Aku kat sini


Erm ke mana aku menghilang... ada ke yang bertanya dan mungkin tercari kehilangan aku? sebenarnya aku taklah hilang, sebaliknya aku pulang ke 'rumah' ke dua ku... Kampung... eh bukan kampung, tapi di sini....


Dah nak hampir seminggu... tersadai di tempat yang memang cukup tak suka dan aku yakin tak ada sesapa pun yang suka sebenarnya, tapi nak buat macamanakan... kalau dah sakit dan tak boleh nak ditanggung dek badan, inilah tempat yang akan menjadi destinasi. Rasa macam satu keterpenjaraan... Kali ini aku masuk sebab demam panas yang tinggi... tak kebah, kebah walau dah berulang kali aku berulang ke klinik panel. Akhirnya terpaksa juga aku datang ke hospital ini. Iyerlah dengan segala jadah penyakit yang semakin bersepah menular lewat kebelakangan ini, mana mungkin family sanggup ambil risiko untuk berlama-lama membiarkan segala virus terus hidup subur dalam tubuhku. Sampai jer hari tu, perkara pertama yang dilakukan adalah ambil darah. Confirm ada virus... dan aku kena admitt. Bila admitt, inilah cenderahati pertama yang diberikan oleh doktor kepadaku... ceh! sakit siut... masuk air rasanya dah sampai 8 botol... aku pun dah malas sebenarnya nak kira botol-botol yang bertukar silih ganti sebaik sahaja isinya selamat ditransferkan ke dalam tubuhku.

Ni pulak juadah yang disajikan... menunya berubah saban hari... mengikut selera pesakit. Erm, bila sakit ada selerakan untuk berjamu selera... dan hasilnya setiap kali mengadap juadah, pasti inilah hasilnya. Tak pernah habis... bukan tak sedap... memang superb sedap, tapi selera tak ada.
Sebenarnya aku dah tak sabar nak balik... balik ke rumah. Rindu kat teddybear kat rumah... rindu gak untuk mengadap tugasan berlambak di office. Nasib baiklah abang aku kesian kat aku dan bawakkan notebook ni, kalau tak... mahu mati kutu aku dibuatnya. Buku dah berbuah-buah khatam... majalah rasanya aku dah boleh hafal segala isinya. Memang boring tahap tak hingat betul bila terkurung dan terpenjara kat sini... Semalam pun boss aku called tanya keadaan diri aku... Terharu gak aku dan rasa bersalah pun ada walau aku tahu bukannya aku yang mencari sakit... Awalnya aku ingat nak berpindah masuk ke hospital lain. Sebabnya mudah, tak mahu bertembung dengan sebahagian dari doktor yang merawat aku dulu. Tapi itulah... nak pi mana... selama beberapa hari, mampulah aku nyorok, tapi hari ni segalanya terbongkar. Aku jumpa doktor Roslan... terkezut pakcik tu..., geleng kepala lihat aku sengeh bodoh. Berborak sakanlah kami, kemudian doktor Al-Amin dan doktor Sollahuddin pulak join. Dah macam reunion pulak aku dengan doktor-doktor aku tu... sempat doktor Roslan pesan nak jumpa aku sebaik sahaja aku betul-betul sembuh... dan aku sekadar sengeh tanpa kata...

11 Ulasan:

  UMAIRA DZUL WIDAD @ NAZ AREESYA AMEEN

May 8, 2009 at 7:25 PM

huhu...terkejut beruklah baca n3 ni. tak sangka dia senyap sepi sebab bercuti kat sepital. anyway, jaga diri betoi2 tau. semoga cepat sembuh. tak pe lah...dah sihat nanti post je la gambar makanan sedap2.sy tak marah... tak selera pulak sy tengok makanan hospital tu. take care ya...muuah :)

  caluk@cencaluk

May 8, 2009 at 11:18 PM

semoga cepat sembuh

  atie

May 9, 2009 at 8:57 AM

salam...kak miraaaaaaaaaaaaaa....wht hpnd 2u???? If atie tau akak sakit sure dah pi visit akak hari tu lg! atie baru bc blog akak this morning n...MasyaAllah...patutla atie kol ext akak ada sum1 ans ckp akak MC tapi dia x ckp akak admitted lak..

Pls take a VERY gd care of ur health k...semoga akak cepat sembuh..

  Najwa Aiman

May 9, 2009 at 5:03 PM

Astaga wa esta bagadud...! Sampai bila kau tersadai kat pelabuhan transit tu weh? Aiyoyo... Anyways, kekadang ada bagusnya admittied ni. Dapat rehat. So take it positively. Rehatkan diri secukupnya. Kalau boleh dah sembuh sikit pun stay terus dalam dua tiga hari lagi. Enjoy the stay while you can... eheks...

  Nursuzry

May 9, 2009 at 8:43 PM

akak pu3!! kenapa x bagi tau yg akak masuk spital. klu x leh dtg melawat.

sian kak pu3.

su doakan semoga cepat sembuh ye!!
rajin2 makan ubat erk. jgn ngelat. heeeeee

  dina

May 11, 2009 at 4:04 PM

weh, siannya kau... bila kau masuk spital ni? apesal aku taktahu? kalau aku tahu, aku pg melawat kau...

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

May 11, 2009 at 10:24 PM

Salam Umaira, nasib baik yang terkejut tu beruk, jadi selamatlah jantung umaira tu. Well, akak ni memang sering cuti-cuti hospital…masuk kali ni pun maklumlah doctor dah rindu, tu yang tersadai tu… don’t worry… segalanya under control insyaAllah dan terima kasih atas doa…

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

May 11, 2009 at 10:27 PM

To caluk, thanks... insyaAllah aku akan terus sembuh dan tetap akan sembuh, insyaAllah

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

May 11, 2009 at 10:30 PM

Dear arti… tak ada apa yang serius atau kronik terjadi pada akak, just doctor dah rindu, lagi pun lama gak akak tak masuk hospital. Actually suspect denggi jer sebab demam tak kebah-kebah, than bersangkutlah dengan situasi biasa bout my blood. Apapun terima kasih atas doa dan ingatan, tu pun dah cukup buat akak bersyukur punya kawan-kawan seperti kalian yang cukup perihatin. Thanks again my dear….

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

May 11, 2009 at 10:34 PM

Memang aku enjoy gilez dok kat sini bro… tapi tulah, kadangkala rasa tak tahan gak kena cucuk oleh si darahkula yang saban pagi akan hadir untuk menyedut darahku.. sakit bangat sih… dah lah berbotol-botol air di transferkan ke dalam tubuhku. Tuhan sajalah yang tahu betapa sakitnya aku rasa, tapi nak wat camnekan… bila dah masuk dan tinggal di hospital, takkanlah aku nak bersukaria macam di taman air Tasik Merah kut. Apa pun aku yakin, setiap penyakit tu tanda penghapusan dosa kecil yang allah berikan pada aku, insyaAllah… doakan aku tabah ekk bro!

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

May 11, 2009 at 10:35 PM

Sue and Dina, thanks for your doa...insyaAllah aku tetap akan sihat....