bestnya kalau....


Keluar lunch ngan Kak Ida, awalnya aku malas nak pergi sebab rasa cam kenyang jer, tapi bila Kak Ida tarik muka lima rupee, aku tak sampai hati pulak. Akhirnya layan jelah. Lepak di Plaza Sentral food court. Actually food court yang paling last yang aku akan choose kalau nak lepak, tapi taklah aku suarakan. Bukan apa, cuma aku tak tahan dengan asap yang macam terkurung aje kat situ. Aku layan banana nugget seringgit dengan sirap limau. Borak dari satu topik ke satu topik and for sure semua pasal office matters. Iyerlah kat office bukannya buleh nak bercakap sesangat. Than jumpa pulak Kak Ita and Akla... sambunglah sembang. Depa berdua yang dan menapau pun terperangkap dalam perangkap borak kita orang. Asyik betul sampai tak sedar diri yang time up. Baru perasan rupanya hujan punyalah lebat. Apapun redah jugak ler. Sampai office sejuk semacam. Mata aku dah makin kuyu... aduh! macam ni kalau layan Zzzzzzzz mesti aman sentosa punyalah. Aku jawab telefon pun dengan mata tertutup. Masib workstation aku mengadap dinding, jadinya tak lah ketara sangat aku tutup mata. Layan clients pun aku pejam mata... layan kantuk... aduh lama lah lagi nak balik ghupenya.....

3 Ulasan: