Peh!!!



Malam ni aku boring betul... letih dan penat rasa cam dah tak larat jer badan aku ni tanggung. Tangan aku pun rasa cam sakit dan aku tahu sangat malah terlebih tahu kenapa. Segalanya gara-gara kerakusan aku yang macam tak hingat dunia bila lihat buku-buku yang berlambak masa pesta buku yang baru lalu. Bukanlah aku nak menyalahkan pesta buku tu dan memang tak adanya pun salahnya pesta tu, yang salah aku ni ha. Kunun berazam just rembat buku-buku yang perlu saja... tapi akhirnya dalam tak sedar, sebeban... eh silap berbeban-beban buku yang akhirnya bermastautin kat dalam bilik aku... memang sejarah. Abang ku sekadar mampu berikan jelingan tanpa sebarang kata. Iyerlah, nak kata apa kalau ongkosnya aku yang keluarkan. Jadinya juadah yang aku telan malam ni seperti yang tertera kat atas tu. Ikan bakar yang bercicahkan air asam. Pastu aku nampak ada pulak mangga lemak manis kat dalam bakul buah, tengok ada kacang tanah goreng, ada pulak cili padi... maka.... jadilah kerabu mangga ciptaan aku. Berperahkan sedikit asam limau, bawang hiris, ikan bilis goreng dan sos nampla... trang... jadilah ia. Peh! Memang sedap.... dan aku enjoy jer makan walaupun ditegah kerana takut nanti perut aku kesakitan... tapi kalau dah degil tu, apa nak dikatakan. Iyer tak.....

7 Ulasan:

  Nursuzry

April 30, 2009 at 9:33 AM

ikan bakar tu sedap. tapi kerabu mangga tu xsedap hehehe --> aku elergik menda masam2 nih...

  dina

April 30, 2009 at 9:53 AM

aku suka kerabu mangga tapi tak pandai buat... pu3, nape tak letak gambar novel2 yg kau beli,aku nak jeles sket...

  Buah Cintaku...

April 30, 2009 at 10:31 AM

hehehehehee mangga yang pu3 gunakan tu bukan dari jenis masam sue, tapi yang lemak-lemak tu... memang sedap sebab rangup sangat...

  Buah Cintaku...

April 30, 2009 at 10:33 AM

Nanti ekk dina, pu3 susun semua novel yang pu3 dah borong masa pesta buku tempohari. Aduh! Sebenarnya cuti ni banyak yang nak pu3 buat untuk blog ni. Gambar masa Pesta buku pun belum masuk slide lagi, jadi memang tak boleh nak postkan di sini. Harap by end of this week dapat settlekan semuanya InsyaAllah. Sabar ekk...

  UMAIRA DZUL WIDAD

May 1, 2009 at 5:51 PM

kak Pu3 lain kali post gambar makanan yang tak sedap kat sini.jgn post gambar makanan yang sedap2...nanti saya jeles dan lapar...huhuhu...

  Buah Cintaku...

May 1, 2009 at 8:56 PM

La iyer ke maira... ni yang buat akak lebih bersemangat nak postingkan berbagai lagi juadah yang lain. Tunggu....