Teruja@tak sabar

Rata-rata teman-temanku dah mula membilang hari... menghitung anjakan jam. Sana sini bagai terdengar suara-suara bertanya-tanya... merisik-risik. You pakai apa nanti? Dah cari ke? Eh! Beli di mana? Wah! cantiknya. Glamourlah you nanti yer... Semuanya teruja... semuanya gumbira menanti saat itu. Erm apalah yang sebenarnya nak aku khabarkan di sini agaknya. Mesti ada yang dah mula muka blurkan... Well, actually hari Jumaat nanti, company ada KSP dinner. Bukan KWSP tau.. ni hanya KSP. Dinner tahunan yang saban tahun diadakan setelah event IAFG selesai. Sebagaimana tahun-tahun yang terdahulu, pasti ada sahaja tema yang dipilih dan tahun ni mereka sepakat dengan temanya Wild Wild West. Maksudnya bertemakan koboi... kerana itulah majoriti teman-teman aku dah buat persiapan. Beli apa yang patut. Antaranya benda alah ni


Kiranya barangan yang wajib adalah, kalau tak ada, apa pulak jadahnya kan. Mesti tak jadi. Ada gak yang berbaget lebih tu tak ragu-ragu untuk beli benda ni



Barulah boleh dikategorikan sebagai Cowgirl gaya gini




Aku pulak bagaimana? Nak beli semuanya... erm rasa macam tak. Lagi pun bukannya nak pakai lama... beberapa jam sahaja, tambahan pulak aku ni bukannya tergamak nak mendress-upkan diri aku dengan gaya giler-giler... perasaan malu masih bertakuk dan melimpah ruah dalam diri. Cuma topi tu adalah, itu pun aku tak tahu samada aku sanggup pakai atau tak, atau sekadar pakai sebab majoriti yang duduk semeja semua ada dan masa untuk bergambar sahaja. Apapun tunggu ajelah hari Jumaat nanti. Aku akan update kemudian berserta gambar-gambar yang pasti happening dan havoc... Apa pun tungguuuuuu

7 Ulasan:

  dina

October 7, 2009 at 11:42 AM

koboi tak semestinya pakai topi jek. kau buleh pakai kemeja kotak2 dengan jeans dan but biasa tak perlu but kulit...

  umi ameer

October 7, 2009 at 4:38 PM

i'm sure u will look stunning that nite.. enjoyyyyy!!

  Syiera

October 7, 2009 at 4:50 PM

Pastikan...bergaya paling hebat that nite tauu!!

  Buah Cintaku...

October 8, 2009 at 9:03 AM

Betul dina, jadi koboi tak semestinya bertopi kan, tapi kalau dah semua yang duduk semeja bertopi-topian, apakehal kalau kita sorang jer yang tak ada. Tentu gonjeng jer ghupenyakan.

Aku gaya nak look stunning on that nite... nak tergelak roller coster aku dengar sue, idaknya aku berani. Just a bit-bit tu bulehlah kut. Apapun no promise at all.

Nak bergaya paling hebat... paling cikai adalah sayang. Tak beraninya kakak kamu ni...

  dina

October 8, 2009 at 10:20 AM

kau pakai tudung saji... ahahaha...koboi nusantara namanya tu

  Buah Cintaku...

October 8, 2009 at 11:42 AM

hahahahahaha good idea tu dina... ala-ala koboi malaya gitu kan...