Secebis kisah lalu...

Baru hari ini aku masuk office. Semalam aku dipaksa MC. Kerja dah tersedia di meja. Ada chart yang boss nak aku buatkan, ada proposal yang dia dah draft dan aku tahu pasti dia nak aku taip dengan lengkap dan kemas. Kedua tugasan itu aku pandang dengan pandangan serba sepi dan kosong walaupun bukan aku tak tahu tentu kedua-duanya berada dalam kategori urgent walau bukan very urgent. Aduh! Melihat tulisan boss aku yang sorang ni buat aku mengeluh. Rasa nak muntah pun ada gak. Nampaknya aku masih belum mampu memahami keseluruhan stuktur tulisannya.

Aku masih betah melayan menung. Memikirkan tentang diri dan mengimbas apa yang telah berlaku. Kenaapa dengan aku??? Apa lagi yang tak kena dengan diriku ini? Malam sebelumnya aku tejatuh dalam bilik air, malam berikutnya aku muntah tapi bukan muntah biasa. Muntah yang diiringi dengan darah. Aku benar-benar panik bila tiba-tiba aku rasa tubuhku macam ringan dan lemah. Ah! Kenapa pulak ni, masakan sebab aku sedang dalam keuzuran? Tapi keuzuranku itu dah sampai ke penghujung. Lelah rasanya bila terpaksa membiarkan minda berfikir untuk terus mencerna kepastian. Akhirnya aku just berbaring. Perut yang lapar tak aku hiraukan. Aku lebih risau bila mengenangkan yang aku bersendirian di rumah. Keluargaku masih di Kuala Kangsar dan mungkin akan pulang pada hujung minggu nanti.

Aku cuba mencari ubat yang Dr Kamal berikan baru-baru ni. Puas aku geledah dalam beg dan serata tempat di meja solek tapi masih tak bertemu. Erm entah kat manalah agaknya aku campakkan ubat-ubat tersebut. Dalam keadaan sebegini, hanya airmata yang deras membasahi pipi. Aku benar-benar takut namun aku cuba bawak bertenang. Jangan panik, ujarku pada diri. Akhirnya aku sekadar mampu membiarkan tubuhku terus terbaring di atas katil. Walaupun tidak mengalami muntah lagi, tapi darah merah yang cair masih wujud dari mulut ku. Tuala yang ku pegang sudah bercorak dengan tompokan darah. Nombor telefon Dr Kamal ku dail malangnya tiada jawapan. Ah! Ke mana pulak doktor sorang ni. Dating apa ke. Aku mencuba lagi dan kali ini nasib ku baik. “Doktor Kamal, tolong, saya tak tahu kenapa saya muntah darah.” Aduku tanpa berlengah. “What!!! What happen to you. Macamana boleh jadi macam tu. Dah berapa lama you muntah-muntah? Kenapa baru called sekarang?” Aku dihujani persoalan dari orang yang tak sepatutnya. Aku terpaksa mengunci bicara lantaran sudah tidak punya kata-kata untuk menjawab dalam keadaan penuh keterkejutan. Kenapalah Doktor Kamal boleh tinggalkan handphone dia dan pada manusia yang macam ni pulak… aku mengeluh sendiri. “Orang degil macam awak ni memang suka menyiksa diri dan menyusahkan orang lain. Siap, saya datang ambil kurang 20 minit dari sekarang.” Belum sempat aku membuat bantahan rasmi atas arahan itu, talian sudah bisu. Aku mengeluh lagi. Mengapalah aku harus hadapi situasi sebegini. Tiba-tiba aku terkenangkan “dia”.

Tadi sewaktu kami berkomunikasi, sempat juga aku beritahu dia apa yang aku alami. Sempat dia menitip pesan supaya aku minta tolong Abang Zack andai aku perlu ke hospital. Perihatinnya tetap milikku walau dia tiada bersama. Airmata ku sudah jatuh berderai-derai. Rasa sedih bagai menyiat hati dan melapah perasaan.

Telefonku yang tersadai kini berlagu, memaparkan nombor yang memang langsung tak aku kenali. “Saya dah ada kat luar rumah awak.” Terkedu aku mendengarnya sebaik sahaja butang hijau ku tekan. Pantas langsir tingkap ku kuak dan terlihat seseorang sedang berpeluk tubuh berdiri di luar kereta. Sebuah keluhan terluah akhirnya. Aku masih berlengah-lengah, sangaja mendera si penunggu yang langsung tak ku undang akan kehadiran malah tidak aku harap akan kewujudannya. Ku pejalkan hati semahu mungkin dalam geram beraura marah. Sekali lagi telefon ku berlagu tapi kali ini menandakan satu sms berada di dalam inbox ku.

‘Kalau tak nak jiran-jiran awak saya hadiahkan dengan bunyi hon yang panjang, baik awak keluar sekarang’

Dia dah mula mengugut. Aku menarik muka masam. Geram bila diarah dan diperintah sesuka hati oleh si Hitler Malaya. Akhirnya terpaksa juga aku akur dalam seribu keterpaksaan. Sebaik melabuhkan duduk di dalam keretanya, dia terus memecut. Jalan yang diambil membuat aku terpinga-pinga. Dia tetap beraksi selamba. Manalah dia nak bawak aku, rungut sekeping hati milikku. “Okey kita dah sampai.” Kereta diberhentikan di sebuah bangunan empat tingkat. Aku kaget. “Nak buat apa datang sini?” tanya ku spontan. Pantas mataku memanah wajahnya. “Saya nak ajak awak main bowling.” Balasnya selamba. “Dah, jom keluar atau awak nak saya panggil nurse dan bawak troli seolah awak sedang mengalami kesakitan tahap kronik.” Sinis kedengaran suaranya. Berbeza benar waktu pertama kali dia menghubungi aku tempohari. Mahu tak mahu aku terpaksa gak keluar. Terpandang wajah Dr Kamal, terus aku dibawa ke biliknya. Pemeriksaan dijalankan dan seperti lazimnya darahku pasti akan diambil. Dari wajah Dr Kamal tak susah aku menduga apa yang ada difikirannya. “What’s wrong?“ soalan penuh teraju dari orang yang menyibuk. “She really needs blood urgently. Her HB goes down again. Might be cause of vomiting just now.” Terang Dr Kamal perlahan. Aku sekadar mendiamkan diri. Memang dah agak pun… wajahku yang sudah pucat dan pandangan yang dah berpusing-pusing tak menyukarkan untuk aku faham situasi yang sedang dihadapi oleh sekujur tubuh.

Adiknya sudah meraut wajah. Aku yang sakit kenapa dia pulak yang kalut? Sibuk jer, hati kecilku mengomel tanpa suara. Geraknya dalam pemerhatian ekor mataku. Aku tak pasti sejauhmana status kesihatanku berada di tangannya. “Can you do anything?" tanya si adik kalut tapi si abang hanya menjawab dengan gelengan kepala. "Than your clinic should have something to help her,” pantas si adik memaksa. “I just have a small clinic,” jawab Dr Kamal perlahan sambil tangannya membelek mataku.

Wajahku ditentang tapi aku masih selamba. “Saya dah okey, kalau bukan sebab adik doktor yang dah tak berapa betul ni kecoh seret saya ke sini, mungkin sekarang saya dah rehat dan tidur kat rumah.” Tanpa rasa bersalah ayat itu meluncur di bibirku. Walau aku tahu agak pedas dan kurang ajar, tapi aku dah terbabas. Akhirnya aku berlagak bodoh.

Terdengar Dr Kamal tertawa kecil. Entah apa yang lucu aku sendir tidak pasti manakala mata si adik sudah bulat meratah wajah ku.“You can do direct transfer, right?” Si adik bertanya, dia bagai tuli dengan apa yang ku perkatakan seketika tadi. Mataku dah membulat memanah wajahnya. Biar betul mamat ni. Bagi cadangan maha giloz tu buat apa. “That’s what I’m thinking now, but from whom?” Adik dan abang saling berbalas soalan. Dah macam pertandingan balas pantunlah pulak. Terus saja si adik menyinsing lengan baju yang dipakainya. “Me. She has to accept it and my blood much suitable for her.” Ek elah! Tinggilnya confident level mamat ni. Tanpa sedar aku mencebik.

“Sorry. I don’t want other blood goes inside my body” Bantahku. Ah! Masakan aku sanggup menerima darahnya. Tidak. Aku baru je kenal dia. Ah! Tidakkk!!! Batinku terus menjerit, jeritan yang tentunya tiada siapa yang mampu mendengar kerana ia bergema di dalam hati. “Boleh tak kalau sekali ni awak jangan tunjuk degil? Dalam keadaan macam ni pun awak masih nak keras kepala?. Dah! Jangan dengar apa yang dia merepek. As a doctor, you must do something to make sure her condition okey. Kalau dia nak mati pun biar ada keluarganya kat sini.” Amarah yang mungkin sudah lama bertamu dihatinya meletus tanpa dikawal lagi. Doktor Kamal nyata terkejut mendengarkan kata-kata si adik yang boleh dimasukkan dalam kategori sakastik

Ya Allah mulut dia ni... Aku sekadar mampu mengetap bibir menahan keperbagaian rasa yang dah teracah bersama airmata. Kenapa aku didera sebegini??? Kenapa aku perlu dipertemukan dengan seorang manusia yang bisa menyiat-nyiat hati dan perasaan ku. Dr Kamal sekadar merenung. Mungkin belas dengan apa yang aku hadapi. Kala ini aku benar-benar rasa perlukan dia di sisi, tapi mana mungkin. I really need you so badly, hanya itu yang bergema jauh di sudut hatiku.

Dr Kamal terus menjalankan pemeriksaan ke atas darah adiknya untuk memastikan kesesuaian dengan darahku. Dan seperti yang dinyatakan oleh mamat tu tadi, memang darahnya menepati kateria yang diperlukan. Aku tak punya pilihan, darah dimasukkan secara direct transfer. Melihatkan cecair merah itu mengalir dari tuib di lengannya ke lenganku membuatkan aku teringat satu ketika dahulu doktorku juga pernah melakukan kaedah yang sama, tapi malangnya pantas sahaja tubuhku mengrefuse darah yang aku terima dari tubuh abangku. Kali ini bagaimana??? Aku sekadar melihat cecair merah itu mengalir dari tuib di tubuh mamat berlagak tu ke tubuhku. Betapa kini ianya sedang bersatu tanpa rasa rela. Ah!!!

“Hai jauh engkau mengelamun, dah sampai ke mana?” Aku tersentak. Segera wajah yang menegur ku pandang bersama sejalur senyuman paksa. Hilang terbang apa yang tadinya singgah di minda dan bermain di layar kenangan. “Lately ni engkau gemar betul termenung. Kenapa??? Erm, semalam apa hal sebenarnya? Tiba-tiba je engkau MC? Kenapa?” soalan masih kedengaran sedangkan yang diawal tadi pun aku tak jawab. “Tak ada apa-apa. Aku letih.” Dalih dan alasan lapuk yang pasti tak ada sapa lagi nak percaya. “Iyerlah tu. Ni boss suruh aku bagi pada engkau. Urgent tapi dateline tak diberitahu pulak. Teruk engkau sekarang ni. Marketing kena handle, secretary and administration pun engkau, kesian aku tengok.” Member menyerahkan satu fail berisi document yang perlu aku semak dan lakukan pembetulan mengikut apa yang dah digariskan.

Aku sekadar mampu mengeluh. Apa lagi yang dapat aku lakukan? namun tika ini mengapa fikiran ku melayang jauh. Dah setengah hari berlalu, aku masih ditinggalkan tanpa sepatah kata atau sebaris pesanan. Ke mana dan di mana “dia” pergi sebenarnya? Apa yang telah terjadi?. Hati ku terus dipagut resah dalam gelisah yang makin mengacah perasaan. Mungkinkah aku sedang diajar dan “dia” sedang mengajarku erti bersendiri dalam mengharungi hari-hari ku?. Apapun aku tidak mahu memikirkannya. Cuba menghadapi apa sahaja yang sedang aku alami dengan penuh redho dan pasrah terhadap ketentuan dan ketetapan yang aku yakin dan pasti ada hikmah di sebalik segala kejadian dan ujian dalam dugaan-Nya…

‘Usah meminta sesuatu yang bukan milik kita, usah membeban orang dengan kerenah dan ragam diri, jangan mengharap orang faham akan apa yang kita rasa, sebaliknya belajarlah memahami akan keadaan, sikap dan diri orang yang dekat dan kita sayangi supaya mereka tidak berlalu meninggalkan kita atas kekhilafan dan kealpaan dari diri kita sendiri.’ Mampukah aku? Ya tuhan, ku mohon kau pinjamkan kekuatan dan ketabahan itu buat diri ini. Amin…

Satu rasa
Yang datang mengacah
Yang tak mampu dizahirkan
Dalam sebuah ucapan atau
Sebaris kata-kata
Namun satu rasa ini
Tetap punya definasi tersendiri

Dalam hikmah dalam pasrah
Aku terus diulit satu rasa
Dalam pengertian milikku Cuma
Bersama sebuah bicara setulus rasa
Ruang rindu yang seakan tiada dimensi
Tiada berpaksi
Mengheret sekeping hati
Untuk terus berdestinasi
Biarpun aku sendiri tidak pasti

Dimanakah nokhtah pengakhirnya nanti

0 Ulasan: