Selamat akhirnya....


Alhamdulillah... Pesta buku dah melabuhkan tirai. Banyak kisah yang tersimpan dan terakam, tapi biarlah dulu sebabnya aku masih belum nak sentuh cerita yang sudah tersulam, lagi pun gambar yang dirakamkan pun aku tak upload lagi. Nanti bila dah sempurna, baru aku postingkan di sini. Jadi, sabarlah menanti ekk... Aku sibuk sikit lately ni ditambah dengan emosi yang tak berapa nak stabil. Kenapa... erm... tak yahlah tahu kenapa.

Semalam, Kak Lin murah hati hantar 50 pack pulut kuning dengan rendang ayam ke office. Memang dia tahu niat aku... seperti juga macam kelahiran buah cintaku yang pertama tahun lalu, cumanya tahun ni aku berkongsi rezeki yang allah beri ni dengan teman-teman sekerja. Iyerlah, allah izinkan buah cinta kedua ku lahir tanpa sebarang masalah, boleh dikatakan pembaca pun macam dah boleh terima hasil kerjaku biarpun aku sedar, aku belum sebagus atau sehebat mana. Masih belajar dan akan terus belajar untuk menghasilkan yang lebih baik dari masa ke semasa. Apapun aku tetap bersyukur dengan apa yang aku kecapi kini, justeru itulah aku nak kongsi dengan orang lain. Terkezut gak officemate sebabnya aku langsung tak inform apa-apa, malah ada gak yang tak tahu. Tak kisahlah kan... aku bukan pencanang handalan dan rasanya biarlah depa tahu sendiri. Sedari pagi memang sibuk menyelesaikan tugasan hinggalah ke tengahari dan waktu Kak Lin sampai, kebanyakan teman-teman dah keluar untuk lunch. Aku just letak pack tersebut di meja mereka. Mudah-mudahan rezeki ku di bidang ini diberkati oleh-Nya... Aku rasa aku masih berhutang dengan seseorang, dan harapanku aku mampu melunaskan bila waktunya sampai. Amin...

Pada Kak Lin, thanks a lot sebab susah-susah buatkan untuk aku dan hantar ke office. Budimu tak aku lupakan dan sangat-sangat aku hargai.

8 Ulasan:

  dina

April 28, 2009 at 4:02 PM

waaahhh...pulut kunin.... bila nak kongsi dgn member CC lak...

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

April 28, 2009 at 5:13 PM

Alamak... camne ekk.. actually ni pun dibuat dek orang lain.. nak harapkan Pu3... hehehehee jawabnya berat pulut yang dah berendam dengan kunyit bolehlah tersaji... tak retilah Dina... juadah lain boleh tak, sebagai tukaran...

  Nursuzry

April 28, 2009 at 9:45 PM

waaaa... menu kesukaan aku nih. sedap! sedap!... hehehe

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

April 29, 2009 at 7:57 AM

Sue, suka makan pulut ekk... tapi malangnya pu3 tak reti nak buat lah...

  Najwa Aiman

April 29, 2009 at 12:21 PM

Pulut kuning kalau makan dengan kuah rojak okey tak? Ekekekekeke...

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

April 29, 2009 at 12:43 PM

Cheeseburger punya cadangan... mautlah tu... ko saja kan... dah jangan lupa pesanan yang aku buat semalam tu... Kesian aku...

  Nursuzry

April 30, 2009 at 9:34 AM

ha ah, sis. aku suke pulut ni. nak pulak makan ngan rendang daging. silap ari bulan ting tong kepala dibuatnya. aku pun x pandai buat. yg aku pandai buat adalah makan hehehe

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

April 30, 2009 at 10:35 AM

hehehehehhee, lagi best kalau makan dengan serawa durian... ceh! terliur di buatnya...hahahaha. BTW Pu3 tak boleh makan sangat pulut, takut nanti sesak nafas. Sekadar jamah sikit tu bolehlah...