My Sweet Lovely DaDiH...

Semalam aku agak sibuk. Tengahari pergi kenduri berendui anak Wati. Ramai gak yang hadir dan aku bukannya kenal sangat pun. Orang senyum, aku senyum, orang hulur tangan aku sambut. Orang ajak borak, mulalah gabra sebab aku tak reti nak borak apa. Aduh! masalah negara betullah aku ni, tapi bila tiba Che Mah dan Che Wa... barulah rancak sikit sebab depa dua orang ni kiranya kepala gila-gila sikit. Ada aje storymory terbaru yang mereka nak update dekat aku. Orang tu dapat menantulah... orang tu mengandunglah... yang itu kawin lagilah dan macam-macam cerita. Nampak sangat aku jauh ketinggalan berbatu-batu dari mereka. Bila aku tanya mana dia orang dapat berita, mudah aje mereka jawab. 'Hang ni nama sahaja duduk KL, tapi macam duduk dekat Ulu Tembeling. Tulah, asyik memerap lagi. Berkawan dengan notebook dan khayalan.' Cis! mulut tu dah terasa nak kena rendam dalam tangki IWK ke? amu mencebik. Geram. Aku dah jeling abang aku yang asyik berborak. Isyarat ajak balik sebenarnya. Che Mah dan Che Wa dah sibuk melayan anak Wati, macamlah depa ni tak ada anak. Busan betul... Tapi abang aku buat bodoh. Sakan berceloteh, macamlah tak pernah jumpa kawan-kawan dia tu. Last-last aku balik sendiri, malas nak tunggu dia.

Kat rumah aku jadi busan gak. Nak menulis, erm rasa malas. Telefon aku berbunyi tanda satu sms masuk. 'Saya ngidam nak makan dadih awak yang sedap tu. Tolong buatkan' Cewah! Main order jer.... aku sengeh. Tengok barang-barang pun ada... nak buat pun bukannya ambil waktu lama sangat pun. Jadi aku masuk dapur dan sediakan segalanya. Kali ini aku buat perisa Apple pulak. Erm, lately ni memang aku suka buat dadih. Mudah dan cepat aje.. tak remah. Dah berbagai perisa yang aku try dan aku dah adjust sana sini, tambah itu kurang ini. Hari tu aku buat berlayerkan jelly ribena... sedap... pernah juga aku tambah dengan fruits cooktails, pun sedap. Letak nata de coco pun best... rasanya next time aku nak try parut buah-buahan pulak. Mesti sedap jugakan. Tapi kan, kalau dah hantu dessert tu, apa sahaja yang dinamakan dessert, memang tak pernahnya aku kata tak sedap. Semua aku telan....

3 Ulasan:

  suriani

October 12, 2009 at 4:40 PM

dadih, dadih.. meh beli dadih.. satu singgit je, meh, meh!

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

October 12, 2009 at 4:56 PM

wallah... dah ada tukang tolong lelong... ya betul... dadih... dadih... 2 singgit, keciklah tapi,kalau nak puas makan, buat sendiri.. hahahahaa

  azieazah

October 12, 2009 at 5:44 PM

Sangat sedap dan menggoda.
MokYang selalu boh Nata de Coco tu jer.. Tp penah gak boh Laici yg dlm tin.. Boh sweet corn (utk perasa Jagung) pun enak..

buat ler apa pun, mesti sedap.. Cuma bezanya, anak2 MokYang suka yg dibekukan mcm aiskrim tu.. lembik2 depa tak mo.. Mesti keraskan dulu, makan dgn sudu.. Nikmattttt....