Busan... Kenapa???

Mood aku cam biasalah swing see saw up and down, but not so bad actually coz aku still leh handle. Kiranya dalam tahap under controllah belum under ground. Keylah kan, cumanya terkadang tu aku rasa busan… hehehehe sorry Raizal… can’t help to change my favorite word from busan to bosan. Busan dengan kerenah clients… banyak sangat… nak itu… nak ini… tak puas hati dengan itu… tak puas hati dengan ini…Segalanya dilambakkan pada aku, tapi betul gak. Kalau tak lambak dan muntahkan pada aku, pada siapa lagi. Dah sah-sah aku yang deal dengan mereka, jadi akulah yang kena tanggung dan terima semua lambakan tu kan. Erm nasib…!

Busan gak dengan ragam manusia-manusia di sekeliling aku yang mungkin rasa diri mereka hebat hanya kerana status yang dipegang. I want this urgently… I want this to be update… I want this to be done... I want this case to be close. I want bla… bla… bla… semuanya depa mahu tapi melakukan Tak Mahu atau mungkin kata yang lebih tepat Tak Tahu. Maka, pada aku jugak dilambakkan segalanya sedangkan aku pulak ada ke pilihan yang tinggal selain dari melakukannya? Nahi kabe nahi…Tak ada talian hayat yang tinggal malah hayat yang ada ni pun cam nak meninggal jer... 10sion aku ...

Whatever, istifar banyak-banyak. Biaqlah depa lagu tu… mudah-mudahan sifat sedemikian allah jauhkan sejauh-jauhnya dari aku. Kalau aku become
somebody@someone some other days nanti. Hendaknya allah perlihara dan limpahkan aku dengan sifat-sifat mahmudah dalam diri dan hindarkan aku dari sifat-sifat mazmumah, InsyaAllah. Amin.

Erm lama dah aku tak update istana maya aku ni. Dah berhabuk pun sana sini hanya tak bersawang aje. Ni pun dah ada yang tegur siap buat deal lagi. Ceh! hampehkelapa.com betul. Saja nak mendera aku lah tu. Sesungguhnya bukan aku tak nak update, nak… malah dah bertimbun story-mory yang aku nak share di sini. Nak luah-luah… nak sampai-sampai, nak kongsi-kongsi agar sama-sama dapat rasa suka-suki dan duka-duki yang aku nikmati. Istilah mana pulak yang aku cilok ni. Kalau suka-suki tu aku pinjam dari Fyda… duka-duki pulak… erm tah! tetiba jer melintas dalam minda, so aku tangkap jelah. Labelkan istilah tu sebagai hak cipta terpelihara aku. Hehehehehe.

Sekarang ni aku tengah jadi seorang penghitung… penghitung detik, penghitung waktu dan penghitung hari. Kenapa ekk… Nak tahu jawapannya… TUNGGU update dalam N3 akan datang. At this moment aku kena chow chin chow dulu sebabnya aku ngular dari kerja yang berlambak dan menambah dalam task role and responsibility aku… Kalau tambah gaji, okey gak... apapun tak guna merungutkan kerana ini sebahagian dari amanah yang perlu aku tanggung dan jawab kan...