Hari ni...

Baru nak menarik nafas, aku dah diunjukkan dengan satu assignment lagi. Boleh di kira task baru dalam Roles & Responsibilities aku... Buat summary cases... mak ai... besarnya tanggungjawab. Garu kepala aku dengar manager aku beri arahan... cuma yang boleh buat aku tarik nafas bila dia suruh buat in BM. Katanya BM mereka semua hancus... jadi sebagai seorang yang suka menconteng sure aku lebih baik dari mereka... hehehhehe tahu tak pe... Eh! bukan aku bangga diri, tapi itu yang dia cakap sebabnya kat sini memang semedang speaking London... dari start kerja sampailah tamat... semedangnya ber "I" "U" "Yes" "No" "Thank You"... loteh mak di bueknya.... but what to do... once it's come as Responsibilities, mana hak aku untuk kata "NO" nak tak nak kena juga buat. Meningkat satu lagi tahap muntah pelangi kat tekak aku.

Aku dah selesai masukkan contents baru untuk worldwide publication. Pening langau aku dibuatnya. Mata dah cam juling angsa jer mengeledah tiap negara di dunia cari isu baru untuk disumbat dalam publication sebelum dipublishkan. Marketing pun nak kena buat dan update gak. Songeh manja clients nak kena gak layan walaupun ala-ala benci dan bosan sebab soalannya macam photocopy. Sama jer semuanya dengan permasalahan yang dah beratus atau beribu lemon aku khabokan cara penyelesaiannya. Erm tahlah.

Tadi dah send greating untuk mana-mana members yang sambut besday hari ni. Alhamdulilah at least aku tak lupa walau memang aku tak ingat kalau tak ada si Trisy jadi tukang ingat. Thank you Trisy... sebab tu lah aku cayang ko. Memang boleh jadi PA aku... hehehhee. Semalam selesai sesi aerobic yang ke dua. Seronok seperti yang pertama atau boleh je aku kata lebih seronok dari yang pertama. Sweating all over dan aku rasa cam nak laydown jer kat floor tu. Tak larat... pergelangan kaki cam nak tercabut. New steps come out... twist.... so yesterday che Pu3 layan twist selain dari steps yang dah diajar sebelumnya... erm layan jerlah Pu3 ooiiii. Semalam gak most of us wearing red shirt walau dress code masih sama, sexy ikut definasi sendiri dan keselesaan tetap jadi keutamaan. Erm next week dah sepakat nak pakai kaler hijo... erm ada ke shirt aku kaler hijo... erm jawabnya balik ni nak kena cari dalam lemari...

7 Ulasan:

  Anonymous

April 15, 2009 at 6:20 PM

nak tanye leh?
lemari tu ape ek?

  Buah Cintaku...

April 17, 2009 at 4:51 PM

lemari tu adik beradik kembar dengan benda yang besar-besar... kadangkala ada dua pintu, kadangkala tiga pintu dan yang paling besar enam pintu. Dia boleh je digunakan untuk menyimpan segala khazanan, tak kiralah apa pun bentuknya mengikut kesesuaiannyalah. Bahasa baku kalau tak silap orang panggil ALMARI... hehehehe

  the unknown

April 18, 2009 at 11:12 PM

aku nye BM pun hancus gak. tp skit2 tu leh la.

ko keje kat law firm ke?

  umi ameer

April 20, 2009 at 2:44 PM

kuang kuang kuang.. keje deme tambah ye.. gaji mentennnn je, kan?

  Buah Cintaku...

April 22, 2009 at 10:55 AM

unknown... tak kisahlah janji can pick upkan, tapi erm hancus tahap mana tu ek'???

  Buah Cintaku...

April 22, 2009 at 10:56 AM

Umiameer... kerja memangnya sentiasa bertambah, yang tak bertambah fulus dari company... nak buat camnekan.. as long we still here with our job...we shall be syukur right...