Kacau2 Emosi



Ni kalau nak tahu sepatutnya menjadi juadah lunch aku untuk hari ni, malangnya hingga ke petang hidangan ini masih lagi cantik berada di dalam bungkusan sepertimana yang dibungkus oleh si pekerja di subway. Kenapa aku tak makan? Tak kan sebab adik VT aku balik lambat, makanya aku mogok... isy tak lah. Tak ada maknanya aku nak marah kat adik yang dah bermurah hati menghulurkan bantuan untuk membelikan juadah itu. Sejujurnya aku sendiri tak tahu. Selera untuk mengadap juadah bagaikan putus nyawa dari diriku. Waduh! Ngapain kok jadinya begini... Masa!kok seleraku berout-station lagi? waduh...




Pagi tadi, inilah juadah sarapan ku. Mee goreng + telur mata kerbau [kesian kerbau hilang satu mata] dan teh ais. Itupun setelah member called ajak breakfast. Kalau tidak, agaknya sure-sure aku bedal biskut bercicahkan air koko suam. Sebenarnya pagi tadi aku cari popiah goreng. Popiah yang dijual di kedai kakak tu sedap dah tah macamana aku keteringinan sejak dari rumah tadi, malangnya hampa. Hari tak ada pulak popiah yang menjadi pujaan tekak ku. Nak buat camnekan. Bukan rezeki aku untuk hari ni.





Beberapa hari kebelakangan ni mood aku memang swing habis... dah macam monyet yang banyak di Sipilok bergayut dari satu dahan ke satu dahan... memang tak ada mood betul jadinya sedangkan kerja berlambak menuntut perhatian dan perlaksanaan. Aduh! kenapalah jadi camni. Worldwide tax summaries masih tak selesai. Baru separuh corporate tax yang aku sentuh, sedangkan personal tax masih tak berusik. Date line makin dekat. Gawat gilez... tu belum masuk lagi bab renewal subscription clients. Banyak yang belum aku follow up sebelum aku proceed dengan invoice. Payment yang pending pun banyak. Report untuk technical error pun aku belum buat. Kalaulah boss tanyak dalam sehari dua ni, mahu berasap telinga ku mengalahkan monyet yang termakan syili fadi dalam TV pendidikan dulu... Weh! tolong... help... kembalikan tumpuanku untuk menyudahkan segalanya tanggungjawabku... kembalikan kewarasan fikiran dan ketenangan jiwa ini ke dalam jasadku semula... tolonglah... tak payahlah diout-stationkan.







Kata orang kalau mood swing, makan adalah antara jalan penyelesaian. Jadinya, malam ni aku cadang nak sediakan juadah makan malam agak special. Lemak udang campur kacang panjang, ikan bawal masak sweet sour, sayur campur dan sirap bandung soda. Amacam... mesti bestkan... sure melebar senyuman abang aku bila lihat sekelian juadah itu terhidang kat meja makan, biarpun aku boleh gerenti sah-sah aku akan kena perli idup-idup. Tapi bolehkan aku panggil selera ku yang diout-stationkan dengan apa yang aku masak nanti??? Just wait and see, mengharap dalam kesamaran biarpun aku macam dah tahu-tahu jer jawapannya. Gara-gara apakah sekelian situasi ini terjadi... kenapa aku mengalami kacau-kacau emosi???