sempat ikut they all pi confirm pelamin dan baju pengantin. Nak pelamin depa tu ala-ala dalam taman gitu. Nak je aku soh buat kat taman burung ke... taman haiwan ke... barulah betul-betul taman. Erm apapun lega sebab apa yang aku suka depa pun suka. Fieza tak cerewat, begitu juga dengan Farid, tu yang buat aku suka kat depa berdua ni. Senang.

Inilah pelamin yang mereka suka dan disukai oleh aku gak. [Akan ditukar pada warna Maroon ikut warna tema yang mereka pilih. Kalau warna purple mesti lagi cantik, pastu hiasan bunga guna keseluruhan Tulip] Hahahhaha aku lak yang tersampuk.

"Kami okey jer... apa yang chu suka, kami suka aje lagi pun Chu yang sponser kan..." Ceh! Hampeh.com jer statement tu. Bila masanya pulak aku promise nak sponser sampai ke pelamin dan baju pengantin. Sajalah tu nak mendera aku. "Kalau macam tu, masa Adil kahwin akhir tahun ni, Chu kena sponser gak..." menyahut seorang lagi anak saudara aku. Buntang mata aku dengar kata-katanya. Depa dah gelak gaban kat aku bila lihat wajah aku yang tak mampu ditafsir macam apatah.

"Bukan Chu kata nak sponser candies untuk kids sahaja ke?" aku cuba mengingatkan kembali apa yang pernah aku katakan. Mereka semua dah melambakkan gelak yang memang tak difilter langsung sampaikan tuan punya rumah pun ikut senyum. Aku dah jeling geram.

Lepas pilih pelamin, pilih pulak baju untuk majlis persandingan. Okey... kebaya lace potongan moden jadi pilihan dan pastinya warna maroon. Tiga lagi persalinan ikut package yang depa amik, nak pakai baju Korea, Kimono dan juga Puteri China. Pastu depa akan sakan mengayakan juga Kimono yang masih cantik dalam simpanan aku hadian seseorang dari Jepun satu waktu dulu. Rela ke aku nak meminjamkannya... hehehehehe

Inilah hasil kerja aku untuk tetamu cilik sempena majlis perkahwinan Fieza dan Farid nanti. Cantik kan.. kalau ada yang berhajat nak buat tempahan, atau nak kahwin, bolehlah contact aku.. cewah!